You are on page 1of 25

Standard Pembelajaran

4.2.1 Mengenal pasti sumber semula jadi utama di dunia

4.2.2 Menjelaskan taburan sumber semula jadi utama di dunia

4.2.3 Menghuraikan krisis sumber semula jadi di dunia

4.2.4 Menjelaskan melalui contoh kerjasama ekonomi


antarabangsa berkaitan sumber semula jadi

4.2.5 Merumuskan kepentingan kerjasama ekonomi


antarabangsa
Sumber Semula Jadi Dunia
• Setiap negara di dunia mempunyai sumber semula jadinya
yang tersendiri
• Sumber semula jadi pula boleh dikategorikan kepada
sumber boleh baharu dan sumber tidak boleh baharu
• Sejak Zaman Revolusi Perindustrian, manusia mula
menggunakan enjin untuk pelbagai tujuan seperti bidang
pengangkutan, perindustrian, pertanian dan lain-lain lagi
Sumber Semula Jadi Dunia
• Hal ini telah menyebabkan penggunaan bahan bakar seperti
petroleum, arang batu dan gas asli telah meningkat dan
permintaannya sangat tinggi di seluruh dunia
• Namun, bahan ini akan kehabisan jika permintaan terhadap
sumber ini semakin meningkat
• Kini, banyak negara-negara di dunia mula mencari sumber
alternatif bagi menggantikan sumber yang tidak boleh
baharu seperti petroleum dan gas.
• Tenaga alternatif adalah tenaga yang mesra alam serta
tidak akan kehabisan seperti sumber angin, solar dan ombak
Taburan Sumber Semula Jadi Dunia
Geoterma Rusia
Iceland Belanda Arang batu
Angin

Amerika Syarikat Jepun


Gas asli Suria
China
Air
Perancis
Ombak
Arab Saudi
Petroleum

India
Biomass
Taburan Sumber Semula Jadi Dunia
Petroleum di Arab Saudi
Negara-negara teluk di Asia Barat mempunyai
banyak kawasan-kawasan perlombongan petroleum.
Kegiatan perlombongan menjadi sumber
pendapatan yang penting untuk membangunkan
negara mereka. Salah sebuah negara tersebut
adalah negara Arab Saudi

Gas asli di Amerika Syarikat


Amerika Syarikat merupakan antara negara
pengeluar dan pengguna utama gas asli dunia.
Negara ini antara negara terawal di dunia yang
melombong gas asli sekitar tahun 1940 an. Pada
tahun 2016, hampir 33% jumlah tenaga dihasilkan
daripada sumber gas asli.
Taburan Sumber Semula Jadi Dunia
Arang batu di Rusia
Rusia mempunyai simpanan arang batu terbesar di
dunia selepas negara Amerika Syarikat. Hampir 14%
daripada keseluruhan tenaga dijanakan oleh arang
batu. Negara ini juga adalah antara negara terbesar
yang menggunakan sumber arang batu.

Geoterma di Iceland
Kedudukan Iceland yang berada di sempadan plat
telah menjadikan kawasan ini kaya dengan sumber
geoterma. Haba dari bumi dijanakan untuk
menghasilkan tenaga daripada wap-wap air yang
panas.
Taburan Sumber Semula Jadi Dunia
Angin di Belanda
Sejak zaman dahulu lagi, masyarakat negara ini telah
menggunakan sumber angin untuk menghancurkan
bijirin. Namun kini, kipas-kipas angin yang lebih
moden digunakan untuk menghasilkan tenaga
elektrik

Ombak di Perancis
Kedudukan kawasan perairan negara ini yang
menghadap lautan atlantik menyebabkan ombaknya
besar dan kuat. Kekuatan ombak ini telah
dimanafaatkan untuk menghasilkan tenaga elektrik
Taburan Sumber Semula Jadi Dunia
Suria di Jepun
Jepun adalah salah sebuah negara pengeluar utama
panel suria. Panel suria digunakan untuk
memerangkap haba daripada sinar matahari
dan menukarkannya kepada tenaga eletrik. Tenaga
suria digunakan untuk memanaskan air di rumah.

Air di China
China merupakan sebuah negara yang luas dan
mempunyai sungai-sungai yang panjang dan
berarus deras. Ini membolehkan China membina
empangan untuk menghasilkan tenaga hidroelektrik.
Taburan Sumber Semula Jadi Dunia
Biomass di India
Masyarakat di sini memanafaatkan sumber biomass
daripada tumbuhan dan haiwan. Mereka
menggunakan kayu dan bahan buangan binatang
untuk dijadikan bahan bakar. Selain itu, gas-gas
metana daripada najis haiwan dikumpul dan
digunakan sebagai bahan bakar.
krisis Sumber Semula Jadi Dunia

Ekonomi Politik
• Harga sumber menjadi tidak • Kawasan yang mempunyai
menentu kerana pengaruh sumber bernilai tinggi sentiasa
harga yang tidak menentu menjadi perebutan pelbagai
• Kenaikan dan penurunan pihak sehingga membawa
harga memberi kesan kepada kepada peperangan
ekonomi negara-negara di • Kejadian ini telah membawa
dunia kerosakan dan kemusnahan
yang teruk seperti Iraq
krisis Sumber Semula Jadi Dunia

Masyarakat Alam Sekitar


• Kekurangan sumber di • Penerokaan sumber yang
sesetengah kawasan tidak terkawal menyebabkan
menyebabkan mereka pencemaran air, tanih dan
terpaksa hidup secara udara berlaku
nomad • Masalah alam sekitar yang
• Masyarakat di negara lain juga turut berlaku seperti
miskin seperti negara hakisan tanih, kepupusan
Afrika terpaksa berjalan flora dan fauna serta
berbatu-batu setiap hari kemusnahan kawasan hutan
untuk mendapatkan
sumber air
Tahukah kamu?
• Tumpahan minyak Teluk Mexico 2010 juga dirujuk sebagai tumpahan minyak Deepwater Horizon
berlaku pada 20 April 2010 di pelantar carigali minyak Deepwater Horizon di luar
pantai Louisiana di Teluk Mexico.
• Tumpahan minyak ini dianggap tumpahan luar pantai terbesar dalam sejarah A.S dan antara tumpahan
minyak terbesar di dunia. 11 daripada 126 pekerja pelantar mati manakala 17 lagi cedera.
• Unit Berita CNBC melaporkan tumpahan
minyak berlaku sekurang-kurangnya
6,500 km persegi. Kira-kira 790,000
Hingga 4,000,000 liter minyak mentah
berwarna hitam melimpah keluar setiap hari.
Industri perikanan , industri pelancongan, dan
habitat beratus-ratus jenis burung di Teluk
Mexico terjejas.

Sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki/Tumpahan_minyak_Teluk_Mexico_2010
Kerjasama Ekonomi Antarabangsa
 Perhubungan diplomatik dan kerjasama ekonomi antara
negara amat penting kepada pertumbuhan ekonomi
sesebuah negara.
 Kerjasama ini penting untuk
- meluaskan pasaran
- menggalakkan pelaburan asing
- pemindahan teknologi dan perkongsian maklumat
 Malaysia telah menjalinkan kerjasama ekonomi dan
hubungan perdagangan dengan kebanyakan negara di dunia
Kerjasama Ekonomi Antarabangsa
 Kerjasama ekonomi meliputi
- hubungan dua hala
- Kerjasama pelbagai hala
- kerjasama serantau
- Kerjasama kumpulan negara
- Kerjasama sedunia
- Kerjasama segi tiga pertumbuhan
Kerjasama Ekonomi Antarabangsa
ASEAN IMS- GT
 Asean adalah singkatan kepada  Pertubuhan ini telah ditubuhkan
Pertubuhan Negara-negara Asia pada 1992
Tenggara
 Meliputi kawasan pertumbuhan
 Ditubuhkan pada 1967 dan kini Indonesia, Malaysia dan
dianggotani oleh 10 buah negara
Singapura
 Menggalakkan kerjasama dalam
pelbagai bidang seperti  Menggalakkan pelbagai aktiviti
pelancongan pendidikan dan ekonomi di kalangan ahli
lain-lain
Kerjasama Ekonomi Antarabangsa

IMT- GT Kesatuan Eropah


 Pertubuhan ini telah ditubuhkan  Pertubuhan Kesatuan Eropah
pada 1994 dianggotai oleh 28 buah negara
 Meliputi kawasan pertumbuhan yang terletak di benua Eropah
Indonesia, Malaysia dan Thailand dan ditubuhkan pada 1957
 Berfokuskan kepada pertanian,  Pertubuhan ini antara
produk halal dan berkhidmatan pertubuhan serantau yang
terbesar dan berpengaruh di
dunia.
Kerjasama Ekonomi Antarabangsa
APEC WTO
 APEC adalah singkatan kepada  WTO atau Pertubuhan Perdagangan
Pertubuhan Ekonomi Negara- Dunia adalah kerjasama sedunia
negara Asia Pasifik yang ditubuhkan pada 1995
 Ia mula ditubuhkan pada 1989  Kesatuan ini melibatkan 164 buah
melibatkan negara-negara yang negara
terletak di Asia Pasifik  Pertubuha ini berfungsi secara
 Pertubuhan ini menggalakkan global untuk membantu ahlinya
perdagangan bebas dikalangan menyelesaikan pertikaian dan
anggotanya perdagangan antara anggotanya
Contoh Kerjasama Antara Malaysia Dengan Negara Lain
Berkaitan Sumber Semula Jadi
• Malaysia menjalankan pelbagai kerjasama ekonomi dalam urusan
mengekport dan mengimport sumber semula jadi daripada
negara lain.
• Sebagai contoh, pada tahun 2016, hasil petroleum dari Malaysia
telah diekport ke negara Australia, India, Thailand dan Singapura
• Namun, Malaysia juga mengimport petroleum mentah daripada
negara Arab Saudi, Rusia, Emiriah Arab Bersatu dan Qatar untuk
kegunaan dalam negara
• Hasil hutan negara kita kebanyakannya dieksport ke India dan
Indonesia manakala Malaysia mengimport arang batu daripada
Indonesia dan juga negara Rusia.
Sudut KBAT : Bincangkan

1. Mengapakah Malaysia mengeksport petroleum mentah ke


negara lain?

2. Mengapa pula Malaysia mengimport petroleum mentah daripada


negara Asia Barat sedangkan Malaysia mempunyai sumber
petroleumnya sendiri?

3. Mengapakah Malaysia mengimport arang batu daripada negara


Indonesia sedangkan Rusia merupakan antara pengeluar
terbesar arang batu di dunia?
Kepentingan Kerjasama Ekonomi Antarabangsa
Pemindahan
teknologi

Bahan Hubungan
mentah perdagangan

Kepentingan
kerjasama
Ekonomi
Buruh
Modal

Pasaran
Kepentingan Kerjasama Ekonomi Antarabangsa
Pemindahan Teknologi
• Terdapat beberapa cara pemindahan teknologi yang berlaku
seperti - pembelian terus barangan modal, pembelian ekuiti,
perjanjian berlesen dan peraturan paten cap dagangan
• Pemindahan teknologi juga boleh berlaku melalui kepakaran
buruh asing dari luar negara yang memberi tunjuk ajar kepada
rakyat tempatan

Kemasukan Buruh Asing


• Proses kemasukan buruh asing antara negara-negara yang
memiliki kerjasama ekonomi juga dapat dipermudahkan
• Tenaga buruh profesional seperti doktor dan jurutera biasanya
berasal daripada negara maju
• Manakala tenaga buruh kurang mahir biasanya adalah rakyat
negara-negara membangun
Kepentingan Kerjasama Ekonomi Antarabangsa
Hubungan Perdagangan
• Kerjasama yang erat membolehkan perjanjian ekonomi yang erat
dapat diwujudkan
• Melalui perjanjian seperti ini, beberapa keistimewaan seperti
pengecualian cukai dan mengurangkan tarif kouta dapat
dilakukan
• Kementerian Perdagangan dan Perdagangan Luar Negara (MITI)
bertanggungjawab menguruskan aktiviti ini

Pasaran
• Melalui perjanjian antarabangsa juga, Malaysia berpeluang
meluaskan pasaran dagangan barangan dan produk keluaran
negara
• Perjanjian seperti ini membolehkan barangan ini dieksport masuk
ke negara yang berkerjasama dengan Malaysia
• Ini akan menggalakkan pengeluaran produk negara kita
Kepentingan Kerjasama Ekonomi Antarabangsa
Pelaburan
• Melalui kerjasama ekonomi, Malaysia berpeluang menarik pelabur
asing daripada syarikat-syarikat luar negara untuk melabur di
negara ini
• Pelaburan asing ini melibatkan pelbagai usahasama yang
menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara
• Modal yang disumbangkan juga melibatkan nilai yang tinggi

Bahan mentah
• Setiap negara mempunyai bekalan bahan mentah yang berbeza-
beza.
• Melalui kerjasama ekonomi, Malaysia berpeluang memperoleh
bahan mentah dari negara lain untuk dijadikan bahan mentah
industri
• Contohnya, negara kita mengimport bahan arang batu daripada
Indonesia sebagai sumber tenaga

You might also like