You are on page 1of 1

PERATURAN DAN PANDUAN TUGAS KETUA PENGAWAS DAN AJK SEMASA

PEPERIKSAAN AKHIR
A. Ketua Pengawas
1. Melapor diri di Bilik Gerakan Peperiksaan.
2. Menyemak bungkusan kertas soalan berdasarkan kepada perkara-perkara
berikut:
a. Jumlah bungkusan.
b. Jumlah pelajar yang mendaftar kursus.
3. Mengagihkan kertas soalan mengikut keperluan.
4. Memastikan keperluan peperiksaan adalah mencukupi.
5. Memastikan semua skrip jawapan calon yang dikutip dan jumlahnya sama
dengan jumlah bilangan pelajar yang menduduki peperiksaan dan dikumpulkan
mengikut kod kursus dan kumpulan.
6. Menyerahkan skrip jawapan kepada AJK Peperiksaan di bilik gerakan peperiksaan
dan AJK Peperiksaan akan mengesahkan penerimaan.
7. Menyerahkan senarai kehadiran pelajar ke Peperiksaan Akhir kepada Unit
Peperiksaan / HEA.
B. AJK Peperiksaan Akhir
1. Memastikan sebarang bahan cetakan, borang peperiksaan, kertas soalan dan
keperluan peperiksaan diselenggara dengan baik dan selamat.
2. Menyusun kertas soalan dan membuat pembungkusan mengikut program,
tempat dan tarikh peperiksaan di dalam sampul surat dan ditanda SULIT.
3. Menyediakan skrip jawapan, borang OMR dan lain-lain keperluan untuk
peperiksaan di dalam bakul mengikut masa dan tempat peperiksaan sehari
sebelum peperiksaan dijalankan.
4. Menyerahkan kertas soalan, skrip jawapan dan bahan-bahan peperiksaan
kepada Ketua Pengawas atau Pengawas Peperiksaan di Bilik Gerakan
Peperiksaan sebelum peperiksaan bermula.
5. Bertindak sebagai Runner untuk menghantar segala keperluan peperiksaan
yang tidak mencukupi ke dewan peperiksaan semasa peperiksaan sedang
dijalankan.
6. Menerima skrip jawapan dan keperluan peperiksaan daripada Ketua Pengawas
dan Pengawas Peperiksaan selepas peperiksaan tamat.
7. Memastikan jumlah skrip jawapan adalah sama seperti yang dicatat di dalam
senarai kehadiran pelajar ke peperiksaan akhir.
8. Menyusun atur atau menyimpan borang berkaitan dengan peperiksaan akhir
disimpan di dalam fail yang disediakan oleh Unit Peperiksaan.
9. Menyimpan skrip jawapan dengan selamat di Bilik Kebal sehingga diserahkan
kepada Ketua Unit Peperiksaan.
10.Memastikan TIDAK membawa sebarang alat komunikasi seperti telefon bimbit,
tablet dan seumpamanya sepanjang bertugas di Bilik Gerakan Peperiksaan.

You might also like