You are on page 1of 2

Skema Jawapan Novel

Berdasarkan novel yang telah anda kaji dalam tingkatan 1, jelaskan tiga nilai murni yang terdapat dalam
novel tersebut. [10 markah]

Model Jawapan:

Novel yang telah saya kaji dalam tingkatan 1 ialah novel Sejambak Bakti, karya Rejab F.I.
Terdapat banyak nilai murni yang diperoleh dalam novel ini. Antaranya ialah nilai kegigihan.
Contohnya, Razali dan ahli-ahli lembaga pengarah koperasi sekolah yang lain seperti Ramlah dan
Saridevi telah berusaha dengan gigih untuk memajukan dan membangunkan kedai koperasi sekolah
Menengah Teknik Seri Kayangan. Akhirnya sekolah mereka telah berjaya mendapat tempat pertama
dalam pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah anjuran ANGKASA.

Selain itu, terdapat juga nilai bertanggungjawab. Ini jelas dapat dilihat melalui peristiwa Razali
dan ahli lembaga pengarah koperasi sekolah menengah Teknik Sri Kayangan yang lain melaksanakan
tugas masing-masing dengan penuh tanggungjawab untuk memajukan koperasi sekolah mereka.

Nilai yang terakhir ialah nilai kasih sayang. Contohnya, Mak Sopiah ibu razali sangat sayang
kepada Razali. Mak Sopiah sanggup merahsiakan siapakah ayah kandung Razali kerana bimbang Razali
akan meninggalkannya. Mak Sopiah juga sangat menyayangi Razali kerana sanggup mengikut Razali ke
mana-mana sahaja sewaktu Razali dihalau oleh Pak Zakaria dari rumah mereka.

Soalan Format PT3 Aspek Pengajaran

Model Soalan

Terdapat banyak pengajaran yang boleh kita peroleh dalam sesebuah novel untuk dijadikan pedoman
dalam kehidupan. Berdasarkan novel yang telah anda kaji dalam tingkatan 1, jelaskan pengajaran-
pengajaran yang terdapat dalam novel tersebut. [10 markah]

Model Jawapan:

Novel yang telah saya kaji dalam tingkatan 1 ialah novel Sejambak Bakti, karya Rejab F.I.
Terdapat banyak pengajaran yang diperoleh dalam novel ini. Pengajaran yang kita peroleh boleh
dijadikan pedoman dalam mengharungi kehidupan ini.
Antara pengajarannya ialah , Kita hendaklah bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu tugas
supaya mencapai kejayaan. Contohnya, Cikgu Syamsudin dan semua ahli lembaga pengarah telah
bekerjasama memajukan koperasi sekolah dan projek ternakan ayam. Akhirnya sekolah mereka telah
berjaya menjadi johan dalam pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah.

Pengajaran yang seterusnya ialah, Kita janganlah sesekali menyimpan dendam terhadap orang
lain. Contohnya,

Munir berdendam dengan Razali kerana Razali telah dilantik menjadi Setiausaha Koperasi dan disukai
oleh kawan-kawan terutama Ramlah.

Selain itu terdapat juga pengajaran bahawa Kita hendaklah bertanggungjawab dalam
melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepada kita. Contohnya, Razali dan ahli lembaga
pengarah koperasi sekolah menengah Teknik Sri Kayangan yang lain melaksanakan tugas masing-
masing dengan penuh tanggungjawab untuk memajukan koperasi sekolah mereka.

Pengajaran terakhir ialah, Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga supaya hidup sentiasa
bahagia dan gembira. Contohnya, Mak Sopiah ibu razali sangat sayang kepada Razali. Mak Sopiah
sanggup merahsiakan siapakah ayah kandung Razali kerana bimbang Razali akan meninggalkannya. Mak
Sopiah juga sangat menyayangi Razali kerana sanggup mengikut Razali ke mana-mana sahaja sewaktu
Razali dihalau oleh Pak Zakaria dari rumah mereka.

You might also like