You are on page 1of 2

HEMPASAN OMBAK

LATIHAN 1
Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel
yang telah anda kaji di Tingkatan 3.

Hempasan Ombak karya Zailiani Taslim.


Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, nyatakan
dua watak sampingan yang terdapat dalam novel tersebut
berserta satu perwatakan menarik yang dapat dicontohi
daripada setiap watak sampingan tersebut.

Novel yang saya kaji di tingkatan 3 ialah Hempasan Ombak


karya Zailiani Taslim. Dua watak sampingan yang terdapat
dalam novel tersebut berserta satu perwatakan menarik
yang dapat dicontohi daripada setiap watak sampingan
tersebut ialah watak Mokhsein. Beliau merupakan seorang
yang mengenang budi. Contohnya, dia amat menyanjungi
dan terhutang budi kepada Haji Badrul kerana pernah
memberi tunjuk ajar kepadanya tentang dunia perniagaan.
Selain itu, watak sampingan yang lain ialah Zuraida.
Dia seorang yang berpandangan jauh. Contohnya, Zuraida
sanggup menimba ilmu dengan mengikuti kursus luar
kampus dalam bidang perniagaan pada setiap hujung
minggu demi masa depannya.
LATIHAN 2
Hempasan Ombak karya Zailiani Taslim.
Nilai-nilai yang diterapkan dalam novel adalah untuk
dijadikan pengajaran dan pedoman. Berdasarkan novel
yang telah anda kaji, huraikan tiga nilai yang terdapat
dalam novel tersebut.
Novel yang saya kaji di tingkatan 3 ialah Hempasan
Ombak, karya Zailiani Taslim. Tiga nilai yang terdapat dalam
novel tersebut ialah nilai kebijaksanaan. Contohnya,
Zuraida bijak mengambil peluang untuk menambah ilmu
pengetahuan dalam bidang peniagaan dan pemasaran
dengan mengikuti kursus luar kampus dalam jurusan
Pentadbiran Perniagaan di UiTM Dungun.
Seterusnya, nilai ketaatan. Contohnya, sebagai seorang
muslim yang taat akan ajaran Islam, Farid tidak pernah
mengabaikan solat lima waktu.
Akhir sekali, nilai mengenang budi. Contohnya,
Mokhsein yang pernah bekerja selama lebih sepuluh tahun
dengan Haji Badrul, iaitu ayah Farid berasa terhutang budi
dan menyanjungi Haji Badrul yang banyak mendidik dalam
perniagaan sehingga dia berjaya membuka syarikatnya
sendiri.

You might also like