You are on page 1of 10

Nama saya Wan Faridah binti Wan Hanapi.

Saya merupakan pelajar tahun satu di


Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan
Pengurusan. Saya berumur 20 tahun dan merupakan pelajar lepasan Sijil Tinggi Pelajaran
Malaysia (STPM). Saya dilahirkan di hospital kerajaan yang terletak di Bandar mentakab
yang bernama hospital Mentakab, Pahang pada 10.42 malam pada tarikh 23 April 1996. Saya
mempunyai lima adik beradik iaitu dua orang lelaki dan tiga perempuan, saya merupakan
anak yang kelima. Saya tinggal di Felda Tementi, Bandar Bera, Pahang. Ibu bapa saya ialah
peneroka dan penerokawati. Saya telah memulakan zaman persekolahan saya di Sekolah
Kebangsaan Felda Tementi pada tahun 2003. Menyambung persekolah di Sekolah
Kebangsaan Bera, Bandar 32 pada tahun 2009. Pada tahun 2014, saya telah menyambung
pelajaran di Sekolah Kebangsaan Purun sebagai pelajar tingkatan enam selama setahun
setengah. Dan kini pada tahun 2016, saya menyumbung pelajaran dalam sarjana muda di
UPM.
Saya seorang yang bersikap yang bersahaja. Saya seorang yang mudah dari segi
semua benda terutama pakaian, makanan dan lain-lain. Hal ini kerana saya tidak pandai nak
bergaya seperti orang lain, saya lebih suka memakai pakaian yang selesa daripada cantik tapi
tak selesa. Seterusnya, saya juga mudah percaya pada orang terutama perkataan yang pertama
keluar pada mulut orang iti walaupun orang itu berbohong. Selain itu, Saya juga seorang yang
kelam kabut tapi masih boleh dikawal. Contohnya, bila setuasi itu lagi cemas lagi kelam
kabut. Seterusnya, saya seorang yang sangat manja terutama dengan ahli keluarga. Hal ini
kerana saya merupakan anak bongsu di dalam keluarga. Mungkin ini adalah salah satu sikap
yang akan ada pada anak bongsu bagi setiap keluarga. Menurut tokoh psikologi iaitu Adler
(1928), anak bongsu adalah di urutan yang terakhir dalam keluarga, mereka merupakan pusat
perhatian dan penempatan diri sebagai raja atau ratu dalam keluarga. Kondisi yang
mudah bagi anak bongsu ini dibandingkan dengan abang-abang dan kakak-kakaknya. Ini

membentuk anak bongsu menjadi anak yang malas, melalaikan tanggungjawab dan mudah
dimaafkan.
Dari segi fizikal pula, saya merupakan genetik dari negeri Kelantan. Hal ini
kerana ayah saya merupakan orang Kelantan. Manakala ibu saya dari Pahang tapi nenek dan
atok dari Kelantan dan telah berhijrah ke Temerloh, Pahang. Saya berkulit cerah atau sawa
matang, ini kerana saya diberitahu bahawa semasa ibu saya iaitu mengandung ibu saya selalu
minum air kacang soya. Ibu dan bapa saya juga berkulit cerah. Saya mempunyai ketinggi
164.5 cm dan merupakan yang paling tinggi dalam keluarga saya. Selain itu, saya berbandan
gempal dan mempunyai berat bandan saya ialah 73 Kilogram. Bentuk muka saya adalah bulat
sesuai dengan bandan saya. Seterusnya, saya mempunyai mata yang berwarna coklat sesuai
dengan mata orang asia. Selain itu, saya mempunyai bibir yang kecil sama seperti bibir ibu
saya.
Dari segi pemikiran pula saya lebih kepada pemikiran terbuka. Saya suka
menambah pengatahuan dari segi pembacaan, penglihatan dan pendengaran. Contoh dari segi
pembacaan adalah membaca fakta-fakta, buku, majalah dan lain-lain. Dari segi penglihatan
pula, saya melihat cerita seperti drama pukul7, berita utama pukul8 dan laian-lain. Terakhir
dari segi pendengaran pula, saya mendengar berita dari radio, cerita dari orang lain berkaitan
dengan pengalaman, peristiwa dan lain-lain. Saya juga menerapkan nilai murni dalam diri
seperti yang diajar oleh Islam iaitu sentiasa bersangka baik terhadap semua orang. Kadangkadang saya juga berfikiran buruk terhadap sesuatu perkara seperti melihat orang yang tidak
membalas senyuman saya adalah orang yang sombong dan lain.lain. Tetapi pengalaman saya
bekerja sebagai juruwang di TF Value Mart Sdn Bhd mengajar saya bahawa manusia ini
susah nak difahami terutaman diri sendiri.

ANALISIS SWOT
DALAMAN
SEKUATAN

LUARAN
PELUANG

* Boleh menghafal apa yang dibaca

* Belajar bahasa english dalam kelas

* Suka menbaca

BBI2422 dan CEL2101

* Suka belajar

* Mencari perkataan yang tidak faham di

KELEMAHAN

dalam kamus sesawang


CABARAN

Lemah dalam penguasaan bahasa * Tidak biasa dengan penggunaan bbahasa


English
English,
Tidak berani untuk bercakap dalam
* Masa belajar di dalam kelas Bahasa
bahasa english
Tidak pndai bergaul dengan orang English terlalu pendek
* Kerja Khusus yang terlalu panjang

baru

* aktiviti luar kampus terlalu banyak

Carta Keluarga

Wan Hanapi Bin


Wan Daud

Noriah Binti
Abdullah

Wan Muhammad
Hazlan Nizam Bin
Wan Hanapi

Noraini Binti
Wan Hanapi

Chewan Norfatiah
Binti Chewan
Muhamud

Wan Dhia Haziqah


Binti Wan
Huhammad
Hazlan Nizam

Wan Saifullah Bin


Wan Hanapi

Wan Norhayati
Binti Wan
Hanapi

Shahrul Azhar Bin

Nur Zahra Zulaika


Binti Sharul Azhar

Hanan Umayra
Binti Shahrul
Azhar

Pengalaman Kehidupan Peribadi


1) Pengalaman Pahit

Wan Faridah
Binti Wan
Hanapi

Saya telah dilahirkan di muka bumi ini pada 23 april 1996, selepas lima tahun dari
kelahiran saya iaiatu pada 22 Oktober 2001 abah saya Wan Hanapi Bin Wan Daud telah
meninggal. Ini adalah pengalaman yang paling pahit dan tidak dapat saya lupakan. Sebelum
waktu subuh, abah saya pergi ke masjid untuk solat subuh berjemaah tetapi dalam perjalan ke
masjid abah saya telah mengalamani serangan jantung. Pada masa yang sama, jiran di sebelah
rumah saya juga sedang menuju ke masjid yang sama dan ternampak abah saya sedang
kesakitan, beliau dengan segera telah membawa ayah saya ke Klinik kesihatan Bera, Bandar
32. Setelah pembantu perubatan dan pekerja klinik cuba sedaya upaya abah saya
menghembuskan nafas yang terakhir di klinik tersebut. Jiran saya balik ke rumah dan
membawa saya sekeluarga yang berada di rumah ke klinik. Pada masa itu hanya air mata dan
tangisan sahaja yang mampu di dengar. Setelah beberapa jam, abang sulung saya dihantar
pulang oleh Sekolah Teknik Bentong, abang sulung saya hanya melutu melihat jenazah ayah
kerana beliau faham bahawa selepas ini semua tanggungjawab abah akan beralih kepadanya.
Kakak kedua juga balik dari Sekolah Al-Khariah, Temerloh dan menangis melihat abah.
Suasana menjadi sungguh suram. Selepas jenazah abah di mandikan, abah di sembahyangkan
di rumah. Tidak disangka sunggah ramai yang datang untuk sembahyangkan arwah abah
sehingga penuh di dalam rumah dan di laman rumah. Selapas selasai sembahyang, kami adik
beradik mencium dahi, pipi dan dagu ayah buat kali yang terakhir. Tetapi emak tidak
mencium kerana mak takut tak mampu untuk menahan rasa sedih di dalam hati. Abah di
bawa ke Tanah perkuburan Felda Tementi, Pahang. Pada malam kematian abah kami
sekeluarga mimpi arwah abah dan kini sudah lima tahun abah meninggalkn kami.

2) Pengalaman manis

Pada tahun 2013, saya telah menjalani ujian peperiksaan iaitu Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) di SMK bera, Bandar 32, Pahang. Setelah bersusa payah, bertungkus lumus dan
bermati-matian dalam menuntut ilmu, alhamdulilah saya mendapat keputusan SPM yang
cemerlang iaitu 5 A, 3 B+ dan 1 D+. Selepas mendapat keputusan SPM saya terus bergegas
ke tempat mak nak menunjukkan keputusan tersebut mak saya menangis kegembiraan ini
adalah hadiah sempena hari lahir mak yang hampir dekat dengan tarikh keputusan SPM.
Selepas keputusan SPM keluar, saya telah melanjutkan pelajaran di tingkatan enam
atau pra universiti di SMK Purun, Pahang. Saya merupakan pelajar sesi 2014/ 2015. STPM
kini sudah bertukar kepada sistem modular iaitu sem dari sem satu hingga sem dua. Setiap
sem akan mampunyai kerja khusus yang akan membantu pelajar untuk mendapat markah
yang tinggi. Sem satu PNGK saya ialah 3.67, Sem dua, 2.75 dan sem tiga 3.50. Setelah
ulangan PNGK saya ialah 3.83 dimana saya telah mendapat 3A, 1B+. Saya juga di
anugerahkan pelajar terbaik sesi 2014/2015.
Saya telah berjaya melanjutkan sarjana muda di Universiti Putra Malaysia (UPM)
pada 31 Ogos 2016. UPM merupakan universiti terbaik di peringkat Malaysia, Asean dan
dunia. Saya melanjutkan pelajaran dalam bidang pembangunan manusia dengan pengurusan.
Saya berasa amat bangga kerana diterima oleh UPM yang sememangnya terkenal dengan
kehebatnya. UPM merupakn universiti penyelidikan dan universiti lima bintang yang
mempunyai pelbagai kemudahan. Saya tidak pernah merasa ada yang kurang berasa di sini.
Saya perlu lebih berusaha untuk mendapatkan segulung ijazah sarjana muda untuk masa
depan saya, keluarga, bangsa, agama dan negara.

Matlamat Hidup.
Matlamat hidup saya ialah untuk berjaya di dunia dan akhirat. Untuk berjaya di dunia
kita harus mengejar akhirat. Ini kerana semasa mengejar akhirat dunia mesti akan mengikuti
kita.

Cara untuk mengejar akhirat ialah melakukan perkara yang di suruh oleh pencipta
iaitu Allah S.W.T dan meninggalkan larangannya. Sebagai contoh Allah S.W.T menyuruh kita
mendirikan solat lima waktu sehari dan menjauhi maksiat. Perkara ini dapat mendekatkan
kita dengan Allah S.W.T. Bila kita mendekatkan diri dengan Allah S.W.T menbuatkan kita
berasa tenang dan damai. Segala beban yang ditanggung menjadi ringan dan mudah untuk
dihadapi.
Berjaya didunia pula ialah berjaya dalam pendidikan. Sekarang saya tengah belajar
untuk mendapatkan segulung ijazah sarjana muda pertama di UPM. Saya akan belajar dengan
tekun dan bersunggah-sungguh untuk mendapatkan kerjayaan yang diiginin. Kerjayaan ini
bukan hanya untuk diri saya tetapi untuk seluruh keluarga saya. Saya akan buat ibu saya
bangga dengan mencapai yang saya dapat dan bantu dalam ekonomi keluarga. Ini janji saya,
saya akan buat yang terbaik selama empat tahun di sini. Segala kesusahan akan saya hadapi
kerana saya percaya Allah S.W.T sentiasa bersama umat-Nya.
Teori Pembangunan Manusia, Bronfenner ( 1979)
Teori persekitaran
1. Mikrosistem
Melibatkan persekitaran yang terdekat yang mana kanak-kanak mempunyai interaksi berlaku
dalam persekitaran yang kecil. Contohnya interaksi kanak-kanak dalam keluaraga seperti
interaksi kanak-kanak antara anak dan ibunya. Interaksi rakan sebaya dan adik beradik.
Dalam keluarga, ibu bapa merupakan agen sosialisasi terpenting dalam kehidupan kanakkanak. Faktor persekitaran dalam keluarga merupakan faktor yang paling besar
mempengaruhi pekembangan anak. Orang yang paling hampir dengan saya ialah keluarga
yang merangkumi ibu, kakak-kakak dan abang-abang. Mereka ialah orang yang palaing dekat
dan selalu berhubung jika menghadapi masalah. Sistem ini penting bagi saya kerana keluarga
ialah orang yang paling hampir dengan saya. Tanpa mereka saya tidak akan berada disini.

Mereka ialah orang yang paling memahami saya. Mak mempunyai naluri keibuan yang kuat
apabila saya menghadapi masalah mak akan dapat merasakan tanpa perlu say berkomunikasi.
2. Mesosistem
Mesosistem merupakan perhubungan anatara mikrosistem dengan mikrosistem yang
lain.Sebarang perkara yang berlaku dalam satu mikrosistem dapat mempengaruhi interaksi
dengan mikrosistem yang lain. Contohnya, keadaan di rumah akan mempengaruhi keadaan di
luar rumah seperti sekolah. Individu yang mempunyai masalah di rumah akan membawa
masalah keluar rumah seperti sekolah, tempat kerja dan lain-lain. Saya sebagai manusia biasa
cenderung membawa emosi kemana sahaja. Jika menghadapi masalah di rumah, akan akan
bersikap berdiam diri untuk memikirkan masalah tersebut walaupun tahu jalan pernyelesaian
sukar. Ini kan menganggu tumpuan saya terhadap sesuatu perkara yang seharusnya di beri
keutamaan. Hal ini demikian, ibu bapa merupakan satu kompenan sistem meso untuk anakanak kerana mereka seharusnya peka dengan perubahan emosi anak-anak. Jika mempunyai
masalah di luar dari ruamh, masalah itu tidak seharusnya di bawa pulang dan di pamerkan
kepada anak-anak kerana jika hal ini berlaku ini akan mengganggu emosi anak-anak.
3. Ekosistem
Ekosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan seseorang
secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan
kepada kanak-kanak atau orang dewasa yang terlibat dengan seseorang tersebut. Maksudnya
ialah pengalaman individu mempengaruhi orang lain. Sebagai contoh, persekitaran sekolah,
pasar raya, dan peraturan-peraturan yang secara tidak langsung akan mempangaruhi
perkembangan sosial seseorang tersebut.
4. Makrosistem

Makrosistem melibatkan perkembangan individu yang dipengaruhi oleh oleh norma-norma,


nilai dan amalan masyarakat. Saya lahir didalam masyarakat Felda yang majmuk. Kami
seperti satu keluarga, apabila ada majlis kenduri kendara anak-anak yang bekerja di
perantauan akan pulang ke tempat asal mereka untuk membantu menjayakan majlis tersebut.
Kami akan saling bantu membantu dan bergotong-royong bersama-sama tidak kira yang
muda atau yang tua mahupun jantina. Semuanya bekerjasama antara satu sama lain. Nilai
bekerjasama ini sudah sinonim dengan penduduk Felda Tementi tidak kira apa jenis majlis
semua akan dilakukan dengan akativiti gotong-royang. Sistem ini penting dalam kehidupan
saya kerana nilai gotong-royong ini membuatkan kami seperti satu keluarga walaupun
berlainan negeri. Ini juga membanu saya untuk mudah bekerjasama dengan orang lain kerana
sikap tolong menolong sudah diterap dari kecil.
5. Kronosistem
Perubahan sesuatu keadaan dalam suatu tempoh masa. Selaras dengan arus perubahan serta
perkembangan teknologi maklumat (IT) yang dicapai oleh sesebuah Negara. Contohnya,
kanak-kanak di zaman global lebih fokus kepda permainan yang diperoleh dari media
elektronik seperti komputer berbanding dengan kanak-kanak zaman dahulu yang lebih
terdedah dengan permainan berunsurkan tradisional seperti congkak, layang-layang dan
gasing. Proses pembelajaran berasaskan teknologi moden ini penting dalam pelajaran kerana
pendedahan awal akan membantu dalam pendidikan yang moden pada masa hadapan.
Teknologi moden penting dalam membantu saya untuk belajar terutama dalam memcari
sumber rujukan untuk menyiapkan tugasan atau kerja khusus yang diberi oleh pensyarah.
Dengan adanya laman sesawang membantu saya mencari sumber-sumber, teori dan pelbagai
lagi dalam menyempurnakan tugas yang diberi.

RUJUKAN

You might also like