You are on page 1of 5

1.

0 PENGENALAN

Dadah ditakrifkan sebagai bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada
individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan system tubuh
manusia berfungsi secara tidak normal. Ianya menjadi bertambah bahaya jika diambil
tidak mengikut sukatan yang dibenarkan serta tanpa kawalan. Perkataan doping dalam
sukan merujuk kepada penggunaan dadah atau ubat yang diharamkan oleh
International Olympic Council (IOC), bagi tujuan mendapatkan kelebihan dalam prestasi
atlet. Isu penyalahgunaan dadah dalam sukan kini bukanlah perkara baharu. Ini kerana,
dalam tahun 1967, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa telah bersetuju untuk
mengharamkan atau mengehadkan penggunaan sesetengah bahan atau kaedah yang
boleh meningkatkan tahap keupayaan seseorang atlet.

2.0 ISU-ISU MELIBATKAN DADAH DALAM SUKAN DI MALAYSIA

Baru-baru ini kita dimaklumkan oleh berita yang menyatakan bahawa beberapa
sukan teras digugurkan untuk dipertandingkan dalam Sukan Malaysia (SUKMA), 2018.
Berdasarkan kenyataan media oleh ketua pengarah Majlis Sukan Negara, Dato Ahmad
Shapawi (2017), antara punca sukan angkat berat digugurkan sebagai sukan teras
yang dipertandingkan dalam SUKMA 2018 adalah disebabkan oleh disiplin atlet yang
semakin merosot kerana tujuh kes doping telah dilaporkan oleh World Anti-Doping
Agency (WADA) sejak empat tahun yang lepas. Walaubagaimapun, jawatankuasa
tertinggi SUKMA telah membuat keputusan untuk memasukan kembali sukan Angkat
Berat untuk dipertandingkan dengan meletakkan syarat bahawa semua pihak yang
terlibat dalam sukan angkat berat harus memastikan tidak ada lagi kes doping berlaku
dalam temasya Sukan Malaysia, (Dato Ahmad Shapawi, 2018).

Pada tahun 2014 kita juga telah dikejutkan dengan isu kegagalan seorang atlet
badminton elit dalam ujian air kencing dan disahkan positif ujian doping. Atlet tersebut
didapati mengambil dadah tahap rendah, namun tetap diharamkan oleh Agensi Anti-
Doping Dunia (WADA) iaitu Dexamethasone. Atlet elit tersebut dilaporkan positif dadah
jenis steroid. Ini juga adalah insiden doping kelima menimpa sukan negara, selepas
tiga atlet Sukan Malaysia yang didapati gagal dalam ujian dadah, masing-masing dalam

1
sukan angkat berat serta berbasikal dan kemudian, pingat emas atlet wusyu, pada
Sukan Asia ditarik kerana positif dadah.

Seterusnya isu terbaru pada tahun lepas dalam Sukan SEA dilaporkan tiga atlet
didapati positif menggunakan bahan terlarang dan salah seorang daripadanya adalah
atlet Malaysia yang memenangi pingat emas pada Sukan SEA ke-29 yang berlangsung
dari 19 hingga 30 Ogos 2017. Berita yang diterima itu menjadi tamparan hebat kepada
negara, selaku tuan rumah yang mahu menjadikan temasya sukan dianjurkan negara
selepas 16 tahun itu sebagai suatu kejayaan dan bebas penggunaan bahan terlarang.
Meskipun sebelum Sukan SEA berlangsung, Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut
Sukan Negara (ISN) sudahpun melaksanakan ujian doping secara rawak terhadap atlet
yang bakal menggalas cabaran negara, namun ia terpalit juga dengan insiden berulang
itu.

3.0 PUNCA-PUNCA PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM SUKAN

Terdapat beberapa sebab berlakunya penyalahgunaan bahan terlarang dalam


kalangan atlet seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.

Meningkatkan
Sebagai rawatan
prestasi dalam
kecederaan
sukan

Pengambilan
tanpa sedar

Rajah 1 : Punca-punca penyalahgunaan dadah

2
Didorong oleh naluri ingin menyertai sesuatu pertandingan ketika berada dalam
kecederaan, seseorang atlet itu sanggup mengambil jalan mudah iaitu mengambil
bahan terlarang untuk mempercepatkan pemulihannya. Faktor dahagakan
kemenangan atau kejuaraan juga turut mendorong seseorang atlet itu terlibat dengan
penyalahgunaan dadah. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Vincent, Mohamad
Nizam dan Julinamary (2015) terhadap atlet Silat dalam Majlis Sukan Universiti
Malaysia (MASUM), antara sebab utama atlet mengambil dadah adalah untuk
menghilangkan rasa kesakitan yang dialami. Jenis dadah yang kerap digunakan oleh
atlet-atlet tersebut ialah Narcotic Analgesics. Penggunaan dadah jenis ini
membolehkan atlet terus berlatih walaupun mengalami kecederaan yang teruk pada
otot. (Vincent et.,al 2015).

Dalam sukan, ubat-ubatan yang diambil oleh atlet adalah untuk mereka
mendapat kesembuhan daripada kecederaan dialami dan supplemen memang menjadi
keperluan atlet sebagai nutrien tambahan mereka. Namun para atlet yang mengambil
ubat dan supplemen tambahan perlu berhati-hati dalam pengambilan tersebut kerana
dalam beberapa makanan tambahan yang dianalis oleh J. Martinez-Sans, I.Sospedra,
C. Otriz et al (2017) dalam kajiannya, komponen-komponen yang paling kerap ditemui
dalam produk-produk makanan tambahan ialah steroid anabolik yang dilarang oleh IOC
sejak tahun 1974 selepas positif dikesan dalam Sukan Komanwel yang diadakan di
New Zealand.

Seterusnya, tekanan untuk berjaya atau memenangi sesuatu pertandingan juga


turut mendesak atlet mendekatkan diri dengan penyalahgunaan dadah. Sifat
materialistik yang mengutamakan kebendaan atau ganjaran yang lumayan apabila
memenangi sesuatu pertandingan atau kejuaraan juga menjadikan atlet alpa akan
undang-undang dan peraturan sukan. Walaupun mereka mengetahui bahawa latihan
merupakan cara terbaik untuk meningkatkan prestasi mereka, namun sesetengah
daripada mereka berpendapat bahawa sesetengah ubat-ubatan dan amalan-amalan
lain boleh meningkatkan usaha mereka dan memberi mereka jalan pintas untuk
meningkatan stamina. “Athletes may turn to drugs such as steroids to gain an edge on
the competition. This is known as doping and is widespread across different sports,
ages, and levels of competition”, Emily (2018).

3
Kadang-kala, bahan terlarang ini boleh diambil tanpa sedar oleh atlet itu sendiri.
Sebagai contoh, seseorang atlet akan mengambil supplemen sebagai pemakanan
tambahan untuk meningkatkan tahap kesihatan dan stamina. Namun begitu, terdapat
supplemen yang tidak berdaftar yang mengandungi bahan terlarang. Apabila mereka
mengambil supplemen tersebut, tanpa mereka sedari sebenarnya mereka telah
mengambil bahan terlarang tersebut. Dalam kajian Amutha (2017) yang bertajuk
Knowledge and Attitude Related to Nutritional Supplements and Risk of Doping among
National Elite Athletes in Malaysia, kebiasannya atlet yang terjebak dalam pengambilan
doping adalah atlet yang baru dan kurang pengetahuan dari aspek pengambilan
supplemen yang betul. Semua atlet dan para jurulatih di bawah Persatuan Sukan
Malaysia diwajibkan mengikuti kelas pendidikan doping supaya mereka lebih tahu dan
mengenali jenis supplemen yang perlu diambil, (Amutha, 2017).

RUMUSAN

Penyalahgunaan bahan dalam kalangan atlet negara bukanlah perkara yang


remeh-temeh, tetapi patut diambil berat kerana akan merugikan negara. Faktor-faktor
penyalahgunaan dadah seperti pengaruh rakan dan kurangnya didikan agama patut
diberi perhatian agar masalah dadah dalam kalangan atlet dapat dibendung. Tambahan
pula, kesan penyalahgunaan dadah akan memberi impak yang besar kepada negara
seperti menjejaskan ekonomi negara, kos penyelenggaraan meningkat, kehilangan
sumber tenaga kerja yang produktif, dan memberi ancaman keselamatan kepada
negara. Oleh itu, masalah ini tidak patut dipandang enteng demi untuk menyahut
cabaran dan slogan negara iaitu “Hidup Tanpa Dadah”. Maka maruah Negara tidak lagi
tercalar dan secara tidak langsung membersihkan nama negara sekaligus menaikkan
nama negara dipersada antarabangsa.

4
RUJUKAN

Ahmad Shapawi. Februari, 2018. Kenyataan Media Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi


Sukan Malaysia Perak 2018. Diakses dari
https://www.nsc.gov.my/media/2018/02/SIARAN-MEDIA-SUKAN-TERAS-
DALAM-SUKMA-PERAK-2018

Amutha Ramadas. 2017. Knowledge and Attitude Related to Nutritional Supplements


and Risk of Doping among National Elite Athletes in Malaysia. Article in
Malaysian Journal of Nutrition

G,.Emily. (2018). Drug Abuse in Athletes. Diakses dari


https://www.recovery.org/topics/drug-abuse-athletes/

J,.Martinez-Sanz, I,.Sospedra, C,.Ortiz et al. 2017. Intended or unintended doping? A


review of the presence of doping substances in dietary supplements used in
sports. Nutriens Journal 9, 1-22

V,.Parnabas, J,.Parnabas, Mohamad Nizam. 2015. Level of Drugs Usage and Sport
Performance in Malay Silat. Journal of Martial Arts Anthropology, 2, 45-51

You might also like