You are on page 1of 8

UJIAN KELAJUAN

DEFINISI KELAJUAN
• Keupayaan melakukan sesuatu pergerakan dalam masa yang singkat
• Kebolehan individu untuk bergerak secepat mungkin dari suatu tempat
ke tempat yang lain dalam masa yang singkat
PENGLIBATAN OTOT
• Analisis Pergerakan Berlari Dari Aspek Otot
• Pergerakan berlari meliputi dua keadaan dimana apabila kaki bersentuhan dengan
tanah (fasa penujuan) dan satu lagi apabila kaki tidak bersentuhan dengan tanah
(fasa pemulihan). Kedua dua tindakan ini menggunakan otot-otot utama.
• Antara otot-otot utama yang digunakan dalam berlari termasuklah:
• Quadriceps femonis yang terdiri daripada
─ Vastus medialis
─ Vastus lateralis
• Hamstring yang terdiri daripada
─ Semitendinosus dan semimembranosus
─ Biceps femoris
• Maximus gluteus
• Gastrocnemius
• Soleus
OBJEKTIF UJIAN
• Untuk mengukur kelajuan berlari pecut
PROSEDUR UJIAN
1. Sepasang timing gate diletakkan di garisan permulaan larian dan sepasang lagi di garisan
penamat . Jarak di antara garisan permulaan dan penamat ialah 30 meter.
2. Jam randik boleh digunakan sebagai pengganti timing gate
3. Pelaku berdiri dalam keadaan sedia di garisan permulaan
4. Pelaku mula berlari apabila sudah bersedia
5. Pelaku berlari pecut segingga melepasi timing gate di garisan penamat
6. Masa akan mula dicatat apabila pelaku tersebut melepasi timing gate di garisan permulaan dan
tamat apabila pelaku melepasi garisan penamat
7. Pembantu penguji mengambil bacaan daripada timing gate atau jam randik
8. Pelaku diberi rehat selama tiga minit sebelum memulakan percubaan kedua
9. Dua kali percubaan dan hanya masa yang terbaik sahaja diambil kira oleh pembantu penguji

You might also like