You are on page 1of 3

Perbezaan antara ujian formatif dan sumatif

UJIAN FORMATIF

UJIAN SUMATIF

Fungsi

Menghasilkan maklumat Pensijilan atau penggredan di akhir kepada pelajar dan guru. kursus Mengesan punca kelemahan untuk pemulihan

Masa diberi

Sepanjang pengajaran

Di akhir kursus.

Tekanan dalam penilaian

t/ laku kognitif, psikomotor dan afektif

T / laku kognitif

Fokus pengukuran Satu satu segmen Sifat sampelan Terhad kepada tugasan pembelajaran Berubah ubah mengikut segmen Alat pengukur formatif yang dibentuk khas Ujian rujukan kriteria

Objektif kursus Beraneka jenis

Kesukaran item

Semua peringkat : senang susah

Jenis alat

Peperiksaan akhir tahun

Skor

Biasanya ujian rujukan norma

Cara melapor skor Contoh

Gagal atau lulus

Jumlah skor

Ujian bulanan , lembaran kerja

UPSR, PMR, SPM, STPM Ujian Sem

UJIAN FORMATIF Ujian formatif ialah ujian yang dijalankan secara berterusan, iaitu semasa pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Tujuannya ialah untuk mengenal pasti kelemahan yang wujud semasa pengajaran dan pembelajaran. Dapatan daripada ujian formatif ini akan memberi maklum balas kepada guru dan dengan itu guru dapat membaiki dari segi pengajarannya dan memberi tumpuan yang lebih pada tajuk-tajuk yang menimbul kesulitan kepada pelajar. Oleh itu ujian formatif adalah penting untuk menentukan sesuatu kursus atau program itu berkesan dan menepati matlamat yang ditentukan. Contoh ujian formatif ialah ujian yang guru beri di bilik darjah seperti ujian ringkas, kuiz, kerja rumah untuk mengetahui tahap kebolehan pelajar. Keberkesanan Menjalankan Ujian Formatif 1. Menentukan Tajuk Pengajaran 2. Menentukan Aspek dan Tahap Penguasaan 3. Menghubungkan Elemen dengan Tajuk 4. Membina Soalan Ujian 5. Mencadangkan Tindakan Susulan Kata Tugas Tahap Penilaian Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian Bentuk Soalan Siapa , Apa, Di Mana , Terangkan Huraikan, Bandingkan, Bezakan, Nyatakan Gunakan, Selesaikan, Kelaskan, Pilih Kenapa, Kenalpasti, Rumuskan, Tentukan,Buktikan Selesaikan Nilaikan, Pilih, Bicarakan, Menaksirkan

UJIAN SUMATIF Ujian sumatif ialah ujian yang dijalankan di akhir sesuatu kursus atau program. Ia bertujuan untuk memperoleh maklumat tentang pencapaian pelajar pada kursus itu, atau untuk mengetahui setakat mana keberkesanan program yang telah dijalankan itu. Ujian sumatif juga diguna untuk tujuan persijilan. Contoh ujian sumatif ialah ujian pada peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.

Untuk menguji pencapaian murid dalam beberapa kemahiran yang telah diajar secara jangka masa yang panjang, umpamanya selepas satu-satu semester/ selepas satu tahun persekolahan. Melibatkan semua kemahiran aspek bahasa. Lisan/bacaan dan penulisan. Ujian sumatif bertujuan untuk mengesan secara menyeluruh taraf pencapaian murid di akhir sesuatu pembelajaran. Matlamat utama penilaian jenis ini ialah untuk memberi markah atau gred kepada seseorang murid supaya dapat membandingkannya dengan markah murid lain dalam kumpulannya.

You might also like