You are on page 1of 10

Perniagaan Antarabangsa

PERANCANGAN AKADEMIK

GFMA 2023
PERNIAGAAN ANTARABANGSA

PROGRAM PENGAJIAN LUAR KAMPUS


PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
KURSUS : PERNIAGAAN ANTARABANGSA
KOD KURSUS : GFMA 2023
JAM KREDIT :3

SINOPSIS KURSUS

Kursus ini ditawarkan kepada pelajar Pengajian Luar Kampus. Kursus ini akan
memberikan ilmu pengetahuan dan pendedahan asas kepada para pelajar di dalam
pelbagai aspek perniagaan antarabangsa merangkumi persekitaran nasional,
perundangan antarabangsa, teori perniagaan antarabangsa, operasi, pengurusan dan
sebagainya.

Di akhir kursus ini, para pelajar akan lebih mengetahui dan berkemahiran di dalam
perkara-perkara yang berkaitan dengan perniagaan antarabangsa seterusnya berupaya
mengaplikasi pengetahuan yang diperolehi dalam aspek perniagaan antarabangsa serta
yang berkaitan dengannya.

OBJEKTIF KURSUS

Selepas mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat:

1. Menjelaskan konsep perniagaan antarabangsa dan kepentingannya kepada negara


Malaysia khasnya, serta kepada negara lain di dunia umumnya.
2. Menerangkan aspek-aspek persekitaran antarabangsa yang mencorakkan peluang-
peluang dan ancaman-ancaman kepada sesebuah negara atau firma.
3. Membincangkan pendekatan-pendekatan yang boleh digunakan untuk mengurus
operasi perniagaan antarabangsa
4. Menjelaskan konsep-konsep dan teori – teori asas perniagaan antarabangsa
5. Membincangkan isu-isu yang mempengaruhi perniagaan antarabangsa.

PENGENDALIAN KURSUS

Kursus ini akan dikendalikan secara pembelajaran kendiri. Modul kursus yang diberikan
kepada pelajar perlu dijadikan sebagai rujukan utama kepada kursus ini. Modul ini telah
dilengkapkan dengan soalan-soalan latihan untuk menguji kefahaman pelajar. Di
samping itu, pelajar dinasihatkan supaya mendapatkan bahan-bahan bacaan tambahan
(meliputi teks, artikel dan sebagainya) bagi meningkatkan kefahaman terhadap konsep,
teori dan isu-isu semasa yang berkaitan dengan perniagaan antarabangsa. Soalan-
soalan daripada buku rujukan tambahan juga boleh dicuba bagi meningkatkan
kemahiran pelajar menganalisis hal-hal yang berkaitan dengan konsep dan teori yang
telah dibincangkan.

Bagi membantu pelajar memahami kandungan modul dengan lebih jelas, empat sesi
perjumpaan antara tenaga pengajar dan para pelajar telah ditetapkan. Perjumpaan pada
minggu kelima (terakhir) dikhaskan untuk tujuan peperiksaan akhir. Di dalam setiap

1
perjumpaan yang telah dijadualkan, penumpuan akan lebih diberikan kepada sesi
perbincangan dan soal jawab
Sehubungan dengan itu, pelajar dikehendaki membuat beberapa persediaan berikut
sebelum hadir ke setiap sesi perjumpaan:
 Membaca topik-topik yang telah ditetapkan untuk setiap sesi pertemuan.
 Membuat rujukan tambahan tentang isu-isu semasa yang berkaitan dengan
perniagaan antarabangsa
 Bersedia untuk melibatkan diri dalam perbincangan tentang isu-isu perniagaan
antarabangsa ketika sesi perbincangan.

Jadual sesi pertemuan disertakan dalam bahagian seterusnya. Bagaimanapun, jadual


tersebut tertakluk kepada pindaan. Oleh itu, pelajar di minta sentiasa berhubung dengan
PACE dan penyelia pusat untuk mendapatkan maklumat terkini.

PENILAIAN KURSUS

Penilaian akan dilakukan berdasarkan tugasan, peperiksaan pertengahan semester dan


peperiksaan akhir. Ketiga-tiga komponen ini akan diterangkan dengan lebih lanjut
dalam bahagian seterusnya. Agihan markah adalah seperti berikut:

Kuiz 5%
Tugasan 20%
Peperiksaan pertengahan semester 25%
Peperiksaan akhir 50%

Jumlah 100%

TUGASAN

Hanya satu tugasan akan diberikan kepada pelajar iaitu pada pertemuan pertama.atau
kedua Tugasan tersebut membawa 20% daripada jumlah markah keseluruhan. Pelajar
hendaklah menyediakan tugasan tersebut mengikut format yang dilampirkan bersama
dengan soalan tugasan.

Tugasan mestilah diserahkan oleh pelajar sendiri atau secara pos berdaftar kepada
pensyarah pada pertemuan ke - 4. Kelewatan menyerahkan tugasan akan dikenakan
penalti dalam bentuk potongan markah.

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER


Peperiksaan pertengahan semester akan di adakan pada pertemuan ketiga yang
merangkumi Pelajaran 1 hingga Pelajaran 8. Masa yang diberi ialah 1 1/2 jam.
Bentuk atau format soalan peperiksaan adalah sama seperti mana yang diguna pakai
untuk pelajar sepenuh masa kursus GFMA 2023 Perniagaan Antarabangsa iaitu soalan
aneka pilihan dan/atau esei pendek. Pelajar perlu menjawab kesemua soalan yang
diberikan dengan menandakan jawapan yang dipilih pada helaian kertas jawapan
objektif yang disediakan atau kertas jawapan OMR. Bagi menjawap soalan berbentuk
esei pendek, sama ada kertas jawapan berasingan disediakan atau menjawap di ruang
kosong dalam kertas soalan berkenaan.

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER

Peperiksaan akhir akan diadakan pada pertemuan kelima yang merangkumi


Pelajaran 9 hingga Pelajaran 15. Tarikh, masa dan tempat peperiksaan akan
diberitahu kelak. Masa yang diperuntukkan adalah 2 1/2 jam. Pelajar dikehendaki
menjawab kesemua soalan yang dikemukakan. Soalan dikemukakan dalam bentuk
kombinasi iaitu berstruktur/esei pendek dan aneka pilihan.

RUJUKAN UTAMA

Modul PT 2023 Perniagaan Antarabangsa. Unit Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Utara
Malaysia: Sintok.

RUJUKAN TAMBAHAN

Hill, Charles W.L.; Wee, Chow-Hou; and Udayasankar, Krishna (2016) “International
Business”, 2nd Edition (Asia Global Edition), New York. McGraw-Hill.

SENARAI TENAGA PENGAJAR

Hari dan Masa


Penyelaras/Pensyarah Telefon E-mel
Rundingan
9.00pg –
Dr. Narentheren 12.00tgh
016-4051599 narentheren@uum.edu.my
Kaliappen (Ahad dan
Rabu)
JADUAL SESI PERTEMUAN, PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER DAN
PEPERIKSAAN AKHIR

Pertemuan Modul Tempoh

Pertemuan  Penerangan seluruh kursus


1  Perbincangan Pelajaran 1, 2, 4 Jam
3 dan 4.

Pertemuan  Perbincangan Pelajaran 5, 6, 7 dan 8


2  QUIZ 4 Jam

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN
Pertemuan
SEMESTER 1 1/2
3
(Pelajaran 1-8) Jam

 Perbincangan Pelajaran 9, 10 dan


11 2 1/2
Jam
Pertemuan
 Perbincangan Pelajaran 12, 13, 4 Jam
4
14 dan 15
Penyerahan
tugasan

Pertemuan
PEPERIKSAAN AKHIR 2 1/2
5
(Meliputi Pelajaran 9 hingga 15) Jam
PANDUAN BELAJAR
Kursus GFMA 2023 Perniagaan Antarabangsa merupakan satu bidang ilmu yang
menjelaskan mengenai perkara-perkara asas berhubung dengan perniagaan
antarabangsa, kepentingan dan sumbangan perniagaan antarabangsa kepada
sesebuah syarikat, masyarakat dan negara.

Kepada pelajar yang sedang mengikuti kursus ini secara pendidikan jarak jauh, pelajar
tidak seharusnya melihat kursus ini sebagai sesuatu yang membebankan ataupun
sukar. Ini adalah kerana dalam kehidupan seharian, pelajar sememangnya sentiasa
(boleh dikatakan setiap hari) terdedah kepada aktiviti perniagaan antarabangsa. Selain
itu, modul yang disediakan kepada pelajar juga ditulis dan diolah menggunakan ayat-
ayat mudah dan turut disertakan dengan contoh bagi membantu pelajar memahami
setiap kandungan perbincangan.

Objektif pembelajaran yang diletakkan di awal setiap pelajaran boleh dijadikan panduan
untuk mengikut kandungan perbincangan sesuatu pelajaran. Objektif ini juga boleh
dijadikan sebagai kayu pengukur terhadap apa yang perlu dicapai oleh pelajar di akhir
sesuatu pembelajaran. Sekiranya pelajar kurang memahami dan gagal mencapai
objektif-objektif tersebut, maka cubalah ulangi pembacaan dan tandakan para ataupun
ayat yang tidak difahami. Sesi pertemuan/perjumpaan yang diaturkan pada setiap bulan
boleh dijadikan sebagai platform untuk mengajukan pertanyaan ataupun masalah yang
bersangkutan dengan pelajaran kepada pihak pensyarah.

Pelajar-pelajar juga digalakkan dan disarankan untuk berusaha menjawab setiap Soalan
Dalam Teks (SDT) dan Soalan Ulangkaji dan Latihan (SUL) yang disediakan di dalam
modul. Dengan cuba menjawab soalan-soalan ini, sedikit sebanyak dapat menunjukkan
kepada pelajar tahap kefahaman dan pengetahuan yang dicapai di akhir sesuatu
pembelajaran. Tugasan yang diberikan di awal semester juga perlu diberi perhatian
yang serius oleh para pelajar. Iltizam untuk menghasilkan kerja tugasan yang baik dan
berkualiti sedikit sebanyak dapat membantu memudahkan proses pembelajaran dan
persediaan untuk menghadapi peperiksaan (baik peperiksaan pertengahan semester
mahupun peperiksaan akhir).

Pelajar perlu sentiasa ingat bahawa modul yang disediakan tidak dapat membantu
pelajar sekiranya pelajar tidak cuba ataupun berusaha untuk membaca dan memahami
kandungannya. Persediaan awal sebelum menghadiri perjumpaan/kuliah dan komitmen
pelajar terhadap kursus ini amat penting. Tanpa persediaan dan komitmen maka
berkemungkinan pelajar akan sukar untuk mengikuti kursus ini dengan jayanya dan
akhirnya mencapai keputusan yang cemerlang. Selamat Belajar dan Selamat Maju
Jaya.
PANDUAN DAN ARAHAN
PENYEDIAAN TUGASAN
GFMA2023 PERNIAGAAN ANTARABANSGA

1. Setiap pelajar perlu menjawab kedua-dua soalan tugasan. Soalan tugasan


tersebut diberikan pada pertemuan pertama atau kedua dan pelajar dikehendaki
menjawab di dalam format yang akan diterangkan di bawah.

2. Jawapan pelajar hendaklah bertaip menggunakan kertas berukuran A4 dengan


langkau 1 ½ baris (one and a half spacing). Tulisan (font) New Times Roman
bersaiz 12. Keseluruhan jawapan untuk setiap tugasan pelajar hendaklah di
dalam lingkungan 8-10 muka surat sahaja.

3. Jawapan yang hendak dikemukakan perlu jelas dan mudah dibaca serta difahami
oleh pensyarah.

4. Setiap pelajar bertanggungjawab memastikan helaian pemarkahan tugasan


(seperti contoh yang diberi) disertakan bersama-sama dengan jawapan. Pastikan
pelajar menyusun kandungan tugasan mengikut urutan berikut:

 Muka hadapan (cover sheet) – rujuk contoh di muka surat 7.


 Helaian pemarkahan (mengikut tugasan)
 Kandungan jawapan
 Senarai rujukan yang digunakan

5. Jawapan pelajar tidak perlu dijilid – memadai dikemaskan dengan menggunakan


stapler di sudut kiri kertas jawapan.

6. Pelajar dikehendaki menggunakan kertas berwarna bagi muka hadapan (cover


sheet) tugasan. Ini bertujuan untuk memudahkan urusan pengenal pastian, serta
memudahkan pensyarah membaca keterangan yang dicetak.

7. Setiap helai kertas jawapan perlu ditaipkan kod dan nama kursus, dan nama dan
nombor matrik pelajar. Taipkan kod dan nama kursus di sebelah kanan atas
(header) dan nama dan nombor matrik pelajar di sebelah kanan bawah (footer).
Ini adalah untuk menjamin keselamatan sekiranya terdapat helaian daripada
kertas jawapan pelajar yang tercerai.

8. Penilaian dilakukan berdasarkan kepada jawapan yang dikemukakan. Selain itu,


gaya persembahan, ketulenan, kebolehbacaan, dan format keseluruhan tugasan
juga akan dinilai.

9. Tugasan mestilah diserahkan kepada pensyarah pada pertemuan ke – 4.


Penalti dalam bentuk potongan markah akan dikenakan bagi tugasan yang lewat
dihantar.

10. Penyerahan tugasan melalui pos adalah dibenarkan, tetapi MESTI


MENGGUNAKAN POS BERDAFTAR. Tugasan yang dihantar melalui pos dan
tidak diterima oleh pensyarah akan diandaikan sebagai tidak menghantar
tugasan.
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

GFMA 2023
PERNIAGAAN ANTARABANGSA

TUGASAN

DISEDIAKAN UNTUK

[ NAMA PENSYARAH ]

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA
NO. MATRIK
PUSAT UUM

* Format muka hadapan tugasan


NAMA NO. MATRIK
SEMESTER PUSAT UUM

TUGASAN GFMA 2023 PERNIAGAAN ANTARABANGSA


ARAHAN:
1. Kertas soalan tugasan ini mempunyai dua (2)
soalan.
2. Pelajar dikehendaki menjawab 2 soalan tersebut.
3. Markah setiap soalan dinyatakan di penjuru nombor
setiap soalan.

TARIKH AKHIR PENYERAHAN TUGASAN PERTEMUAN 4


TARIKH PENERIMAAN TUGASAN PERTEMUAN 1 @ 2

NAMA PENSYARAH

SOALAN MARKAH ASAS MARKAH DIPEROLEHI


1 10
2 10

JUMLAH MARKAH KESELURUHAN

Sila kepilkan helaian ini bersama-sama dengan tugasan anda


GFMA 2023 PERNIAGAAN ANTARABANGSA

SOALAN TUGASAN

ARAHAN: JAWAB 2 SOALAN BERIKUT

Soalan 1 (10 markah)


Bincangkan tiga keputusan asas yang perlu diambil kira apabila ingin
mengembangkan perniagaan secara global dengan contoh yang relevan.

Soalan 2 (10 markah)

Bincangkan dua perbezaan di antara sistem kadar pertukaran ‘tetap’ serta


sistem kadar pertukaran ‘terapung’ dan huraikan tiga faktor yang menentukan
kadar pertukaran asing.

You might also like