You are on page 1of 3

KELAS BLENDED LEARNING HUBUNGAN ETNIK

KUMPULAN 1

Tarikh kelas: 20/2/2018

Nama: Ng Xin Yie

ID: 1001643208

JAWAPAN

1. Tiga dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk mencapai matlamat pembinaan
negara bangsa ialah
i. Bersih, Cekap dan Amanah yang bertujuan untuk mewujudkan satu etika
kerja dan sikap berkhidmat yang baru bagi rakyat Malaysia dengan memberi
keutamaan kepada peningkat hasil dan mutu kerja.
ii. Perspektif Wawasan 2020 yang bertujuan untuk mewewujudkan negara
Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi
bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat
wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, berkerjasama sepenuhnya, secara
adil dan didokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan
politik dan dedikasi kepada negara;
iii. Dasar Pandang Ke Timur yang bertujuan untuk meninggikan prestasi
pengurusan dan pembangunan di negara ini serta mewujudkan golongan
masyarakat Malaysia yang mempunyai nilai-nilai dan etika kerja yang positif
untuk meninggikan kemajuan negara.

2. Tiga faktor yang membawa kepada pembentukan pakatan strategik Perikatan dan
Barisan Nasional adalah
i. Untuk memperkukuhkan kerjasama antara etnik dengan parti-parti politik
Malaysia supaya setiap kumpulan etnik dapat pertimbangan sewajarnya dalam
politik Malaysia bagi menjaga isu sensitiviti perkauman.
ii. Untuk mencapai kemerdekaan dalam masa 4 tahun.Ini adalah syarat utama
yang diletakkan oleh pihak penjajah di mana pekerja-pekerja asing yang

1
datang dari luar negara mesti diberi kerakyatan untuk tinggal terus di Malaysia
bagi mempercepatkan proses kemerdekaan
iii. Untuk menjaga hak asasi manusia dan melindungi hak raja-raja melayu
sebagai raja berpelembagaan supaya hak setiap individu di Tanah Melayu
tidak diambil ringan setelah kemerdekaandan agar hak raja-raja melayu dapat
dikekalkan dan tidak boleh dipertikaikan oleh kaum lain.

3. Empat cabaran yang sering dihadapi oleh pakatan strategik tersebut ialah
i. Menyatukan kaum-kaum yang berpindah dari luar ke Malaysia. Hal ini
adalah mereka semua adalah dari rumpun bangsa yang berbeza dan dari suku
kaum yang berbeza, oleh itu cabaran untuk menyatukan mereka di bawah satu
parti amat susah kepada pakatan ini kerana ingin menarik kaum selain kaum
melayu masuk bersama ke dalam parti mereka.
ii. Wujudnya satu keadaan di mana masyarakat majmuk terbentuk dari
pelbagai kaum. Hal ini menjadi masalah kerana mereka juga ingin
mendapatkan hak mereka di tanah melayu, jadi menjadi satu keperluan kepada
pakatan tersebut untuk menyelesaikan isi terbabit di mana mereka di
kehendaki menjaga isu sensitif setiap kaum di dalam parti mereka.
iii. Gabungan wilayah yang berbeza. Hal ini kerana setiap wilayah sebelum di
gabungkan mempunyai perspektif dan anggapan sendiri terhadap sesebuah
wilayah lain. Mereka terpaksa mendamaikan kesemua gabungan wilayah
tersebut di mana terdapat berbagai bangsa hidup di dalam setiap wilayah.
Mereka dikehendaki membahagikan kuasa kepada setiap wilayah yang
bergabung dengan seadilnya agar tidak timbul isu ketidakpuashatian di dalam
hati setiap penduduk yang bergabung di wilayah masing-masing.
iv. Gabungan etnik yang berbeza merupakan cabaran yang terbesar yang perlu
di tangani oleh parti perikatan. Hal ini kerana mereka ingin menyatukan
penduduk di mana mempunyai berbagai etnik dan suku kaum di mana
mempunyai kepercayaan dan upacara ritual sendiri. Mereka hendaklah
membuatkan setiap etnik atau suku kaum itu boleh menerima cara dan adat
resam masing-masing tanpa menyimpan apa-apa perasaan dendam atau tidak
puas hati di kalangan mereka. Hal ini penting bagi mencapai satu pakatan
yang kukuh dan bersama.

2
4. Tiga bukti pencapaian pembangunan politik di Malaysia adalah
i. Wujudnya kerjasama politik. Contohnya, pakatan Barisan Nasional.
ii. Kesejahteraan dikekalkan. Tiada rusuhan kaum yang berlaku di Malaysia
dalam beberapa tahun ini.
iii. Perpaduan rakyat diwujudkan. Contohnya, pelaksanaan dasar kerajaan
seperti Wawasan 2020.

5. Tiga strategi politik yang dilaksanakan di Malaysia ialah


i. Sistem demokrasi. Rakyat bebas untuk memilih perdana menteri untuk
menjadi pemimpin Negara melalui pengundian.
ii. Pengamalan sistem cukai. Setiap rakyat mest membayar cukai pada setiap
bulan untuk digunakan bagi membangunkan negara.
iii. Sifat terbuka terhadap negara lain. Malaysia bekerjasama dengan negara
lain seperti Jepun, China, Singapura dalam bidang teknologi, perdagangan dan
lain-lain.

6. Tiga cabaran yang boleh menggugat kestabilan politik di Malaysia dan cara
mengatasinya ialah
i. Rusuhan kaum. Menerapkan semangat perpaduan dalam kalangan
masyarakat dengan menjalankan kempen dan aktiviti di kawasan perumahan.
ii. Gejala sosial. Menerapkan nilai-nilai murni dalam pendidikan untuk
mendidik rakyat sejak bangku sekolah.
iii. Peperangan dengan negara lain. Mengamalkan hubungan yang baik dengan
negara lain dengan menghormati negara tersebut, di samping mempertahankan
maruah negara.

You might also like