You are on page 1of 6

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN YONG PENG

83700 YONG PENG

MINIT MESYUARAT PANITIA REKA BENTUK & TEKNOLOGI


BIL 1/2021

Tarikh : 18 JANUARI 2021


Masa : 12.00 – 1.30 PETANG
Medium : GOOGLE MEET
Tempat : KEDIAMAN MASING-MASING
Pengerusi : PUAN ARINA BT MASRI (KP RBT)
Kehadiran(Bilangan) : 9 / 9 ORANG

Turut Hadir (Jika ada) : -

1. UCAPAN PENGERUSI
Puan Arina bt Masri, KP Reka Bentuk dan Teknologi selaku Pengerusi Mesyuarat
mengucapkan ribuan terima kasih atas segala kerjasama dan kesudian hadirin ke mesyuarat
panitia RBT kali pertama 2021. Puan Arina menyampaikan salam dari GPK Teknik &
Vokasional, yang tidak dapat turut serta dalam mesyuarat kali ini.
Tindakan: Makluman
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
Dicadangkan oleh Cikgu Siti Fatimah binti Muhammad
Disokong oleh Cikgu Dahliana binti Jamian
Tindakan: Makluman

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Tiada perkara berbangkit.

4. FOKUS MESYUARAT

4.1 Penjajaran Kurikulum 2.0 Mata Pelajaran

- Penjajaran Kurikulum 2.0 bermaksud berlaku perubahan dalam kurikulum akibat


pandemik Covid 19. Jadi penyusunan semula kandungan pedagogi serta pentaksiran
boleh perlu atau boleh dilaksanakan dalam sesi pembelajaran.
- Dokumen penjajaran kurikulum 2.0 untuk mata pelajaran RBT Tingkatan 1-3 telah ada
dalam telegram panitia. Dokumen itu boleh dicetak dan perlu dimasukkan ke dalam Fail
Rekod Mengajar (FRM).
- Sehubungan dengan itu, Cikgu Arina memaklumkan guru-guru yang tidak dapat
menghabiskan topik pembelajaran tahun 2020 boleh memilih tajuk yang perlu disisipkan,
dan merujuk DKP 2.0. Topik tersebut perlu disisipkan dalam sesi pembelajaran tahun
2021.
- Jika tiada sebarang topikyang terkesan guru boleh menjalankan PdPR seperti biasa.

Tindakan: Semua Guru


4.2 Pengurusan Panitia Mata Pelajaran

4.2.1 Penyediaan SP, DSKP, RPT dan RPH


- Untuk penyediaan dokumen SP dan DSKP guru- guru boleh dapatkan dari telegram panitia.
- Untuk dokumen RPT, penyelaras setiap tingkatan akan menyediakannya dengan
mengambil
kira penjajaran kurikulum 2.0 dan akan dikongsikan dengan guru-guru yang yang lain.
- RPH sepanjang PdPr pula perlu dibuat dalam link pelaporan sekolah dan pelaporan JPNJ
selepas habis sesi PdPr pada hari tersebut.

Tindakan:Semua guru

4.2.2 Penyelarasan Latihan Murid /PBD


- Untuk memudahkan urusan PdPR guru-guru boleh menyediakan latihan yang sama
mengikut
tingkatan dan dikongsikan dengan rakan-rakan guru yang lain. Sama ada guru mahu
meminta
murid menyalin nota dan lengkapkan dalam buku atau memberi latihan bercetak atau
secara
maya kepada murid.
- Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) untuk murid-murid perlu dilaksanakan dan dicatatkan dalam
borang offline.
- Oleh sebab murid-murid masih belum memperolehi buku teks, jadi guru-guru boleh
kongsikan
buku teks digital dalam kumpulan whattsapp atau telegram kelas-kelas yang diajar. Buku
teks
digital telah dimasukkan dalam kumpulan telegram panitia RBT sekolah.

Tindakan:Semua guru

4.2.3 Analisis Data Pencerapan Guru Tahun 2020


- Hasil dapatan ketua panitia, analisis data pencerapan guru pada tahun 2020
menunjukkan semua guru RBT memperolehi skor dalam kategori baik, iaitu skor 80% ke
atas.
- Oleh itu, pada tahun 2021 ini panitia akan mengadakan beberapa siri PLC untuk
meningkatkan pencapaian guru dalam skor SKPMG 2 Standard 4 sekali gus
meningkatkan pencapaian murid dalam PBD dan peperiksaan dalaman serta peperiksaan
awam.

Tindakan: Makluman
4.2.4 Program Peningkatan Kualiti Guru
- Antara Program Peningkatan Kualiti Guru yang telah dirancang ialah Program Penataran
Teknik Penskoran PT3 dan Program Pembangunan Produk. Kursus dalaman juga akan
diberikan kepada semua guru. Program PLC penghasilan latihan atau kuiz dalam bentuk
Google Form dan beberapa medium yang dirasakan perlu juga dirancang.

4.2.5 Analisis Peperiksaan/PBD (Rujuk Analisis Pelaporan PBD mengikut Tingkatan)


TING JUMLA TP1 TP2 BMTM TP3 TP4 TP5 TP6 MTM
H
CALON
BIL BIL BIL BIL % BIL BIL BIL BIL BIL %
1 235 0 0 0 0.00 143 68 23 1 235 100.00
2 241 0 11 11 4.56 106 93 28 3 230 95.44
3 235 0 1 1 0.43 181 43 7 3 234 99.57

- Secara keseluruhannya, analisis PBD Tingkatan 1 berada pada tahap memuaskan, 100%
murid iaitu seramai 235 orang menguasai pentaksiran tahap minimum.
- Analisis pelaporan PBD Tingkatan 2 menunjukkan 95.44% murid menguasai manakala 11
orang murid atau 4.56% didapati tidak menguasai. Hal ini kerana kehadiran murid yang
terlibat didapati kerap tidak hadir ke sekolah dan ini menyukarkan guru-guru untuk
membuat pentaksiran kepada murid.
- Analisis pelaporan PBD Tingkatan 3 menunjukkan terdapat seorang murid tidak
menguasai tahap minimum PBD manakala 99.57% murid mengusai. Murid yang tidak
mengusai didapati tidak hadir ke sekolah sejak awal tahun 2020 kerana masalah
kesihatan.

Tindakan: Makluman

4.3 Pengurusan ABM


4.3.1 Perancangan ABM 2021
- Puan Arina mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Elina kerana telah banyak membantu
dalam pengurusan kewangan panitia. Guru- guru RBT yang memerlukan bahan ABM untuk
kelas yang diajar boleh maklumkan kepada Cikgu Arina atau Cikgu Elina.
- Peruntukan yang dianggarkan pada tahun 2021 ialah RM9050.00
- Berikut ialah rancangan belanjawan panitia RBT untuk tahun 2021

   
ANGGARAN
BIL PERKARA
PERBELANJAAN (RM)
     
1  MODUL KECEMERLANGAN PT3 500
2 MODUL LATIHAN TINGKATAN 2 500
3 MODUL LATIHAN TINGKATAN 1 500
4 FAIL PUTIH 300
5 KERTAS A4 PUTIH 500
6 KERTAS A4 BERWARNA 200
7 WHITEBOARD MARKER PEN 300
8 MOUNTING BOARD 300
9 MINI WHITEBOARD 150
10 MINGGU TEKNIK DAN VOKASIONAL 500
11 BAHAN DAN ALATAN REKA BENTUK 300
12 FESYEN 300
13 BAHAN DAN ALATAN REKA BENTUK 500
14 SISTEM FERTIGASI 500
15 BAHAN DAN ALATAN REKA BENTUK 500
16 MEKANIKAL 500
17 BAHAN DAN ALATAN REKA BENTUK 300
18 ELEKTRIK 300
19 BAHAN DAN ALATAN REKA BENTUK 500
20 ELEKTRONIK 1600
BAHAN DAN ALATAN TEKNOLOGI
PEMBUATAN
BAHAN DAN ALATAN REKA BENTUK
AKUAPONIK
BAHAN DAN ALATAN REKA BENTUK
MAKANAN
BAHAN DAN ALATAN REKA BENTUK
MEKATRONIK
BAHAN DAN ALATAN PEMBANGUNAN
PRODUK TINGKATAN 3
JUMLAH RM9050.00

Tindakan:Makluman

4.4 Jadual Waktu 2021


4.4.1 Jadual waktu PdPc
- Tiada jadual waktu PdPC bagi murid-murid tingkatan 1 hingga 3.

4.4.2 Jadual waktu PdPR


- Atas persetujuan bersama guru-guru RBT jadual waktu PdPR untuk murid-murid Ting 1,2,3,
setiap kelas akan diajar oleh seorang guru sahaja.
Tindakan:makluman

4.5 Pengurusan penilaian 2021


4.5.1 Penetapan penyedia soalan
- Penyedia soalan ditetapkan secara bergilir dan akan dibuat kemudian melalui perbincangan
dalam kumpulan telegram apabila sudah maklum dari pihak sekolah sama ada peperiksaaan
akan dijalankan atau tidak.
Tindakan:makluman

4.5.2 Penyediaan Headcount Mata Pelajaran


- Head Count untuk tingkatan 2 dan 3 2021 menggunakan TOV keputusan peperiksaan
Pertengan
Tahun 2020. Penyelaras Tingkatan perlu berbincang dengan guru-guru yang mengajar dalam
tingkatan berkenaan untuk menyediakan Head Count 2021

Tindakan: Guru Berkenaan

4.5.3 Pelantikan Pentaksir


- Semua guru yang mengajar dari Kelas tingkatan 1 – 3 KSSM akan menerima surat pelantikan
pentaksir kerana semua murid perlu menjalani PBD. Ketua Panitia akan memberikan senarai
nama kepada Puan Rahmah supaya surat lantikan dapat disediakan dan diserahkan kepada
guru-
guru dengan segera.
Tindakan:makluman

5.0 HAL-HAL LAIN


5.1 Pelantikan Penyelaras Tingkatan
- Setelah dipersetujui semua guru, semua bersetuju akan pelantikan penyelaras tingkatan yang
berikut.
Tingkatan 1 – Cikgu Yasfahana binti Md Yassin
Tingkatan 2 – Cikgu Dahliana binti Jamian
Tingkatan 3 – Cikgu Khairry bin Abdul Khadir
Tindakan:makluman

5.2 Post Mortem


- Post Mortem dan analisis peperiksaan setiap kali selepas peperiksaan akan dibuat oleh
pengubal
soalan yang berkenaan
Tindakan:makluman

5.3 Kebersihan Bengkel


- Satu stor bengkel RBT telah diubahsuai menjadi pusat dobi untuk murid Pendidikan Khas. Jadi,
barang -barang berkaitan RBT telah pun dikeluarkan dan dikemas semula ke dalam stor yang
lain.
- Puan Arina mengharapkan rakan-rakan guru mengambil tindakan dengan mengemas dan
membersihkan bengkel masing-masing. Guru-guru juga perlu memastikan bengkel yang
diamanahkan telah dilabelkan dan mematuhi SOP penjarakan murid sewaktu aktiviti
pembelajaran.
- Cikgu Khairry memaklumkan barang-barang berkaitan RBT boleh disimpan dalam stor yang
telah
disediakan.
Tindakan:Semua Guru

5. Penutup
Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat dan penetapan tarikh mesyuarat yang
berikutnya pada suatu tarikh yang akan ditetapkan oleh pihak pentadbir.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 petang.

Disediakan oleh:

_______________________
(YASFAHANA MD YASSIN)
S/u REKA BENTUK & TEKNOLOGI
SMK YONG PENG
Tarikh: 19 JANUARI 2021

You might also like