You are on page 1of 34

NILAI DAN ETIKA DALAM SUKAN

AINUL BADIAAH BT ZAINAL NADRAHTUL NASUHA BT KAMARUL HATTA NUR IZRIN FARAH HANI BT ISMAIL

PERMAINAN BERSIH (FAIR PLAY)

APA ITU FAIR PLAY?


Bermain mengikut peraturan sedia ada. Melibatkan konsep kerjasama dalam pasukan, menghormati antara satu sama lain dan satu pasukan bermain dengan satu matlamat yang sama.

Melibatkan isu yang tidak berkait dengan penipuan, pengambilan dadah, keganasan, gangguan seksual, rasuah, ketidakadilan dalam permainan, diskriminasi dan lain-lain.

TUJUAN FAIR PLAY


Bagi mewujudkan satu keadilan dalam aktiviti sukan, peraturan sukan dan pengurusan sukan yang melibatkan komitmen semua pihak.

Mengelakkan daripada berlakunya isuisu dan perkara-perkara yang negatif dalam sukan.

KESAN-KESAN TIDAK MENGAMALKAN FAIR PLAY


Reputasi buruk dan terjejas.
Keputusan permainan tidak berkualiti.

Mencalar imej pengurusan sesuatu sukan.

Prestasi sukan negara akan terus merudum.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
Tindakan undangundang. Memberi taklimat terperinci tentang matlamat permainan. Wujudkan jawatankuasa khas.

Patuh kepada disiplin dan peraturan permainan.

Menerapkan nilai-nilai spiritual di kalangan jurulatih dan pemain bermula dari peringkat sekolah sehingga kebangsaan.

PENYALAHGUNAAN BAHAN DALAM SUKAN

MENGAPA?

Atlet ingin berada atau mengekalkan tahap kesihatan yang terbaik di samping sebagai jalan mudah untuk mengecapi kejayaan.

Untuk meningkatkan stamina dan tenaga pada tahap yang tinggi selain bertindak sebagai ubat tahan sakit sekiranya atlit mengalami sebarang kecederaan tertentu.

CONTOH PENYALAHGUNAAN BAHAN DALAM SUKAN


doping daIam sukan merujuk kepada penggunaan dadah/ubat yang diharamkan oleh International Olympic Council (IOC), bagi tujuan mendapatkan kelebihan daIam prestasi atlet.

Dadah yang diharamkan oleh IOC


Sejak awaI 1970an perangsang (stimulant) dan narkotik mula dikesan. Tujuan penggunaan stimulant begitu nyata kerana bahan seperti amfetamin memberi tenaga serta ketahanan yang amat baik terutama dalam pertandingan seperti lumba basikal, Iarian jarak jauh, acara renang, semuanya yang memerIukan daya tahan.

Bahan seperti kafein, ephedrine, pseudoephedrin menyulitkan lagi kawalan kerana bahan ini terdapat dalam pelbagai minuman dan makanan dan juga ubat-ubatan over-the counter untuk pelbagai rawatan.

Oleh yang demikian bahan-bahan ini perlu dinilai jumlahnya di dalam urin; jumlah kafein melebihi 12 mg/mI di dalam urin misalnya akan dirumuskan sebagal positif.

Bahan-bahan narkotik pula menjadi ubat yang berkesan bagi meneruskan pertandingan tanpa menghirau kecederaan yang diaIami atlit. Pengharaman narkotik adalah di atas dasar kesihatan kerana tindakan seperti ini memudaratkan lagi keadaan atlit.

Kategori dadah yang begitu popular dikaIangan atlit ialah bahan steroid anabolik.

Steroid anabolik merangkumi Iebih 50% daripada dadah yang dikesan oleh makmal-makmal doping seIuruh dunia.
Steroid anabolik adalah bahan yang digunakan di luar masa pertandingan oleh kerana manafaatnya serta perubahan yang diingini pengguna didapati semasa latihan.

Oleh yang demikian pengesanan positif sering didapati apabila program kawalan di luar pertandingan dijalankan; beberapa bulan sebelum pertandingan penggunaannya dihentikan bagi mengelak pengesanan.

Oleh kerana eIiminasi steroid begitu berpanjangan dalam badan manusia, kehadirannya masih kadangkala dapat dikesan dalam paras ppb (parts per billion) beberapa bulan selepas tamat penggunaan.

Ubat darah tinggi yang dikenali sebagai penghalang-beta juga disalahgunakan oleh atlit dalam acaraacara sukan seperti memanah, menembak, dan bidang sukan yang memerlukan penumpuan seseorang.

Objektif penggunaan adalah untuk mengurangkan kegugupan yang mungkin berlaku.

AKIBAT PENYALAHGUNAAN
Hukuman penggantungan selama beberapa tahun dikenakan ke atas mana-mana atlet yang disahkan mengambil bahan terlarang tertentu dalam sukan selain tindakan tataterbib dikenakan pada atlet tersebut.

JALAN PENYELESAIAN

Dengan memberi pendedahan yang lebih mendalam kepada para atlet dan perkara ini perlu dilakukan pada peringkat bawahan.

Hal ini boleh dilaksanakan melalui aktiviti kaunseling, ceramah, kempen kesedaran dan sebagainya kepada para atlet agar mereka dapat berusaha dan bekerja keras dalam mencapai sesuatu kejayaan.

Para atlet juga perlu sedar, mereka harus bertanggungjawab atas apa sahaja makanan yang diambil kerana persatuan mahupun pegawai sukan tidak boleh memerhatikan pergerakan mereka sepanjang masa.

Apa sahaja makanan khususnya makanan tambahan perlu dirujuk kepada Institut Sukan Negara(ISN)untuk memastikan`kebersihannya' daripada dadah larangan.

KEGANASAAN DALAM SUKAN

DEFINISI KEGANASAN

Baron dan Richardson (1994), keagresifan merupakan apa saja bentuk tindakan dan perlakuan yang bermatlamat untuk menyebabkan kecederaan ke atas benda hidup yang lain dan bermotivasi untuk mengelakkan diri dari dicederakan.

Perlakuan yang bermatlamat (niat)

Menyebabkan @ mendatangkan kecederaan dan kesakitan secara fizikal dan psikologikal

Ditujukan kepada benda hidup yang bermotivasi untuk mengelakkan diri dari dicederakan

KEGANASAN MELIBATKAN:
Atlet Jurulatih Penonton

JENIS-JENIS KEGANASAN
Keagresifan ketara - kecenderungan untuk mencederakan individu dengan sengaja bermatlamat untuk menyakitkan secara fizikal atau psikologi yang didorong oleh rasa marah atau kecewa.

Keagresifan instrumental tindakan mencederakan pihak lawan sebagai satu cara untuk mencapai matlamat kemenangan atau ganjaran.

Keagresifan asertif - penggunaan fizikal atau verbal tanpa niat untuk mencederakan pihak lawan dan tindakan itu dibenarkan mengikut peraturan permainan.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGANASAN


Lokasi permainan

Jangka masa dalam permainan

individu yang dikasari

Keputusan pertandingan

Takut kepada tindakbalas yang bakal diterima

LANGKAH MENGATASI
Menggalakkan role model Menghukum pemain agresif

Menghukum jurulatih yang menggalakkan agresif

Kemahiran pengurusan tekanan

GANGGUAN DALAM SUKAN

MAKSUD GANGGUAN

Sesuatu yang menghalang aktiviti sukan berjalan dengan lancar yang disebabkan oleh sebab-sebab tertentu.

BAHAGIAN GANGGUAN

Gangguan Dalaman

Gangguan Luaran

GANGGUAN DALAMAN
TEKANAN

Kepentingan pertandingan :
Semakin penting sesuatu pertandingan semakin tinggi tekanan yang dihasilkan.

Ketidaktentuan keadaan :
Keadaan dimana atlet tidak diberitahu tentang maklumat tepat berkaitan pertandingan.

KEBIMBANGAN

Kebimbangan:
Ia merujuk kepada ciri-ciri personaliti individu yang sering mentafsirkan situasi di persekitaran mereka sebagai menekan atau menggugat diri.

GANGGUAN LUARAN
VISUAL: Keadaan persekitaran pertandingan Contoh: pihak lawan dan penonton BUNYI: Suasana tempat pertandingan sama ada bising atau pun senyap. Contoh: sokongan penonton

KOMUNIKASI Komunikasi yang tidak berkesan samada menerima maklumat yang salah atau terlalu banyak.

GAMESMANSHIP

Menggunakan cara yang meragukan untuk menang.


Contoh: tipu helah, maki hamun.

FAKTOR-FAKTOR GANGGUAN
Pemain atau atlet tidak berkeyakinan untuk bertanding. Pengalaman pahit yang pernah dirasai sebelum ini akibat kekalahan. Tidak menetapkan matlamat secara tepat.

Tiada persiapan atau persediaan awal sebelum pertandingan.

Kecederaan yang mengalami kepada para pemain.

CARA MENGATASI GANGGUAN


Latihan Simulasi iaitu menjalankan latihan dalam keadaan sama seperti dalam suasana pertandingan.

Meningkatkan kesefahaman antara pemain dengan pemain dan pemain dengan jurulatih.

Persediaan yang rapi dari segi mental,emosi dan taktikal sebelum pertandingan.

Menggunakan teknik imageri iaitu imbas kembali pengalaman lepas atau membayangkan suasana sebenar pertandingan.

Pengawalan pernafasan. Ia paling mudah dan berkesan untuk dilaksakan. Dilakukan pada waktu rehat atau sebelum sesuatu pergerakan.

You might also like