You are on page 1of 27

Mohd Nazrin Bin Ibrahim 910417-12-5101 PISMP BM JAN 2011

Apakah Liabiliti Sukan ?


Liabiliti sukan adalah tanggungjawab sesuatu organisasi atau individu terhadap sesuatu keadaan, masalah atau kecuaian dalam sukan. Sesuatu halangan atau meletakkan seseorang atau kumpulan dalam kerugian. (Konteks Ekonomi)

Jumlah hutang yang perlu dijelaskan dengan wang, barang, atau perkhidmatan. (DBP Edisi Empat)

CONTOH LIABILITI SUKAN


1. Menetapkan peraturan dan undang-undang. Contohnya, Majlis Sukan-Sukan Sekolah Malaysia (MSSSM) menetapkan undangundang, bantahan, pendaftaran, had umur peserta, pakaian, kelayakan dan lembaga tatatertib.

Sebagai contohnya, Lembaga Tatatertib yang terdiri daripada :


Timbalan ketua pengarah jabatan sekolah Pengerusi jawatankuasa teknik MSSM Pengarah bahagian sekolah Setiausaha agung MSSM Pengerusi teknik permainan

bertanggungjawab untuk :
Mengambil tindakan disiplin murid, guru dan pegawai-pegawai kejohanan yang berkenan bagi perkara-perkara seperti berikut : Memberi amaran Menggantung penyertaan bagi jangka masa tertentu Menyingkirkan daripada keseluruhan kejohanan

2. Tanggungjawab jurulatih dalam pengurusan atlet.


Mengerah atlet mempelawa atlet yang berbakat berdasarkan rekod lama/pertandingan II. Mewujudkan sistem komunikasi papan kenyataan boleh diwujudkan dan semua maklumat boleh dipaparkan untuk makluman atlet. III. Mengesahkan kelayakan atlet atlet memenuhi syarat sesuatu kejohanan I.

IV. Peraturan pasukan mewujudkan peraturan sukan seperti bahasa komunikasi, kehadiran latihan, tingkah laku atlet, cara berpakaian, keselamatan dan barangan kemas. V. Buku nota pasukan dicadangkan setiap atlet menyimpan sebuah buku nota yang mengandungi
Tradisi pasukan Pencapaian yang lepas Senarai tingkah laku yang diingini Nombor telefon/e-mel Rancangan latihan Tarikh pertandingan

VI. Mesyuarat pramusim memperkenalkan jurulatih, pegawai dan atlet, menyatakan falsafah dan peraturan, jadual latihan dan pertandingan. VII. Penilaian kemahiran permulaan atlet penilaian dari segi tahap kecergasan, tahap kemahiran dan tahap sosial. Penting supaya jurulatih dapat merancang latihan dan motivasi atlet.

3. Menangani isu-isu dalam Pendidikan Jasmani dan Sukan. Sebagai contoh : I. Rasuah dan Perjudian Dalam Sukan contoh : a ) Bertaruh keputusan pertandingan
Menjelang sesuatu pertandingan, peminat-peminat sukan akan bertaruh ke atas keputusan pertandingan dan jumlah jaringan yang akan dihasilkan. Perbuatan ini merupakan satu perbuatan yang tidak bermoral dan melanggar etika sukan.

b)

Menentukan dan mengatur keputusan pertandingan


Sebelum sesuatu pertandingan dilangsungkan, keputusan bagi pertandingan tersebut telah ditentukan terlebih dahulu. Sogokan akan diberikan kepada atlet atau pegawai pasukan bagi mengatur keputusan pertandingan. Selain itu, mereka juga disogok supaya memastikan pasukan mereka tewas. Kekalahan pasukan tersebut pastinya tidak akan dijangka oleh peminat sukan. Mereka yang terlibat dengan gejala negatif ini menggunakan pelbagai bentuk rasuah dalam pertandingan sukan dan permainan.

Cara Mengatasi
A. Menghayati dan mengamalkan Rukun Negara
Mereka yang terlibat dengan sukan perlu menghayati dan mengamalkan prinsip Rukun Negara. Amalan ini akan memberikan kesedaran kepada mereka tentang tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara

B. Memberikan penerangan tentang gejala rasuah dan perjudian


Media massa berperanan menerangkan kesan rasuah dan perjudian. Peminat-peminat sukan akanmenyedari kesan negatif gejala rasuah dan perjudian terhadap mutu dan imej sukan negara.

C. Penglibatan dalam ceramah agama dan kursus motivasi


Mereka yang terlibat dengan sukan perlu mengikuti ceramah agama dan kursus motivasi. Usaha ini akan dapat meningkatkan kesedaran, keinsafan dan semangat kerja berpasukan. Di samping itu, mereka juga perlu diberi insentif agar dapat menaikkan semangat mereka.

D. Peranan Kelab Penyokong


Kelab-kelab penyokong berperanan menganjurkan kempen anti rasuah dan perjudian bagi ahli-ahlinya dan peminat sukan. Kempen ini berperanan menyeru peminat sukan membenci dan membanteras gejala rasuah dan perjudian.

Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan


Maksud Dadah Dadah adalah merupakan sesuatu bahan (selain daripada makanan) yang apabila diambil, akan menyebabkan perubahan dalam badan. Jika perubahan itu memberi manfaat kepada badan, dadah ini disebut sebagai ubat. Sekiranya perubahan ini membawa keburukan kepada badan, ianya disebut sebagai racun.

Maksud Doping
'Doping' adalah penggunaan bahan atau kaedah yang diharamkan untuk meningkatkan prestasi sukan oleh atlit. 'Doping' secara tidak sengaja berlaku apabila atlit mengambil ubat untuk merawat sesuatu penyakit dan tanpa disedari ubat berkenaan mengandungi bahan yang dilarang. Atlit-atlit tertakluk kepada polisi melarang 'doping' dan bertanggungjawab untuk menyemak status bahanbahan dan ubat-ubatan yang diambil

Isu-isu Yang Melibatkan Dadah Dan Sukan


Penggunaan dadah untuk meningkatkan tahap keupayaan sukan bukan sahaja menyebabkan kesan sampingan yang buruk tetapi boleh membawa maut kepada ahli-ahli sukan tahun demi tahun. Dalam tahun 1967, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa telah bersetuju untuk mengharamkan atau menghadkan penggunaan sesetengah bahan atau kaedah yang boleh meningkatkan tahap keupayaan atlet.

Atlet berisiko disingkirkan daripada menyertai pertandingan sekiranya didapati positif mengambil dadah terlarang melalui ujian. Mereka juga akan menderita akibat kesan dadah dalam jangka pendek atau panjang.

Langkah Berjaga-jaga
Sebelum mengambil sebarang ubat, atlet perlu mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor, pegawai sukan bertauliah dan pegawai pusat doping, jika ingin menyertai acara sukan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Hal ini kerana terdapat banyak ubat yang boleh membawa kesan terhadap tahap keupayaan atlet. Senarai komprehensif bahan yang dilarang boleh didapati daripada 'Prohibited List International Standard' pada tahun 2005 atau dengan melayari http://www.wada-ama.org/.

Sebab Sesetengah Bahan Dan Kaedah Diharamkan


Alasan diharamkan melibatkan beberapa isu: I. Kesihatan - Banyak bahan boleh menyebabkan kesan yang tidak baik terhadap kesihatan jika tidak digunakan dengan betul. II. Etika - Di dalam sesetengah keadaan bahanbahan dan kaedah-kaedah yang diharamkan boleh meningkatkan tahap keupayaan atlet melebihi tahap biasa.

III. Undang-Undang - Sesetengah ubat/dadah adalah haram dan dengan itu penggunaannya adalah dilarang dalam sukan.

Polisi penyalahgunaan ubat/dadah dalam sukan di Malaysia


Strategi yang diambil bertujuan untuk : a) Pencegahan b) Pembasmian :
Salah laku dan penyalahgunaan dadah Sikap dan kebiasaan yang cenderung ke arah doping

c) Memantau :
Ujian doping di luar pertandingan Parameter latihan dan tahap keupayaan

Keganasan Dalam Sukan


Kebanyakan sukan tidak terlepas daripada keganasan dan kecederaan. Kecederaan semasa bersukan adalah pelbagai mengikut jenis sukan dan mekanisme kecederaan tersebut. Walau bagaimanapun kecederaan adalah biasa semasa bersukan.

Tanda Dan Gejala Kecederaan Semasa Bersukan


Sakit - di tempat yang cedera Bengkak - di tempat yang cedera Lebam - kebiruan di tempat kecederaan Kecacatan struktur - contoh : kecacatan di tempat kecederaan ( seperti terseliuh dan patah) Kecederaan fungsi - contoh: bahagian yang tercedera tidak dapat berfungsi seperti biasa. (seperti patah, beralih daripada tempat asal dan kekoyakan pada sendi) Sakit kepala - dalam kes kena pukul atau kecederaan otak akibat hantukkan Pening - terjadi semasa kecederaan otak Loya dan muntah - biasa berlaku berikutan kecederaan otak

Perkara yang harus dilakukan sekiranya mengalami kecederaan


I. Prinsip asas ialah RICE. (Rest, Ice, Compresion, Elevation) II. Mendapatkan khidmat perubatan pakar yang professional

Cara Mencegah Kecederaan Semasa Bersukan


1. Gunakan peralatan yang sesuai mengikut saiz dan berpadanan dengan jenis sukan seperti topi keledar untuk menunggang, meluncur atau menggunakan papan luncur

2. Gunakan alat pelindung yang lengkap semasa pertandingan dan latihan. Digalakkan menggunakan alat pelindung mata (goggle) ketika di padang atau gelanggang. Alat pelindung mulut juga perlu digunakan untuk melindungi mulut, gigi, lidah semasa aktiviti sukan seperti hoki, bola keranjang dan sukan tinju

3. Guna alat pelindung untuk pergelangan tangan, siku dan lutut semasa aktiviti sukan meluncur skateboard atau in-line skate 4. Gunakan kasut yang sesuai untuk mengelakkan tersadung dan terjatuh 5. Sentiasa memanaskan badan dahulu sebelum bersukan

8. Elakkan diri daripada bersukan sekiranya anda baru pulih dari kecederaan atau selesema
9. Sentiasa mengikut peraturan semasa bersukan, di mana ia boleh melindungi anda dari kecederaan

10.Gunakan teknik yang betul yang telah diajar oleh jurulatih anda

Rujukan
Aman, M. S. (2008). Pengurusan Sukan Aplikasi di Malaysia. Kuala Lumpur: Pusat Sukan Universiti Malaya. http://www.scribd.com/doc/28806191/Pengelolaan-DanPentadbiran-Pendidikan-Jasmani-Dan-Sukan http://www.scribd.com/doc/56162380/Undang-undang-Danran-Sukan

You might also like