You are on page 1of 1

Daya Tahan Kardiovaskular

Daya tahan kardivaskular bermaksud keupayaan jantung, salur darah dan sistem respiratori untuk
membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan pada jangka masa yang lama semasa
melakukan aktiviti fizikal yang berintensiti rendah atau sederhana.

Sistem kardiovaskular terdiri daripada :

- jantung
- saluran darah

Fungsi sistem kardiovaskular adalah untuk
menyokong sistem fisiologi yang lain.
- Penghantar
- Pengeluar
- Pengangkut
- Pengekal
- penghalang

Sistem peredaran darah manusia adalah jenis sistem peredaran darah tertutup. Sistem peredaran
darah manusia terbahagi kepada dua sistem iaitu:
- Sistem peredaran pulmonary
- Sistem peredaran sistemik

Jenis-jenis latihan yang meningkatkan daya tahan kardiovaskular
- Larian Jarak Jauh Perlahan (Long Slow Distance-LSD)
- Latihan Senamrobik
- Latihan Fartlek

Latihan-latihan daya tahan kardiovaskular dapat menghindarkan diri daripada penyakit
kardiovaskular.

Kesan latihan daya tahan kardiovaskular, ialah:
- pertambahan saiz ruang jantung
- pertambahan ketebalan dinding jantung
- pertambahan keanjalan otot jantung
- pertambahan jaringan kapilari darah di otot.
- lebih banyak darah beroksigen dapat dibekalkan oleh jantung untuk kegunaan tubuh badan.

Aspek-aspek keselamatan semasa melakukan aktiviti Daya Tahan Kardiovaskular.
- melakukan aktiviti memanaskan badan dan menyejukkan badan sebelum daan selepas
latihan.
- menentukan KNL dengan menggunakan kaedah Karvonen
- meningkatkan jarak dan tempoh masa larian secara progresif dengan kelajuan yang
sederhana.
- memaklumkan masalah kesihatan kepada jurulatih.
- memakai pakaian dan kasut yang sesuai.

You might also like