You are on page 1of 8

Hutan Paya

Selain hutan hujan tropika,terdapat juga paya di


negara kita.Tahukah anda bahawa terdapat dua
jenis hutan paya di Malaysia,iaitu hutan paya air
masin dan hutan paya air tawar?Apakah perbezaan
antara kedua-dua jenis hutan paya tersebut?Teliti
jadual di bawah untuk mengetahui lebih lanjut
tentang kedua-dua jenis hutan paya tersebut. Rajah
12.2 dan Rajah12. 3 pula menunjukkan profil kedua-
dua hutan tersebut.


Hutan paya air masin
Ciri-ciri Utama

-Terdapat di kawasan pinggir pantai laut yang
berlumpur ,terlindung daripada pukulan ombak dan
sering mengalami air pasang dan surut.
-Mempunyai akar didalam lumpur untuk membantu
proses pernafasan dan menyokong pokok daripada
tumbang.

Jenis Tumbuhan
-Pokok Bakau, Gedabu, Perepat, Api-api, Berus atau
Tumu, Berembang

Kawasan
-Sekitar muara Sungai Perak Dan Sungai Bernam
-Kawasan Pinggir laut Johor, Pahang dan Melaka
-Sekitar muara Sungai Rajang dan Sungai Baram
(Sarawak)
-Kawasan pinggir laut pantai barat Sarawak.
Kawasan pantai timur Sabah

Keluasan
-Hutan bakau meliputi 95% kawasan pinggir laut
pantai barat Semenanjung

Hidupan Air
-Ikan, ketam, kerang, udang, sotong. lokan dan siput


Ciri-ciri Utama

-Terdapat di kawasan pedalaman yang bersaliran
buruk, bertanih gambut dan bertakung air
Pokok yang tumbuh biasanya tinggi


Jenis Tumbuhan
-Pokok palma, gelam, nipah, kempas, keladi air,
mengkuang.


Terdapat kawasan paya yang ditebus guna menjadi
kawasan pertanian seperti:

- Tanaman padi (Dataran Kedah dan Delta Kelantan)
- Tanaman nenas (Barat Johor) dan Tanaman kelapa
sawit dan padi ( Barat daya Johor)
Kawasan
-Sekitar Dataran Johor (Johor)
-Sekitar Tasik Chini dan Tasik Bera (Pahang)
-Kawasan Delta Rajang (Sarawak) Kawasan Sabak
Bernam (Selangor)


Keluasan
-Hutan ini meliputi 8% daripada kawasan hutan
negara kita
Hutan Paya Air Masin

Di Malaysia, terdapat beberapa kawasan hutan
paya air masin, iaitu :

a) Larut Matang di Perak;
b) sebahagian pantai Kuala Selangor;
c) pantai Samarahan - Sadong di Sarawak;
d) bahagian Delta Labuk - Sugut di Sabah;
e) Taman Negara Tanjung Piai di Johor.


Pokok Nipah Paya Air Masin

Hutan ini tumbuh subur di kawasan pinggir laut yang
berlumpur, terlindung daripada pukulan ombak, dan
sering mengalami air pasang dan surut.


Paya Bakau di Lumut, Perak


Hutan ini adalah malar hijau, ditumbuhi pokok bakau
(jenis bakau api-api, bakau kurap dan bakau
minyak), nipah, lenggadai, tumu merah, gelam,
ramin, jongkong dan nibung. Batang pokok bakau
tumbuh lurus. Ranting dan daun pokok merimbun
dan membentuk lapisan kanopi yang sekata. Pokok
bakau mempunyai daun yang lebar dan liat.
Daunnya mempunyai kelenjar yang mengeluarkan
garam yang berlebihan dalam pokok ke permukaan
daun. Pokok bakau mempunyai sistem akar yang
terdiri daripada akar ceracak, akar jangkang dan
akar banir.


Jenis-jenis akar yang terdapat di hutan paya air
masin

Spesies bakau api dan perepat mempunyai akar
ceracak yang merupakan akar pernafasan. Akar ini
tumbuh secara menegak dan keluar dari permukaan
tanah lumpur. Pokok bakau kurap dan bakau minyak
mempunyai akar jangkang. Akar ini tumbuh di
bahagian bawah pangkal batang pokok dan masuk
kedalam lumpur. Akar-akar ini dapat menyokong
pokok daripada mudah tumbang dan
membolehkan pokok menyerap oksigen daripada
udara ketika air pasang.


Struktur Hutan Paya Air Masin


Pokok bakau yang berakar banir tumbuh dikawasan
yang lebih jauh dari pantai. Hutan paya air masin
mempunyai tumbuhan bawah yang banyak.
Tumbuhan hutan paya air masin berbeza-beza
mengikut jarak dari laut. Dari darat ke laut terdapat
pokok nibung, paku pakis laut, pokok nipah dan
pokok bakau.

Hutan Paya Air Tawar


Tumbuhan di Tasik Chini
Hutan paya air tawar terdapat di kawasan
pedalaman yang bersaliran buruk (bertakung air).
Kawasan ini sering ditenggelami air khususnya air
sungai dan tasik. Pokok-pokok tumbuh diatas tanih
aluvium, tanih gambut dan tanih liat. Hutan paya air
tawar terdapat di kawasan :

a) di sekitar Tasik Chini dan Tasik Bera;
b) kawasan tenggara Pahang;
c) Delta Rajang di Sarawak;
d) sebahagian Sabak Bernam di Selangor.

Hutan ini adalah malar hijau. Contoh pokok di hutan
ini ialah:
a) Semenanjung Malaysia: mengkuang, mersawa
paya, meranti paya dan kempas;
b) Sarawak: pokok sepetir paya, ramin, jongkong,
semayur dan kapur paya;
c) tumbuhan semulajadi lain: pokok nipah, gelam,
punah, palma dan keladi air.

Pokok mengkuang yang terdapat di Tasik Bera
Ciri pokok hutan ini:
a) pokok kayu keras yang tumbuh bercampur aduk;
b) batang besar, lurus dan tinggi;
c) pokok tumbuh rapat-rapat dan tidak mempunyai
dahan di bahagian bawahnya;
d) pokok mempunyai akar yang sesuai tumbuh
dalam keadaan air yang bertakung. Contohnya,
akar udara dan akar pneumatofor (knee) yang
membantu pokok menyerap oksigen daripada
udara serta akar jangkang dan akar banir
menyokong pokok daripada mudah tumbang;
e) hutan ini mempunyai tiga lapisan, iaitu kanopi
(silara), lapisan tengah dan lapisan pokok renek.

You might also like