You are on page 1of 6

Struktur 1. a) faktor yang menyebabkan perpaduan 1.

Rukun Negara kepercayaan, keyakinan dan iltizam untuk membentuk jati diri rakyat Malaysia yang unggul 2. Dasar-dasar pembangunan Negara dasar ekonomi baru diwujudkan untuk membetulkan ketidak stabilan sosioekonomi yang wujud antara kaum. dasar pembangunan nasional mencapai pembangunan yang seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan adil. Dasar wawasan Negara mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatpadu, progresif dan makmur 3. Dasar ekonomi baru mencapai perpaduan Negara dengan membetulkan ketidaksamaan sosio ekonomi yang wujud antara kaum dan wilayah. 4. Dasar pembangunan Nasional- mencapai pembangunan yang seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu padu danadil 5. Prespektif Wawasan 2020 Malaysia segiekonomi,politik,social,kerohanian dan kebudayaan. maju dari

6. Dasar pendidikan kebangsaan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar kurikulum yang sama untuk semua sekolah.sistem peperiksaaan yang sama..melicinkan tatacara pengurusan pendidikan

2 . usaha ekonomi yang telah dijalankan untuk selesai masalah rakyat. Membasmi kemiskinan Kemiskinan adalah sebab utama yang menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat. Ianya bukan sahaja terdapat di luar bandar t etapi juga di bandar. Keadaan ini boleh menggugat perpaduan negara kerana masalah kemiskinan adalah mengikut kaum dengan kadar kemiskinan paling tinggi di kalangan orang Melayu yang tertumpu kepada aktiviti pertanian tradisional. Usaha telah dijalankan untuk menyelesaikan masalah sosial ekonomi dan projek pembangunan telah dirangka supaya: i.Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur. ii.Menambah daya pengeluaran dan pendapatan. iii.Memberi peluang perpindahan orang yang bekerj a di sektor yang rendah daya pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan.

iv.Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum antara kawasan bandar dan luarbandar dan antara wilayah. v.Memodenkan kehidupan di luarbandar. vi.Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera. vii.Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum di Malaysia. viii.Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan kemudahan infra-struktur dan lain-lain. Penyusunan Semula Masyarakat Adalah menjadi hasrat kerajaan supaya menjelang tahun 1990 pemilikan saham / ekonomi Malaysia akan melambangkan komposisi kepentingan kaum di negara ini, di mana penyertaan Bumiputera sebanyak 30%, 40% bukan Bumiputera dan 30% terdiri dari pelabur-pelabur luar negeri. Dalam mencapai matlamat penyusunan semula Dasar Ekonomi Baru, strategi berikut telah disusun : iMeninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui proses memodenkan kawasan luarbandar. ii.Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga yang terdapat sekarang ini dengan cara yang progresif dan menerusi pertumbuhan ekonomi seluruhnya supaya pada tahun 1990 kedudukan tenaga buruh mencerminkan bilangan kaum. iii.Menambahkan dengan lebih cepat lagi bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan modal dalam stok syarikat dan pertumbuhan ekonomi. iv.Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya dapat membentuk dan memi liki 30% ekonomi dalam tahun 1990 dan menubuhkan beberapa agensi saperti MARA, Bank Pembangunan, Bank Bumiputera,Amanah Saham Nasional. v.Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui pembangunan wilayah baru seperti DARA, KESEDAR, KEJORA dan s ebagainya.

2. A) kepentingan perlembagaan Kepentingan Perlembagaan Persekutuan ialah:

1. Menjamin kestabilan politik dan sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan. Perlembagaan menentukan corak pemerintahan, pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan serta prinsip-prinsip umum cara kuasa tersebut dilaksanakan. 2. Menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Perlembagaan menentukan hak asasi rakyat seperti kebebasan bercakap, kebebasan beragama dan pemilikan harta. Perlembagaan dapat mengelakkan penyalahgunaan kuasa pemerintahan. 3. Perlembagaan juga menentukan tanggungjawab rakyat dan batasan atau larangan seperti hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak yang tidak boleh dipersoalkan. Hal ini adalah penting untuk mengelakkan persengketaan kaum. 4. Memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan negara. Perlembagaan

melindungi kepentingan semua kaum. Perlembagaan juga menjamin keadilan sosial antara kaum. Hal ini dapat memupuk perpaduan nasional dan mempertingkatkan pembangunan negara.

b) unsur tradisi dalam perlembagaan

ESSEI
1. Pluralisasi selepas merdeka a) Politik 1957-1959 politik di Malaysia melalui perjalanan berliku-liku Pergolakan dalaman anggota parti perikatan MCA menghadapi kemelut kepimpinan kerana golongan tidak berpuas hati.terhadap Tan Cheng Lock 1960 - kerjasama parti-parti politik dalampakatan parti pemerintah telah meningkat keahlian. Dengan penubuhan Barisan Nasional 1974 segala usaha ikatan dan kerjasama merancang dan melaksanakan program pembangunan secara berterusan

b) Perlembagaan Perlembagaan ialah panduan asas kepada perlaksanaan system politik di Negara kita. Janji taat setia dan saling menghormati antara rakyat dan raja (istilah spt waad ) Kontrak social- orang melayu bersetuju menerima kehadiran orang bukan melayu dengan persetujuan memberikan taraf kerakyatan sebagai satu hak kepada orang

bukan melayu. Pada masa yang sama bukan melayu bersetuju atas peruntukan hak2 orang melayu Setiap hubungan etnik mempunyai wakil politik untuk mencapai persetujuan untuk hidup aman dan damai 1946 jawatankuasa hubungan antara kaum (clc) dibentuk usaha sama Tan Cheng Lock dan datu onn jaafar

c) Pendidikan Usaha untuk membentuk identity kebangsaan Malaysia 2 laporan dibentuk iaitu penyata razak Dan Rahman Talib Matlamat untuk menyatukan kanak2 daripada bilangan etnik dibawah satu pendidikan kebangsaan dan satu bahasa tunggal iaitu bahasa melayu. Akta pendidikan 1957- sekolah pelbagai aliran dibenarkan dengan bahasa ibunda masing2 - Sekolah cina dan tamil wajib mengajar bahasa melayu - m/p sejarah dan geografi buku2 teks berteraskan bahasa melayu bahasa melayu sebagai alat untuk penyatuan tanpa menjejaskan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan selepas trajedi 13 mei pendidikan perlu seimbang bagi memperkasa orang melayu. d) Ekonomi Rancangan pembangunan ekonomi dibahagi 1. Rancangan Pra Merdeka 2. Rancangan Selepas Merdeka 3. Perancangan dasar dasar dalam era Dasar Ekonomi Baru 4. Dasar2 Pembangunan Negara System ekonomi moden yang mendominasikan keseluruhan organisasi pengeluaran ( bijih timah dan getah)- cina dan india Kedua system ekonomi tradisional seperti padi dan perikanan didominasi oleh org melayu Sector ketiga kerajaan banyak didominasi oleh melayu

Soalan 2 Cabaran sosial yang menjadi halangan perpaduan kaum a) Pemisah Fizikal Akibat daripada dasar pecah perintah Menyebabkan sesuatu golongan etnik itu mengenal / berpeluang untuk berinteraksi dengan lebih kerap. Contoh sabah dan Sarawak sukar berinteraksi kerana keadaan geografi b) System pendidikan yang berasingan

Pelajar melayu belajar di sekolah melayu oleh guru melayu Orang india belajar di sekolah tamil oleh guru india Orang cina belajar di sekolah cina menggunakan bahasa mandarin Program Rimup digunakan untuk interaksia dan perpaduan kaum c) Polarisasi dalam kalangan pelajar Integrasi kaum dipupuk sejak prasekolah iaitu tadika perpaduan Keterasingan masih wujud di tahap sekolah menengah ke IPTA/IPTS sukar lagi proses hubungan etnik d) Kontrak social Kontrak social merupakan persetujuan yang dicapai semasa kemerdekaan dalam merangka perlembagaan Isu ini sering timbul oleh pihak tertentu yang boleh meregangkan hubungan etnik di Malaysia Antara isu dibangkitkan ialahkedudukan istimewa orang melayu,agama islam, bahasa melayu dan kemasukan pelajar ke IPTA

You might also like