You are on page 1of 2

Novel yang telah saya kaji dalam tingkatan 1 ialah novel Sejambak Bakti, karya Rejab

F.I. Terdapat banyak nilai murni yang diperoleh dalam novel ini. Antaranya ialah nilai
kegigihan. Contohnya, Razali dan ahli-ahli lembaga pengarah koperasi sekolah yang lain
seperti Ramlah dan Saridevi telah berusaha dengan gigih untuk memajukan dan
membangunkan kedai koperasi sekolah Menengah Teknik Seri Kayangan. Akhirnya
sekolah mereka telah berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan Koperasi
Sekolah-sekolah anjuran ANGKASA.
Selain itu, terdapat juga nilai bertanggungjawab. Ini jelas dapat dilihat melalui
peristiwa Razali dan ahli lembaga pengarah koperasi sekolah menengah Teknik Sri
Kayangan yang lain melaksanakan tugas masing-masing dengan penuh tanggungjawab
untuk memajukan koperasi sekolah mereka.
Nilai yang terakhir ialah nilai kasih sayang. Contohnya, Mak Sopiah ibu razali sangat
sayang kepada Razali. Mak Sopiah sanggup merahsiakan siapakah ayah kandung Razali
kerana bimbang Razali akan meninggalkannya. Mak Sopiah juga sangat menyayangi
Razali kerana sanggup mengikut Razali ke mana-mana sahaja sewaktu Razali dihalau
oleh Pak Zakaria dari rumah mereka.
Soalan Format PT3 Aspek Pengajaran
Model Soalan
Terdapat banyak pengajaran yang boleh kita peroleh dalam sesebuah novel untuk
dijadikan pedoman dalam kehidupan. Berdasarkan novel yang telah anda kaji dalam
tingkatan 1, jelaskan pengajaran-pengajaran yang terdapat dalam novel tersebut. [10
markah]
Model Jawapan:
Novel yang telah saya kaji dalam tingkatan 1 ialah novel Sejambak Bakti, karya
Rejab F.I. Terdapat banyak pengajaran yang diperoleh dalam novel ini. Pengajaran yang
kita peroleh boleh dijadikan pedoman dalam mengharungi kehidupan ini.
Antara pengajarannya ialah , Kita hendaklah bekerjasama dalam melaksanakan
sesuatu tugas supaya mencapai kejayaan. Contohnya, Cikgu Syamsudin dan semua ahli
lembaga pengarah telah bekerjasama memajukan koperasi sekolah dan projek ternakan
ayam. Akhirnya sekolah mereka telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan
Koperasi Sekolah-sekolah.
Pengajaran yang seterusnya ialah, Kita janganlah sesekali menyimpan
dendam terhadap orang lain. Contohnya,
Munir berdendam dengan Razali kerana Razali telah dilantik menjadi Setiausaha
Koperasi dan disukai oleh kawan-kawan terutama Ramlah.
Selain itu terdapat juga pengajaran bahawa Kita hendaklah bertanggungjawab dalam
melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepada kita. Contohnya, Razali dan ahli
lembaga pengarah koperasi sekolah menengah Teknik Sri Kayangan yang lain
melaksanakan tugas masing-masing dengan penuh tanggungjawab untuk memajukan
koperasi sekolah mereka.

Pengajaran terakhir ialah, Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga supaya


hidup sentiasa bahagia dan gembira. Contohnya, Mak Sopiah ibu razali sangat sayang
kepada Razali. Mak Sopiah sanggup merahsiakan siapakah ayah kandung Razali kerana
bimbang Razali akan meninggalkannya. Mak Sopiah juga sangat menyayangi Razali
kerana sanggup mengikut Razali ke mana-mana sahaja sewaktu Razali dihalau oleh Pak
Zakaria dari rumah mereka.

You might also like