You are on page 1of 3

ISU-ISU DALAM PENDIDIKAN JASMANI Gangguan seksual Gangguan seksual bermaksud sebarang perkataan, isyarat badan,kelakuan dan perbuatan

buatan yang berunsur lucah yang mengganggu hak peribadi individu lain yang tidak diundang. Gangguan ini kerap berlaku di sekolah, di padang permainan, di tempat kerja dan sebgainya. Biasanya, gangguan ini dilakukan oleh pihak lelaki terhadap wanita tetapi pada alaf baru ini gangguan seksual juga berlaku terhadap kaum lelaki. Gangguan seksual merupakan penghalang kepada individu yang berminat untuk melibatkan diri dalam sukan dan permainan. Dalam bidang sukan, gangguan-gangguan tersebut mungkin akan dilakukan oleh beberapa pihak:

Jurulatih Terdapat segelintir jurulatih yang mengambil kesempatan daripada hubungan eratnya dengan atlet. Jurulatih kemungkinan akan melakukan gangguan seksual terhadap atlet dengan alasan kelakuannya itu adalah sebahagian daripada aktiviti latihan yang dijalankan. Pengurus pasukan Terdapat juga segelintir pengurus pasukan yang menyalahgunakan kuasa mereka untuk memaksa atlet mengikut arahannya. Sekiranya atlet tersebut enggan mengikut arahanmereka, pengurus tersebut akan mengugut untuk menyingkirkan atlet itu daripada pasukannya. Rakan Kemungkinan kenalan rapat atau rakan sepasukan akan melakukan gangguan seksual tanpa disedari oleh mangsa. Ini disebabkan hubungan yang intim antara kedua-duanya memudahkan gangguan seksual dilakukan tanpa menimbulkan rasa curiga daripada mangsa. Pilih kasih Sikap pilih kasih bermaksud pertimbangan yang berat sebelah iaitu memihak kepada individu atau kumpulan tertentu. Pihak yang mengamalkan sikap pilih kasih akan menafikan hak seseorang atau sesuatu kumpulan untuk menyertai aktiviti sukan atau permainan. Kita dapat lihat bahawa terdapat dua bentuk pilih kasih yang diamalkan oleh seseorang yang bersikap pilih kasih, iaitu:

Diskriminasi Terdapat segelintir guru atau jurulatih sukan hanya melatih satu gender sahaja kerana beranggapan pihak ini lebih berjaya dan menguntungkan berbanding dengan lain. Contohnya,sesetengah guru atau jurulatih sukan menyediakan 20 jenis permainan untuk murid lelaki dan hanya menyediakan 8 permainan untuk murid perempuan. Jumlah permainan yangdisediakan adalah tidak seimbang dan ini juga mengehadkan bilangan murid perempuan untuk menyertai program sukan danpermainan. Penafian hak Terdapat sesetengah guru atau jurulatih sukan yang suka memperlekehkan kemampuan sesuatu gender. Kadangkala prestasi yang lemah tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk tidak menghantar pasukan ke pertandingan sukan. Dadah Perkataan doping daIam sukan merujuk kepada penggunaan dadah/ubat yang diharamkan oleh International Olympic Council (IOC), bagi tujuan mendapatkan kelebihan daIam prestasi atlet. OIeh kerana atlet-atlet sentiasa mencari kelebihan untuk mengejar kemenangan,edaran dadah secara haram berIeIuasa di seluruh dunia melalui sama ada internet, bahan bercetak atau hubungan peribadi. KepeIbagaian jenis dadah serta teknik menggunanya telah menyulitkan lagi penyaringan dadah dan makmal perlu sentiasa berwaspada kepadaperubahan trend dalam masalah ini. Penggunaan dadah untuk merangsang keupayaan seseorang dalam sukan akan menjejaskan kesihatan dan menyalahkan prinsip dan semangat kesukanan. Pengharaman dadah dalam sukan mempunyai dua justifikasi; ia memberi kelebihan kepada atlit yang menggunanya serta melanggar segala peraturan dan makna keadilan dalam pertandingan cara pengambilan dan jumlah yang digunakan memudaratkan seseorang individu. Malah dalam arenasukan, banyak kes-kes kematian teIah berlaku akibat penggunaandadah secara langsung atau tidak langsung. Kategori dadah yang begitu popular dalam kaIangan atlet ialah bahansteroid anabolik. Rasuah Menurut Mohd Firdaus Jaafar (PAS-Jerai), isu rasuah sering berlaku dalam permainan bola sepak pasukan negeri di Malaysia. Persatuan bola sepak negeri yang gagal membayar gaji dengan baik mengakibatkan pemain-pemain tempatan mahupun pemain luar sudah mula mencari makan dengan cara haram, akhirnya mereka sanggup menjual perlawanan sebagai rasuah.

Ini menyebabkan minat dan sokongan rakyat terhadap mutu bola sepak tempatan menjadi pudar dan Kementerian Belia dan Sukan mesti merancang bagaimana hendak menjadikan sukan bola sepak ini diminati masyarakat. Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan penubuhanJawatankuasa Ketelusan dan Pemantauan bagi menangani masalah rasuah dalam bola sepak tempatan.

You might also like