You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA REKA BENTUK TEKNOLOGI DAN

TEKNOLOGI MAKLUMAT (TMK)


SK METHODIST (ACS) LUMUT BIL 2/2021

Tarikh : 22/04/ 2021


Hari : Khamis
Masa : 12.30 Tengah Hari
Tempat : Bilik Pusat Sumber

Senarai Kehadiran Mesyuarat


1. Puan Norzulia binti Abidin (RBT)
2. Puan Noor Zahira binti Noordin (RBT)
3. Puan Aelil Arasi a/p Jayamohan (RBT)
4. Puan Juzaidah binti Zainal Abidin (RBT)
5. Puan Salina binti Baharom (TMK)

1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1 Ucapan Pengerusi Majlis dimulakan dengan mengalu-alukan kehadiran


guru-guru RBT dan TMK dalam mesyuarat kali kedua ini.
1.2 Pengerusi Majlis juga mengharapkan kerjasama dapat dijalinkan bagi
1.3 Mesyuarat RBT dan TMK digabungkan kerana subjek TMK merupakan
subjek tahun terakhir bagi 2021.

2.0 MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Minit Mesyuarat Kali 1 /2021 telah disahkan sebulat suara tanpa pindaan.

Pencadang : Puan. Salina binti Baharom


Penyokong : Puan Aelil Arasi a/p Jayamohan

3.0 PERKARA BERBANGKIT

Tiada perkara berbangkit dibincangkan.


4.0 ISU – ISU YANG DIBINCANGKAN

4.1 PBD

4.1.1 Rekod PBD bagi keseluruhan dari pihak PPD ketika memantau rekod
fail PBD sekolah.Semua guru perlu menyimpan dan mengemas kini
rekod PBD sebelum 30 April 2021.
4.1.2 Semua guru perlu memastikan semua murid mencapai sekurang-
kurangnya tahap penguasaan Tahap 3 dan mempunyai peningkatan
sehingga Tahap 5 atau 6.
4.1.3 Borang rekod transit PBD di antara guru-guru perlu diselaraskan untuk
memudahkan guru-guru dan mengikut standard DSKP Semakan KSSR
2017.
4.1.4 Projek yang dijalankan dapat menyumbang TP yang tinggi kepada
murid-murid.
4.1.5 Gambar sebarang projek atau program yang dijalankan perlu
disediakan untuk dijadikan eviden bagi pengisian PBD.

Tindakan : Semua AJK

4.2 PROGRAM PANITIA


4.2.1 Pengerusi meminta agar semua AJK menjalankan program/projek yang
berkaitan dengan tajuk pembelajaran mengikut tahun.
4.2.2 Antara program yang dirancangkan ialah :
1. Projek Hidroponik – Tahun 4 , Tahun 5 dan Tahun 6
2. Program STEM – Kerjasama Panitia Sains, Matematik
3. Projek Elektronik – Tahun 6
4. Projek Tenaga Solar – Tahun 5 dengan kerjasama Panitia Sains.
5.Projek Menjahit – Tahun 4 , Tahun 5 dan Tahun 6.

Tindakan : Semua AJK


4.3 PEPERIKSAAN

4.3.1 Peperiksaan bagi Subjek RBT dan TMK akan dijalankan pada akhir
bulan
Mei 2021 bagi pertengahan penggal 1.
4.3.2 Peperiksaan bagi akhir tahun akan dijalankan pada bulan November
2021.
4.3.3 Semua guru diminta bersedia dengan soalan mengikut tahun masing-
masing. Guru juga perlu segera menghabiskan silibus sebelum
peperiksaan berlangsung.

Tindakan : Semua AJK

4.4 PERUNTUKAN KEWANGAN

4.4.1 Peruntukan bagi Penggal 1 sebanyak RM 1200.20 Bagi RBT. Manakala


peruntukan bagi TMK sebanyak RM350
4.4.2 Pembelian barang akan dibuat secara berperingkat kerana harga
sesuatu barang untuk projek RBT terlalu mahal.
4.4.3 Barang-barang RBT bagi tahun yang lepas terdapat di dalam Bilik
Peralatan ABM di sebelah bilik mesyuarat.
4.4.4 Pembelian barang mengikut kegunaan aktiviti/projek panitia.

Tindakan : Semua AJK

5.0 HAL-HAL LAIN


5.1 Puan Noor Zahira mencadangkan bilik ABM dibuka setiap hari pada waktu
persekolahan untuk memudahkan guru-guru mengambil barang-barang
PDPC
5.2 Setiap guru bertanggungjawab terhadap segala peralatan atau BBM dan
perlu memastikan BBM digunakan sebaik mungkin.
5.3 Barangan untuk projek seperti bahan kit model perlu disimpan dalam
kotak dan dilabel bagi mengelakkan kehilangan.
Tindakan : Semua AJK
6.0 UCAPAN PENANGGUHAN
8.1 Mesyuarat panitia RBT ditangguhkan pada pukul 1.30 petang dengan
ucapan terima kasih kepada semua guru RBT dan TMK yang hadir.

Disediakan oleh, Disahkan oleh:

…………………………………. ………………………….
(AELIL ARASI A/P JAYAMOHAN) (NORZULIA BINTI ABIDIN)
Setiausaha Ketua Panitia
Panitia RBT/TMK Panitia RBT/TMK
SK Methodist ( ACS ) Lumut SK Methodist ( ACS ) Lumut.

Tarikh : 23 .4.2021

/mesyuarat panitia RBT-2021-bil2

You might also like