You are on page 1of 4

ULASAN

Dadah ialah satu bahan yang akan menyebabkan perubahan dalam


badan dan keadaan fizikal semasa diambil.Penyalahgunaan dadah dalam
bidang sukan merupakan satu isu yang sudah biasa terhadap penyokong-
penyokong sukan.Semangat sukan yang tipis dalam kalangan atlit telah
menyebabkan jumlah kes penyalagunaan dadah semakin hari semakin
meningkat.Masalah ini perlulah diselesaikan dengan segera supaya mutu
sukan negara dan juga antarabangsa tidak akan dipengaruhi oleh dadah itu.

Penggunaan bahan-bahan yang tidak bermoral ini adalah sejak zaman


Greek dan juga zaman Rom Purbawala.Bahan-bahan itu termasuklah ekstrak
cendawan,benih tumbuhan,protein haiwan dan alkohol.Isu pengambilan
dadah ini pernah menyebabkan sukan Olimpik terpaksa diberhentikan kerana
terlalu banyak atlit terlibat dalam kes pengambilan dadah.Antara dadah yang
disalahgunakan oleh atlit-atlit masa kini termasuklah kelas-kelas
Narkotik,Anabolik,Diuretik, Anti-oestrogenik dan Kanabinoid.Manakala bahan-
bahan larangan pula termasuklah kokain,anestetik dan analeptic. Bahan-
bahan ini telah disenaraikan sebagai dadah yang dilarang.

Penyalahgunaan dadah mendapatkan banyak keburukan.Yang pertama


ialah dari segi kesihatan.Dadah yang diambil ini akan mambawa kesan buruk
terhadap badan atlit sekiranya mereka menyalahgunakan dadah atau
mengambil secara berlebihan.Yang kedua pula,ialah dari segi etika.Dadah
akan memberikan pretasi yang tinggi daripada tahap keupayaan biasa
seseorang atlit.Ini akan mewujudkan ketidakadilan dalam keputusan.Selain
itu,memiliki atau mengambil dadah adalah salah di sisi undang-undang.Tiada
seseorang yang boleh dikecualikan walaupun dia seorang atlit yang telah
mengharumkan nama negara.
Mengapa ramai atlit-atlit sukan akan mengambil dadah untuk menaikkan
prestasi mereka?Terdapat banyak faktor yang telah menggalakkan atlit-atlit
sanggup mengambil dadah sehingga mengabaikan akibatnya.Yang pertama
ialah ialah atlit itu tidak puas hati terhadap pretasi sendiri.Kadang-
kadang,atlit-atlit akan berasa kecewa apabila mereka tidak mampu
memperoleh keputusan yang baik.Pada masa ini,mereka akan mencuba apa-
apa cara untuk meningkatkan pretasi mereka dan masa inilah,dadah
menjadikan pilihan pertama bagi mereka.Di samping itu,tekanan daripada
latihan juga merupakan salah satu faktor yang menggalakkan atlit mengambil
dadah.Latihan yang dijalankan tiap-tiap hari akan menyebabkan atlit-atlit
berasa tertekan dan ingin melarikan diri daripada bebanan latihan ini.Dadah
boleh membantu mereka menerangkan tekanan dalam hati.hasrat atlit sendiri
yang terlalu ingin mengejar kejayaan dan juga menghasilkan rekod
kejohanan.Hasrat ini telah menyebabkan atlit itu tidak berfikiran matang
walaupun kemungkinan besar mereka akan dilarang menyertai
pertandingan.Selain itu,ganjaran kejayaan seperti menerima biasiswa
universiti atau kolej dan memperoleh pendapatan berjuta-juta ringgit juga
menggalakkan mereka melakukan apa sahaja demi mengejarkan kejayaan.

Faktor yang lain ialah hasrat atlit sendiri yang terlalu ingin mengejar
kejayaan dan juga menghasilkan rekod kejohanan.Hasrat ini telah
menyebabkan atlit itu tidak berfikiran matang walaupun kemungkinan besar
mereka akan dilarang menyertai pertandingan.Selain itu,ganjaran kejayaan
seperti menerima biasiswa universiti atau kolej dan memperoleh pendapatan
berjuta-juta ringgit juga menggalakkan mereka melakukan apa sahaja demi
mengejarkan kejayaan.

Setiap rakyat dan jurulatih mempunyai harapan yang tinggi terhadap atlit-
atlit negara.Harap mereka dapat memperoleh pingat dalam acara sukan.Atlit-
atlit akan mengangggap harapan ini sebagai tekanan.Mereka tidak mahu
mengecewakan pihak-pihak ini.Oleh itu,mereka akan berusaha untuk
mengejarkan kejayaan.Pengambilan dadah merupakan jalan pintas bagi
mencapai matlamat mereka.Tambahan pula,faktor lain ialah atlit-atlit ingin
memenuhi syarat-syarat kelayakan acara sukan itu terutamanya sukan
peringkat antarabangsa.Sebagai contohnya,acara angkat berat.

Pengambilan dadah yang berlebihan akan memudaratkan seseorang


atlit.Dalam arena sukan,banyak kes kematian telah berlaku akibat
penggunaan dadah.Sebagai contohnya,kematian Tom Simpson,seorang
pelumba basikal telah mati pada tahun 1967 akibat penggunaan
dadah.Selepas itu,barulah Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa(IOC)
memulakan pemeriksaan dadah dalam setiap sukan antarabangsa.

Masalah penyalahgunaan dadah ini mestilah diselesaikan dengan


segera.Yang pertama,Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa(IOC) telah
memainkan peranan penting dalam usaha ini.IOC perlulah mengetatkan
undang-undang terhadap atlit-atlit yang terlibat dalam kes penyalahgunaan
dadah.Selain melarang mereka menyertai pertandingan,pihak ini juga boleh
mendenda mereka dengan wang atau tidak membenarkan mereka menyertai
apa-apa pertandingan lagi.

Tambahan pula,IOC perlu mengetatkan pemeriksaan dadah semasa


sukan diadakan.Barulah ini boleh mengatasi kes penyalahgunaan dadah
dengan lebih berkesan.Selain itu,OIC juga boleh menggunakan cara pilih
secara rawak bagi memilih atlit untuk menjalankan pemeriksaan dadah.Cara
ini amat berkesan kerana atlit-atlit tidak akan mengetahui sama ada dia ada
dipilih atau tidak.

Sebagai kesimpulannya,atlit-atlit perlu mengutamakan semangat sukan


dan bukan sahaja berhasrat ingin mengejar kejayaan sahaja.Kejayaan yang
dicapai melalui dadah tidak akan dibanggakan,sebalik pula,ia mungkin akan
mencemarkan nama atlit-atlit tersebut. Para atlit haruslah mengantung
kepada kemampuan mereka untuk mencapai kemenangan.

You might also like