You are on page 1of 24

Panduan Mengelak Dari Terjebak

Kita perlu tahu memilih aktiviti dan rakan yang baik serta bahan yang kita ambil.
Dengan cara ini, kita dapat mengelak daripada terlibat dengan perbuatan
menyalahgunakan bahan.
1) Libatkan diri kita dengan aktiviti berfaedah seperti memancing
2) Elakkan diri kita daripada terpengaruh. Kita mesri berani menolak ajakan untuk
mencuba atau mengambil bahan-bahan tersebut. Pilih rakan bermoral.
3) Amalkan meneliti kandungan sesuatu bahan. Baca labelmya sebelum kita membeli.
4) Gunakan masa lapang dengan melakukan aktiviti bersama-sama keluarga seperti
beriadah. Elakkan ke tempat-tempat hiburan.
Dicatat oleh imah,sue,azahar,bat di Selasa, November 11, 2008 Tiada ulasan:
ISNIN, 10 NOVEMBER 2008

Kesan Penyalahgunaan
Perbuatan merokok, mengambil minuman beralkohol dan dadah, serta menghidu
bahan-bahan tertentu mendatangkan banyak keburukan kepada kita. Antaranya:

1) Perbuatan perokok membuang putung rokok yang masih menyala


boleh
menyebabkan kebakaran

2) Bahan kimia yang terkandung dalam alkohol, rokok, dadah dan


bahan yang dihidu boleh menjejaskan kesihatan.

3) Individu yang terlibat tidak dapat mengawal diri dan fikiran apabila ketagihan. Mereka
sanggup menjatuhkan maruah diri dan memalukan masyarakat.

4) Kandungan rokok,alkohol, dadah dan bahan hidu boleh menyebabkan ketagihan jika
diambil berulang kali. Ketagihan ini akan menyebabkan penagih menghabiskan banyak
wang untuk mendapatkan bahan-bahan ini.

5) Individu yang terlibat dalam penylahgunaan bahan-bahan ini sering


menimbulkan masalah dan mengakibatkan keruntuhan keluarga.
Dicatat oleh imah,sue,azahar,bat di Isnin, November 10, 2008 Tiada ulasan:
AHAD, 9 NOVEMBER 2008

Jenis-Jenis Bahan
DADAH

Dadah wujud dalam bntuk pil,serbuk dan bahan mentah. Jenis-jenis


dadah adalah seperti heroin, kokain, candu, ganja dan pil khayal.Penyalahgunaan

dadah boleh mengubah cara berfikir, perasaan, dan perlakuan seseorang, serta
mengakibatkan kematian.Olleh itu, kita perlu mengelakkan diri kita daripada dadah
supaya hidup kita bahagia.

ROKOK
Rokok mengandungi pelbagai bahan toksik seperti nikotin, karbon monoksida, dan tar.
Bahan ini menyebabkan perokok mendapat penyakit jantung, barah paru-paru, dan
penyakit saluran pernafasan yang teruk. Asap rokok ini juga boleh menjejaskan
kesihatan orang lain yang tidak merokok. Dengan kemudaratan ini, kita patut mengelak
daripada merokok agar hidup kita lebih sejahtera.

ALKOHOL

Minuman beralkohol juga dikenali sebagai minuman keras atau arak.


Contohnya ialah bir, wain dan samsu. Minuman beralkohol boleh memabukkan dan
menyebabkan peminum tidak berfikir waras dan mengawal perlakuan mereka. Kita
sepatutnya mengambil minuman ini kerana terdapat banyak minuman lain yang lebih

berkhasiat. Hidup kita tentu lebih sihat tanpa mengambil minuman beralkohol.

BAHAN HIDU
Gam, cat, minyak petrol dan thinner ialah contoh beberapa bahan yang

disalahgunakan sebagai bahan hidu. Ruapan daripada bahan ini boleh mengganggu
fungsi sistem saraf dan merosakkan organ-organ tubuh. Kita hebdaklah menjaga
kesihatan dengan mengelak daripada menghidu bahan-bahan tersebut. Otak yang
cerdas lahir daripada tubuh yang sihat dan cergas.
Dicatat oleh imah,sue,azahar,bat di Ahad, November 09, 2008 Tiada ulasan:
SABTU, 8 NOVEMBER 2008

Pengenalan Topik
(Penyalahgunaan Bahan)

Tahukah anda bahawa terlibatnya seseorang itu di dalam penyalahgunaan


bahan disebabkan oleh kebebasan yang keterlaluan diberi kepada mereka

disebabkan terlalu mempercayai bila ada kegiatan di luar rumah.


Walaubagaimana percaya sekalipun kita haruslah berwaspada dan sentiasa
prihatin di atas setiap pergerakan dan perlakuan mereka.
Kajian untuk subjek kaunseling penyalahgunaan bahan di Pusat Serenti
mendapati bahawa sebilangan pelatih mengatakan, kebebasan yang diberi
tanpa kawalan dan batasan, kepercayaan yang sepenuhnya oleh ibu bapa
dan keinginan untuk mengetahui bagaimana rasanya "high" dan bergaul
bebas adalah punca kenapa mereka terlibat dengan peyalahgunaan bahan.
Oleh itu waspadalah agar kita tidak terjerumus ke lembah yang tidak diingini
dan seterusnya menjadi sebahagian dari anggota "mayat hidup". Marilah kita
sama-sama memberikan kasih sayang dan keprihatinan serta komunikasi
dua hala yang berkesan sesama sendiri.

Deviasi Dalam Sukan (Deviation in


sport)
PENGENALAN DEFINISI DEVIASI
Deviasi membawa maksud penyelewengan yang
berlaku atau yang dilakukansecara bersebab atau
tidak yang melanggar norma norma kehidupan
yang normalyang dijalani oleh manusia. Secara
amnya deviasi membawa maksud seseorangyang
melakukan sesuatu yang berada diluar kawalan

hidup manusia yangmelanggar batas batas moral


dan nilai nilai murni yang diamalkan.

Deviasi Dalam Sukan


Dalam dunia sukan deviasi membawa maksud
yang

sama

dimana

penyelewengan

seseorang

untuk

atletmelakukan

mencapai

hasil

atau kepuasan dirinya melalui carayang tidak betul


atau dengan melanggar nilai nilai etika seorang
atlet.Dalam sukanpelbagai cara penyelewengan
dilakukan.

Diantaranya

ialah rasuah,

penyalahgunaandadah dan juga perjudian.

Penyalahgunaan dadah dalam sukan


Dadah adalah merupakan sesuatu bahan (selain
daripada makanan) yangapabila diambil, akan
menyebabkan

perubahan

dalam

badan.

Jika

perubahan itumemberi manfaat kepada badan,


dadah

ini

disebut

sebagai

ubat. Sekiranyaperubahan ini membawa keburukan


kepada badan, ianya disebut sebagai racun.

'Doping' adalah penggunaan bahan atau kaedah


yang diharamkan untuk meningkatkan prestasi
sukan oleh atlit.'Doping' secara tidak sengaja
berlaku

apabila

merawat sesuatu

atlit

mengambil

penyakit

dan

ubat

tanpa

untuk
disedari

ubatberkenaan mengandungi bahan yang dilarang.


Atlit-atlit tertakluk kepada polisi melarang 'doping'
dan bertanggungjawab untuk menyemak status
bahan-bahan

dan

ubat-ubatan yang

diambil.

Perkataandoping daIam sukan merujuk kepada


penggunaan dadah/ubat yang diharamkan oleh
International Olympic Council (IOC), bagi tujuan
mendapatkan kelebihan daIam prestasi atlit.Doping
dalam abad-abad kebelakangan ini telah menjadi
sebutan dan amalan atlit profesional mahupun
amatur dan ini telah menambahkan lagi cabaran
bagi

pihak

makmal dalam

pengesanan

dan

penganalisaan dadah-dadah ini. OIeh kerana atlit


sentiasa

mencari

kemenangan,

kelebihan

edaran

untuk

dadah

mengejar

secara

haram

berIeIuasa di seluruh dunia melalui sama ada


internet,bahan bercetak atau hubungan peribadi.
KepeIbagaian

jenis

dadah

serta

teknik

menggunanya telah menyulitkan lagi penyaringan


dadah dan makmal perlu sentiasa berwaspada
kepada perubahan trend dalam masalah ini.
Pengharaman dadah dalam sukan mempunyai dua
justifikasi; pertama, iamemberi kelebihan (atau
advantage)

kepada

sertamelanggar
keadilan

segala

dalam

pengambilan

atlit

yang

peraturan

pertandingan
dan

menggunanya

dan

jumlah yang

dan

makna

kedua,cara
digunakan

memudaratkan seseorang individu.Malah dalam


arena

sukan,

banyak

kes-kes

kematian

teIah

berlaku akibatpenggunaan dadah secara langsung


atau tidak langsung.

Dadah yang diharamkan oleh IOC


Diantara dadah-dadah lama yang telah digunakan
sejak awaI 1970anadalah perangsang (stimulant)
dan

narkotik.

begitunyata

Tujuan

kerana

penggunaan

bahan

seperti

stimulant
amfetamin

memberi tenaga serta ketahanan yang amatbaik


terutama

dalam

pertandingan

seperti

lumba

basikal, Iarian jarak jauh, acararenang, semuanya


yang memerIukan daya tahan. Kini senarai dadah
yangdigunakan bagi tujuan di atas telah berlipat
ganda dan kini makmal perlu mengesansejumlah
70 jenis dadah perangsang. Tambahan pula, bahan
seperti

kafein,ephedrine,

menyulitkan

lagi

kawalan

pseudoephedrin
kerana

bahan

ini

terdapatdalam pelbagal minuman dan makanan


dan

juga

ubat-ubatan

over-the

counteruntuk

pelbagai rawatan. Oleh yang demikian bahanbahan ini perlu dinilai jumlahnyadi dalam urin;
jumlah

kafein

urin misalnya

melebihi

12

akandirumuskan

mg/mI

di

sebagal

dalam
positif.

Paras

ini

diketahui

pengambilankafein

dapat dihasilkan

sahaja

dan

tidak

oleh
akan

tercapai meskipun atlit telah minum beberapa


cawankopi

pekat.Bahan-bahan

menjadi

ubat

yang

narkotik

berkesan

meneruskanpertandingan

tanpa

kecederaan

atlit.

yang

diaIami

pula
bagi

menghirau
Pengharaman

narkotikadalah di atas dasar kesihatan kerana


tindakan seperti ini memudaratkan lagikeadaan
atlit.

Selain

itu, penggunaan

narkotik

tidak

mendatangkan sebarangmanfaat lain. Kanabis juga


diharamkan

atas

ketenangandan
diri dalam

dasar bahan

ini

meningkatkan

menghadapi

membawa
keyakinan

pertandingan.Kategori

dadah yang begitu popular dikaIangan atlit ialah


bahan steroidanabolik. Sungguhpun penyeIidikan
tidak

menunjukkan

sebarang

manafaat

daripengambilan steroid, ia diakui amat berkesan


oleh para atlit.Steroid anabolik merangkumi Iebih
50% daripada dadah yang dikesan olehmakmal-

makmal doping seIuruh dunia. Selain parameter


yang dikesan melaluipenganalisaan, perubahan
fisikal

begitu

ketara pada

anabolik.Bagi
bertambah,
buahdada

lelaki,

perubahan

kehiIangan
dan

pengguna

masalah

otot

steroid
yang

rambut, pertumbuhan
akne

begitu

ketara

manakala bagi wanita, terdapat tumbuhanrambut


di beberapa bahagian badan termasuk muka serta
perubahan suara yangsemakin kasar.
Steroid anabolik adalah bahan yang digunakan di
luar masa pertandinganoleh kerana manafaatnya
serta perubahan yang diingini pengguna didapati
semasalatihan. Oleh yang demikian pengesanan
positif sering didapati apabila programkawalan di
luar

pertandingan

sebelum

dijalankan;

beberapa

bulan

pertandinganpenggunaannya

dihentikan bagi mengelak pengesanan.Oleh kerana


eIiminasi steroid begitu berpanjangan dalam badan
manusia,kehadirannya masih kadangkala dapat
dikesan

dalam

paras

ppb

(parts

per

billion)beberapa bulan selepas tamat penggunaan.


Keupayaan mengesan paras sekecil inidituntut oleh
pihak lOC dan makmal kini perlu ada kemampuan
mengesan

beberapa jenis

steroid

sehingga

ke

tahap sekecil 1-2 ng/mI. Ini bermakna teknik


sepertitandem mass spectrometry (MS/MS) atau
high resolution

mass

spectrometry(HRMS)

terpaksa

digunakan.

Teknik-teknik

memberi

lebih sensitiviti

ini

akan

tanpaberkompromikan

spesifisiti. Sukan OIimpik di Atlanta merupakan kali


yang pertamapengesanan
dilakukan

menggunakan

supaya threshhold

HRMS

pengesanan

yangbegitu rendah dapat dilaksanakan.Buat masa


ini

teknik

tersebut telah

dibangunkan

bagi

sejumlah kecilsteroid tetapi malangnya, alat yang


digunakan terlalu mahal.Suatu kelas dadah yang
diharamkan oleh lOC adalah agen diuretik yang
menjadipilihan atlit dalam usaha menghapuskan
kesan-kesan dadah steroid menjelangpertandingan
sukan.

Melalui

cara

ini

paras

steroid dapat

dikurangkan di bawahparas threshold pengesanan.


Ini

semakin

penting

bagi

atlit oleh

kerana

makmaldoping seluruh dunia kini lengkap dengan


alat yang dapat mengesan dalam tahapppb (parts
per billion).Selain itu mengurangkan air di dalam
badan memberi manafaat kepadabidang sukan
yang menggunakan berat badan sebagal kriteria.
Dalam

acara

angkatberat

misalnya,

seorang

peserta mungkin dapat dimasukkan ke dalam


kategori yanglebih rendah.Ubat darah tinggi yang
dikenali

sebagal

penghalang-beta

jugadisalahgunakan oleh atlit dalam acara-acara


sukan seperti memanah, menembak,dan bidang
sukan yang memerlukan penumpuan seseorang.
Objektif pengunaanadalah untuk mengurangkan
tremor dan kegugupan yang mungkin berlaku.
Senaraiini termasuk jenis yang sering digunakan
oleh pesakit seperti metoprolol hinggayang jarang
digunakan seperti pindolol dan bisoprolol.

Cabaran terbaru bagi pihak penguasa adalah untuk


mengesan

hormonpeptida.

(human

chorionic

(EPO)

danhormon

Ini

termasuk

gonadotropin),

hCG

eritropoietin

pertumbuhan

(hGH).

Sungguhpun yang pertama diantara tiga bahan


inidapat dikesan di dalam urin, dua lagi hanya
dapat dlkesan di dalam serum darah.OIeh kerana
peraturan kawalan doping hanya membenarkan
pengambilan

sampelurin,

EPO

dan

hGH belum

dapat dinilai. Tambahan pula kaedah pengesanan


masihterhad

kepada

teknik

ElA

(enzyme

immunoassay) dan RIA (radioimmunoassay)yang


boleh diterima sebagai kaedah penyaringan tetapi
belum lagi ujud kaedah ujianevidentiaI yang tidak
boleh dipertikaikan dalam mahkamah

RASUAH DALAM SUKAN


Rasuah dalam bidang sukan telah wujud sejak
berabad yang lalu dan di negara kitagejala ini
menular dalam sukan bolasepak. Isu rasuah dalam

sukan bolasepak telah juga berlaku dalam tahun


1990 an, di mana ramai pemain dan jurulatih telah
disoalsiasat

dan

mereka

dikenakan

hukuman

gantung dari bermain oleh PersatuanBolasepak


Malaysia ( FAM ) dan ada di antara mereka
dikenakan hukuman gantungseumur hidup.Kesan
daripada

itu

Malaysia

ramai pemain-pemain
seterusnya
semakin

telah
yang

menyebabkan

merosot

berbakatdan

pasukan

Malaysia

prestasi merekadi

peringkat

antarabangsa.Kewujudan
berpunca

kehilangan

kegiatan

daripada

rasuah
beberapa

sebab sepertiketamakan, kelemahan pengurusan


dalaman, penyalahgunaan kuasa dankewujudan
peluang.

Pemain

mudah

terlibat

yang

tamak

dengangejala

selalunya
rasuah

akan
ini

tetapi kadang-kadang imbuhan pasukan yang tidak


setimpal

jugamendorong

pemain-pemain

menerima rasuah.Kelemahan pengurusan dalaman


juga salah satu punca menularnya gejalarasuah,

persatuan

yang

pemainnya,

gagal

di

menguruskan

mana

kebajikan

dibayar gaji

yang

tidak konsisten sehingga menyukarkan kehidupan


mereka

merupakanpunca

menerima

rasuah

mereka
demi

sanggup
survival

mereka.Penyalahgunaan kuasa pihak pengurusan


juga menyumbangkan kepadaberlakunya rasuah,
pihak

pengurusan

pasukan

membuatpercaturan

dari

taktik perrmainan
kelebihankepada

bolasepak
segi

teknik

untuk
pasukan

boleh
dan

memberikan
lawan.

Bookie

merupakan dalang yang mencari kesempatanuntuk


memberi,
sesuatu

menerima,

menawar

dan

terutamanyaberdasarkan

kedudukan

masing-masing

dan

menuntut

kuasa

dan

mereka tidak

mengambilkira liga bolasepak itu popular atau


tidak,

asalkan

ada

peluang

mereka

akanmeneruskan kegiatan.Usaha kerajaan yang


memperuntukkan

berjuta-juta

ringgit

untukkecemerlangan sukan di negara ini sia-sia

dan gagal mencapai matlamat akibatgejala rasuah


ini.

Kualiti bolasepak

Malaysia

merosot

akibat

rasuah ini dan dari


sudut ekonomi pula persatuan bolasepak negeri
terjejas pendapatan kerana tidakpeminat yang
hadir ke stadium untuk menyaksikan pertandingan
bolasepak.Kebanyakan

orang

sekarang

ini

memandang ringan akan penerimaan rasuahdan


telah menjadi lumrah, mereka terus lakukan tanpa
mengira

halal

atau haramasalkan

kehidupan

mereka terjamin. Di negara seperti United Kingdom


danSingapura

telah

timbul cadangan

membenarkan

pertaruhan

mengikut

untuk
undang-

undang untuk mengelakkan berlakunya rasuah


dalam sukan bolasepak mereka.Kerajaan Malaysia
sebagai
tindakan

negara

Islam

sepatutnya

danberwaspada

mengambil

supaya

situasi

menghalalkan pertaruhan itu tidak menular ke


negara iniyang boleh menjejaskan imej negara
kita.Semua pihak harus memainkan peranan dalam

membasmi wabak rasuah ini,FAM perlu meneliti


semua yang disusun agar menepati keperluan
sebenar.Kementerian
memandang

Belia

dan

serius

dalam sukanbolasepak

Sukan

harus

gejala

dan

rasuah

mengambil

langkah

proaktif memantau gejala tidak bermoral inidengan


telus dan adil mengikut Akta Pencegahan Rasuah
1997

( Akta

kita sering

576

).Dalam

dunia

merngejaar

moden

masa

ini
dan

bersikapmaterialistik, kita tidak lagi memikirkan


akan
ianya

punca
halal

kewangan
atau

dapat memberikan

kita

dari mana,samada

haram
kita

asalkan

kepuasan

materialistik.Pemimpin-pemimpin
membawa

masyarakat

ianya
darisegi

kerajaan
Malaysia

cuba
ke

arahkemodenan dan negara industri dengan begitu


cepat bermula tahun 1980 an, danpada pendapat
saya masyarakat Malaysia khasnya orang Melayu
belum bersediauntuk bergerak begitu pantas ke
arah

kemodenan

yang menyebabkan

berlakunyamasalah

sosial,

rasuah.Pembangunan

antaranya
atau

sememangnya

gejala

kemajuan

diperlukan

oleh

negara kitaMalaysia,

masalahnya

perkembangan

kemajuan

yang

begitu pantasdibawa

oleh

tidak

selari dengan

adakah

pemimpin

kesedaran

moral

dan

kerohanianmasyarakat. Bila ini tidak seimbang


iaitu

di

antara

dari segimoral

kemajuan

atau

dan

kerohanian

kesedaran
menyebakan

pelbagai masalah sosial berlaku antaranyarasuah.


Dalam

sukan

rasuah

membunuh

semangat

patriotik dan semangatkesukanan. Semua pihak


perlu berganding bahu bagi membanteras jenayah
rasuahdi

negara

integriti

ini

sekali gus

sebagai

meningkatkan

budaya

murni dalamkehidupan

kita.Pendidik

dan

nilai

atau

guru-

guru harus memainkan peranan untuk membasmi


gejalarasuah
di peringkat

ini.

Sesuatu

sekolah

harus
untuk

dimulakan
memberi

kesedaranpada anak-anak akan bahayanya gejala


rasuah ini jika dibiarkan ia menular. Diperingkat
Kementerian

Pelajaran

harus

wujud

kumpulan

think-tank yang perluberbuat sesuatu khasnya


dari

segi

sukatan

pelajaran

atau

mungkin

satumatapelajaran khas mengenai rasuah harus


digubal

supaya

anak-anak

dapat

dididikdi

peringkat awal akan buruknya tabiat rasuah di


mana bila mereka dewasa nantimereka tidak akan
terlibat dengan gejala ini.Kesimpulannya semua
pihak harus memainkan peranan dalam usaha
untukmenjadikan masyarakat Malaysia berintegriti
dan

punyai

nilai

budaya

yang

tinggi dantanggungjawab ini jika dilihat dari satu


sudut

sememangnya

menjadi

tanggungjawabpendidik atau guru-guru khasnya


untuk mencapai hasrat murni itu.

Refleksi/Rumusan

Berdasarkan tajuk kami, kami dapati bahawa


deviasi

merupakan

satu

perbuatanyang

tidak

bermoral yang bakal merosakkkan prestasi sukan


Negara

kita

. Padasatu

ketika

dulu

para

atlet Negara bertanding dalam sebarang sukan


tanpa dijanjikandengan sebarang ganjaran ataupun
hadiah namun begitu mereka mampumemberikan
yang terbaik kepada Negara.Teatapi kini amat
menyedihkan kerana pada masa sekarang para
atlet kita telahdimanajakan dan dibiasakan dengan
ganjaran setiap kali mereka menyertaisebarang
pertandingan
mereka

atau

kejohanan.

bertanding

ganjaran

bukan

Ini

hanyauntuk

bertanding

menjadikan
mendapatkan

kerana semangat

kesukanan yangsejati. Adakah trend ini kerana


disebabkan

msyarakat

sekarang

yang

mementingkanmaterial dan kedendaan sebagai


lambang

kejayaan.?Atau

terikutNegara

Negara

adakah
barat

kita
yang

terlalu
sering

memberikan para atlet mereka hadiah?Kemanakah

perginya

semangat

kesukanan

dan

semangat

cintakan Negara sendiri.Masalah penyalahgunaan


bahan

juga

amat memalukan

atlet Malaysiadikatakan

sering

Para

terlibat

dengan

perlu

diambil

pengambilan bahan terlarang ini.

Tindakan

tegasdan

terhadap

mereka

sewajarnya
yang

didapati bersalah

bagimembuktikan bahawa Malaysia serius dalam


perkara seumpama itu.Tindakan danhukuman yang
dikenakan
Malaysia

juga

perlu mencerminkan

yangsentiasa

terhadap penggunan

bertindak

ketelusan
tegas

bahan-bahan

larangan dalamkalangan atlet negara ini .

ISU DADAH DALAM SUKAN


Dadah, sukan tidak dapat dipisahkan
Oleh HAMDAN AHMAD
DUNIA sukan sekali lagi dikejutkan dengan pengakuan jaguh lumba lari pecut wanita
terkemuka Amerika Syarikat, Marion Jones bahawa beliau telah mengambil dadah
ketika bertanding di Sukan Olimpik Sydney tahun 2000. Ketika itu beliau berjaya

membolot tiga emas dan dua pingat gangsa - satu pencapaian terbaik yang pernah
dicapai bagi seseorang atlet yang mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik.
Peristiwa sensasi lain yang melibatkan atlet mengambil dadah ialah ketika di Sukan
Olimpik Seoul di mana pelari pecut 100 meter Kanada, Ben Johnson didapati bersalah
kerana mengambil dadah.
Dadah menguatkan prestasi atau dikenali dalam bahasa Inggeris PerformanceEnhancing Drugs. Ia digunakan oleh atlet semata-mata untuk memberi kelebihan ketika
bertanding dalam sesuatu acara sukan. Dadah-dadah ini memberi kesan pada tubuh
badan dengan cara berbeza seperti dapat membesarkan otot-otot atau meningkatkan
kapasiti aliran oksigen darah. Walau apa pun anggapan kelebihan mengambil dadah,
penggunaan dadah terlarang dianggap tidak beretika dan berbahaya dari segi
perubatan.
Penggunaan bahan-bahan untuk meningkatkan prestasi ketika bertanding bukanlah
satu fenomena baru. Beribu-ribu tahun lalu telah ada cerita tentang atlet mengambil
dadah untuk kepentingan mereka di Sukan Olimpik kuno dan acara lain. Para atlet di
penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 juga telah mengambil kesempatan
menggunakan kafein dan strychnine. Tiga tahun selepas pelumba basikal Belanda mati
kerana mengambil dadah di Sukan Olimpik 1960, barulah Jawatankuasa Olimpik
Antarabangsa (IOC) mengeluarkan senarai dadah yang dilarang.
Walaupun telah terbukti sahih akan kesan dadah memperkuat prestasi dari segi
kesihatan, pembangunan dan penggunaan bahan-bahan tersebut terus meningkat.
Teknologi perubatan yang sofistikated beberapa abad kebelakangan ini telah
menghasilkan pelbagai jenis dadah baru dan peraturan-peraturan yang membolehkan
para atlet menggunakannya.
Permintaan bahan-bahan ini terus meningkat dari semasa ke semasa disebabkan
habuan insentif ke atas kecemerlangan sukan. Atlet berlatih bertahun-tahun bagi
mengejar kejayaan dan menghasilkan rekod kejohanan. Para atlet amatur terbaik akan
menerima biasiswa universiti atau kolej sebagai ganjaran hasil dari pencapaian yang
telah ditunjukkan. Ahli sukan profesional terkemuka dalam banyak jenis sukan pula
memperoleh pendapatan berjuta-juta ringgit, wang hadiah dan endorsement komersial.
Ada di kalangan atlet mengambil dadah kerana khuatir tertinggal di belakang atlet lain.
Banyak kajian menunjukkan ramai atlet tidak mempedulikan risiko kesihatan yang akan
dihadapi sekiranya mereka mampu mendapatkan kelebihan dengan cara tidak tulen.
Oleh yang demikian, isu ini telah menjadi masalah yang paling serius dalam dunia
sukan hari ini
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

You might also like