You are on page 1of 4

Lampiran A

SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB TUTOR PENYELIA 1. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB BAHAGIAN 1: PENYELIAAN CADANGAN KAJIAN 1.1 Menasihat pelajar tentang tajuk atau masalah yang hendak dikaji atau diselidiki 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 Memastikan pelajar jelas tentang apa yang hendak dikaji Membantu pelajar menyatakan tujuan kajian/penyelidikan dengan jelas dan tepat. Menyemak soalan-soalan kajian/penyelidikan yang dikemukakan. Mencadangkan kepada pelajar sumber-sumber untuk memperolehi bahan bacaan yang berkaitan dengan kajiannya. Membincang dengan pelajar tentang kaedah yang dipilih untuk menjawab soalan kajian. Menasihat pelajar tentang instrumen yang digunakan. disediakan. 1.9 Pelajar akan mengetahui nama Tutor Penyelia mereka melalui IPG/PPW/PPT masing-masing. 1.10 Tuan/Puan perlu mengatur perjumpaan/perbincangan dengan pelajar sekurang-kurangnya DUA (2) kali sepanjang tempoh penyediaan Cadangan Penyelidikan/Kajian; iaitu selama 2 jam (minimum) bagi setiap perjumpaan/ perbincangan. 1.11 Tarikh dan masa perjumpaan adalah mengikut perbincangan di antara tuan/puan dengan pelajar masing-masing. Perjumpaan boleh dijalankan selain pada minggu tutorial atau di PPW/PPT. 1.12 Laporan Kemajuan Penyeliaan perlu diisi pada setiap kali perjumpaan diadakan. 1.13 Mengisi Borang Skema Pemarkahan Laporan Akhir Kajian dan memasukkan markah berkenaan ke skrin Examiners Marks Entry Listing dalam Online Marks Entry System (OMES) selepas menyemak mengikut tarikh akhir yang telah ditetapkan.
1

1.8 Memeriksa/menanda cadangan kajian mengikut skema markah yang

Lampiran A

2. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB BAHAGIAN 2: PENYELIAAN KAJIAN (LAPORAN AKHIR) 2.1 Menasihat pelajar semasa melaksanakan kajian dan menyelia pelajar semasa penganalisisan data dan penulisan laporan akhir kajian. 2.2 Mengadakan perjumpaan / perbincangan dengan pelajar sekurangkurangnya EMPAT KALI di sepanjang tempoh pelaksanaan kajian, penganalisisan data dan penulisan laporan akhir kajian. 2.3 Memastikan laporan akhir kajian mencapai tahap yang boleh diterima oleh pemeriksa dan menjamin laporan boleh mencapai sekurangkurangnya tahap lulus. Sekiranya perlu, memberi perkhidmatan kaunseling akademik atau motivasi kepada pelajar. 2.4 Memeriksa/menanda laporan akhir kajian mengikut skema markah yang disediakan. 2.5 Melaksanakan permarkahan dengan teliti dan penuh etika. 2.6 Mengisi Borang Skema Pemarkahan Laporan Akhir Kajian dan memasukkan markah berkenaan ke skrin Examiners Marks Entry Listing dalam Online Marks Entry System (OMES) selepas menyemak mengikut tarikh akhir yang telah ditetapkan. 2.7 Tuan/Puan dikehendaki memberi komen/cadangan sama ada laporan akhir kajian itu pada tahap cemerlang dan layak menjadi laporan akhir kajian contoh di kalangan pelajar seliaan tuan/puan. Naskah laporan akhir kajian contoh akan dijilidkan dan dipaparkan di perpustakaan PPT/PPW untuk rujukan pelajar yang akan datang.

3. PENYIMPANAN HASIL KERJA OLEH TUTOR PENYELIA 3.1 Tuan/Puan perlu menyimpan salinan Cadangan Penyelidikan supaya tuan/Puan dapat terus menyelia apabila pelajar melaksanakan kajian yang dirancangkan dalam kursus Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah yang ditawarkan pada semester berikutnya.

Lampiran A

4.

HUBUNGAN PROFESIONAL DI ANTARA PELAJAR DAN TUTOR PENYELIA 4.1 Tuan/Puan perlu memahami bahawa bagi kebanyakan pelajar, ini adalah kali pertama mereka menjalankan penyelidikan atau kajian dalam pendidikan. 4.2 Justeru, Tuan/Puan hendaklah bersabar dan membimbing mereka dengan tatatcara menjalankan penyelidikan. 4.3 Hubungan Tuan/Puan dengan pelajar hendaklah sentiasa mesra dengan mematuhi segala tatatertib sebagai seorang yang profesional.

5. PERLAKSANAAN PERJUMPAAN 5.1 Tarikh, tempat dan masa perjumpaan adalah mengikut persetujuan di antara Tuan/Puan dengan pelajar. 5.2 Melaksanakan sesi perjumpaan/perbincangan dengan teliti dan penuh etika.

6. TUNTUTAN 6.1 Tuan/puan perlu mengisi Borang Tuntutan yang dilampirkan dengan lengkap. 6.2 Borang tuntutan dikehendaki dihantar ke Fakulti Pendidikan dan Bahasa, Open University Malaysia dengan melampirkan dokumen berikut: (a) Laporan Kemajuan Penyeliaan pelajar di bawah seliaan tuan/puan; (b) salinanBorang Laporan Skema Pemarkahan (c) Borang pemarkahan pelajar OMES.

Lampiran A

6.3 Borang tuntutan beserta lampiran digalakkan dihantar menggunakan pos berdaftar. 6.4 Tuan/Puan dikehendaki menyimpan segala dokumen tuntutan selama setahun.

7. PEMBAYARAN TUTOR PENYELIA HBEF2503/ HBEF4106-1/HBEM4106-1 Perkara Bayaran (RM) 1. Penyeliaan Pelajar (HBEF 2503-Kaedah Kajian Dalam Pendidikan) Cadangan Penyelidikan 50/Pelajar Ringkasan Cadangan Penyelidikan Semakan Cadangan Penyelidikan HBEF4303/ HBEF4106-2/HBEM4106-2 Perkara Penyeliaan Pelajar (HBEF4303-Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah) Laporan Akhir Projek Bab 1-5 Penyemakan Tesis

Bayaran (RM) 100/Pelajar 50/Pelajar

Tutor Penyelia perlu menghantar borang tuntutan tutor penyelia, Laporan Kemajuan Penyeliaan pelajar dan salinan markah OMES kepada PPW/PPT.

You might also like