You are on page 1of 2

SKRIP VIDEO RESUME

Nama : NURIN AISYAHTUL DANIA BINTI ROSLI


Praktikum : A3TO4A

Pengenalan: Assalamualaikum dan salam sejahtera . Pertama sekali saya


ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan kerana
memberi saya peluang menjadi sebahagian daripada calon
pilihan untuk Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di
universiti tuan

Soalan 1 Nama yang diberi ialah Nurin Aisyahtul Dania binti Rosli yang
Pengenalan diri : memegang nombor kad pengenalan 051025070188. Saya
berumur 19 tahun dan berasal dari Pulau Pinang . Saya
mempunyai enam orang adik beradik dan saya merupakan anak
kedua . Saya mempunyai seorang abang , tiga orang adik lelaki
dan seorang adik perempuan . Ayah saya bekerja sebagai
seorang jurutera kilang di Seberang Perai manakala ibu saya
seorang suri rumah .Saya menerima Pendidikan awal di Pasti An-
Naim , selepas itu saya bersekolah di SK Sungai Kechil Ilir dan
SMK Kulim dengan menerima keputusan 5A 4B dalam Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) . Kemudian saya melanjutkan
pengajian saya di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang jurusan
perakaunan dengan pencapaian PNGK 4.00 dan Band 5 dalam
Ujian MUET.
Soalan 2 Saya memilih untuk menyambung pengajian dalam Ijazah
Sebab memilih Sarjana Muda Pendidikan kerana minat dlam bidang perguruan
kursus : sejak kecil lagi serta menjadi guru adalah satu cita-cita yang saya
impikan sejak bangku sekolah lagi . Saya turut mempunyai hasrat
yang saya impikan iaitu untuk menjadi guru matematik . Hal ini
kerana saya amat meminati subjek kira-kira . Guru matematik di
sekolah menengah saya adalah idola untuk dicontohi sebagai
seorang guru matematik yang berjaya dan beliau juga sering
memberi keyakinan kepada saya yang saya boleh untuk menjadi
sepertinya . Oleh itu , saya dapat belajar sesuatu daripadanya
iaitu apabila kita inginkan sesuatu , kita mestilah berusaha
bersungguh-sungguh supaya dapat mencapai Impian yang kita
idamkan selama ini .
Soalan 3 Saya memilih Univeersiti Pendidikan Sultan Idris untuk
Sebab memilih menyambung pengajian saya dalam Ijazah Sarjana Muda
universiti : Pendidikan kerana ia merupakan impian saya untuk memasuki
univesiti ini . Bapa saudara juga merupakan sebahagian daripada
bekas pelajar di universiti ini . Sekarang , beliau juga merupakan
seorang pengetua . Oleh itu , saya mendapat banyak
pengalaman dari beliau dan menyebabkan saya tertarik dalam
bidang pendidikan ini . Saya amat berbangga dengan beliau
kerana semangat dan tanggungjawab beliau sebagai seorang
guru amatlah bermakna bagi saya untuk menjadi seorang
pendidik .
sle Di sekolah rendah , saya merupakan seorang penolong ketua
pengawas . Selain itu , saya amat aktif dalam bidang kurikulum
seperti saya memasuki pertandingan bercerita Bahasa Melayu
dan juga Bahasa Arab hingga ke peringkat daerah . Saya juga
aktif dalam bidang kokorikulum seperti saya memasuki
pertandingan bola baling dan juga olahraga di peringkat sekolah .
Selain daripada itu , saya juga mendapat anugerah tokoh murid
di sekolah rendah . Di sekolah menengah pula , saya merupakan
seorang pengawas . Saya juga terlibat dalam bidang kurikulum
seperti bercerita Bahasa Arab . Selain daripada itu , saya juga
terlibat dalam pertandingan Bola Jaring di peringkat daerah .
Saya juga merupakan seorang ketua kamar di asrama sekolah
saya .
Soalan 5 Saya seorang yang berkepimpinan , berdisiplin , amanah , dan
Kekuatan peribadi bertanggungjawab atas tugasan yang diberi dan saya akan
memastikan kerja dihantar tepat pada waktu yang diminta dan
juga saya akan memastikan kerja saya adalah yang terbaik .
Selain itu , saya juga seorang yang pandai bercakap . Buktinya
saya sering dipanggil untuk menjadi pengerudi majlis di mana-
mana program yang diadakan di sekolah. Oleh itu , saya yakin
saya boleh berjaya dalam bidang pendidkan ini pada masa yang
akan datang .
Soalan 6 Selepas tamat pengajian saya dalam bidang pendidkan ini , saya
Hala tuju harap saya dapat penempatan kerja untuk beberapa tahun bagi
hala tuju jangka pendek . Bagi hala tuju jangka panjang pula ,
saya harap saya dapat melanjutkan pengajian saya dan dapat
meluaskan ilmu pengetahuan saya dengan menyambung
pengajian sehingga peringkat master dan PHD kerana saya
boleh mengajar di university sebagai seorang pernsyarah muda
yang berjaya .
Penutup Saya rasa itu saja daripada saya , saya berharap agar pihak
universiti terima dan tertarik dengan cara penyampaian video
resume saya dan saya harap juga saya dapat menjadi
sebahagian pelajar daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris .
Pihak tuan atau pihak universiti bole menghubungi saya di talian
0174599896 dan email nuyincahtul25@gmail.com sekiranya
mempunya kemusykilan atau persoalan atas diri saya . Sekian ,
terima kasih .

You might also like