You are on page 1of 60

Sk Selayang jaya,

jalan sj 24, taman Selayang jaya


68100 batu caves, selangor

1. CARTA ORGANISASI UNIT


KURIKULUM
2. KETETAPAN KURIKULUM
3. TAKWIM/ CARTA GANTT
4. AHLI JAWATANKUASA &
BIDANG TUGAS
5. PENGURUSAN MESYUARAT
6. PEMANTAUAN & PENCERAPAN
7. AKTIVITI DAN PROGRAM
8. JADUAL SEMAKAN BUKU
LATIHAN
PENGURUSAN
KURIKULUM
OBJEKTIF KETETAPAN KURIKULUM SEKOLAH

 Ketetapan Kurikulum ini menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga
sekolah.
 Memantapkan pengurusan kurikulum di peringkat sekolah.
 Memenuhi keperluan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)

1. PERNYATAAN KETETAPAN KURIKULUM

1.1 Menyediakan program pendidikan termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang
merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan
kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari
segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta menanam dan mempertingkat nilai moral yang
diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.

1.2 Ketetapan Kurikulum Sekolah (KKS) yang diwartakan mestilah selari dengan Dasar
Pendidikan Kebangsaan dan juga Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025.

1.3 Kurikulum yang dilaksanakan mestilah memenuhi kehendak Kementerian Pendidikan


Malaysia.

1.4 Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini tentang pendidikan dan kurikulum
semasa.
2 . JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH

2.1 Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum mestilah dilaksanakan sekurang-kurangnya empat


kali setahun bagi membincangkan pengurusan dan pelaksanaan , masalah dan isu
kurikulum di sekolah.

2.2 Pengurusan mesyuarat mestilah mematuhi prosedur dan pekeliling yang ditetapkan.

2.3 Setiausaha Jawatankuasa dilantik dalam kalangan guru.

2.4 Agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat wajib dilaksanakan.

2.5 Semua perkara yang telah dibincangkan dan diputuskan di dalam mesyuarat
Jawatankuasa Kurikulum mestilah dimaklumkan dan dibincangkan pelaksanaannya di
dalam mesyuarat panitia dan maklum balas yang sewajarnya mestilah disampaikan kepada
Setiausaha Jawatankuasa.

2.6 Jawatankuasa mestilah sentiasa membuat pemantauan dan penilaian impak terhadap
pelaksanaan kurikulum di dalam semua mata pelajaran dan Guru Kanan Mata pelajaran
beserta Ketua-Ketua panitia dipertanggungjawabkan sepenuhnya .
3 . PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN

3.1 Pengurusan panitia mata pelajaran mestilah mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4 /
1986

3.2 Pengurusan Panitia mata-mata pelajaran juga mestilah mematuhi Sistem Pengurusan
Kualiti (SPSK)

3.3 Kejayaan murid dalam semua mata pelajaran, prestasi peperiksaan awam ,motivasi dan
bakat adalah berkait rapat dengan keberkesanan pengajaran guru di dalam kelas.
Oleh itu semua panitia mata pelajaran hendaklah berfungsi dan digunakan dengan
optimum untuk saling bekerjasama, saling membantu , berkongsi fikiran,
pengalaman dan kepakaran untuk memperbaiki kecekapan dan kekesanan
pengajaran.

3.4 Semua perancangan dan tindakan panitia mestilah sentiasa merujuk kepada TOV dan
GROW dalam pengurusan prestasi semua mata pelajaran dalam panitia-panitia

3.5 Panitia-Panitia mestilah berusaha mendapatkan dan mengamalkan strategi-strategi


mengajar yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para
pelajar terhadap pembelajaran

3.6 Mesyuarat Panitia mestilah dilaksanakan sekurang-kurangnya empat kali setahun bagi
membincangkan pengurusan dan pelaksanaan , masalah dan isu kurikulum di sekolah.
Semua mesyuarat panitia akan dijalankan dalam tempoh dua minggu selepas mesyuarat
kurikulum. Satu salinan minit mesyuarat panitia hendaklah disampaikan kepada Penolong
Kanan Pentadbiran melalui Setiausaha Kurikulum

3.7 Ketua Panitia dan Setiausaha panitia hendaklah menyelenggara fail-fail panitia dan
semua minit atau laporan mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan
dengan diselia oleh Penolong Kanan Pentadbiran
4. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM PENTAKSIRAN (DSKP), RANCANGAN
PELAJARAN TAHUNAN (RPT) DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
(RPH)

4.1 DSKP , RPT dan RPH adalah dokumen rasmi kurikulum dan mestilah sentiasa dirujuk
apabila merancang proses pengajaran dan pembelajaran.

4.2 Rancangan Pelajaran Tahunan(RPT) hendaklah disediakan oleh setiap panitia pada
setiap akhir tahun untuk kegunaan pada tahun berikutnya. RPT yang disediakan hendaklah
mengikut aras kemampuan pelajar dan perlu mengikut takwim semasa sekolah.

4.3 Guru mestilah dapat menghayati , mengenal pasti dan boleh menterjemahkan objektif
mata pelajaran yang tercatat di dalam HSP kepada objektif pentaksiran dan juga proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas , dengan itu mahir tentang konstruk-konstruk
peperiksaan awam bagi mata pelajaran yang diajar.

4.4 Salinan ketiga-tiga dokumen ini yang telah disahkan oleh pengetua mestilah
dilampirkan bersama di dalam Buku Rekod Mengajar atau diletakkan di dalam fail khas
supaya senang dirujuk.

4.5 Penulisan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) di dalam Buku Rekod Mengajar
hendaklah mengikut format yang telah ditetapkan. Setiap panitia perlu menetapkan
format RPH masing-masing berdasarkan taklimat / kursus yang telah di hadiri di
peringkat PPD/JPN/KPM dan menyerahkan satu Salinan format kepada Guru Besar
dan simpanan dalam fail panitia untuk rujukan

4.6 Semua guru mestilah menyediakan Rancangan Pengajaran berdasarkan RPH di dalam
Buku Rekod Mengajar sebelum masuk kelas . Oleh itu Buku Rekod Mengajar mestilah
lengkap dan dibawa masuk kelas setiap kali ada kelas .

4.7 Buku rekod mengajar perlu dihantar untuk disemak oleh pentadbir pada setiap hari
Jumaat minggu persekolahan kecuali tidak hadir atau mesyuarat atau berkurusus
pada hari tersebut dihantar untuk disemak pada hari Isnin
5 . PROSES PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc)
5.1 PdPc Abad ke 21 yang berkesan hendaklah dilaksanakan oleh guru untuk
mengoptimumkan kecemerlangan murid.

5.2 Menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang cukup dan berkualiti
selaras dengan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK ).

5.3 Menekankan kemahiran mengaplikasi ICT bagi menghasilkan murid yang


berkemahiran dalam ICT . Oleh itu penggunaan peralatan ICT menjadi keutamaan di dalam
menyokong pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah .

5.4 Pembelajaran berasaskan e-learning dengan menggunakan teknologi multimedia


interaktif dan pembelajaran berasaskan laman web seperti Vlefrog digalakkan dan akan
diperluaskan.

5.5 Memperluaskan program peningkatan penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
seperti yang terdapat dalam MBMMBI .

5.6 Memastikan penguasaan ’basic fact and information’ dalam setiap topik dikuasai oleh
murid dengan menggunakan teknik-teknik mengingat yang kreatif supaya tidak
membebankan dan membosankan pelajar untuk belajar sebelum beredar ke topik
selanjutnya.

5.7 Meningkatkan penguasaan dan penekanan kepada kemahiran generik ,kemahiran


berfikir kritis dan kreatif agar murid menguasai Kemahiran Berfikir Tinggi ( KBAT )
semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

5.8 Menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah, strategi dan teknik di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan ketrampilan guru dan seterusnya
ketrampilan murid dan pada masa yang sama meningkatkan prestasi pencapaian
peperiksaan awam . Hal ini adalah kerana pengajaran yang berkualiti akan menghasilkan
pembelajaran yang berkualiti .

5.9 Menggalakkan penggunaan kaedah peta pemikiran ‘i-Think’untuk mencungkil bakat


dan kemahiran berfikir di kalangan murid.
5.10 Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran mestilah dinilai oleh guru mata
pelajaran , murid dan barisan pentadbir pada akhir sesuatu sesi pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan penguasaan pengetahuan, kemahiran , penglibatan dan daya
tumpuan murid di dalam kelas .

5.11 Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan mestilah menggabungkan content
skill language skill, ICT skill & pedagogi skill’ . Oleh itu setiap orang guru mestilah
berusaha meningkatkan keterampilan diri dengan meningkatkan kemahiran-kemahiran di
atas secara berterusan.

5.12 Guru mata pelajaran , Ketua Panitia dan Pentadbir mestilah sentiasa memantau
prestasi pencapaian mata pelajaran setiap orang murid seperti yang telah ditetapkan oleh
sekolah dan berusaha membuat tindakan susulan untuk mencapai sasaran tersebut . Oleh itu
pengurusan ’Headcount Mata pelajaran’ dan kaedah GROW mestilah menjadi amalan dan
kelaziman bagi setiap orang guru.

5.13 Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas juga mesti memantapkan budaya
membaca, belajar cara belajar, penggunaan pelbagai sumber pendidikan dan penerapan
budaya cintakan ilmu .

5.14 Guru juga mestilah mendedahkan murid-murid dengan soalan mencapah ataupun
HOTS – Higher Order Thinking Skills Questions atau KBAT.
6 . BUKU TEKS, BUKU KERJA , BUKU REKOD AMALI & BUKU LATIHAN

6.1 Buku teks mestilah sentiasa digunakan oleh guru dan murid bagi mendedahkan konsep-
konsep dalam mata pelajaran . Maklumat dan pengetahuan asas di dalam topik-topik
hendaklah ditegaskan kepada murid.

6.2 Buku Kerja dibenarkan penggunaannya dengan syarat TIDAK MENGGANTIKAN


BUKU TEKS dan mematuhi SPI Bil 10 /1991 bertarikh 02 Oktober 1991.

6.3 Buku Rekod Amali mestilah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran sains
selaras dengan SPI Bil 7/1989 bertarikh 31 Mei 1989 . Buku Rekod Amali ini
mengandungi halaman yang bergaris dan halaman yang kosong yang digunakan untuk
merekod sebarang data, maklumat, pemerhatian, kesimpulan apabila pelajar menjalankan
kajian atau eksperimen . Halaman yang kosong boleh digunakan untuk melukis gambarajah
, graf dan sebagainya . Penggunaan buku ini dapat memperkembang kemahiran saintifik
dan kemahiran komunikasi dalam bentuk penulisan .

6.4 Guru mestilah memberikan latihan-latihan bertulis secara topikal di dalam kelas
ataupun sebagai kerja rumah untuk tujuan pengukuhan P&P dalam bilik darjah. Guru mata
pelajaran mestilah memastikan murid-murid membuat latihan ini dan disemak oleh guru
mata pelajaran mengikut jadual yang telah ditetapkan .

6.5 Murid yang gagal membuat latihan merupakan satu perkara yang serius dan panitia
mestilah menangani perkara ini secara berhemah dengan mengenal pasti masalah yang
menyebabkan perkara tersebut berlaku. Murid yang melaksanakan tugasan dengan
cemerlang mestilah dihargai dengan apa juga cara yang telah dibincangkan dalam panitia.
7. LATIHAN MINIMUM

7.1 Latihan murid adalah penting bagi memastikan pengukuhan konsep dan proses
pengkayaan dalam topik-topik yang diajar .Oleh itu latihan minimum yang disasarkan
mestilah dilaksanakan oleh semua murid dan disemak oleh semua guru mata pelajaran.

7.2 Jumlah latihan minimum mata pelajaran mengikut bidang akan diputuskan dan diterima
dalam Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran.

7.3 Latihan minimum ini mestilah menepati aras kesukaran rendah, sederhana, tinggi pada
nisbah 5 : 3 : 2 bagi setiap konstruk mengikut tingkatan .

7.4 Semakan hasil kerja murid adalah berdasarkan ketetapan berikut

7.4.1 Guru-guru menghantar buku latihan kepada pentadbir yang ditetapkan untuk
disemak

7.4.2 Ketua Panitia menyemak buku latihan subjek masing-masing sebelum dihantar
kepada pentadbir

7.5 Proses semakan adalah sekurang-kurangnya 3 kali setahun iaitu April, Ogos dan
November menggunakan borang semakan seperti yang terkandung dalam PK 06 –
Semakan Hasil Kerja Murid
8. PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN

8.1 Semua urusan peperiksaan yang dijalankan menepati prinsip ekuiti dalam pendidikan

8.2 Pihak sekolah bertanggungjawab menyediakan semua murid bagi peperiksaan yang
ditetapkan di bawah Akta Pendidikan 1996

8.3 Sistem Peperiksaan Kebangsaan hendaklah dilaksanakan berlandaskan pentaksiran


berpusat serta penekanan kepada penilaian formatif

8.4 Pentaksiran sekolah ataupun peperiksaan dalaman dilaksanakan berdasarkan prosedur


dan mekanisme yang telah ditetapkan di dalam Garis Panduan Penilaian dan
Peperiksaan (rujuk lampiran) yang memperincikan bilangan peperiksaan dan ujian
seragam setahun , dasar peratusan markah untuk semua tingkatan, format peperiksaan,
jadual pengawasan , rekod markah, syarat lulus, jadual spesifikasi ujian, ‘content skill’ dan
post mortem peperiksaan .

8.5 Jawatankuasa ‘Headcount Sekolah’ dipertanggungjawabkan untuk menguruskan semua


data yang berkaitan dengan peperiksaan dengan mengkaji ‘Take Off Value’ dan meletakkan
‘ETR’ bagi peperiksaan awam dan dalam Peperiksaan Akhir Tahun. GROW juga
digunakan untuk membuat Reality Checking serta untuk membuat Goal Setting dari awal
tahun. Guru mata pelajaran mesti menyenaraikan nama murid yang dijangkakan keputusan
peperiksaan mereka.
KETETAPAN
KURIKULUM
9. JADUAL WAKTU MENGAJAR DAN JADUAL WAKTU GANTI

9.1 Jumlah waktu pembelajaran bagi setiap mata pelajaran adalah mengikut ketetapan Akta
Pendidikan 1996 dan Surat Pekeliling Ikhtisas yang sedang berkuatkuasa.

9.2 Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah dengan
persetujuan mesyuarat kurikulum

9.3 Pengagihan mata pelajaran, keutamaan diberi kepada guru opsyen dan kepakaran guru
(pemeriksa kertas peperiksaan awam )

9.4 Agihan kelas cemerlang, sederhana dan lemah adalah dibuat secara adil

9.5 Kesinambungan tugas mengajar iaitu Tahun1 ke Tahun 2 dan Tahun 4 ke Tahun 5
menjadi syarat utama agar peluang pengalaman mengajar kelas peperiksaan kepada guru-
guru di sekolah ini.

9.6 Jumlah waktu pengajaran maksimum guru adalah antara 30 hingga 32 waktu
seminggu

9.7 Jadual waktu mengajar yang tidak dipenuhi kerana guru bercuti sakit dan bercuti rehat
ataupun menjalankan tugas rasmi di luar kawasan akan diisi dengan Jadual Waktu Ganti.
Guru yang bercuti ini mestilah menyediakan Modul Kelas Ganti yang akan digunakan
oleh murid semasa Jadual Waktu Ganti tersebut . Tugasan dalam Modul Kelas Ganti ini
akan disemak dan pencapaian dimaklumkan kepada murid untuk tindakan susulan kedua-
dua pihak .

9.8 Jadual waktu mengajar akan diurus AJK Jadual Waktu Sekolah manakala Jadual waktu
ganti akan disediakan oleh AJK Relif dan PK Pentadbiran.

9.9 Jadual Waktu penggunaan Bilik-Bilik khas mestilah disediakan oleh guru penyelaras
bilik-bilik khas tersebut apabila Jadual Waktu Induk Guru telah siap dan satu salinan
mestilah disampaikan kepada pentadbir sekolah . Bilik-Bilik khas yang terlibat untuk
proses pengajaran dan pembelajaran adalah Pusat Sumber, Makmal Sains, Bengkel
RBT ,Surau, Bilik PSV, dan Makmal Komputer.
10. PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK

10.1 Semua program utama yang berlangsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran
yang dibuat berdasarkan keperluan panitia dan oleh itu Dasar Kurikulum Sekolah
menyokong penuh semua program peningkatan akademik ini yang berfokus ke arah
kecemerlangan dan ketrampilan murid .

10.2 Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik menjadi nadi yang membantu semua panitia
dalam merancang dan melaksanakan program akademik .

10.3 Skop program kecemerlangan akademik ini mestilah membantu murid mengingat dan
menguasai fakta dan maklumat asas dalam topik-topik di dalam mata pelajaran,
menajamkan kemahiran berfikir pelajar supaya item-item aras kognitif tinggi boleh
dikuasai, meningkatkan kemahiran berkomunikasi terutamanya melalui penulisan ,
meningkatkan penguasaan dan pemerolehan ilmu pengetahuan, meningkatkan motivasi dan
minat untuk terus belajar .

10.4 Program kecemerlangan akademik jangka panjang atau program utama adalah
program yang meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dan pada
masa yang sama meningkatkan ketrampilan murid dan dilaksanakan di dalam kelas
sepanjang tahun dengan bimbingan guru. Manakala program jangka pendek adalah
program-program yang dirancang dalam tempoh masa yang singkat bagi menyediakan
murid untuk peperiksaan awam yang lebih berfokus kepada latih tubi , pendedahan teknik
dan ’practice make perfect ’ juga ’practice make permanent ’.

10.5 Penglibatan HEM, guru kaunseling dan PK Kokurikulum adalah wajib bagi
penyelarasan program kecemerlangan akademik .

10.6 Jawatankuasa atau pengurus program dikehendaki menyediakan kertas cadangan yang
relevan dan membuat pelaporan pelaksanaan dan impak program kepada Jawatankuasa .
11 . PENYELIAAN DAN PEMANTAUAN (STANDARD 4 SKPMg2)

11.1 Proses pengajaran dan pembelajaran guru dan murid di dalam bilik darjah akan diselia
dan dipantau sebanyak dua kali setiap orang guru dan setiap kelas dalam setahun .

11.2 Jawatankuasan Penyeliaan dan Pemantauan dipertanggungjawabkan untuk menyusun


jadual dan mengatur barisan pentadbir, ketua-ketua panitia dan guru cemerlang untuk
menyelia dan memantau bagi memastikan pelaksanaan dan keberkesanan program-program
sekolah .

11.3 Penyeliaan proses pengajaran dan pembelajaran mestilah bertujuan untuk


meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan mencari kesalahan .
Oleh itu adalah penting guru tidak membuat ‘judgement statement’ tetapi mestilah
membuat ‘statement berdasarkan observation’ supaya penambaikan boleh berlaku .

11.4 Pengurusan panitia dan program-program panitia juga akan dipantau dan diselia dua
kali setahun oleh guru-guru kanan dan penolong – penolong kanan . 62

11.5 Buku latihan dan penggunaan buku kerja juga dipantau dua kali setahun bagi
memastikan Dasar Latihan Minimum dipatuhi dan penggunaan buku kerja dioptimumkan .

11.6 Mekanisme dan proses kerja penyeliaan buku kerja, buku latihan dan hasil kerja
pelajar ditetapkan oleh Jawatankuasa dan satu rekod penyeliaan mestilah diurus dengan
baik

11.7 Jawatankuasa Penyeliaan dan Pemantauan mestilah membuat pelaporan lengkap


pertengahan dan akhir tahun tentang skop kerja yang telah dipertanggungjawabkan oleh
Guru Besar untuk dimaklumkan di dalam Mesyuarat Kurikulum Sekolah seterusnya
dibincangkan dalam mesyuarat panitia bagi tujuan penambahbaikan.
12 . LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN ( LDP ) /PLC

12.1 Setiap kakitangan sama ada guru ataupun staf sokongan mestilah sentiasa memajukan
dan meningkatkan profesionalisme masing-masing bagi memupuk budaya kerja
cemerlang .

12.2 Pihak pengurusan sekolah telah menyediakan platform – platform untuk warga
sekolah meningkatkan profesionalisme ini melalui Hari Profesionalisme, Perbincangan
Profesional, dan Lawatan Penanda Aras sebagai nilai tambah .

12.3 Semua guru yang menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh bahagian-bahagian
KPM perlulah melaporkan secara bertulis melalui minit curai kepada Guru Besar untuk
tindakan seterusnya . Jika perlu guru yang pergi berkursus ini hendaklah mengendalikan
kursus dalaman ataupun sekurang-kurang memberikan taklimat berkaitan kursus yang
dihadiri .

12.4 Skop pengisian perkembangan staf ini mestilah berdasarkan keperluan-keperluan


profesional guru dan juga keperluan sebagai seorang penjawat awam . Oleh sebab itu
keutamaan akan diberikan kepada kursus yang berkaitan pedagogi , pengurusan panitia
yang efesien dan P&P menggunakan 1 Bestarinet VLE frog.

12.5 Guru-guru yang dikehendaki mengajar mata pelajaran yang bukan opsyennya adalah
menjadi tanggungjawab Guru Kanan dan Ketua Panitia untuk melatih guru tersebut bagi
mengajar mata pelajaran yang bukan opsyennya . Satu rekod latihan dan pemantauan
perkembangan kemahiran mengajar mestilah diurus dengan baik oleh ketua panitia mata
pelajaran tersebut .

12.6 Semua program perkembangan staf yang dilaksanakan sama ada peringkat panitia atau
peringkat sekolah mestilah dilaporkan sebaik sahaja sesi tersebut selesai dan pelaporan
mestilah lengkap dari segi matlamat, objektif, tempat , masa, sasaran , tajuk dan pengisian,
profil penceramah dan kajian impak kursus berserta gambar .
12.7 Profesional Learning Communities (PLC) perlu dibudayakan dan dilaksnakan
dengan maksima dan berkesan.

12.7.1 PLC perlu dijalankan minima 2 kali sebulan

12.7.2 Minggu pertama setiap bulan PLC matapelajaran teras bagi tahap 1.

12.7.3 Minggu kedua penyediaan dan penghantaran laporan PLC kepada pentadbir
dan online kepada PPD.

12.7.4 Minggu ketiga setiap bulan PLC matapelajaran teras bagi tahap 2.

12.7.5 Minggu kedua penyedian dan penghantaran laporan PLC kepada pentadbir
dan online kepada PPD.

12.7.6 PLC bagi subjek elektif juga perlu dibuat dari semasa ke semasa mengikut
keperluan

12.7.7 Lesson Study dan Teacher Sharing Session perlu dilaksanakan dalam setiap
bulan panitia masing-masing.
BIL PROGRAM / AKTIVITI BULAN

1 2 3 4 5 6 7 8 9 1 1 1
0 1 2
PENGERUSI
GURU BESAR

TIMBALAN PENGERUSI
PEN. KANAN PENTADBIRAN

NAIB PENGERUSI
PK HAL EHWAL MURID
PK KOKURIKULUM
PK PENDIDIKAN KHAS

JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH


AHLI
JAWATANKUASA
1.
2. KURIKULUM
Menyelaras segala dasar kurikulum sekolah.
Menetapkan kursus di sekolah.
3. Menetapkan kaedah penyediaan rancangan pelajaran tahunan dan

4.
SEKOLAH
harian.
Merancang program pemantauan, memantau pembelajaran dan
pemudahcara serta pengurusan panitia mata pelajaran dan
pelaksanaan aktiviti rancangan tahunan.
5. Menyediakan laporan pemantauan dan mengambil tindakan
susulan.
6. Menetapkan jadual waktu persekolahan.
7. Menetapkan sistem pengurusan peperiksaan dan penilaian
sekolah.
8. Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan untuk menjayakan
pelaksanaan kurikulum sekolah.
9. Menentukan panitia mata pelajaran berfungsi dengan berkesan.
10. Memastikan pusat sumber sekolah diurus dengan sempurna dan
dapat membantu program peningkatan akademik.
11. Berusaha memperbanyakkan dan mempelbagaikan bahan bantu
belajar dan bahan bantu mengajar.
12. Merancang, melaksana dan menilai aktiviti program peningkatan
akademik.
13. Merancang, melaksana dan menilai program perkembangan staf
di sekolah.
PENGERUSI
GURU BESAR

TIMBALAN PENGERUSI
PEN. KANAN PENTADBIRAN

NAIB PENGERUSI
PK HAL EHWAL MURID
PK KOKURIKULUM
PK PENDIDIKAN KHAS

KETUA PANITIA
Bahasa Melayu :
Bahasa Inggeris :
Matematik :
Sains : Pen
Pendidikan Islam :
Pendidikan Moral :
Sejarah :
Pendidikan Kesenian :
Pendidikan Muzik :
Pend. Jasmani Pend.Kesihatan :
Reka Bentuk Tekonologi :
Teknologi Maklumat & Komunikasi :
Pemulihan Khas :
Bahasa Arab :
Prasekolah :
Pusat Sumber Sekolah :
KETUA PANITIA
1. Menjadi Ketua Panita Mata Pelajaran dengan mengadakan
mesyuarat 4 kali setahun dan mengadakan perjumpaan ”ad-hoc” di
mana perlu.
2. Membantu GPK 1 menyelaras kerja-kerja akademik guru-guru mata
pelajaran.
3. Membantu GPK 1 memperolehi sukatan pelajaran yang terkini
untuk kegunaan guru-guru.
4. Membantu menyediakan rancangan mengajar untuk kedua-dua
semester dalam tahun persekolahan yang diselaraskan di antara
guru-guru di dalam satu aliran darjah.
5. Membantu dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah buku kerja
tambahan untuk digunakan oleh murid-murid berdasarkan kepada
kesesuaian buku tersebut dari segi kehendak sukatan pelajaran dan
tahap kebolehan murid.
6. Membantu memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau
bahan-bahan bacaan tambahan yang sesuai dengan keperluan
pembelajaran murid dan kegunaan guru di Pusat Sumber Sekolah.
7. Membantu menyelaras soalan-soalan dan pemarkahan bagi semua
jenis penilaian, ujian dan peperiksaan serta membantu menubuhkan
bank soalan bagi semua aliran.
8. Mengkaji dan menganalisis keputusan penilaian, khususnya PBS
dan UPSR serta memberi rumusan cara-cara mengatasi kelemahan
pengajaran dan pembelajaran.
9. Bekerjasama dengan lain-lain panitia dalam usaha ke arah
memajukan murid-murid yang lemah.
10. Menyemak buku latihan murid.
11. Menyelenggara fail-fail panitia yang berkenaan dengan semua minit
mesyuarat atau laporan mesyuarat, surat-menyurat dan rekod-rekod
yang berkaitan.
PANITIA SAINS
PENGERUSI
GURU BESAR

TIMBALAN PENGERUSI
PEN. KANAN PENTADBIRAN

NAIB PENGERUSI
PK HAL EHWAL MURID
PK KOKURIKULUM
PK PENDIDIKAN KHAS

KETUA PANITIA

AHLI JAWATANKUASA

(SEMUA GURU SAINS)


AHLI
JAWATANKUASA
PANITIA MATA
1. Memperoleh sukatan dan huraian sukatan pelajaran yang terkini.
2. Menyedia dan menyelaraskan rancangan pelajaran.

PELAJARAN
3. Memilih dan mencadangkan buku kerja jika perlu kepada pihak
jawatankuasa kurikulum.
4. Memilih dan mencadangkan buku bacaan tambahan untuk kegunaan
panitia mata pelajaran dan pusat sumber sekolah.
5. Mengadakan mesyuarat panitia mata pelajaran.
6. Merancang dan melaksanakan program peningkatan prestasi
akademik.
7. Menyelaras soalan ujian dan peperiksaan, menganalisis keputusan
peperiksaan dan menyusun strategi mengatasi kelemahan murid.
8. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ahli panitia mata
pelajaran yang berkaitan dengan proses Pembelajaran dan
pemudahcara.
9. Menyedia dan memperoleh bahan bantu mengajar.
10. Merancang program khas murid bermasalah pembelajaran.
11. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk pelaksanaan kurikulum.
12. Mengurus perolehan mengikut tatacara kewangan.
13. Mengurus dan menyemak stok.
14. Memastikan fail-fail panitia berada dalam keadaan kemas kini.
Pengerusi :
Naib Pengerusi :
Penyelaras :
Setiausaha :
Ahli Jawatankuasa : Semua guru

SENARAI TUGAS AHLI JAWATANKUASA

1. Membantu GPK 1 menyelaras kerja-kerja pentaksiran di dalam


kelas bagi mata pelajaran yang berkaitan.
2. Membantu GPK 1 memperolehi data pentaksiran yang kemas
kini.
3. Membantu menyediakan rancangan kerja pentaksiran sepanjang
tahun.
4. Membantu dan membimbing guru-guru lain menjalankan
pentaksiran di dalam kelas.
5. Memastikan data-data pentaksiran setiap orang murid disimpan
dengan selamat dan mudah diperoleh apabila diminta.
6. Membantu menyelaras soalan-soalan dan pemarkahan bagi
semua proses pentaksiran yang dijalankan.
7. Mengkaji dan menganalisis data-data pentaksiran supaya
tindakan susulan dapat diambil.
8. Bekerjasama dengan lain-lain panitia dalam usaha ke arah
memajukan murid-murid yang lemah.
9. Menyelenggara fail-fail pentaksiran yang berkenaan.
10. Menyimpan eviden proses pentaksiran yang dijalankan.
11. Menjalankan tugas-tugas yang diarah oleh Guru Besar dari
semasa ke semasa.
Pengerusi :
Naib Pengerusi :
Penyelaras : Guru Pemulihan
Setiausaha :
Ahli Jawatankuasa : Semua Guru BM & Matematik

SENARAI TUGAS AHLI JAWATANKUASA

1. Membantu GPK 1 menyelaras kerja-kerja mengenalpasti murid


dan bimbingan di dalam kelas bagi matapelajaran yang
berkaitan.
2. Membantu GPK 1 memperolehi data pemulihan yang kemas
kini.
3. Membantu menyediakan rancangan kerja bimbingan sepanjang
tahun.
4. Membantu dan membimbing guru-guru lain menjalankan
pengajaran dan bimbingan di dalam kelas.
5. Memastikan data-data penguasaan kemahiran setiap orang murid
disimpan dengan selamat dan mudah diperoleh apabila diminta.
6. Membantu menyedia dan menyelaras soalan-soalan dan
pemarkahan bagi semua proses pengajaran dan bimbingan yang
dijalankan.
7. Mengkaji dan menganalisis data-data penguasaan kemahiran
membaca , menulis dan mengira supaya tindakan susulan dapat
diambil.
8. Bekerjasama dengan lain-lain panitia dalam usaha ke arah
memajukan murid-murid yang lemah.
9. Menyelenggara fail-fail pemulihan yang berkenaan.
10. Menyimpan eviden bimbingan dan cadangan kepada ibubapa
serta maklumat perjumpaan dengan ibubapa yang dijalankan.
11. Menjalankan tugas-tugas yang diarah oleh Guru Besar dari
semasa ke semasa.
Pengerusi :
Naib Pengerusi :
Setiausaha :
Ahli Jawatankuasa : Semua Guru

SENARAI TUGAS SETIAUSAHA PEPERIKSAAN

1. Menyediakan jadual waktu peperiksaan peringkat sekolah.


2. Menyediakan jadual pembinaan soalan.
3. Menguruskan percetakan, pembahagian dan tempat menyimpan
kertas soalan.
4. Memastikan kertas-kertas soalan diedarkan kepada pengawas
peperiksaan sebelum peperiksaan dijalankan.
5. Memastikan skema jawapan disediakan oleh ahli panel penggubal
soalan.
6. Memastikan jadual waktu pemeriksaan kertas jawapan mengikut
jangka masa yang ditetapkan.
7. Memastikan kertas soalan disimpan untuk rujukan.
8. Menetapkan tarikh perjumpaan ibu bapa dengan guru untuk
membincangkan kemajuan pelajar.
9. Memastikan semua murid yang akan menduduki UPSR dan PASR
telah didaftarkan dengan Lembaga Peperiksaan.
10. Memastikan semua butir-butir diri calon yang hendak didaftarkan
adalah betul.
11. Memastikan calon-calon yang telah didaftarkan mendapat angka
giliran masing-masing.
12. Menguruskan perpindahan calon(calon berpindah masuk dan
berpindah keluar)
13. Mengenalpasti dan menyediakan dewan peperiksaan dan peralatan
yang diperlukan.
14. Membuat analisis dan graf selepas keputusan UPSR diumumkan.
15. Mengadakan dialog prestasi setiap kali selepas peperiksaan.
Pengerusi :
Naib Pengerusi :
Setiausaha :
Ahli Jawatankuasa :

SENARAI TUGAS AHLI JAWATANKUASA

1. Menentukan bilangan kelas dan kelayakan guru.


2. Menyediakan peruntukan waktu mengajar mengikut mata
pelajaran.
3. Mengagihkan mata pelajaran dan bilangan waktu yang sesuai.
4. Menentukan kesesuaian masa untuk mata pelajaran tertentu.
5. Menentukan penggunaan makmal dan bengkel.
6. Menentukan corak jadual waktu yang digunakan seperti jadual
waktu anjal dan jadual waktu blok.
7. Menentukan guru kelas berdasarkan kelas yang diajar.
8. Memastikan jadual waktu induk dan persendirian disediakan.
9. Membuat pindaan jadual waktu jika perlu.
10. Memastikan salinan jadual waktu dihantar kepada Guru Besar
dan dipaparkan untuk makluman semua.
11. Membuat jadual waktu relief.
Pengerusi :
Naib Pengerusi :
Setiausaha : Guru BnK
Ahli Jawatankuasa : Semua Guru

SENARAI TUGAS AHLI JAWATANKUASA

1. Membentuk jawatankuasa LDP peringkat sekolah.


2. Menjalankan kajian keperluan pada bulan September / Oktober.
3. Menyediakan perancangan tahunan LDP peringkat sekolah.
4. Menyediakan fail untuk dokumentasi.
5. Menyediakan kertas kerja LDP.
6. Memohon kelulusan daripada PPD/Guru Besar sebelum LDP
dijalankan.
7. Menyediakan pelaporan kursus selepas setiap kali kursus.
Pengerusi :
Naib Pengerusi :
Penyelaras : Guru Perpustakaan
Media
Setiausaha :
Bilik BBM :
Bank Soalan :
Perkembangan Staf :
Ahli Jawatankuasa :

SENARAI TUGAS GURU PERPUSTAKAAN MEDIA (GPM)

1. Menyediakan peraturan penggunaan Pusat Sumber.


2. Membuat anggaran perbelanjaan Pusat Sumber Sekolah.
3. Memastikan murid-murid memahami dan mematuhi peraturan
Pusat Sumber Sekolah.
4. Menyediakan senarai peralatan dan bahan-bahan bantu mengajar
mengikut mata pelajaran.
5. Membuat pesanan keperluan Pusat Sumber Sekolah melalui
Guru Besar.
6. Menyediakan rekod penggunaan PSS termasuklah mencatatkan
bilangan penggunaan PSS setiap kali ia dibuka.
7. Menyediakan buku rekod pinjaman peralatan dan bahan bantu
mengajar dan mengadakan rekod kekerapan pinjaman.
8. Memastikan keselamatan segala harta dan perabot di dalam PSS
sentiasa dijaga.
9. Memastikan keselesaaan kebersihan bilik media.
10. Menyemak stok peralatan media di akhir tahun.
11. Menubuhkan kelab PSS.
12. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar
dari masa ke semasa.
PENGERUSI
GURU BESAR

TIMBALAN PENGERUSI
PEN. KANAN PENTADBIRAN

PENYELARAS PSS

Pengelasan/ Pinjaman :
Bahan Bantu Belajar :
Unit ICT :
Unit NILAM :
Badan Pengawas PSS :
Unit Keceriaan PSS :
1. Menentukan dasar pentadbiran, pengurusan dan penggunaan
perpustakaan.
2. Membuat anggaran belanjawan perpustakaan.
3. Menyediakan senarai buku-buku dan alat-alat bilik perpustakaan.
4. Melantik, melatih dan menyediakan pengawas perpustakaan dalam
membantu menguruskan perpustakaan.
5. Memastikan murid-murid memahami dan mematuhi peraturan
perpustakaan.
6. Menjamin perpustakaan diurus dengan teratur.
7. Dengan kerjasama guru-guru, memilih dan memesan buku-buku,
majalah-majalah dan lain-lain jenis bahan yang sesuai untuk murid-
murid dan guru-guru.
8. Membuat pesanan buku-buku dan alat-alat perpustakaan melalui
Guru Besar.
9. Memeriksa buku-buku atau alat-alat perpustakaan yang dibekalkan
akur dengan borang pesanan atau invois.
10. Menyimpan rekod pembelian dan perbelanjaan bahan-bahan
perpustakaan.
11. Memasukkan kenyataan mengenai buku-buku tersebut ke dalam
stok dan mengelaskan buku-buku tersebut mengikut Sistem
Pengelasan Dewey.
12. Memastikan setiap buku mengandungi pocket buku, kad buku,
‘slaid’ tulang belakang dan kad katalog sebelum digunakan.
13. Merancang dan mengadakan aktiviti tahunan seperti menganjurkan
pertandingan kuiz, mengadakan pameran buku, bercerita,
perbincangan mengenai buku, ceramah, drama ringkas, pertandingan
membaca dan seumpamanya.
14. Menyediakan rekod pinjaman buku dengan senarai kekerapan
murid-murid meminjam buku.
15. Memberikan khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang
memerlukan.
16. Menjilid majalah-majalah.
17. Memastikan keselamatan segala harta dan perabot di dalam
perpustakaan daripada kecurian atau kehilangan.
18. Memastikan dan menentukan keselesaan dan kebersihan bilik
perpustakaan.
19. Mengadakan fail-fail tegak.
20. Menyimpan guntingan atau keratan akhbar-akhbar dan kertas soalan
peperiksaan untuk rujukan.
21. Mengadakan aktiviti-aktiviti am seperti :
 Mengisikan jadual kedatangan
 Menyusun buku-buku di rak dan para-para
 Mengemas dan mengunci bilik perpustakaan
 Melengkapkan buku stok
 Mengisikan butir-butir pada buku-buku baru
 Menguruskan proses hapus kira.
1. Memastikan alat-alat BBM/APD yang berkuasa elektrik dan
bahan software/hardware sentiasa dalam keadaan baik.
2. Melaporkan kepada penyelaras PSS jika berlaku sebarang
kerosakan atau kehilangan.
3. Mengemas, menyimpan dan menentukan bahawa alat-alat
sentiasa selamat dan tidak rosak selepas digunakan.
4. Mengadakan peraturan dan cara-cara penggunaan BBM/APD.
5. Menguruskan penggunaan BBM/APD secara berterusan.
6. Memastikan keselamatan BBM/APD.
7. Membantu Guru Besar dalam urusan pemilihan, sebut harga
alat-alat BBM/APD.
8. Menggalakkan penggunaan alat BBM/APD dalam pengajaran
dan direkodkan dengan kemas.
9. Memastikan bilik BBM/APD sentiasa kemas, selamat dan ceria.
10. Menyediakan Laporan Tahunan BBM/APD.
Pengerusi :
Naib Pengerusi :
Penyelaras :
Setiausaha :
Ahli Jawatankuasa : Semua Ketua Panitia

SENARAI TUGAS AHLI JAWATANKUASA


PENINGKATAN AKADEMIK

1. Merangka program tahunan ke arah kecemerlangan akademik.


2. Menyelaras aktiviti yang dirancang supaya berjalan dengan
lancar dan megikut jadual.
3. Mengenalpasti murid yang cemerlang, sederhana dan galus
serta merancang aktiviti susulan.
4. Memastikan semua murid dapat mengikuti semua program
kecemerlangan yang dirancangkan.
5. Melaksanakan tugas tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar
Pengerusi :
Naib Pengerusi :
Penyelaras :
Setiausaha :
Ahli Jawatankuasa : Semua Guru

SENARAI TUGAS AHLI JAWATANKUASA


PENINGKATAN AKADEMIK

1. Memberi taklimat MMI kepada warga sekolah.


2. Membentuk jawatankuasa MMI dan penyediaan pelan tindakan
MMI
3. Penyediaan bahan-bahan untuk melaksanakan amalan MMI
4. Melaksanakan amalan MMI (sepanjang tahun).
5. Melaksanakan pemantauan amalan MMI.
6. Menyedia dan menghantar laporan pelaksanaan amalan MMI ke
PPD.
7. Penambahbaikan amalan MMI berdasarkan dapatan
pemantauan.
8. Membudayakan amalan MMI dalam kalangan warga sekolah
Pengerusi :
Naib Pengerusi :
Penyelaras :
Setiausaha :
Ahli Jawatankuasa : Semua Guru BM & BI

SENARAI TUGAS AHLI JAWATANKUASA


MBMMBI / HIP

1. Merancang program MBMMBI untuk Panitia BM dan BI.


2. Melaksanakan aktiviti ko akademik Bahasa Inggeris.
3. Melaksanakan program kemahiran berbahasa.
4. Menyediakan pelaporan aktiviti yang dijalankan
Pengerusi :
Naib Pengerusi :
Penyelaras :
Setiausaha :
Ahli Jawatankuasa : Semua Guru PJPK

SENARAI TUGAS AHLI JAWATANKUASA


SEGAK

1. Ujian SEGAK ditadbir oleh guru Pendidikan Jasmani dua kali


setahun.
2. Ujian ini dilaksanakan kepada semua murid sekolah rendah
Tahap 2 dan peringkat menengah rendah.
3. Ujian SEGAK dilaksanakan sejurus selepas BMI dijalankan.
4. Keempat-empat aktiviti SEGAK hendaklah dilaksanakan pada
hari yang sama.
5. Skor ujian SEGAK direkodkan oleh guru Pendidikan Jasmani
menggunakan borang.
6. Rekod SEGAK seperti dilampiran A mulai Januari sehingga 31
Mac untuk penggal pertama dan mulai Jun sehingga 31 Ogos
bagi penggal kedua.
7. Pelaporan ujian SEGAK dicetak oleh Guru Pendidikan Jasmani
dari aplikasi Sistem Pengurusan Sekolah
Pengerusi :
Naib Pengerusi :
Penyelaras :
Setiausaha :
Ahli Jawatankuasa : Semua Guru Subjek Teras

SENARAI TUGAS AHLI JAWATANKUASA


PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC)

1. Menetapkan Jadual pelaksanaan PLC mengikut Panitia.


2. Mengenal pasti program Intervensi melalui PLC.
3. Membimbing guru-guru baharu.
4. Menjalankan Program PLC setiap bulan mengikut keperluan.
5. Mengumpul data pelaksanaan PLC
Pengerusi :
Naib Pengerusi :
Penyelaras :
Ahli Jawatankuasa : Semua Guru Tahun 6

SENARAI TUGAS AHLI JAWATANKUASA


MAJLIS APRESIASI TAHUN 6

1. Menetapkan perjalanan program.


2. Memastikan keseragaman semasa acara berlangsung.
3. Berbincang dengan pentadbir bagi menetapkan keselarasan
program.
4. Menjalankan raptai penuh sebelum acara berlangsung.
5. Mengenal pasti kehadiran murid semasa hari kejadian.
SK NAMASEKOLAHANDA
Alamat sekolah anda, Kod Sekolah : KOD SEKOLAH
12345 Poskod, Malaysia No Tel : 0123456789
Emel : emelsekolahanda@gmail.com No Faks : 0123456789

____________________ Ruj Tuan :


____________________ Ruj Kami :
____________________ Tarikh :

Tuan / Puan / Cik,

MESYUARAT KURIKULUM BIL 1/2021

T
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

RA
2. Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Kurikulum Bil 1/2021 akan diadakan
mengikut ketetapan berikut :

Tarikh :
Hari
SU
:
Masa :
Tempat :

3. Sehubungan itu, tuan/puan dengan hormatnya diminta untuk menghadiri


mesyuarat tersebut.
H

4. Agenda mesyuarat :
O

4.1 Perutusan Pengerusi


4.2 Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
NT

4.3 Perkara berbangkit


4.4 Pelantikan dan Pengesahan Ahli Jawatankuasa Kurikulum 2021
4.5 Takwim Unit Kurikulum 2021
4.6 Perancangan dan Pelaksanaan Program Unit Kurikulum 2021
CO

4.7 Hal-hal lain


4.7 Ucapan Penangguhan

5. Segala kerjasama dan kesudian tuan/puan menghadiri mesyuarat ini amat


dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,


………………………………..
NamaGuruBesar
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan NamaSekolahAnda

(Sila catatkan rujukan pejabat ini apabila berhubung)


JADUAL PENCERAPAN Pdpc

NAMA PENCERAP :

BIL NAMA GURU TARIKH

1 2
Semakan
HASIL
KERJA
MURID
MINGGU SUBJEK MINGGU SUBJEK
PDPC PDPC
1 23

2 24

3 25

4 26

5 27

6 28

7 29

8 30

9 31

10 32

11 33

12 34

13 35

14 36

15 37
16 38
17 39
18 40
19 41
20 42
21 43
22 44
PARTITION TEPI

You might also like