You are on page 1of 22

PENTADBIRAN KEWANGAN

PENDAHULUAN
Setiap Negara mempunyai sistem pentadbiran kewangannya yang tersendiri. Pembangunan
yang pesat di sesebuah negara akan melibatkan suatu sistem pentadbiran kewangan yang
efisyen dan telus bagi mengurus semua dana ataupun lebih kepada wang rakyat bagi tujuan
pembangunan sesebuah negara. Bagi Malaysia yang sedang pesat membangun, keperluan
suatu sistem yang lebih bagus dalam sistem pentadbiran kewangan negara amatlah di
perlukan.
Malaysia yang mengamalkan sistem Demokrasi, kuasa bagi memilih kerajaan adalah
di tangan rakyat melalui sistem pengundian (Pilihanraya). Dan melalui sistem hak pemilihan
ini, sesebuah parti yang pertanding akan di umumkan sebagai kerajaan yang memerintah
dalam sistem pentadbiran negara dan ianya termasuklah sistem pentadbiran kewangan
negara.
Sistem Kewangan merupakan pasaran dan peraturan tentang tindakan perdagangan,
mempercepatkan aliran dana daripada pembeli kepada penjual dan daripada penyimpan
kepada peminjam. Dimana ianya haruslah menyediakan pemindahan dana dengan licin dan
cekap

daripada

unit

lebihan

kepada

unit

kurangan.

Ia

mestilah

mengekalkan

kebolehpercayaan yang munasabah ketika menghadapi kejadian-kejadian buruk ekonomi.


Selain itu, pengurusan kewangan hendaklah mampu menyesuaikan keadaan organisasi
dengan segala perubahan keperluan ekonomi selaras dengann pertumbuhan ekonomi negara.
manakala fungsi utama sistem kewangan ialah menguruskan kumpulan wang secara berkesan
serta merangkumi penyediaan kumpulan wang yang mencukupi untuk pencapai matlamat
organisasi.
Bagi Pentadbiran Kewangan adalah merupakan proses yang melibatkan jentera
pentadbiran dan kaedah-kaedah di mana dana untuk membayai perbelanjaan awam
diperolehi, dibelanja dan diperakaunkan. Ini termasuk proses yang melibatkan perancangan,

PENTADBIRAN KEWANGAN

pembentukan dan perlaksanaan dasar-dasar mengenai pencukai, belanjawan, perolehan,


perakuanan dan lain-lain lagi.
Namun di dalam konteks ini akan menengahkan berkaitan Perjalanan Pentadbiran
Kewangan Pihak Kerajaan di Malaysia yang akan menyentuh beberapa topik seperti aspek
perjalanan pentadbiran kewangan, aspek perundangan, institut yang terlibat dalam
pentadbiran kewangan negara, dasar-dasar yang di gunapakai dalam pengurusan wang negara
serta akan menyentuh dari aspek pemodenan sistem pentadbiran kewangan negara.
Dengan demikian, kita dapat memahami serba sedikit tentang perjalanan dan aliran
wang rakyat dalam sistem pentadbiran kewangan negara atau lebih di kenali sebagai
Kementerian Kewangan.

PENTADBIRAN KEWANGAN

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB KERAJAAN


Kementerian Kewangan merupakan kementerian yang bertanggungjawab dalam mengawal
serta menguruskan, merancang dan mengatur dasar kewangan negara untuk tujuan
pembangunan. Selain dari itu, kementerian ini akan memberikan implikasi yang menyeluruh
kepada rancangan pembangunan ekonomi, sosial dan politik neraga. Oleh itu pekhidmatan
yang akan diterima oleh rakyat melalui kerajaan yang memerintah akan dapat lebih berkesan
serta dapat dilaksanakan dengan lebih telus, adil dan cekap dalam sesebuah negara.
Peranan kerajaan dalam mengawal serta menguruskan kewangan negara adalah untuk
mengurus wang negara dengan baik dan telus. Menguruskan dana kewangan negara yang
berbillion Ringgit Malaysia dengan tidak cekap akan menyebabkan kepada pembaziran
wang negara yang dipeeolehi oleh rakyat. Oleh itu, dengan pambaziran dan pengurusan
kewangan yang tidak efision akan menyebabkan pembangunan negara tergendala dan
terencat.Namun begitu, dengan pengurusan yang baik dan telus akan melaksana dan mecapai
dasar-dasar negara kearah yang pembangunan negara yang baik dan maju.
Bagi merancang wang negara, pihak Kementerian secara lazimnya akan
bertanggungjawab ke atas pengutipan hasil untuk kerajaan dan ke arah mana perbelanjaan
tersebut wajar di belanjakan. Dan ini selalunya perbelanjaan kerajaan bertujuan untuk
memenuhi keperluan rakyat serta pembangunan ekonomi negara. setiap perancangan yang
dibuat adalah berdasarkan kepada kepentingan dan keperluan rakyat untuk kemakmuran
negara. Dasar-dasar negara yang di bentuk dan di bentang merupakan contoh kepada
perancangan yang laksanakan oleh kerajaan untuk rakyat. Dasar serta program-program yang
di laksanakan memerlukan dana kewangan yang banyak oleh sesebuah Kementerian ataupun
sesebuah Jabatan. Segala anggaran budget dan anggaran kos haruslah di semak agar
ketelusan dan kepeluan pada sesuatu dasar dan program dapat di laksanakan dengan baik.

PENTADBIRAN KEWANGAN

PERANAN INSTITUSI-INSTITUSI DALAM SISTEM KEWANGAN NEGARA


i Bank Negara
Bank Negara telah ditubuhkan pada 1959 dan objektif utamanya adalah untuk mengeluarkan
mata wang dan menyimpan rizab yang menjaga nilai mata wang. Selain daripada itu, ia juga
bertindak sebagai jurubank, agen belanjawan dan penasihat kewangan kepada kerajaan di
samping menggalakkan kestabilan kewangan dan struktur kewangan. Bagi kuasa
perundangan yang dibekalkan adalah seperti Ordinan Bank Negara 1958, Akta Bank 1973,
Akta Syarikat Kewangan, dan Akta Insurans 1963.
Sebagai sebuah agen belanjawan kerajaan tanggungjawab Bank Negara adalah untuk
bertindak bagi pihak kerajaan atas rancangan pinjaman awamnya, ini termasuk mendapatkan
pinjaman dari dalam dan luar negeri dan menguruskan hutang awam. Objektif utama Bank
Negara adalah merupakan sebahagian daripada objektif dasar negara yang lebih luas seperti
tahap penggunaan guna tenaga yang tinggi, kestabilan kuasa beli pengguna, pembasmian
kemiskinan, dan keseimbangan yang baik dalam imbangan pembayaran negara.
Sebagai jurubank dan penasihat kewangan kepada kerajaan, hubungan yang rapat
perlu dibuat dengan Perbendaharaan Malaysia. Untuk itu, Ketua Setiausaha Perbendaharaan
menjadi ahli ex-officio Lembaga Pengarah Bank Negara sementara Gabenor Bank negara
pula dilantik menjadi penasihat dalam jawatankuasa penting negara seperti Jawatankuasa
Pelaburan Asing dan Jawatankuasa Perancang dan Pembangunan Negara (JPPN).
Perhubungan dua pihak ini dibuat dalam perbincangan dua hala di mana Bank Negara
sentiasa menyampaikan maklumat terkini mengenai dasar kewangan dan mencadangkan
langkah-langkah semasa untuk dipertimbangkan oleh kerajaan. Perbendaharaan pula akan
memberitahu dasar-dasar yang ingin diambil oleh kerajaan melalui dialog bersama dan Bank
Negara diminta memberi nasihat terutamanya yang menyentuh bidang tanggungjawab Bank
Negara.

PENTADBIRAN KEWANGAN

iiUnit Perancang Ekonomi (UPE)


Unit Perancang Ekonomi satu agensi pusat yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Ia berperanan bagi merancang pembangunan ekonomi negara dengan merangka dan
melaksanakan dasar-dasar rancangan pembangunan ekonomi nasional. Unit ini juga akan
menyediakan belanjawan pembangunan tahunan dan akan menyemak serta memeriksa semua
anggaran perbelanjaan pembangunan agensiagensi kerajaan.
Di peringkat negeri juga, terdapat unit perancang ekonomi yang dikenali sebagai Unit
Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) bagi merancang pembangunan di peringkat negeri dan
daerah agar rancangan pembangunan negara menjadi lebih bersepadu dan komprehensif.
iii

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Bagi jabatan ini akan memainkan peranan yang penting dalam pentadbiran kewangan negara
kerana kuasa dan autoriti yang diberikan kepada jabatan ini adalah untuk memeriksa
anggaran peruntukan perjawatan sektor awam. Dalam konteks ini Jabatan Perkhidmatan
Awam akan mengawal dan menyelaras kelulusan perjawatan yang dipohon dalam belanjawan
agensi awam. Dengan secara langsung penglibatan dalam pembentukan dasar perjawatan di
sektor awam dan dasar ini mesti dipatuhi oleh semua agensi kerajaan.
iv

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Tenaga Manusia (MAMPU)

MAMPU ialah sebuah agensi diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Ianya
berperanan untuk memodenkan sektor pentadbiran kerajaan serta membawa perubahan dalam
pentadbiran. Selain itu, MAMPU akan mengeluarkan Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan
Awam (PKPA) bagi penyediaan maklumat dan garis panduan kemajuan pentadbiran yang
diperkenalkan kepada sektor awam untuk diterima pakai. Di antara PKPA yang telah
dikeluarkan adalah berhubung dengan perkhidmatan kaunter yang baik, pengurusan kualiti
organisasi, pengurusan projek pembangunan, dan pengurusan teknologi maklumat di jabatan
kerajaan. Dalam konteks

pentadbiran kewangan pula, MAMPU telah memperkenalkan

PENTADBIRAN KEWANGAN

pemodenan dalam sistem perakaunan berkomputer yang banyak membantu melicinkan


urusan perbelanjaan dan rekod perakaunan di jabatan kerajaan.
v Jabatan Perangkaan
Jabatan ini berperanan untuk membantu dalam merancang perbelanjaan agensi yang
memerlukan data-data perangkaan yang tepat dan terkini. Sebagai contoh, apabila sesuatu
Kementerian ataupun jabatan ingin membuat sesuatu program, keperluan hendak
mendapatkan sesuatu maklumat seperti bilangan penduduk, kaum dan keperluan penduduk
mestilah mendapatkan dari Jabatan Perangkaan. Ianya bagi memudahkan agar segala butiran
dan keperluan kos akan lebih tepat dan realistik tanpa adanya pembaziran terhadap kos dan
matlamat program.

PENTADBIRAN KEWANGAN

ASPEK PERUNDANGAN
Perundangan merupakan satu peraturan yang harus di patuhi dan di ikuti oleh setiap rakyat.
Bagi sesebuah agensi kerajaan, perundangan adalah sebuah kaedah dan peraturan bagi
memastikan setiap agensi menerima pakai kaedah dan panduan yang serupa untuk
memudahkan tatacara perakuanan keatas setiap perjalanan dan penggunaan wang awam.
Perundangan yang pertama adalah di dalam Perlembagaan Persekutuan 1957, yang
mana penyimpanan, penerimaan serta penggunaan wang awam hendaklah mengikut kepada
tatacara Perlembagaan Persekutuan. Selain itu, kuasa-kuasa yang di berikan kepada pegawai
perkhidmatan awam dalam menguruskan wang awam akan di terangkan di alam perundangan
tersebut. Di sini dapat di lihat, setiap penerimaan wang awam melalui pembayaran cukai,
levi, duti dan yuran yang di kenakan keatas rakyat hendaklah di persetujui oleh Parlimen
mengikut Perkara 96. Wang- wang tersebut akan di simpam ke dalam satu tabung yang di
gelar sebagai Kumpulan wang yang Disatukan. Bagi kutipan hasil pendapatan seperti zakat
fitrah dan Baitulmah atau hasil agama Islam tidak akan di simpan kedalam tabung tersebut,
ianya akan di uruskan seperti Jabatan Agama Islam ataupun Pusat Zakat yang di wartakan
sahaja untuk menguruskan wang tersebut.
Selain dari peruntukkan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan 1957,
sistem kewangan ini juga melibatkan kepada perundungan lain seperti Akta Bank Negara
Malaysia 2009, Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002, Akta Pencegahan Panggubalan
Wang Haramdan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, Akta Perniagaan Perkhidmatan
Wang 2011, Akta Perbadanann Insuran Deposit Malaysia 2011 dan banyak lagi yang
melibatkan kepada perundangan sistem kewangan negara. kesemua perundangan ini adalah
untuk kestabilan kepada sistem kewangan negara.
Bagi Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171) dan perkara 156 dalam Perlembagaan
Persekutuan memperuntukkan bahawa kerajaan tempatan dibenarkan mendapat sumber-

PENTADBIRAN KEWANGAN

sumber hasil yang diperuntukan seperti dinyatakan dalam seksyen 39. Umumnya punca hasil
kerajaan tempatan adalah daripada cukai harta (taksiran atau kadaran), sumbangan membantu
taksiran, bayararn untuk lesen, sewa, bayaran perkhidmatan, pulangan daripada pelaburan,
faedah dan bantuan kerajaan negeri dan persekutuan. Namun begitu penguasa tempatan lebih
bergantung pada cukai harta, bayaran lesen, geran iaitu bantuan kerajaan negeri dan
persekutuan dan sumbangan membantu kadar serta bayaran perkhidmatan untuk membiayai
kegiatan masing-masing.

PENTADBIRAN KEWANGAN

DASAR-DASAR KEWANGAN
Dasar merupkan suatu keperluan bagi sesebuah negara. Perlaksaan sesuatu perancangan bagi
satu jangka masa yang panjang di sesebuah negara. Di Malaysiasuatu perancangan yang rapi
haruslah di dahului oleh dasar-dasar kerajaan yang seimbang bagi mencapai matlamat dan
objektif negara.
Definisi dasar oleh para ahli akedemik terlalu banyak sekiranya hendak di utarakan,
namun secara umumnya definisi ini dapat di lihat pada Dasar Awam yang mana memberi
makna bahawa melalui Thomas R. Dye dan juga Rose.
Menurut Thomas R. Dye (1995: 3) iaitu public policy is whatever governments
choose to do or not to do. Ini bermaksud dasar awam sebagai apa jua pilihan yang diambil
oleh kerajaan sama ada untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu. Jika kita diteliti
definisi ini, kita dapat melihat apa yang dilakukan oleh kerajaan, persoalan mengenai
mengapa kerajaan melakukannya dan apakah perbezaan yang dapat dilihat apabila kerajaan
melakukannya atau memilih untuk tidak melakukannya.
Definisi kedua pula diutarakan oleh Rose (dlm. Anderson, 1995) iaitu dasar awam
ialah A long series of more-or-less related activities and their consequences for those
concerned rather than discrete decision. Ianya merupakan satu siri tindakan atau aktiviti
yang dilakukan oleh kerajaan dan bukan hanya memadai sebagai keputusan untuk melakukan
sesuatu.
Dengan demikian, dasar kita dapat mendefinisikan sebagai dasar adalah suatu
tindakan kerajaan yang bertujuan dan bermatlamat dan bukannya tindakan kerajaan secara
rawak.

Setiap dasar yang di utarakan mengandungi tindakan (patterns of action) yang

dilakukan sepanjang masa oleh Kerajaan serta melibatkan apa yang sebenarnya dilakukan
oleh kerajaan dan bukannya apa yang dihasratkan atau apa yang di katakan akan dilakukan.

PENTADBIRAN KEWANGAN

Bagi Dasar Kewangan negara, ianya adalah suatu dasar bagi menjana ekonomi
negara, menyimpan dana dan aset kewangan negara dan juga merancang serta
membangunkan kemajuan negara melalui wang awam. Dimana wang-wang atau dana ini
diperolehi cukai, yuran, dan banyak lagi. Selain itu, dasar-dasar yang di gubal untuk
kelancaran pentadbiran sesebuah negara di dalam sektor kerajaan.
Di sini akan dinyatakan beberapa dasar dalam sistem kewangan negara yang mana
dasar-dasar ini digubal dan harus di patuhi oleh semua orang termasuk rakyat dan juga di
sektor awam sebagai contoh Dasar Pengurangan Beban Perbelanjaan Awam, Dasar
Pensyarikatan Malaysia, Dasar Penswastaan

dan Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran

Negara.
i)

Dasar Pengurangan Beban Perbelanjaan Awam


Secara ringkasnya dasar ini di gubal selaras dengan perkembangan kemajuan
negara untuk meningkatkan pembangunan ekonomi dan pencapaian Dasar
Ekonomi Baru (DBE). Perkembangan Sektor Awam dalam Rancangan Malaysia
Kedua dan Rancangan Malaysia Ketiga meningkat daripada RM3,468 juta (1971)
kepada RM16.998 juta (1980), iatu kadar pertumbuhan sebanyak 19.3 peratus
setahun.
Selain dari itu, setelah mengambil kira kepada kedudukan ekonomi negara
pada tahun 1980 sehingga 1982, pengurangan perbelanjaan awam merupakan satu
langkah yang dibuat oleh kerajaan. Ianya kerana kedudukan ekonomi negara yang
di dalam kemelesetan yang serius dan berpanjangan. Langkah-langkah countercyclical adalah terhad dan tidak dapat dilakukan dengan berkesan selagi
kelemahan-kelemahan dalam sturktur ekonomi berlum di atasi pada ketika itu.
Bagi mengawal kedudukan ekonomi di samping mengawal inflasi dan
memperbaiki kedudukan imbangan pembayaran negara. Dasar ini mengurangkan
perbelanjaan awam adalah dirangka dengan tujuan seperti berikut:-

PENTADBIRAN KEWANGAN

a) Untuk mengukuhkan kedudukan kewangan kerajaan selaras dengan sumbersumber yang ada;
b) Mengurangkan defisit belanjawan kerajaan ketahap yagn selaras dengan
pengurusan ekonomi yang berhati-hati;
c) Mengawal pertumbuhan hutang awam supaya tidak menjejaskan kedudukan
imbangan pembayaran negara dan kadar pertukaran asing.
Dengan adanya dasar pengurangan ini, kerajaan telah melaksanakan langkahlangkah seperti mengkaji semula skop, keberkesanan dan faedah perbelanjaan
sektor awam meliputi bukan sahaja Kerajaan Persekutuan tetapi juga Badan-badan
Berkanun dan Perbadanan-Perbadanan Awam yang dikawal oleh Kerajaan
Persekutuan dan negeri. Selain itu, pembekuan pengisian jawatan-jawatan yang
kosong dan pengambilan kakitangan baru disektor awam. Bagi jawatan-jawatan
yang sedia ada, ianya dikaji semula bagi memastikan tidak ada jawatan yang
bertindih dari segi bidang tugas, ini bermakna sekiranya sesuatu jawatan itu
dimansuhkan, ianya tidak akan menjejaskan perkhidmatan awam keseluruhannya.
Bagi memperkemaskan operasi pentadbiran awam, Sistem Belanjawan
Program Prestasi di perkenalkan untuk memberikan keberkesanan pada sistem
pengawan belanjawan yang sedia ada dan juga pengenalan sistem seperti microaccounting. Dan yang terakhir ialah kerajaan mengambil langkah menswastakan
beberapa kegiatan kerjaan di bawaah Dasar Penswastaan.

ii)

Dasar Pensyarikatan Malaysia


Dasar Pensyarikatan Malaysia

atau

Malaysia

Incorporated

telah

diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Sri Dr. Mahathir Mohamad
semasa pelancaran Forum Intan pada 25hb Ferbuari 1983. Pada dasarnya, di
Malaysia terdapat dua sektor yang memainkan peranan yang penting dalam

PENTADBIRAN KEWANGAN

menentukan hala tuju kemajuan negara, ianya adalah sektor awam dan sektor
swasta. Kedua-dua sektor ini haruslah saling berkerjasama dalam semua bidang
untuk mencapai dan meningkatkan pembangunan dan imej negara ketahap
tertinggi negara.
Tanggungajawab bagi sektor awam adala sebagai menyediakan dasar-dasar
utama dan menetukan arah serta perkhidmatan sokongan yang tertentu kepada
pihak swasta. Dengan ini pihak kerajaan atau awam lebih merupakan pemberi
perkhidmatan kepada syarikat dan perusaha. Bagi sektor swasta pula ianya lebih
kepada pendokong aktiviti perdagangan dan ekonomi yang menjalankan segala
perusahaan dan perdagangan. Disinilah kerjasama diantara kedua-dua sektor
memainkan peranan yang penting di dalam Malaysia
Objetif dasar ini bertujuan untuk mengujudkan satu kerjasama yang erat,
bermakna dan berkesan di antara dua-dua sektor dalam menjayakan
pembangunan negara.
Menurut YAB Perdana Menteri, konsep Pensyarikatan Malaysia memerlukan
kedua-dua sektor menghapukan sikap permusushan dan sebaliknya bersama-sama
berkongsi maklumat, tanggungjawab, cabaran serta memahamu polis, objektif
dan prosedur-prosedur dalam usaha-usaha mempertingkatkan pembangunan
sosial, pentadbiran dan ekonomi negara.
Dengan erti kata lain, dasar ini memerlukan kedua-dua sektor untuk merubah
sikap dan memupuk persefahaman serta kerjasama yang lebih erat agar
iii)

kesejahteraan rakyat akan dapat dipertingkatkan.


Dasar Penswastaan
Dasar Penswastaan telah dimulai pada pertengahan tahun 1983 yang di
perkenalkan oleh Datuk Sri Mahathir Mohamad semasa pelancaran Dasar
Pensyarikatan, dimana beliau menyentuk kepada peranan pihak swasta dalam
pembangunan dan pengurusan negara.
Dasar ini diperkenalkan adalah untuk mengurangkan bebanan kewangan
kerajaan yang mana pihak kerjaan telah membelanjakan berjuta-juta ringgit

PENTADBIRAN KEWANGAN

dalam sektor kesihatan, pertanian, air, api, jalan keretapi, pelabuhan, lapangan
terbang dan banyak lagi. Dan perbelanjaan tersbut telah meningkat dari semasa
kesemasa dan kadar pulangan balik kepada Kerajaan adalah lambat dan sangat
rendah.
Selain dari itu, dasar ini adalah untuk meninggikan kecekapan dan penghasilan
kerja. Di mana dengan menswastakan beberapa perkhidmatan kerjaan berserta
dengan kepakaran akan memberikan peluang yang lebih baik. Disini dapat dilihat
perusahaan yang di miliki oleh phak kerajaan seperti Lembaga Elektrik Negara
iv)

yang telah di swastakan menjadi Tenaga Nasional Berhad.


Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara
Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara bermakna nisbah di anara
jumlah pengeluaran dan faktor-faktor pengeluaran. Ada pula menafsirkan sebagai
penukuran nilai barang yang dikeluarkan dengan kos yang rendah. Daya
pengeluaran juga ditafsirkan sebagai nisbah hasil dan jumlah kos buruh. Ini
bererti bahawa daya pengeluaran tidak serupa dengan jumlah pengeluaran dan
peningkatan daya pengeluaran dan tidak semestinya dicapai melalui peningkatan
jumlah pengeluaran semata-sata.
Oleh yang demikian, untuk mencapai kadar perkembangan ekonomi yang
berterusan, setiap negara yang membangun seperti Malaysia perlulah
menignkatkan pendapatan masing-masing ketahap yang maksima. Dengan
penglibatan sektor awam dan sektor swasta akan dapat meningkatkan serta
membangunkan ekonomi negara.

PENTADBIRAN KEWANGAN

SISTEM KEWANGAN NEGARA


Terdapat dua sistem yang digunapakai untuk meningkatkan sistem pentadbiran kewangan
negara iaitu Sistem Belanjawan dan juga Sistem perakaunan. Sistem ini di gunakan untuk
memudahkan sistem atau membaikpulih kepada sistem yang lama bagi meningkatkan mutu
kerja dalam sistem kewangan negara.
i)Sistem Belanjawan
Sistem belanjawan adalah suatu sistem belanjawan garis butiran iaitu anggaran belanjawan
semua program yang dikendalikan akan dinyatakan mengikut garis input yang di perlukan.
Sebagai contoh, keperluan tenaga kerja dinyatakan ialah emolument, bahan bekalan dan utilit
sewa.
ii)

Sistem Perakuanan

Bagi sistem Perakuanan adalah suatu sistem perakuanan dana (Fana Accounting). Di mana
semua urusan direkodkan dan diterbitkan seperti penerimaan tunai dan pembayaran tunai

PENTADBIRAN KEWANGAN

daripada kumpulan wang penguasa seperti di peringkat kerajaan. Struktur ini meliputi kepada
perbelanjaan dan hasil. Hasil direkodkan mengikut jenis hasil yang diterima dan perbelanjaan
pula mengikut kategori perbelanjaan. Sistem ini tidak akan mendatangkan masalah kerana
operasi-operasi pentadbiran kewangan bukanlah untuk mengaut keuntungan, tetapi adalah
untuk menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan asas mungkin kadar balik modal.Tujuan
utama merekod perakaunan adalah untuk menunjukkan bahawa semua perbelanjaan telah
diluluskan dan tidak melebihi jumlah yang diperuntukkan, selain daripada itu, penyediaaan
penyata kewangan dan membentang belanjawan kepada majlis dalam mensyuarat pertama
dalam bulan Mei tahun kewangan yang berikutnya atau pada masa yang ditetapkan oleh
pihak kerajaan. Penyata kewangan ini akan diaudit oleh Ketua Audit Negara atau wakilnya.
Penyata kewangan yang telah di audit mestilah dibentangkan dalan Parlimen.
Dengan ini, penambahbaikkan atau UPGRADE pada sesuatu sistem itu amatlah
perlua dalam menjana wang awam serta agar pembangunan dapat di tadbir dan diuruskan
dengan baik bagi kesejahteraan rakyat dan negara.

PENTADBIRAN KEWANGAN

ASPEK PEMODANAN PETADBIRAN KEWANGAN


Dalam meningkatkan urus tadbir dalam kewangan negara, penambahbaikkan dan juga
pengkemasan kepada suatu sistem yang baru adalah amat di perlukan. Ianya untuk
menambahkan lagi suatu sistem itu kepada yang lebih baik bagi mengurus tadbir sistem
kewangan negara. Dalam hal ini, peranan dari pihak kerajaan adalah amat diperlukan bagi
mengambil langkah-langkah yang lebih baik.
i)Pengkomputeran
Pada masa ini, sektor awam sedang mengalami proses pengkomputeran yang pesat.
Sejumlah besar peruntukkan dibelanjakan oleh kerjaan persekutuan serta negeri untuk
mendapatkan sistem komputer demi memperkemaskan sistem pentadbiran awam.
Namun

dengan

kekurangan

kewangan

dan

kakitangan

menghalang

sistem

pengkomputeran ini dengan cepat dan meluas. Bagi menyelesaikan permasalah ini,
pihak kerjaan telah banyak mengadakan pelbagai kursus-kursus penting bagi
meningkatkan sistem pengkomputeran di kalangan penjawat awam.

PENTADBIRAN KEWANGAN

Sistem pengkomputeraan ini juga berpotensi dalam memberikan kesan kepada


keupayaan pihak pentadbiran kewangan kerana untuk memungut hasil dan mengawal
perbelanjaan dengan lebih baik. Sebahagian daripada maslaah pungutan hasil berpunca
daripad sistem maklumat yang usang dan memerlukan jangka masa yang lama sebelum
sesuatu hal dapat di kesan. Dengan merekod pemilik harta, tanggungan cukai, alamat
dan butir-butir pelanggan akan dapat memberikan kesan yang mudah dan senang untuk
di rekodkan. Program yang baik menghasilkan laporan-laporan harian, mingguan,
bulanan dan tahunan

tentang aliran hasil dan juga laporan tentang mereka yang

mempunyai tunggakan akan mudah untuk di capai atau di nyatakan.


ii)

Penswastaan
Langkah seterusnya dalam memodenkan pentadbiran kewangan khususnya dalam
mengawal perbelanjaan yang semakin meningkat dan kelihatan tidak terkawal ialah
penswastaan. Penswastaan bermaksud adalah membenarkan firma-firma swasta
menjalankan suatu perkhidmatan bagi pihak kerajaan. Oleh sebab firma swasta tidak
dikongkong oleh peraturan-peraturan, maka ia dapat menjalankan sesuatu kegiatan
dengan lebih cekap. Antara perkhidmatan yang telah diswatakan adalah ;
a) Tenaga Nasional Berhad (elektrik)
b) SYABAS (air)
c) Pemungutan, pemunggahan dan pembuangan sampah
d) Indah Water
e) Pemotong Rumput
f) Penyenggaraan jalan
g) Pengurusan tandas awam
h) Pembinaan jalan dan parit
i) Menyelenggara dan pembaikkan kenderaan kerajaan
j) Pembersihan bangunan
k) Pengurusan tapak letak kereta
Dengan sistem penswastaan dalam sektor perkhidmatan, kerajaan dapat menambah
keberkesanan sistem perkhidmatan bagi keperluan rakyat serta pihak kerajaan dapat
mengurangkan beban perbelanjaan yang kian meningkat di dalam negara.

iii)

Tatacara Kewangan yang seragam di semua jabatan

PENTADBIRAN KEWANGAN

Pihak Kementerian sedang merangka undang-undang kecil tentang tatacara kewangan


dan perakuanan. Tatacara ini akan menghasilkan suatu sistem pengurusan kewangan
yang sistematik dan seragam. Ini juga dijangka akan mengurangkan masalah-masalah
sedia ada yang sering berlaku dalam pentadbiran kewangan dengan kawalan dalaman
yang baik.
Dengan aspek pemodanan dalam pentadbiran kewangan seperti pengkomputeran,
penswastaan di sektor perkhidmtan dan juga tatacara kewangan yang seragam, pihak kerajaan
dapat memperkemaskan pengurusan kewangan selain dapat mengurankan perbelanjaan
negara ketahap yang maksima dengan mudah, cekap dan praktikal.

PENTADBIRAN KEWANGAN

KESIMPULAN
Pentadbiran Kewangan Negara dalam meniti arus pemodenan serta peningkatan taraf hidup
masyarakat sedaya upaya untuk memperbaiki dan juga memperkemaskan struktur sistem
kewangan negara. Peningkatan struktur ini adalah untuk kesejahteraan rakyat bagi kehidupan
yang maju dalam pembangunan negara. Dengan pengawalan dana, wang awam yang di
terima oleh rakyat kepada kerajaan, akan dapat diuruskan dengan baik dan berkesan.
Dengan tanggungjawab serta peranan-peranan yang di amanahkan oleh Kementerian
Kewangan melalui Jabatan Perbendaharaan akan dapat mengurus, mengawal dan mentadbir
kewangan negara dengan lebih baik dan telus. Selain daripada itu Perbendaharaan juga
berperanan sebagai penyimpan dana Money Keeper. Dengan erti kata lain Perbendaharaan
merupakan suatu agensi yang penting dalam merumus, perancang dan melaksanakan dasardasar kewangan dan perbelanjaan persekutuan bagi mencapai pertumbuhan ekonomi agar
sesuai dengan dasar-dasar kerajaan. Bagi fungsi-fungsi Perbendaharaan pula, ianya terbahagi
kepada 3 iaitu :
i)
ii)
iii)

Mengawal perbelanjaan wang awam


Mengawal ekonomi
Mengawal pengurusan dan perkhidmatan.
Dalam menjana pendapatan negara, sumber-sumber kerajaan yang di perolehi melalui

pembayar cukai pendapat (Lembaga Hasil Dalam Negeri), membayar cukai pintu dan tanah
(Kerajaan Negeri), cukai duty, stem dan banyak lagi

merupakan tanggungjawab setiap

masyarakat atau penduduk untuk melaksanakannya. Melalui sumber-sumber ini ianya akan
dapat meningkatkan lagi kemajuan dan kemakmuran negara selain sistem ekonomi negara.
Dengan wang awam ini, pihak kerajaan akan dapat lagi mempelbagaikan aktiviti-aktiviti,

PENTADBIRAN KEWANGAN

program-program serta pembangunan negara untuk di nikmati oleh setiap penduduk


Malaysia.
Penglibatan institusi-institusi di dalam urusan pentadbiran kewangan negara pula, kita
boleh perhatikan kepada tiga komponen yang utama seperti Perbendaharaan, Parlimen dan
Ketua Audit Negara bagi melancarkan pentadbiran negara. masing-masing mempunyai
peranan dan tanggungjawab dalam melaksanakan dasar-dasar serta kelangsungan negara dan
membantu kerajaan dalam pembangunan negara.
Pada aspek sistem perundangan pula, terdapat pelabagi akta yang boleh di perkatakan.
Namun perundangan yang utama adalah Perlembagaan Persekutuan yang mana memberi
kuasa dan tanggungjawab di dalam melaksanakan tugas di pentadbiran kewangan negara.
selain dari itu, segala wang awam yang di terima oleh pihak kerajaan hendaklah di simpan di
dalam satu tabung yang di kenalai sebagai Kumpulan Wang yang Disatukan. segala wang
yang diperolehi oleh kerajaan seperti cukai, levi, stem dan yurang mestilah di simpan di
dalam tabung tersebut dan hendaklah di jaga dan diawasi oleh Khazanah Negara ataupun
Perbendaharaan Malaysia. Ianya termaktub di bawah Perkara 97 Perlembagaan Persekutuan
1957.
Bagi perundangan lain, terdapat juga perundangan yang di panggil Akta Acara
Kewangan Negara 1957,Akta Audit 1957, Arahan Perbendaharaan, Akta Badan Berkanun
serta lain-lain lagi yang mana penglibatan undang-undang ini adalah untuk mengawal
kewangan, menerangkan tanggungjawab dan menerangkan hukuman sekiranya berlaku
kesalahan terhadap sistem kewangan. Ianya adalah juga bertujuan untuk setiap masyarakat
menurut segala arahan yang telah di tetapkan oleh perundangan.
Bagi di sektor perkhidmatan awam pula, penglibatan kakitangan awam dalam sistem
pentadbiran kewangan negara adalah untuk memberikan perkhidmatan kepada masyarakat
dengan lebih cekap, amanah dan telus dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan. Pengawalan

PENTADBIRAN KEWANGAN

terhadap perbelanjaan di setiap jabatan awam akan menyebabkan pengurangan perbelanjaan


di sektor perkhidmatan awam. Oleh demikian, dengan adanya Arahan Perbendaharaan, setiap
peraturan-peraturan yang hendak di sampaikan oleh kerajaan dalam kontek perbelanjaan
kewangan negara, akan di sampaikan melalui Surat Aahan Perbendaharaan. Ianya hanya di
arahkan oleh Kementerian Kewangan melalui Perbendaharaan Negara.

PENTADBIRAN KEWANGAN

RUJUKAN
Aira Ariffin, Mohd Idis Johari (2006). Siri Perbankan dan Kewangan. Kementerian

Kewangan dan tanggungjawab kewangan Kerajaan. Femina


Akta Kewangan
Dasar Perakaunan Negara (2002): Jabatan Akauntan Negara Malaysia;
www.treasury.gov.my
www.bnm.gov.my
www.utusan.com.my
Portal 1klik ; http://pmr.penerangan.gov.my

You might also like