You are on page 1of 5

SJK (T) PORT DICKSON, 71000 PORT DICKSON

MINIT MESYUARAT PANITIA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI YANG KEDUA 2022

Tarikh : 11 OGOS 2022 (KHAMIS)


Masa : 3.00 - 4.00
Tempat : Bilik Gerakan

KEHADIRAN :
BIL NAMA JAWATAN
1. Ramasamy A/L Rengasamy Guru Besar
2. Kannan A/L Ganesan GPK Pentadbiran
3. Jegathese A/L Krishnan Ketua Panitia
4. Jayanthy A/P Madaiallagan Guru Akademik Biasa
5. Vickneswari A/P Paramasivam Guru Akademik Biasa
TIDAK HADIR : Dengan Sebab
EN M.PATHMA
PN K. SIYAMALA

1
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran para guru dan mengucapkan ribuan terima
kasih kepada semua yang hadir ke Mesyuara Panitia RBT yang kedua
tahun 2022.
1.1.2 Beliau memberitahu bahawa RBT merupakan satu matapelajaran yang sangat
penting yang perlu diajar kepada murid dengan kaedah yang betul.
1.1.3 Beliau memberitahu ini kerana matapelajaran RBT sangat penting di Sekolah
Menengah.
1.1.4 Beliau memberitahu bahawa sukatan matapelajaran untuk setiap tahun perlu diikut
dengan betul.
1.1.5 Beliau memberitahu bahawa peralatan RBT kurang sedikit dan beliau meminta
Ketua
Panitia untuk mengambil stok peralatan.
1.1.6 Beliau menekankan bahawa peralatan RBT tidak boleh dihilangkan kerana kos
pembelian adalah sangat tinggi.
1.1.7 Beliau menekankan pelbagai projek RBT perlu diberi kepada murid - murid kerana
ia
akan mengcungkil idea yang kreatif dan kritis.
1.1.8 Beliau memberitahu Tuan PPD Port Dickson telah mengunjung Studio RBT sekolah
kita dan beliau memuji kita.
1.1.9 Beliau berkata studio RBT bukan sahaja sekadar pameran sahaja malah, guru -
guru
perlu menggunakkanya waktu RBT.
1.1.10 Beliau meminta guru - guru melaporkan jika ada kerosakkan lampu, kipas dan
soket
kepada Guru Besar untuk tindakan susulan.
1.1.11 Beliau meminta guru - guru memberi banyak amali supaya idea baru murid dapat
dikenalpasti.
1.1.12 Beliau meminta Ketua Panitia untuk merancang dan melaksanakan satu
pertandingan Projek RBT antara kelas sebagai usaha memotivasikan para pelajar.
1.1.13 Beliau meminta jika guru - guru memerlukan peralatan RBT boleh beritahu kepada
Ketua Panitia dan pihak pengurusan akan membelikannya kerana peruntukkan PCG ada
lagi.

2
1.1.14 Beliau meminta kesedaran cintakan RBT perlu dipupuk dalam kalangan murid -
murid.
1.1.15 Beliau meminta semua guru perlu bekerjasama dalam menceriakan Studio RBT
kerana boleh mengambil bahagian dalam Pertandingan Studio RBT.
1.1.16 Beliau meminta guru - guru memaparkan projek murid yang cemerlang di dalam
Studio RBT dan selebihnya boleh diberi semula kepada murid kerana ia merupakan titik
peluh mereka.
1.1.17 Beliau memberitahu Buku Nota RBT akan dipantau setelah habis Peperiksaan
Pertengahan Tahun.
1.1.18 Beliau meminta jika ada alatan RBT yang berkarat sila mengmbil tindakan susulan
kerana ia boleh membahayakan murid .
1.1.19 Beliau meminta KP untuk memastikan peraturan Studio RBT ada di dalam bilik itu.
Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL. 1/2022

2.1 Mesyuarat sebulat suara menerima dan mengesahkan Minit Mesyuarat Panitia RBT
Bil 1/2022 tanpa pindaan.
Pencadang : Pn. Jayanthy
Penyokong : Pn. Vickneswari

3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 PLC belum dijalankan.

4.0 PERBINCANGAN

4.1 PERANCANGAN PANITIA 2022


4.1.1 Ketua Panitia membentangkan rancagan panitia bagi murid - murid.
4.1.2 Projek Taman Herba akan dilaksanakan bersama Unit Keceriaan Sekolah
selepas Cuti Deepavali.
4.1.3 Gotong - royong Studio RBT akan dilaksanakan pada bulan September.
4.1.4 Murid - murid tahap 2 akan mengambil bahagian dalam Pertandingan
Nyanyian Koir Antara Kelas secara kumpulan.
4.1.5 Minggu RBT akan dilaksanakan pada bulan Oktober.
3
Makluman & Tindakan Panel RBT

4.2 PLC
4.2.1 PLC bagi panitia belum dilaksanakan.
4.2.2.PLC tentang coding akan dilaksanakan oleh PN Jayanthy setelah peralatan
mikrowat dibeli.
Makluman & Tindakan Panel RBT

4.3 PENTAKSIRAN BILIK DARJAH SEMESTER 1/2022


4.3.1 Ketua panitia membentangkan data PBD bagi semster 1.
4.3.2 Terdapat 2 orang murid Tahun 5 Sigaram yang mengusai TP 2 sahaja dan
murid tersebut mempunyai masalah kehadiran ke sekolah.
4.3.3 Intervensi bagi kedua - dua murid perlu dirancang dan dilaksanakan,
Makluman & Tindakan Panel RBT

4.4 PROJEK RBT


4.4.1 Ketua panitia meminta panel RBT untuk memberi projek kepada murid bagi
setiap topik.
4.4.2 Semua projek perlu dipaparkan di Studio RBT dan perlu diberi semula
kepada
murid - murid.
4.4.3 Segala bukti penghasilan projek perlu disimpan oleh guru matapelajaran
dengan cara - cara tersendiri.
4.4.3 Markah projek RBT ini akan ditambah bersama markah peperiksaan
Makluman & Tindakan Panel RBT
4.5 PENYEDIAAN KERTAS PEPERIKSAAN
4.5.1 Kertas soalan bagi PPT perlu disedikan mengikut format yang ditetapkan
iaitu 50 markah.
4.5.2 Senarai guru yang akan menghasilkan kertas peperiksaan adalah seperti
berikut :-

TAHUN 4 EN JEGATHESE

TAHUN 5 PN JAYANTHY
4
TAHUN 6 PN VICKNESWARI
5.0 HAL-HAL LAIN

5.1.1 Guru - guru perlu scan QR Code semasa masuk ke Studio RBT dan Rekod
Kehadiran murid wajib diisi.
5.1.2 Panitia akan menggunakan kekuatan Panitia iaitu seorang Guru Opsyen
untuk meningkatkan pencapaian panitia.
5.1.3 Satu projek Pameran Barang Kitar Semula akan dilaksanakan bersama.
Makluman
6.0 PENANGGUHAN
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang dengan ucapan terima kasih
oleh Ketua Panitia.

Disediakan Oleh,
Setiausaha

Mesyuarat Panitia Pendidikan Muzik Bil Kedua /2022

Tarikh : 22 OGOS 2022

You might also like