Pengenalan Dasar

You might also like

You are on page 1of 6

Pengenalan Dasar-Dasar Awam

Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum, agama,
kebudayaan serta mengamalkan cara hidup yang berbeza. Perpaduan kaum
merupakan matlamat penting dalam setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan
sama ada dalam bidang ekonomi, sosial, politik. Melalui perpaduan kaum yang
kukuh tahap pencapaian ekonomi negara dapat dipertingkatkan supaya taraf hidup
rakyat akan bertambah maju. Penjajahan telah membentuk kaum-kaum yang
berbeza bukan sahaja dari segi kebudayaan, agama, peringkat sosioekonomi malah
membahagikan tempat tinggal mengikut kelompok kaum tersebut. Aspek-aspek ini
boleh menjadi penghalang untuk mencapai perpaduan. Jadi dasar adalah satu nilai
yang perlu dicapai, dan amalan yang perlu dilakukan bagi mereliasasikan kontrak
sosial yang dipersetujui oleh kaum di Malaya.

Negara ialah pusat kehidupan penduduk yang dapat ditinjau dari aspek sosial,
politik, mahupun ekonomi. Dalam Kamus Edisi Keempat, negara didefinisikan
sebagai suatu masyarakat yang menduduki kawasan tertentu dan segala yang
berkaitan dengan negara di bawah undang-undang dan kuasa pemerintahan. negara
selalu dihubungkan dengan bangsa, masyarakat, kerajaan dan sebagainya. Oleh itu,
sesebuah negara mempunyai ciri-ciri seperti sempadan atau wilayah yang tertentu
dan jelas, penduduk yang bermastautin, pemerintah dan juga terdapat kedaulatan.
Berpandukan ciri-ciri tersebut, sesebuah negara itu wujud dan diakui oleh negara
lain.

Dasar-dasar kerajaan adalah untuk mencorakkan kehidupan rakyat sesebuah negara.


Dasar-dasar kerajaan Malaysia mempunyai keunikkannya sendiri kerana dasar ini
digubal sesuai dengan ciri-ciri dan keperluan semasa. Sebagai sebuah negara kecil
yang dibahagikan kepada dua wilayah iatu Semenanjung Malaysia serta Sabah dan
Sarawak. Malaysia adalah merupakan negara yang mempunyai masyarakat yang
berbilang bangsa dan keturunan, menganuti pelbagai fahaman agama dan
mempraktikkan pelbagai budaya dan konteks sebuah negara persekutuan. Dasar
merupakan suatu yang penting dalam sisitem pentadbiran dan pemerintahan sebuah
negara. Dasar merupakan rangka dalam pelaksanaan rancangan kerajaan dan
berbentuk pelan tindakan yang dilaksanakan bagi mencapai objektif untuk
kepentingan masyarakat dan negara.
Dasar negara adalah merupakan garis panduan pentadbiran yang merangkumi
segala arahan dan peraturan untuk mencapai matlamat kepimpinan negara ke arah
sebuah negara yang gemilang. Walaubagaimanapun, minat seseorang terhadap
perkara ini berbeza. Ada yang terlibat dalam pengubalan dasar dan ada yang
berfungsi sebagai pelaksana. Tujuan dasar-dasar negara adalah bagi membantu
negara mencapai matlamat keselamatan negara. Selain itu, kepentingan perpaduan
dan kestabilan negara adalah bagi menjamin kestabilan sosial dan ekonomi rakyat
juga masyarakat. Oleh itu, perpaduan negara akan menjamin kestabilan politik,
ekonomi dan sosial dalam kalangan penduduk negara ini seterusnya akan menjadi
faktor penting kepada pembangunan dan kemajuan negara.

Dasar-dasar kerajaan Malaysia mempunyai keunikkannya sendiri kerana dasar ini


digubal sesuai dengan ciri-ciri dan keperluan semasa negara. Semua rakyat Malaysia
akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah
mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza.
Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan perutukan-perutukan perlembagaan yang
memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap
dilaksanakan. Matlamat untuk menjadi sebuah negara yang makmur lagi
bersatupadu berasaskan sistem demokrasi dalam suasana pembangunan yang aman
dan stabil dengan mempunyai keunikan tersendiri. Pembangunan adalah sesuatu
yang abstrak dan terlalu luas untuk dibincangkan. Dalam konteks Negara, aspek
pembangunan akan melihat beberapa perkara yang penting. Oleh itu Malaysia perlu
mempunyai dasar yang bukan sahaja dapat mengembleng sumber-sumber tetapi
boleh mengurangkan jurang perbezaan antara kaum bagi memantapkan perpaduan
dan integrasi nasional

Dalam pada itu, jurang perkauman tetap wujud dan fenomena ini adalah dengan
tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969 yang sememangnya telah dijangkakan oleh banyak
pihak apabila membuat analisa terhadap peristiwa tersebut. Sehubungan dengan
peristiwa berdarah itu, bermulalah rentetan-rentetan dasar kerajaan yang bertujuan
untuk memperbaiki mutu kehidupan masyarakat, menyeimbangkan kekayaan
ekonomi dan mewujudkan keadilan sosial. Pengenalan Dasar Ekonomi Baru
sekurang-kurangnya telah merapatkan jurang ekonomi antara kaum walaupun tidak
mencapai matlamat sepenuhnya. DKK dan DKN juga telah mencetuskan aspirasi
perpaduan dalam kalangan rakyat walaupun tidak ke peringkat akar umbi.
Pengenalan dasar-dasar kerajaan yang lain juga bertujuan untuk mewujudkan
kesedaran sosial dalam membentuk keadilan sosial sesuai dengan cabaran-cabaran
kemajuan negara.

Hari ini, Malaysia telah berubah menjadi sebuah negara yang berpendapatan tinggi
dan kejayaan itu dicapai kerana hasil sumbangan daripada setiap kaum di negara ini.
Di bawah gagasan satu Malaysia, pentingnya kerjasama daripada semua kaum tanpa
perlu mempertikaikan hak masing-masing bagi memastikan negara terus maju.
Kerakyatan sesuatu kaum itu tidak boleh ditarik balik kerana ia dipertahankan
mengikut Perlembagaan dan Rukun Negara. Sehubungan itu soal kerakyatan sesuatu
kaum juga tidak perlu dipertikaikan sembarangan memandangkan seluruh rakyat di
negara ini adalah rakyat Malaysia mengikut peruntukan Perlembagaan dan Dasar
kerajaan
Dasar Awam Malaysia

Pengubalan dan pelaksanaan dasar-dasar adalah ditentukan selaraas dengan nilai-


nilai sosioekonomi dan politik negara pada satu-satu masa. Disebabkan ssifatnya
yang dinamik, dasar awam sentiasa berubah-ubah mengikut nilai masyarakat dan
pucuk kepimpinan dari semasa ke semasa. Namun demikian pada asasnya dasar-
dasar awam adalah digubal dan dilaksanakan bagi memenuhi objektif sosioekonomi
seperti pertumbuhan ekonomi, pengagihan pendapatan , kestabilan dan kebajikan.

Bagi Malaysia, dasar-dasar awam ini mempunyai objektifnya yang khusus:

i) Pencapaian matlamat wawasan 2020


ii) Pencapaian matlamat Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
iii) Pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang adil
iv) Kedaulatan dan ketahanan negara

Berdasarkan objektif diatas, beberapa dasar dasar pembangunan telah digubal dan
dilaksanakan. Jika dahulunya dasar-dasar tersebut adalah berteraskan DEB sebagai
dasar induk, dasar itu sekarang seharusnya berasaskan Wawasan 2020 dan DPN.
Walaupun prinsip asas dasar-dasar berkenaan mungkin kekal sebagaimana asalnya.
Pendekatan dan strategi pelaksanaan dasar-dasar itu perlu mengalami perubahan
bersesuaian dengan hasrat dasar induk baru. Halacara dan pendekatan bagi
mencapai matlamat pembangunan, ketahanan negara dan kestabilan yang
berterusan tidak dapat ditelah dan dipilih dengan mudah dan tepat. oleh yang
demikian semakan sentiasa dibuat secara berterusan terhadap strategi dan
pendekatan semasa yang berlaku dan perubahan-perubahan dalaman dan luaran
dari semasa ke semasa.

Kejayaan sesuatu dasar kerajaaan atau sebaliknya adalah bergantung kepada


pelaksanaan yang cekap dan berkesan. Persekitaran politik dan ekonomi baik di
dalam mahupun di luar negeri yang merupakan faktor yang penting. Dasar negara
akan dapat dilaksanakan sepenuhnya jika pegawai kerajaan di pelbagai peringkat
yang merupakan pelaksana penting faham dan menghayati terhadap dasar-dasar ini.
Asppek sebegini y7ang perlu diberi penekanan kerana pemahaman yang tepat
sebagaimana yang dihasratkan oleh pengubal dasar akan menjadikan mereka lebih
komitmen dalam melaksanakan dasar bagi mencapai kesan yang dikehendaki.
Dasar Awam

Dasar awam boleh ditafsirkan dengan berbagai-bagai maksud dan pengertian. Secara literalnya, dasar
awam ialah apa juga projek, program atau rancangan daripada pihak kerajaan untuk faedah dan
kepentingan satu kelompok rakyat. Dasar Awam boleh didefinisikan antaranya, sebagai apa sahaja
pemilihan kerajaan sama ada untuk membuat sesuatu atau tidak membuat sesuatu. (Dye, 1984).

Menurut (Ahmad Atory Hussain: 1990;1) pula Dasar Awam itu ialah progam atau projek yang
dirancang oleh kerajaan yang mempunyai tujuan dan matlamat tertentu.

Dasar awam ialah sesuatu pilihan utama yang dibuat oleh seseorang individu atau sekumpulan
individu bagi menjelaskan, menerang, mempertahankan, memimpin atau menggariskan sesuatu
tindakan sama ada yang nyata atau bertujuan (Prestus, 1975)

Mengikut kamus Inggeris Oxford, Dasar Awam itu memberi maksud tindakan,keputusan dan
peraturan badan-badan awam yang terdiri daripada ketua Negara, ahli politik dan pentadbir kerajaan.
Oleh yang demikian terdapat satu identiti linguistic di antara orang awam dan dasar (English Oxford
Dictionary, 1971)

Menurut Kamus Dewan (1970 hlm 218): Dasar ialah asas, teras, panduan (pendapat, falsafah, aturan
dll). Dasar mempunyai tujuan, matlamat, fungsi, tugas, demi kebaikan dan kepentingan sesuatu
institusi(jabatan/agensi/lembaga). Awam pula menurut Kamus Dewan (hlm48) pula memberi makna
am, umum, orang biasa. Oleh itu, Dasar Awam ialah teras, panduan atau matlamat am bagi orang
awam atau rakyat demi kepentingan masyarakat umumnya. Ia mempunyai ciri kebajikan, semoga
rakyatnya hidup selesa, aman dan tenteram, selamat dan sejahtera dengan semangat bekerjasama,
bersatu padu dan muhibah di negara yang unik ini seperti Malaysia.

Berdasarkan kepada definisi di atas, didapati dasar awam telah diterangkan secara bergilir-gilir
sebagai satu keputusan dalam bentuk pilihan dan penyelesaian kepada masalah; satu matlamat atau
objektif; serangkaian program; suatu peruntukan; undang-undang atau pun peraturan. Secara
kesimpulannya kita boleh menyatakan dasar awam sebagai apa sahaja keputusan dan tindakan
kerajaan untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu.

Secara umumnya setiap keputusan yang diambil oleh kerajaan pastinya mempunyai objektif,
matlamat dan tujuan untuk dijadikan sebagai panduan umum dalam mengatasi masalah sesebuah
negara. Pendek kata matlamat dasar mestilah jelas dan merupakan jalan penyelesaian terhadap
sebahagian besar masalah rakyat ataupun kumpulan sasaran dasar tersebut. Contoh-contoh Dasar
Awam di Malaysia ialah Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Negara, Dasar Wanita Negara,
Dasar Pendidikan Negara, Dasar Persyarikatan, Dasar Penswastaan dan lain-lain lagi.
Usaha pembasmian kemiskinan dijadikan agenda utama dan ia dilaksanakan melalui pelbagai
program seperti program pembangunan komuniti, Dasar Bumi Hijau, pembangunan desa
bersepadu, pembiayaan usahawan mikro, usahawan niaga dan skim kredit pertanian.
Kebanyakan program terbabit dijadikan strategi utama pembangunan luar bandar dan ia
menjadi satu keazaman politik yang cukup tinggi oleh kerajaan yang memerintah. Isu
kemiskinan sering dikaitkan dengan soal keadilan, moral dan kemanusiaan.
Justeru, kegagalan kerajaan dalam usaha membasmi atau mengurangkan insiden kemiskinan
akan dijadikan isu politik yang boleh menggugat kerajaan. Oleh itu, sejak merdeka lagi
kerajaan Barisan Nasional (BN) telah merangka pelbagai program pembangunan
sosioekonomi yang mengandungi matlamat menyusun semula masyarakat, meningkat taraf
hidup rakyat dan membasmian kemiskinan.

KONSEP DAN
DEFINISI KEMISKINAN
Apakah konsep kemiskinan dan bagaimana ukurannya?
Umumnya, kemiskinan dianggap sebagai isu yang subjektif yang boleh dilihat dari pelbagai

dimensi. Antara faktor yang dikaitkan dengannya termasuklah faktor ekonomi, sikap individu

(psikologi-sosial) dan sistem agihan serta pertumbuhan dalam sesebuah negara itu.

Kebanyakan pengkaji mengaitkan kemiskinan dengan kekurangan pendapatan dan

ketidakmampuan individu dan isi rumah untuk memenuhi keperluan hidup atau

keperluan harian. Ini termasuk mereka yang hanya dapat memenuhi keperluan hidup secara

yang mencukupi sekurang-kurangnya untuk masa sebulan.

Bagi ahli ekonomi, kemiskinan adalah merujuk kepada garis pendapatan minimum yang

diperlukan oleh isi rumah untuk keperluan makanan dan juga keperluan hidup asas yang lain.

Justeru, jika seseorang itu berada di bawah garis tertentu mengikut ukuran yang ditetapkan,

maka ia sudah dianggap miskin. Bank Dunia menyebut kemiskinan dirujuk sebagai
ketidakupayaan seseorang untuk mencapai standard hidup yang minimum dari segi keperluan

zat pemakanan, penggunaan dan tahap penglibatan (Easterly, 1999).

Professor Diraja Ungku Aziz (2012) memperkenalkan istilah baharu bagi kelompok termiskin iaitu Kumpulan

Miskin Melampau (KMM) atau Extreme Poverty Group. Ukuran yang digunakan beliau dalam

mentakrifkan KMM ialah setiap keluarga lima orang ahli (Contoh: suami, isteri dan tiga orang anak) hidup di

bawah kemiskinan jika pendapatan kasar mereka kurang daripada RM800 sebulan.

Golongan KMM ini perlukan bekalan keperluan asas seperti makanan yang selamat, pakaian dan kediaman.

Aspek penting keadaan golongan KMM ini ialah kekurangan pertumbuhan jasad dan otak atau keadaan

terbantut (stunted) mengikut istilah Penyelidikan Perubatan Malaysia. Menurut Ungku Aziz, KMM di

Malaysia dianggarkan lebih daripada satu juta individu atau 300,00 hingga 400,000 keluarga. Majoriti KMM

adalah golongan Bumiputera. Golongan lain dalam kelompok ini ialah:

Orang Asli dan penduduk asal Sarawak dan Sabah (natives).

Sejumlah besar kaum India terutamanya mereka yang tersingkir dari kawasan bekas ladang.

Sejumlah kaum tua Cina yang tersingkir dari jaringan keselamatan tradisional dan mereka biasanya dijaga

oleh pertubuhan kemasyarakatan mengikut dialek masing-masing.

Untuk membantu golongan terbabit memerlukan satu rangka prasarana perkhidmatan yang tersusun,

berstrategik dan efisien. Menurut Ungku Aziz, usaha memperbaiki kemiskinan golongan ini bermula apabila

warga KMM ini mampu membeli makanan dan pakaian kepada keluarga mengikut ukuran penjagaan asas

(basic standards of care).

You might also like