You are on page 1of 4

Isu Doping Penyalahgunaan dadah dalam sukan

Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM) telah menggantung


Ahmad Fallanie Ali krn didapati positif doping ketika Jelajah Malaysia (JM) 2013
Jun lalu. Ujian air kencing secara rawak yang dijalankan kepada beberapa
pelumba pada perlumbaan tersebut mendapat Ahmad Fallanie, yang mewakili
pasukan Terengganu positif mengambil bahan terlarang.
beliau dimaklumkan bhw hanya mengambil ubat batuk tetapi pihak PKBM
telah menyerahkan perkara itu kepada Jawatankuasa Anti-Doping PKBM untuk
mengetahui apa bahan yang diambil dan bila ia diambil. Walaupun belum ada
sebarang bentuk hukuman dikenakan namun penggantungan terhadap pelumba
tersebut sudahpun bermula sebaik sahaja ujian air kencingnya didapati positif
mengandungi bahan terlarang dan dia tidak boleh mengambil bahagian dalam
mana-mana perlumbaan setakat ini.
"Sebenarnya Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) tidak mensyaratkan JM
mengadakan ujian doping, tetapi hasil inisiatif kita PKBM bersama kerjasama
Institut Sukan Negara (ISN), mereka melalukan ujian tersebut secara rawak
untuk memastikan kejohanan berprestij ini bebas dari penggunaan bahan
terlarang dan tanpa diduga ada pelumba menggunakannya. Saya mahu
tegaskan bahawa PKBM amat tegas dengan perkara ini dan tidak akan ada
sesiap yang terlepas jika menggunakan bahan larangan yang mampu
mencemarkan imej sukan ini di mata dunia JM 2013.
Sukan berbasikal negara pernah dikaitkan dengan masalah doping ialah pada
2009 melibatkan pelumba lebuh raya negara, Mohd. Fauzan Ahmad Lutfi yang
didapati positif menggunakan bahan terlarang anabolik steroid di Kejohanan Mini
Olimpik dan digantung selama dua tahun. Kes pertama pula melibatkan seorang
lagi pelumba, Razif Salleh pada 2006 selepas didapati mengambil steroid.
"Siapa berani buat, dia berani tanggung, sekarang biar Jawatankuasa AntiDoping melaksanakan tugas mereka, selepas semuanya sudah lengkap barulah
PKBM akan melakukan tindakan terhadap pelumba tersebut dan sekurangkurangnya hukuman minimum digantung selama dua tahun akan dikenakan
terhadapnya," katanya.
Ditanya adakah kes ini mencemarkan perlumbaan JM yang sudah memasuki
edisi ke-50 tahun ini, Naim berkata, ia tidak akan menjejaskan perlumbaan
tersebut sebaliknya, semua pihak perlu sedar bahawa perlumbaan ini amat
tegas dengan mana-mana penggunaan bahan terlarang.
"Kita sudah kenakan syarat yang ketat, sekurang-kurangnya ia menjaga nama
baik Malaysia walaupun UCI tidak mensyaratkan JM perlu mengadakan
ujian doping. Mana-mana perlumbaan perlu mengadakan ujian doping cuma kos
untuk melaksanakannya agak tinggi tetapi ia baik untuk sukan berbasikal,"
katanya.

Beliau dalam kenyataannya menegaskan bahawa beliau tidak pernah


menggunakan bahan terlarang tersebut. Namun, bagaimanakah perkara ini
boleh terjadi? Isu doping bukan perkara yang luar biasa dalam dunia sukan. Isu
ini telah lama berlaku dalam arena sukan di seluruh dunia. Tetapi, apakah
sebenarnya yang mennyebabkan para atlet ini mengambil bahan terlarang
tersebut? Apakah kesan-kesan penyalahgunaan dadah dan bagaimanakah
penyalahgunaan dadah dalam sukan boleh dibendung?
Perkataan doping dalam sukan merujuk kepada penggunaan dadah/ubat
yang diharamkan oleh International Olympic Council (IOC), bagi tujuan
mendapatkan kelebihan dalam prestasi atlet. Pengharaman dadah dalam sukan
mempunyai dua justifikasi; pertama, ia memberi kelebihan kepada atlet yang
menggunakannya serta melanggar segala peraturan dan makna keadilan dalam
pertandingan. Kedua, cara pengambilan dan jumlah yang digunakan akan
memudaratkan seseorang individu. Dalam arena sukan, banyak kes-kes yang
telah berlaku akibat penggunaan dadah secara langsung atau tidak langsung.
'Doping' secara tidak sengaja berlaku apabila atlet mengambil ubat untuk
merawat sesuatu penyakit dan tanpa disedari ubat berkenaan mengandungi
bahan yang dilarang. Sebagai contoh, dalam kes pemain badminton nombor satu
negara, Datuk Lee Chong Wei yang telah didapati gagal ujian doping di mana
ianya mengandungi Dexamethasone.

Punca-punca penyalahgunaan dadah oleh atlet


Punca-punca bagi penggunaan bahan-bahan meningkatkan prestasi adalah
banyak dan pelbagai. Secara umumnya tidak ada motif tunggal untuk
penyalahgunaan bahan-bahan dan kaedah-kaedah yang dilarang. Antara sebabsebab berlakunya doping ialah :
1. Meningkatkan prestasi dalam sukan
Atlet menghadapi tekanan yang besar untuk mencapai kecemerlangan
dalam pertandingan. Selain mendapat pengiktirafan dari segi pingat,
mereka juga boleh mendapatkan wang sebagai ganjaran mereka
memenangi sesuatu pertandingan. Walaupun mereka mengetahui bahawa
latihan merupakan cara terbaik untuk meningkatkan prestasi mereka,
namun sesetengah daripada mereka berpendapat bahawa sesetengah
ubat-ubatan dan amalan-amalan lain boleh meningkatkan usaha mereka
dan memberi mereka jalan pintas untuk meningkatan stamina.

2. Sebagai rawatan kecederaan atau kesakitan


Seseorang atlet perlu berada dalam keadaan yang sihat supaya boleh
bertanding dengan sempurna. Namun begitu, terdapat sesetengah atlet
yang mengalami kecederaan ketika bertanding atau melakukan latihan.

Untuk mengurangkan rasa sakit dengan kadar segera, mereka sanggup


mengambil ubat-ubatan yang mengandungi bahan terlarang.

3. Pengambilan tanpa sedar oleh atlet


Kadang-kala, bahan terlarang ini boleh diambil tanpa sedar oleh atlet itu
sendiri. Sebagai contoh, seseorang atlet akan mengambil supplemen
sebagai pemakanan tambahan untuk meningkatkan tahap kesihatan dan
stamina. Namun begitu, terdapat supplemen yang tidak berdaftar yang
mengandungi bahan terlarang. Apabila mereka mengambil supplemen
tersebut, tanpa mereka sedari sebenarnya mereka telah mengambil bahan
terlarang tersebut.

Kesan penyalahgunaan dadah oleh atlet


A) Kepada Atlet
Atlet akan dipandang serong oleh masyarakat kerana pada tanggapan mereka,
atlet tersebut telah berjaya menempa nama dan prestasi yang cemerlang dalam
sukan selama ini adalah kerana penggunaan dadah yang secara tidak langsung
akan meningkatkan stamina dan persembahan mereka. Masyarakat akan berfikir
bahawa segala kemenangan yang dicapai adalah secara tidak jujur. Ini akan
menyebabkan masyarakat akan hilang keyakinan terhadap atlet tersebut.
Prestasi dan kredibiliti atlet juga akan terjejas. Hal ini adalah kerana tekanan
yang akan dihadapi oleh atlet itu sendiri apabila gagal ujian doping. Tekanan ini
akan seterusnya menjejaskan prestasi mereka. Selain itu, seseorang atlet juga
akan digantung daripada menyertai mana-mana pertandingan dan latihan untuk
sesuatu tempoh yang ditetapkan.
B) Kepada arena sukan dan negara
Isu doping akan menjatuhkan maruah sukan negara. Negara lain akan
memandang serong terhadap negara kita. Hal ini adalah kerana mereka akan
berpendapat bahawa atlet negara Malaysia adalah tidak jujur dan tidak layak
untuk bertanding. Mereka juga akan mengesyaki tahap pengawalan pemakanan
atlet tidak dikawal sepenuhya oleh pihak yang bertanggungjawab. Selain itu,
negara juga akan mengalami kerugian kerana akan kehilangan atlet yang
berpotensi. Apabila seseorang atlet gagal dalam ujian doping, mereka akan
digantung daripada bertanding dalam mana-mana pertandingan untuk satu
tempoh masa yang agak panjang. Ini menyebabkan negara kita gagal
mendapatkan pengiktirafan. Masa yang agak lama juga diperlukan untuk
membaikpulih keadaan.

Langkah-langkah membendung masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan


atlet
Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk membendung masalah ini
adalah dengan memberikan pendidikan dan pengetahuan yang secukupnya
kepada para pemain dan pelatih mereka mengenai bahan terlarang dalam
sukan. Hal ini adalah kerana ramai atlet sukan yang masih lagi tidak mempunyai
pengetahuan yang cukup mengenai bahan-bahan tersebut terutamanya apabila
mereka mengambil supplemen-supplemen seperti ubat-ubatan tradisional.
Pengetahuan mengenai cara mengenalpasti ubat-ubatan yang berdaftar juga
perlu diberi penekanan. Selain itu, mereka juga perlu didedahkan dengan kesankesan yang akan berlaku dengan pengambilan bahan-bahan seperti ini.
Di samping itu, ujian doping juga perlu dilaksanakan dengan prosedur yang lebih
ketat supaya tidak berlakunya penyelewengan ketika ujian dilakukan. Ujian
doping perlu dilakukan ke atas setiap atlet secara rawak bukan sahaja ketika
musim pertandingan, tetapi ketika di luar musim pertandingan. Dengan
mengambil pendekatan ini, sudah pastinya atlet akan berasa tidak selamat dan
akan berasa takut untuk menyalahgunakan dadah.
Langkah seterusnya ialah dengan melantik ahli farmasi yang berdaftar untuk
mengawasi pengambilan ubat-ubatan oleh setiap atlet. Walaupun setiap atlet
mempunya penasihat nutrisi ataupun nutritional advisor, yang berperanan
mengawasi pemakanan atlet, mereka mungkin tidak mempunyai pengetahuan
mengenai kandungan ubat-ubatan yang diambil oleh atlet tersebut. Ahli farmasi
sebagai pakar dalam ubat-ubatan sememangnya adalah pilihan yang terbaik
untuk memberi nasihat kepada atlet dalam pengambilan ubat-ubatan.
Hukuman yang lebih berat perlu diberikan kepada atlet yang didapati bersalah
seperti dilarang daripada menyertai pertandingan untuk selamanya. Hukuman
yang berat seperti ini akan menyebabkan para atlet berasa takut untuk
menyalahgunakan dadah.

You might also like