You are on page 1of 7

TRANSKRIP TEMU BUAL KPP SMK TROLAK SELATAN

Cikgu Laili: Assalamualaikum, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada semua kamu pelajar UPSI kerana sudi hadir ke SMK Trolak ini dan
memilih sekolah ini untuk membuat kajian. Saya tahu sekolah Trolak ini sangat
‘famous’ sebab itu ramai pelajar-pelajar UPSI suka melaksanakan aktiviti di sini.
Sebelum itu saya ingin memperkenalkan diri saya dahulu. Nama saya Norlaili binti
Sarpan. Saya merupakan guru bimbingan dan kaunseling di sekolah ini. Ini merupakan
sekolah ke tiga saya dan ini merupakan tahun ke 10 saya. Saya masuk ke sini pada
tahun 2007 dan tahun ke 10 saya berada di SMK Trolak ini. Tapi sesi perkhidmatan
saya mula berkhidmat masa tahun 2002 bulan 9 sehingga sekarang. Maknanya kalau
kira sudah hampiR 15 tahun saya berkhidmat sebagai seorang guru dan ini merupakan
sekolah ke 4 saya. Sebelum ini saya mengajar di Johor. Sekolah pertama saya ialah
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Sekolah
kedua saya merupakan sekolah harian yang mana bercampur Cina, India dan Melayu.
Lepastu saya berpindah ke Perak iaitu SMK Hamid Khan yang mana sekolah campur
juga. Ini merupakan sekolah ke 4 saya, SMK Trolak di mana majoriti semua
masyarakat Melayu hanya segelintir saja pelajar Asli dan dua orang pelajar India.

Cikgu Fazliani: Sebelum itu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi hadir ke
sekolah dan bilik bimbingan kaunseling SMK Trolak. Nama saya Norfazliani Binti
Fauzi. SMK Trolak merupakan sekolah ke 3 saya berkhidmat selama 5 tahun
perkhidmatan saya. Sekolah pertama saya berkhidmat ialah di SMK Pei Hueng, Kampar
yang kedua SMK Dato Zulkifli Mohamad dan yang ke 3 di SMK Trolak.

Nurhidayah: Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sebelum itu kami ingi


memperkenalkan diri kami. Kami merupakan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris
daripada semester 3. Tujuan kami menjalankan temubual ini adalah untuk memenuhi
tugasan subjek universiti iaitu Perkembangan dan Pembelajaran Pelajar. Kami juga
ingin mengucapkan terima kasih kepada cikgu Laili dan cikgu Fazliani kerana
membenarkan kami menjalankan sesi temubual ini. Secara umumnya kami ingin
mengetahui masalah disiplin yang berlaku di sekolah SMK Trolak Selatan ini. Apa
yang saya ketahui masalah disiplin ini merupakan satu masalah tingkah laku yang
dikenal sebagai tingkah laku abnormal dalam kalangan pelajar iaitu tingkah laku yang
terkeluar daripada norma masyarakat. Dari pandangan cikgu sendiri apakah masalah
yang berlaku di sekolah ini?

Cikgu Laili: ok terima kasih atas soalan yang diberikan dan terima kasih pada kamu
semua kerana sudi datang ke sekolah ini. Ok, sebelum saya menjawab soalan yang
kamu kemukakan, saya nak betulkan sikit tentang abnormal. Tadi dalam penyataan
kamu ada menyatakan pelajar yang melakukan masalah disiplin dia abnormal.
Sebenarnya dia bukan pelajar abnormal maksudnya dia remaja, bila remaja dia
terdorong untuk melakukan sesuatu yang dia tidak tahu sama ada perkara itu ok atau
tidak ok. Sebab kita sedia maklum, remaja ini keinginan dia, sifat ingin tahu dia sangat
tinggi, dia suka mencuba dan kadang-kadang tindakan yang diambil ini, dia tidak
berfikir panjang. Maknanya apa yang dia nampak didepan mata dia akan buat. Berbeza
dengan orang dewasa, orang dewasa apabila kita hendak membuat sesuatu kita perlu
berfikir panjang dan kadang kala kita nak menyelesaikan sesuatu masalah kita
mengambil masa selama satu minggu untuk menyelesaikan. Tapi bukan pada remaja
kerana remaja sikap dan sifatnya agresif, ingin tahu dan buat sesuatu tu tanpa fikir
akibat. Remaja sekarang ini merupakan generasi z, maknanya lebih agresif dan lebih
suka menguji serta dia hendakkan bukti sama ada dia buat sesuatu itu betul ke.
Contohnya, mak cakap kalau kita naik basikal laju-laju kita jatuh kita sakit. Betul ke
bukti jadi dia buat untuk mendapatkan bukti. Saya nak jawab soalan tadi ya. Masalah
disiplin yang berlaku di sekolah ini, kalau kita tengok di sekolah-sekolah, biasa masalah
disiplin memang akan berlaku sama ada masalah disiplin itu ketara atau tidak. Kalau
kita bercakap di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), masalah disiplin itu tetap juga
berlaku. Macam di sekolah kami SMK Trolak ini, sepanjang saya berkhidmat di sini
selama 10 tahun yang saya dapati masalah paling ketara tentang disiplin ini ialah
masalah ponteng. Untuk pengetahuan kamu semua, majoriti pelajar di sekolah kita
adalah terdiri daripada anak peneroka generasi ke tiga maknanya, dia cucu peneroka.
Kalau dia anak peneroka pun dia merupakan yang terakhir. Kebanyakan dia adalah cucu
peneroka daripada mak ayah yang bercerai atau mak ayah yang berkerja di tempat lain
dan menghantar anak duduk dekat sini duduk dengan nenek ataupun atok yang
bertujuan meminta tolong anak dia jaga atok nenek mereka ataupun dengan tujuan
untuk mengelakkan anak-anak contohnya dia duduk di Ipoh dia rasa Ipoh tidak sesuai
untuk anak dia sebab banyak sangat masalah disiplin yang berlaku disini jadi dia hantar
anak kesini dengan harapan supaya anak dia boleh jadi baik. Tapi biasanya kalau cucu
duduk dengan atok dapat atok yang duit dah ada, semua kelengkapan dah ada dia akan
jadi lebih manja. Bila mereka ini duduk bersapa dengan atok ataupun opah, opah lembut
nak kejut pegi sekolah panggil sekali tak bangun panggil dua kali, panggil tiga kali tak
apa la cucu, cucu tak nak sekolah tak apa la. Masalah ponteng ini akan jadi lebih serius
tapi saya tidak salahkan atok dan nenek memang itu tugas dia jaga cucu. Cuma pelajar
itu sendiri la sebab kesedaran itu tidak ada dan sikap dia. Kesenangan ada, apa yang dia
nak semua ada. Kamu masuk ke sekolah ini pun kamu nampakkan, deretan motor-motor
di depan maksudnya pelajar-pelajar disini majoriti semua dah senang. Jadi kenapa perlu
dia datang sekolah padahal dia dah ada kelengkapan semua itu. Masalah ponteng
memang ketara memang menonjol antara masalah-masalah lain. Contohnya buli pun
ada tapi lebih kepada gurauan melampau macam masalah lepak pun ada tapi sejak dua
menjak ini tidak Nampak budak-budak bila dia tidak datang sekolah dia melepak
kurang sebab kita ada jaringan dengan masyarakat luar jadi kalau budak ini melepak
memang dapat laporan. Orang luar akan lapor dan kita akan pergi ke tempat itu jadi
budak-budak tidak berani.

Fadzlon: Saya perkenalkan diri dahulu, nama saya Fadzlon binti Hassan juga
mengambil program ISM Pengajian Malaysia dengan pendidikan, semester 3.
Berdasarkan Puan Laili katakan tadi, masalah ponteng antara masalah yang utama
disekolah ini. Apakah cabaran dan insiden yang ketara pernah cikgu kendalikan untuk
menyelesaikan masalah ini?

Cikgu Fazliani: Cabaran ialah masalah ponteng dan bila kita sudah tahu masalah utama
sekolah ini ialah ponteng macam tadi cikgu Laili cakap kita buat jaringan besar-besar,
kita akan pergi ke rumah pelajar dan kita tengok dalam Pangkalan Data Murid (APDM),
dulu zaman sekolah kita tengok dalam buku kehadiran kedatangan pelajar. Sekarang
kita dah pakai sistem nanti dah jadi cikgu tahu la dalam sistem, ok bila dalam sistem
guru kelas akan update pelajar yang tidak hadir dan dah berapa kali pelajar tersebut
tidak hadir. Kita pergi rumah kita tengok cabaran utama bila kita ketuk-ketuk pintu
orang ada dalam rumah tapi dia tidak keluar, itu sangat rasa macam ‘frust’ kita nak
jumpa dia kita nak tanya apa sebab dia. Saya pergi ketuk rumah dengan cikgu Laili
bersama dengan PK Hem turun dan kadang-kadang mak ayah dia tidak ada.

Cikgu Laili: Satu emak ayah dia tidak ada dan bila mak ayah tidak ada, budak itu
duduk dekat rumah sorang dan tiada orang nak jaga dia jadi dia tidur. Biasanya kami
pergi mak ayah ni nak cakap dia tidak pentingkan pelajaran anak-anak, penting. Tapi
mungkin kurang tindakan itu. Maksudnya kalaulah saya ada anak dan saya kejut anak,
anak tak bangun tindakan saya, saya ambil air dan saya jirus je. Tapi mak ayah dekat
sini tidak buat macam itu sebab sayang anak dan paling-paling pun dia akan cakap
dekat kami “tak tahu la cikgu tak tahu nak buat macam mana anak saya tak nak
bangun”. Maknanya apa sahaja keputusan dia, dia suruh kita buat dan kalau anak dia tak
nak bangun dia akan cakap pada kami. Jadi kami nak buat apa tak kan setiap hari nak
pergi rumah dia nak kejutkan anak dia, tak kan nak heret anak dia datang ke sekolah. Itu
bukan bidang kuasa kami dan itu antara cabaran-cabaran bila mak ayah dah meningkat
usia dah golongan emas hati dia lagi lembut berbanding zaman dulu dia muda-muda
lagi garang. Macam mak ayah kita, abang-abang kita selalu cakap dulu masa abang
belajar abang kena tibai je tapi kita kata tak pon sebab kita tergolong anak-anak yang
bawah maka tak ada la mak ayah marah-marah. Jadi macam itu situasinya bila
seseorang itu telah meningkat usia dan tanggungjawab dia pada anak itu ada tapi dah
kurang. Satu lagi ibu bapa kurang sangat mementingkan pendidikan anak-anak dan
menyerahkan tanggungjawab itu kepada guru. Pernah kami pergi rumah, ada pelajar ini
mengambil SKM di sekolah ini. Uniknya sekolah Trolak ini, kami ada SKM, pelajar
tingkatan 1,2,3 ambil SKM untuk automotif. Maknanya tingkatan 3 apabila dia keluar,
dia sudah ada SKM tahap 2 tapi dia tidak boleh berkerja lagi lepastu dia sambung pula
dekat Kolej Vokasional Slim River ini. Lepastu dia dah tingkatan 3, dia dah ada SKM1,
tinggal nak sambung SKM 2. Tapi ibu bapa dia muda juga, ibu bapa dia macam tidak
ada kuasa untuk mengarahkan anak pergi ke sekolah. Seolah-oleh macam segala tindak
tanduk mak ayah itu berkaitan dengan anak, anak yang tentukan.

Nurulhidayah: Saya perkenalkan diri saya dulu iaitu nama saya Nurulhidayah binti
Abdullah. Soalan saya, bagaimana pandangan cikgu dengan masalah ponteng sekolah
ini dengan pencapaian akademik mereka di dalam kelas dan akademik?

Cikgu Fazliani: Seperti yang kita tahu pelajar ponteng ini dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas kalau mereka tidak datang, macam mana mereka nak faham
apa yang cikgu ajar. Selalunya apabila mereka ponteng, mereka tidur dan tidak belajar
dan mengambil masa bersantai-santai serta tidak ada kenginan untuk mengulangkaji.
Kalau ponteng tapi ulang kaji pelajaran tidak apa tapi ini ponteng duduk rumah tidak
buat apa-apa, tidur, bangun, makan. Kalau kita tengok kita tahu dekat situ masalah
kalau mereka datang mereka tidak faham apa yang cikgu ajar sebab dia dah terlepas
dengan sukatan pelajaran sebelum ini. Kalau kita tengok keputusan dia, selalunya dia
akan dapat keputusan yang teruk. Teruk tu bukanlah bermakna dia dapat F semua tapi
dia masih boleh diperbaiki. Mungkin ada soalan-soalan yang sekarangkan semuanya
soalan kita berkaitan dengan KBAT mungkin dia punya KBAT tidak sampai seperti
yang dikehendaki. Kalau dia ponteng memang dia gagal dalam akademik dan selalunya
pelajar yang bermasalah disiplin dia punya akademik bukan di tahap yang cemerlang.
Kalau dia cemerlang, sahsiah dia tidak ok. Dekat situ kita nilai, kita nak jadi pelajar
yang unggul kita kena ada dua-dua kiteria iaitu sahsiah baik dan akademik pun baik.
Walaupun akademik dia A macam mana pun kalau sahsiah dia teruk, dia tidak boleh
juga.

Fazlin: Untuk mengatasi masalah disiplin ponteng sekolah ini, apa pendekatan dan
langkah yang diambil oleh guru dan pihak sekolah untuk mengatasinya?

Cikgu Laili : untuk pengetahuan kamu semua di daerah Batang Padang dan Mualim ini
serta semua sekolah, KPM telah menetapkan untuk kehadiran ke sekolah kita perlu
capai 95%. Sekolah yang tidak capai 95% maknanya sekolah itu dikira gagal. Memang
kita ada KPI di mana semua kaunselor telah dipanggil untuk membentangkan tentang
masalah ponteng ini. Kalau ikut di daerah Batang Padang dan Mualim ini hanya
beberapa buah sekolah sahaja yang mencapai KPI 95% terutama sekali sekolah-sekolah
berasrama penuh memang mencapai. PPD telah mengarahkan untuk meningkatkan kita
punya peratus kehadiran setiap hari. Jadi apa yang sekolah kami lakukan, kita ada
jaringan dengan pihak luar di mana kita ada whatsapp kehadiran. Tujuan whatsapp
kehadiran adalah untuk memantau pelajar-pelajar yang tidak hadir agar kita dapat
maklumkan dalam group supaya pihak-pihak pengurusan FELDA, JKK Pendidikan
FELDA ambil tindakan. Biasanya kami memang mendapat sokongan dan sokongan
yang baik dari pihak FELDA. Di samping itu juga, macam cikgu Lia bagi tahu tadi
memang tugas kami untuk melaksanakan apa yang termampu dan terbaik. Ibu bapa
pelajar juga mengalu-alukan kedatangan kami dan berasa bersyukur kerana datang

Suhairi: Assalamualaikum, saya Suhairi Supia dan merupakan pelajar semester 3 juga.
Saya ingin bertanya, berapa kerapkah pelajar yang mempunyai masalah disiplin dirujuk
kepada guru disiplin?

Cikgu Fazliani: Selalunya pelajar yang kerap dirujuk ini, tidak semestinya kami
mengambil pelajar tu masuk ke dalam bilik kaunseling , kami cakap macam ni masalah.
Selalunya di tapak perhimpunan saya atau cikgu Laili akan bercakap hari ni berapa
orang yang tidak hadir, berapa orang yang dapat surat amaran pertama, kedua dan
ketiga. Kaunseling ini dalam bidang kami berdua, kaunseling ini tidak semestinya
mereka datang ke bilik. Lebih kepada umum seperti contohnya saya berselisih dengan
pelajar tersebut jadi saya akan tanya kenapa awak tidak datang, ada masalah apa dan
kita tanya atau dia sendiri datang dan berkongsi masalah. Saya dan cikgu Laili ni
biasanya kan bagi mereka masa dahulu. Kerap tu memang kerap tapi masalah tu simple
sahaja seperti tidak datang sebab kenderaan tidak ada, hujan, letih, tidak sihat. Cikgu
rujuk banyak, pelajar datang sendiri pun banyak dan nak kata kerap tu memang selalu
la.

Suhairi: Soalan terakhir daripada saya ialah apakah pendapat cikgu tentang tindakan
rotan?

Cikgu Laili: Rotan dalam islam pun ada berkata kalau kita hendak mendidik sekurang-
kurangnya kita boleh rotan tapi kita rotan tempat-tempat yang tertentu seperti kaki dan
jangan sentuh daripada pinggang ke atas, rotan kepala pun tidak boleh. Saya rasa rotan
ini dia ada baik dan buruk. Kebaikannya untuk mendidik kita perlukan sesuatu yang
boleh membuatkan dia rasa takut. Kadang-kadang dulu masa saya belajar saya sangat
takut dengan cikgu disiplin dan bila dia memegang rotan. Kita takut dengan cikgu
disiplin bila dia pegang rotan lagi bertambah takut walaupun kita tahu dia tidak akan
melibas orang sesuka hati. Sebab dia pun ada etika yang tersendiri tapi rotan itu
menggambarkan bahawa menyebabkan seseorang itu takut dan akan membuat sesuatu
mengikut peraturan sekolah. Bila kita merotan, tujuan kita merotan adalah untuk
mendidik. Bila kita tidak merotan kita tidak ada alat untuk membuat sesuatu. Kita tahu
dasar pendidikan sekarang kita tidak dibenarkan untuk merotan pelajar, kita tidak
dibennarkan untuk mendenda pelajar, kita tidak dibenarkan untuk memalukan budak
dan banyak kekangan. Kita banyak kekangan, pelajar akan cakap bila semua perkara
kita tidak boleh buat pelajar akan rasa cikgu tidak akan ambil tindakan pada aku. Ini
menyebabkan pelajar akan menjadi besar kepala dan banyak perkara-perkara yang tidak
diingini berlaku. Saya rasa kalau dibenarkan rotan semula, saya rasa itu bagus. Kita
sebagai cikgu kita merotan untuk mendidik bukan rotan sesuka hati. Saya sokong jika
diberi keizinan untuk merotan semula.
Suhairi: Tu sahaja soalan dari kami. Terima kasih atas kerjasama cikgu untuk
menjalankan temubual pada hari ini.

You might also like