You are on page 1of 16

PERANCANGAN AKADEMIK

SEMESTER JULAI SESI 2019/2020

GMGF 2023
PENTADBIRAN KEWANGAN

PROGRAM PENGAJIAN JARAK JAUH (PJJ)


PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
KURSUS : PENTADBIRAN KEWANGAN
KOD KURSUS : GMGF 2023
JAM KREDIT : 3

SINOPSIS KURSUS

Kursus ini menyediakan rangka pengenalan mengenai pentadbiran kewangan


kerajaan Persekutuan di Malaysia. Umumnya, kursus ini mengakaji perjalanan
pentadbiran bermula dari proses pengenaan cukai apabila hasil negara
diperolehi sehinggalah kepada proses hasil tersebut dibelanjakan. Fokus akan
diberikan kepada aspek konseptual dan praktikal seperti institusi, struktur dan
proses dalam pentadbiran kewangan negara dan pengurusan belanjawan di
sektor awam. Beberapa prinsip pentadbiran, model sistem belanjawan dan
aktiviti pengurusan perbelanjaan akan dibincangkan agar pelajar lebih
memahami amalannya di negara kita. Pendekatan kursus ini membekalkan
pelajar ‘the conceptual, the tools and the reality’ pentadbiran kewangan di
Malaysia.

OBJEKTIF KURSUS

Kursus ini tidak akan menjadikan anda seorang pakar dalam pentadbiran
kewangan di Malaysia tetapi membolehkan anda memahami beberapa subjek
asas yang sering dibicarakan oleh pakar dalam bidang ini. Antara objektif lain
yang boleh dicapai dalam kursus ini ialah:
1. Membentuk kefahaman mengenai cara pengurusan kewangan dan
perbelanjaan negara.
2. Menjelaskan peranan, pelaksanaan dan cabaran institusi/pihak yang terlibat
dalam membuat peraturan serta keputusan berkaitan kewangan negara.
3. Memperkenalkan pelajar kepada pendekatan dan teknik yang digunakan
dalam mengalokasi sumber menerusi sistem belanjawan yang diamalkan di
sektor awam.
4. Mendedahkan pelajar kepada isu-isu pragmatik dalam pengurusan kewangan
negara seperti akauntabiliti, pengauditan dan value for money.

2
KAEDAH PENGENDALIAN KURSUS

Kursus ini dijalankan secara pembelajaran kendiri. Setiap pelajar menerima satu
modul kursus yang mesti dijadikan rujukan utama kepada kursus ini. Modul yang
dilengkapi senarai rujukan sebagai bahan tambahan pelajar dan soalan-soalan
latihan mestilah digunakan sepenuhnya oleh pelajar. Membuat bacaan
tambahan adalah sangat digalakkan supaya pelajar lebih bersedia untuk
berbincang dengan rakan-rakan dan pensyarah semasa pertemuan dibuat.
Pelajar juga disarankan supaya peka dengan isu-isu pengurusan kewangan
negara bagi mengetahui situasi pentadbiran kewangan semasa.

Di samping pembelajaran kendiri melalui modul khusus yang dibekalkan, empat


sesi pertemuan antara pelajar dengan tenaga pengajar telah diatur dan jadual
pertemuan telah ditetapkan. Dalam setiap sesi pertemuan yang telah
dijadualkan, tumpuan akan diberikan kepada sesi perbincangan dan soal jawab
bagi meningkatkan pemahaman kandungan kursus ini. Oleh yang demikian,
pelajar dinasihatkan membuat beberapa persediaan berikut sebelum hadir di
setiap sesi pertemuan:

i. Membaca terlebih dahulu topik-topik yang telah ditetapkan untuk


setiap sesi pertemuan,
ii. Membuat rujukan tambahan tentang isu-isu semasa yang berkaitan
dengan pembelajaran untuk dibincangkan dalam kuliah, dan
iii. Memberi kerjasama dan bersedia untuk melibatkan diri dalam sesi
perbincangan yang dikendalikan.

Jadual sesi pertemuan disertakan dalam bahagian seterusnya. Walau


bagaimanapun, adalah diingatkan bahawa jadual tersebut tertakluk kepada
pindaan. Oleh sebab itu, relajar diminta sentiasa berhubung dengan pihak
PACE-UUM dan penyelia pusat untuk mendapatkan maklumat terkini.

PENILAIAN KURSUS

Tugasan 30%
Peperiksaan pertengahan semester 30%
Peperiksaan akhir 40%

Jumlah 100%

3
TUGASAN

Semua pelajar mesti membuat tugasan secara individu atau kumpulan mengikut
tajuk yang diberikan oleh pensyarah. Tugasan ini bertujuan untuk melatih pelajar
dalam menganalisa isu-isu atau permasalahan pentadbiran kewangan,
khususnya di Malaysia. Pelajar mestilah berusaha untuk merujuk sumber lain
daripada modul bagi mendapat markah yang baik.

Tugasan hendaklah diserahkan kepada pensyarah pada hari pertemuan yang


ditetapkan. Penyerahan tugasan adalah pada PERTEMUAN KE EMPAT

Peringatan:

Kelewatan menghantar tugasan pada masa yang telah ditetapkan akan


menyebabkan anda kehilangan 30% markah. Pensyarah tidak akan melayan
sebarang tambahan masa akibat daripada kecuaian pelajar atau lain-lain
perkara.

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER

Peperiksaan pertengahan semester akan diadakan pada PERTEMUAN


KETIGA. Tajuk-tajuk yang akan termasuk dalam peperiksaan ini ialah Bab 1, 2,
3, 4 dan 5.

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER

Peperiksaan akhir akan diadakan pada pertemuan kelima. Tarikh, masa dan
tempat peperiksaan akan dimaklumkan kemudian. Kandungan peperiksaan
adalah komprehensif, meliputi semua silibus kursus yang terdapat di dalam
modul. Pelajar dikehendaki memahami kandungan modul dengan baik dan juga
membuat bacaan tambahan.

SENARAI RUJUKAN KURSUS

Akta Acara Kewangan 1957 (Pindaan 1972). Ed. Ke-24. Kuala Lumpur: MDC
Publishers Sdn. Bhd.

Ali Boerhannoeddin, Rozita Arshad & Osman Bin Md. Rasip. (2004). Pengantar
pentadbiran kewangan dalam sektor awam. Kuala Lumpur: Thomson
Learning.

Arahan Perbendaharaan. (2004). Ed. Ke-24. Kuala Lumpur: MDC Publishers


Sdn. Bhd.

4
Doh Joon Chien (1984). Budgeting as an instrument of development : The
Malaysian experience. Public Finance & Budgeting, Spring 1984 m.s. 64 –
74.

Golembiewski, R.T. & Rabin, J. (1975). Public budgeting & finance : Readings in
theory and practice. 2nd.Ed., Illinois : Peacock Publishers.

Lynch, T.D. (1985). Public budgeting in America. 2nd. Ed., New Jersey: Prentice
Hall.

Malaysia Kita: panduan dan rujukan untuk peperiksaan am kerajaan. 2001. Ed.
Ke-2. Selangor: International Law Book Service.

Mikesell, J.L. (1999). Fiscal adiministration: analysis and application for the
public sector. 5th ed. Fort Worth: Harcout Brace College Publishers.

Perlembagaan Persekutuan 1957, Bahagian 7, Perkara 96 – 112.

Premchand, A. (1983). Government financial management: Issues and country


studies. Washington: IMF.

Rosenbloom, D.H. (1989). Public administration: Understanding management,


politics and law in the public sector. 2nd. Ed. New York : Random House.

Wildavsky, A. (1988). The new politics of budgetary process. California: Harper


Collins.

Xavier, J.A. (2000). The state-of-art in developmental budgeting: The Modified


Budgeting experience. INTAN Management Journal, (1), 1-19.

TENAGA PENGAJAR

Pensyarah Rundingan Telefon E-mel


Prof Madya Dr
049287902
Ahmad Zubir Temujanji azubir@uum.edu.my
/7921
Ibrahim

5
JADUAL SESI PERTEMUAN, PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER,
DAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER JULAI 2019/2020

Pertemuan Modul Tempoh

Pengenalan kursus
1 4 jam
Bab 1 , 2 dan 3

2 Bab 4,5 dan 6 4 jam

Peperiksaan
3 Pertengahan Semester
4 jam
Bab 7 dan 8

Bab 9, dan 10
4 Penyerahan tugasan dan 4 jam
pembentangan

Peperiksaan Akhir
5 2 jam 30 minit
Semester

SUSUNAN BAB

Bab 1 Pengenalan Pentadbiran Kewangan


Bab 2 Peranan Kerajaan
Bab 3 Kerangka Perundangan Dan Institusi Kewangan Negara
Bab 4 Komponen Belanjawan
Bab 5 Proses Dalam Pusingan Belanjawan
Bab 6 Sistem Belanjawan
Bab 7 Terminologi & Hasil Perbelanjaan Kerajaan
Bab 8 Perakaunan Sektor Awam
Bab 9 Audit dan Akauntabiliti Awam
Bab 10 Sistem Perolehan Negara

6
PANDUAN BELAJAR

Kursus GMGF 2023 Pentadbiran Kewangan merupakan satu cabang ilmu yang
menjelaskan perkara-perkara asas berhubung pentadbiran pencukaian dan
perbelanjaan kerajaan.

Kepada pelajar yang sedang mengikuti program BPM (Hons) secara pendidikan
jarak jauh, anda tidak seharusnya melihat kursus ini sebagai sesuatu yang
membebankan. Sebagai pelajar pengurusan awam dan pentadbir, anda perlu
memahami dengan jelas peranan sektor awam dalam sesebuah negara khasnya
dalam konteks pentadbiran kewangan.

Untuk memudahkan pemahaman, modul Pentadbiran Kewangan telah diolah


menggunakan ayat-ayat mudah bagi membantu para pelajar mendapat
penjelasan mengenai setiap konsep yang dibincangkan. Bagaimanapun, adalah
diingatkan bahawa pelajar-pelajar perlu membuat rujukan kepada modul bagi
membantu pelajar mengingat semula beberapa konsep asas yang digunakan
pakai dalam perbincangan dalam modul ini.

Objektif pembelajaran yang diletakkan di awal setiap bab dalam modul


seharusnya dijadikan panduan bagi mengikut kandungan perbincangan sesuatu
bab. Jika pelajar kurang jelas atau tidak dapat mencapai objektif-objektif
tersebut, cuba ulangi pembacaan dan tandakan ayat atau bahagian yang tidak
difahami itu. Sebarang pertanyaan atau masalah yang berkaitan dengan
pelajaran boleh dirujuk kepada pensyarah dalam sesi pertemuan yang diaturkan
setiap bulan oleh pihak PACE-UUM.

Pelajar juga dinasihatkan supaya berusaha menjawab setiap Soalan Teks (SDT)
dan Soalan Penilaian Kendiri (SPK) yang disedikan dalam modul. Tugasan yang
diberikan di awal semester juga perlu diberi perhatian serius oleh pelajar. Hasil
kerja tugasan yang memuaskan dapat membantu pelajar mendapat markah
yang baik dan memudahkan proses persediaan untuk menghadapi peperiksaan
akhir.

Pelajar adalah diingatkan bahawa modul yang disediakan adalah sebagai


panduan dan bukan bersifat lengkap bagi menggantikan buku-buku teks dalam
bidang ini. Ia dapat membantu pemahaman awal bagi membolehkan pelajar
berbincang dalam sesi pertemuan dengan pensyarah. Akhir sekali, usaha dan
komitmen pelajar akan membantunya mengikuti kursus ini dengan jaya dan
mendapat keputusan yang cemerlang.

Selamat Belajar.

7
PANDUAN DAN ARAHAN PENYEDIAAN TUGASAN

1. Tajuk tugasan adalah seperti di bawah dan dibuat secara individu.

2. Penilaian akan dibuat berdasarkan isi jawapan yang dikemukakan. Markah


juga akan diberikan untuk gaya persembahan, kebolehbacaan dan format
keseluruhan tugasan.

3. Tugasan hendaklah yang ASLI. Sebarang tugasan yang didapati ditiru atau
diubahsuai daripada tugasan, makalah atau sumber-sumber lain yang tidak
dinyatakan sumbernya tidak akan diberikan sebarang markah.

4. Pelajar hendaklah mempelbagaikan penggunaan sumber rujukan. Pelajar


adalah diingatkan bahawa penggunaan modul kursus adalah DILARANG
sama sekali.

5. Pelajar hendaklah kepil bersama rubrik pemarkahan (LAMPIRAN) bersama-


sama dengan tugasan .

TAJUK TUGASAN

Dengan merujuk mana-mana laporan audit terkini di antara tahun 2015-2017,


bincangkan salah satu penemuan audit pada mana-mana agensi atau jabatan
kerajaan yang dipilih dan jelaskan tindakan dan perkara-perkara yang perlu
dipertimbangkan oleh agensi berkenaan bagi mempertingkatkan pengurusan
kewangan agensi berkenaan pada masa akan datang.

8
Contoh Format Kulit Hadapan Tugasan

PROGRAM PENGAJIAN JARAK JAUH (PJJ)


PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

GMGF 2023
PENTADBIRAN KEWANGAN

DISEDIAKAN UNTUK
Xxxxxxxxxx

DISEDIAKAN OLEH
xxxxxxxxxxxxx (00000)

9
PANDUAN SISTEM RUJUKAN
BUKU

Pengarang Tunggal

Brown, R. (1980). Topology: a geometric account of general topology,


homotopy types and the fundamental groupoid. New York: The Free
Press.

Nik Rahimah Nik Yacob. (1991) Perancangan dan pengurusan keluaran.


Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.

Pengarang Bersama

Corcoran, K., Cooper, F.L. & Fischer, J. (1987). Measures for clinical practice:
a source book. London: McMillan.

Cohen, J. & Fischer, K. (1980). Statistical power analysis for the behavioral
sciences. New York: Academic Press.

Cetak Ulang, Edisi Baru & Jilid

Buckley, C.B. (1965). An anecdotal history of old times in Singapore. Cetak


ulang. Kuala Lumpur: University of Malaya Press.

Dahlan Mohamad Zin. (2000). Pengenalan pelaburan korporat. Ed. ke-2.


Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Saravananthan, K. (1988). Matematik pertama. Jil. 1 & 2. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Karya Mengikut Judul

Kamus Dewan. (2002). Ed. Ke-3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Malaysia Kita: Panduan dan rujukan untuk peperiksaan am kerajaan. (2001).


Ed. Ke-2. Selangor: International Law Book Service.

10
Terjemahan

Lazim Mat Haron. (1987). Gagasan ilmu baru. Terj. Jakarta: Penerbit Mutiara.

Bab/Artikel dalam Buku

Mikesell, J.L. (1999). Government as an economic unit. Dlm. Buchanan, J.M.


& Flowers, M.R. (pnyt.). The public finances: an introductory textbook,
hlm. 356-374. Illinois: Richard D.Irwin Inc.

Mohd Salleh Abas. (1987). Federalisme di Malaysia: Perubahan dalam dua


puluh tahun yang pertama. Dlm. Tun Mohamed Suffian et al. (pngr.).
Perlembagaan Malaysia. Perkembangannya: 1957-1977. hlm. 189-
222. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Nota:
(pnys. = penyusun), (pnyt.= penyunting), (pngr. = penyelenggara)

JURNAL

Bahl, R. (1986). The design of Intergovernmental Transfers in Industrial


Countries. Public Budgeting and Finance Vol. 6 No: 4: 3-22.

Noraini Jidin, Shamsul Sani & Kamariah Majid. (1989). Aspek ekonomi
masyarakat Cina. Jurnal Ekonomi Malaysia 18: 3-25.

Omar Kamarudin & Kaniappan, P. (1986). Duality in a convex vector


optimization problem. Sains Malaysiana 17 (4): 431-451.

DOKUMEN AWAM

Akta

Akta Acara Kewangan. (2004). Ed. Ke-24. Kuala Lumpur: MDC Publishers
Sdn. Bhd.

11
Laporan

Kementerian Kewangan Malaysia. (1990). Laporan Ekonomi 1990-2001.

Laporan Unit Perancangan Ekonomi Negeri. (1999). Mesyuarat


Pembangunan Ekonomi Negeri Kali Kedua. Pejabat Setiausaha Negeri
Johor, 15 - 16 Ogos.

Malaysia. (1996). Rancangan Malaysia Ketujuh 1996-2000.

Malaysia. (1991). Rancangan Malaysia Keenam 1991-1995.

Malaysia. (1990). Buku Maklumat Perangkaan 1990-2001. Kuala Lumpur:


Jabatan Perangkaan Malaysia.

Malaysia. (1989). Akaun Awam Lengkap. Kuala Lumpur: Jabatan Percetakan


Negara.

BAHAN TIDAK DITERBIT

Tesis/Latihan Ilmiah/Laporan Teknik

Yusnaidi Yusof. (2003). Peranan Pusat Zakat di Negeri Kedah. Tesis Ph.D.
Universiti Utara Malaysia.

Zuriana Zahrin. (2003). Federalisme Fiskal: Pemberian Kerajaan Pusat


kepada Kerajaan Negeri Johor & Kedah. Tesis Sarjana. Universiti
Malaya: Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran

Zuriana Zahrin. (2000). Pelacuran Gadis Bawah Umur: Kajian di Taman Sri
Puteri. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zuryani Zohari. (2006) Gaya kepimpinan dan pencapaian prestasi Koperasi


Pekebun Kecil Daerah Gerik Bhd. Laporan Praktikum. Fakulti
Pengurusan Awam dan Undang-Undang, Universiti Utara Malaysia.

Kertas Kerja/Prosiding/Seminar

Chan Siew Hon. (2006). Private Finance Initiative (PFI): Privatization


Revisited? Kertas Kerja Simposium Pelaburan Negara, Pusat
Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. 14 Disember.

12
Zuriana Zahrin & Nor Azizah Zainal Abidin. (2006). Amalan Federalisme
Fiskal di Malaysia: Analisis Perbandingan Negeri Johor dan Kedah.
Prosiding Persidangan Kebangsaan Pengurusan Awam 2006, hlm. 55-
65.

Temu Bual

Zarif Hanafi. (2005). Pusat Zakat Alor Star, Kedah. Temu bual, 12 Februari.

MAJALAH

Artikel dengan Pengarang

Ismail Hamid. (1990). Sastera kitab. Dewan Sastera, Mei: 79-83.

Mohd Yusman Awang, Muhd Izhar Abu Samah & Zamri Ramli. (2004).
Dadah: Merenung kembali erti sebuah kegagalan. Massa, 10 April:
27-33.

Artikel tanpa Pengarang

Ternama, terkenal dan dadah. (2004). Massa, 10 April. 37.

Drummer: The talk of the town. (2003). New Yorker, Oktober: 45.

AKHBAR

Artikel dengan Pengarang

Faisal Othman. (1992). Jaga kepentingan umum asas pemerintahan Islam.


Utusan Malaysia, 30 Oktober: 6.

Siti Zainon Ismail. (1990). Wanita, puisi dan peribadi. Berita Minggu, 4
Februari: 7.

Artikel tanpa Pengarang

Peningkatan kes belia tidak membayar pinjaman. (1992). Utusan Malaysia,


30 Oktober: 10.

13
Masjid di Algeria jadi medan latihan golongan pelampau. (1989). Mingguan
Malaysia, 23 Februari: 10.

Berita/rencana dengan nama penulis

Kandau Sidi. (2000). Kutu rayau cemar Kuala Lumpur. Berita Harian, 5 Julai:
17.

Berita/rencana tanpa nama penulis

Telefon bimbit bukan sekadar penghubung. (2000). Berita Harian, 5 Julai: 24.

Surat kepada editor

Fizani. (1992). Jangan salahkan imam, bilal sahaja. Forum. Berita Harian,
30 Oktober: 13.

Izhab, Z. (1992). Effective reading is the way to ensure success of science


students. Surat kepada editor. New Straits Times, 25 Januari: 9.

Rujukan umum akhbar

Berita Harian. (1985). 28 Disember.

The Star. (1991). 2 Jun.

RUJUKAN ELEKTRONIK

Ackrill, R. (1998). EMU and stabilization: a reconsideration of the fiscal


federalism paradigm. Centre for European Economic Studies,
Department of Economics, University of Leicester. (atas talian)
http://www.le.ac.uk/economics/research/RePEc/lec/lecees/ceesrev.pdf
(28 Jun 2003).

Majlis Perbandaran Kluang. (2007). Profil: Objektif & Misi Majlis Perbandaran
Kluang (atas talian) http://www.johordt.gov.my/mpk/ (3 Mac 2007).

Pritzer, T.J. (tanpa tarikh). An early fragment from central Nepal (atas talian)
http://www.ingress.com/astanart/pritzker.html (5 Jun 2000).

14
LAMPIRAN

WRITTEN REPORT RUBRIC

Matric No. :

Name :

Course Code :

Topic :

1 = Poor 2 = Fair 3 = Moderate 4 = Good 5 = Excellent Marks


Totally Remotely Moderately Somewhat Directly relevant
Topic unrelated related relevant relevant

Organization Not organized, Some Organized, Good Excellent


discussion organization, discussions are organization organization
makes no discussions somewhat and discussions and discussions
sense jump around, jumpy. are logically are logically
start and end ordered. ordered.
are unclear.
Content The content is Content is Content is Content is easy Content is very
not interesting. rather difficult to moderately and interesting interesting to
read and fairly interesting to to read. read.
interesting read.

Provide little or Insufficient Gives general Discusses Discusses


no information information on information pertinent pertinent
on background background and about the topic, background background
and significance. but some information. information.
significance. Some relevant Explains Clearly explains
information is information may significance of significance of
Information is accurate, but be missing, or topic but some topic.
inaccurate or enough errors significance is information is Information is
with many are made to be not clearly accurate. consistently
errors. Reader distracting. explained. No accurate
learns little. significant
errors made

No discussion Little discussion Some Good Excellent


of global of global issues. discussion of discussion of discussions of
issues. global issues. global issues. global issues.

Mechanics Errors are Enough errors Displays Writing is Writing is free


frequent and in style or moderate errors generally error of errors in
distracting; grammar occur in writing. free, but some grammar,
therefore it is that they errors in punctuation,
hard to become language or sentence
determine distracting. grammar may structure,
meaning. occur. capitalization
and spelling.

15
1 = Poor 2 = Fair 3 = Moderate 4 = Good 5 = Excellent Marks
Aesthetics Unacceptable Appearance is Appearance is Appearance is Excellent
appearance. acceptable but moderately generally good; formatting and
Does not use a lot could be adequate but only a few appearance.
appropriate improved. some elements elements need Use appropriate
font, font size, could be to be improved. font, font size,
line spacing improved. line spacing
and border and border
areas. areas.
References References Few references Some Most references Complete
are not cited in are cited in text references are are cited in text references in
text, and no and incomplete cited in text, but and text and
references list reference list. not appropriately references list.
is provided. appropriately provided in
provided in references list.
references list.

Style/format is Many Few references Most references References are


incorrect. references use use correct use correct in the correct
incorrect style/format. style/format. style/format.
style/format.
Timeliness Report handed Up to 5 days Up to 3 days A day late. Report handed
in more than 5 late. late. on time.
days late.

16

You might also like