You are on page 1of 18

MANUAL

PENGOPERASIAN
PENTAKSIRAN PUSAT
MATA PELAJARAN
6351/3 BAHASA CINA

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)


MULAI TAHUN 2021
1. FORMAT INSTRUMEN

1.1. Format 6351/3 Bahasa Cina Kertas 3 adalah seperti yang berikut:

BIL. PERKARA KETERANGAN

1. Jenis Instrumen Ujian Lisan

2. Jenis Item Subjektif Respon Terbuka

Bilangan Perbincangan 1 tajuk yang ditetapkan berdasarkan 5


3. tema
Soalan

12 – 15 minit setiap kumpulan (4 – 5 orang)


4. Tempoh Ujian mengikut jadual yang ditetapkan di Tingkatan 5

Kemahiran mendengar dan bertutur:


i. Memahami
5. Konstruk ii. Mengaplikasi
iii. Menganalisis
iv. Menilai

6. Jumlah Markah 30 markah

7. Pemarkahan Holistik
2. MANUAL PENGOPERASIAN

2.1 Tarikh dan Tempoh

a. Ujian ini dijalankan sekali sahaja mengikut jadual yang ditetapkan oleh
Lembaga Peperiksaan (LP) di Tingkatan 5.
b. Pentaksiran akan dilaksanakan oleh seorang pentaksir iaitu guru yang
mengajar mata pelajaran berkenaan/Pentaksir Mata Pelajaran (PMP).
c. Ujian dijalankan secara individu dalam tempoh 12 – 15 minit bagi setiap
kumpulan.

2.2 Tempat dan Bahan Pentaksiran

a. Bilik Lapor Diri


 Semua calon setiap sidang akan ditempatkan ke dalam Bilik Lapor
Diri.
 Bilik Lapor Diri akan dikawal selia oleh Pengawas Calon.
 Bilangan calon yang berada dalam Bilik Lapor Diri adalah tidak
melebihi 20 orang.

b. Bilik Persediaan
 Bilik Persediaan adalah tempat persediaan Ujian Lisan.
 Dikawal selia oleh seorang Pengawas Calon.
 Disediakan sebuah meja dan sebuah kerusi untuk Pengawas Calon
serta sebuah kerusi dan sebuah meja bagi setiap calon.
 Calon akan masuk ke Bilik Persediaan mengikut kumpulan yang
ditentukan oleh PMP.
 Calon akan diberi Kertas Peperiksaan Ujian Lisan oleh Pengawas
Calon.
 Calon akan berada di Bilik Persediaan selama 10 minit sahaja.
c. Bilik Ujian
 Bilik ujian perlu disediakan sebuah meja dan sebuah kerusi untuk
PMP serta sebuah kerusi dan sebuah meja bagi setiap calon.
 Bilik Ujian perlu kondusif kepada PMP dan calon.
 Setiap Bilik Ujian perlu disediakan sebuah jam randik dan sebuah
loceng meja.
 Calon dikehendaki membawa Kertas Peperiksaan Ujian Lisan ke
dalam Bilik Ujian.
 Calon dikehendaki menyerahkan semula Kertas Peperiksaan Ujian
Lisan kepada Ketua Pentaksir Mata Pelajaran (KPMP)/PMP selepas
tamat pentaksiran.

d. Kertas Peperiksaan
 Pihak sekolah perlu memperbanyakkan Kertas Peperiksaan Ujian
Lisan dan hendaklah disimpan di dalam bilik Pengetua.
 Kertas Peperiksaan Ujian Lisan hendaklah diambil oleh Setiausaha
Peperiksaan (SuP) dan diserahkan kepada Ketua Pentaksir Mata
Pelajaran (KPMP)/Pentaksir Mata Pelajaran (PMP) di bilik Pengetua
pada tarikh ujian dilaksanakan dengan mengisi Borang Penyerahan
dan Borang Penerimaan.
 Kertas Peperiksaan Ujian Lisan perlu diisi dalam sampul bertutup
dan dibawa dengan selamat.
 Kertas Peperiksaan Ujian Lisan hanya akan diedarkan kepada calon
di Bilik Persediaan pada hari ujian dilaksanakan.
 Calon dikehendaki membuat cabutan bagi tajuk perbincangan
masing-masing dengan cara cabutan secara adil yang diselia oleh
Pengawas Calon di Bilik Persediaan.
 Calon boleh memohon untuk menukar tajuk baharu di bawah tema
yang sama. Tajuk baharu yang dicadangkan oleh calon tidak boleh
menyerupai atau sama dengan tajuk calon-calon lain dalam
kumpulan tersebut maksimum 1 kali pertukaran sahaja.
 Kelulusan calon menukar tajuk baharu tersebut adalah atas
pertimbangan/budi bicara PMP semasa di dalam bilik ujian. Oleh itu,
calon juga harus bersedia dengan tajuk asal yang telah diterima
semasa di dalam Bilik Persediaan.
 Calon perlu membawa Kertas Peperiksaan Ujian Lisan ke Bilik Ujian
selepas membuat persiapan selama 10 minit di Bilik Persediaan.
 Kertas Peperiksaan Ujian Lisan perlu dikumpulkan semula oleh PMP
dan diserahkan kepada Pengetua untuk dilupuskan selepas 6 bulan
keputusan SPM diumumkan.
 PMP hendaklah menyerahkan Borang Markah Induk kepada KPMP
setelah selesai pelaksanaan Ujian Lisan.
 KPMP/PMP perlu menyerahkan Borang Markah Induk dan senarai
kehadiran calon yang telah ditandatangani oleh calon kepada SuP
(untuk calon sekolah) atau SPP JPN (untuk calon persendirian) dan
disimpan di tempat yang selamat.

2.3 Pengawas Calon

a. Pihak sekolah perlu melantik Pengawas Calon secukupnya untuk


menguruskan pergerakan calon semasa pelaksanaan Ujian Lisan.
b. Pengawas Calon perlu memastikan setiap Bilik Ujian dan Bilik
Persediaan disediakan jam randik dan loceng meja.
c. Pengawas Calon di Bilik Lapor Diri perlu memastikan calon
menandatangani kehadiran pada senarai kehadiran calon dan
menyerahkan senarai tersebut kepada KPMP/PMP setelah selesai
keseluruhan Ujian Lisan.
d. Pengawas Calon di Bilik Persediaan akan memberi peluang kepada
calon untuk membuat cabutan bagi tajuk perbincangan masing-masing
dengan cara cabutan secara adil.
e. Pengawas Calon di Bilik Persediaan akan memberikan Kertas
Peperiksaan Ujian Lisan kepada calon untuk membolehkan mereka
meneliti dan memahami tajuk perbincangan berdasarkan tema sebelum
Ujian Lisan dijalankan.
f. Pengawas Calon di Bilik Persediaan perlu memberi masa selama 10
minit kepada calon untuk membuat persediaan.
g. Pengawas Calon tidak dibenarkan membantu calon semasa berada di
dalam Bilik Persediaan.
h. Pengawas Calon di Bilik Persediaan perlu memastikan pergerakan
calon masuk ke Bilik Ujian berjalan lancar.
i. Pengawas Calon perlu memastikan Bilik Lapor Diri dan Bilik Persediaan
dalam keadaan yang terkawal.

2.4 Borang Markah Induk

a. Pihak sekolah bertanggungjawab memperbanyakkan Borang Markah


Induk.
b. Pengawas Calon dan PMP perlu memastikan maklumat calon adalah
betul sebelum ujian dilaksanakan.
3. TUGAS DAN PERANAN

3.1 Calon

a. Semua calon sekolah dan calon persendirian wajib menduduki


komponen Pentaksiran Pusat bagi mata pelajaran 6351/3 Bahasa Cina
Kertas 3 yang telah ditetapkan LP.
b. Calon tidak dibenarkan membawa masuk buku, nota, telefon bimbit,
jam pintar dan komputer riba ke Bilik Lapor Diri, Bilik Persediaan dan
Bilik Ujian.

3.2 Pengetua

a. Memuat turun Kertas Peperiksaan 6351/3 Bahasa Cina Kertas 3.


b. Memastikan Setiausaha Peperiksaan (SuP) menyediakan senarai
nama calon yang lengkap dengan Angka Giliran dan Nombor Kad
Pengenalan setiap calon.
c. Memastikan Bilik Lapor Diri, Bilik Persediaan dan Bilik Ujian disediakan.
d. Melantik seorang PMP bagi setiap Bilik Ujian dan Pengawas Calon
yang secukupnya di Bilik Lapor Diri dan Bilik Persediaan.
e. Memastikan KPMP/PMP menghadiri Mesyuarat Penyelarasan
Tugasan.
f. Memastikan PMP menilai calon berdasarkan kriteria yang ditetapkan.
g. Menandatangani dan mengesahkan Borang Markah Induk setelah
selesai ujian dilaksanakan.
h. Memastikan SuP menghantar skor calon kepada LP melalui Sistem
Pengurusan Peperiksaan Atas Talian (SPPAT) mengikut tarikh yang
ditetapkan.
i. Mengenal pasti calon sekolah kategori Calon Berkeperluan Khas (CBK)
selain daripada pertuturan bagi mendapatkan keperluan tambahan.
j. Menghantar permohonan bertulis berserta dokumen sokongan bagi
calon CBK kepada Pengarah Pendidikan Negeri (PPN) untuk
mendapatkan keperluan tambahan.
3.3 Ketua Pentaksir Mata Pelajaran (KPMP)/Pentaksir Mata Pelajaran (PMP)

a. Menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Tugasan.


b. KPMP/PMP menilai calon dengan melengkapkan Borang Markah Induk
yang telah disediakan mengikut peringkat pencapaian dan kriteria
penskoran yang telah disediakan.
c. Memberi penerangan kepada calon sebelum melaksanakan ujian.
d. Berperanan sebagai penggalak jika ada keperluan sahaja.
e. Menandatangani Borang Markah Induk.
f. Memastikan maklumat calon lengkap dan betul.
g. Melengkapkan dan menyerahkan Borang Markah Induk serta senarai
kehadiran calon kepada SuP untuk disimpan di tempat yang selamat
(Fail SuP).
h. Menyimpan sesalinan Borang Markah Induk dan senarai kehadiran
calon dalam di tempat yang selamat dan melupuskannya 6 bulan
selepas keputusan SPM diumumkan. (Fail KPMP/PMP).
4. SUSUNAN KEDUDUKAN CALON

4.1 Bilik Lapor Diri

Calon

Calon

Calon

Pengawas Calon
4.2 Bilik Persediaan

Calon

Pengawas Calon

4.3 Bilik Ujian

Pentaksir

Calon 1
Calon 4

Calon 2

Calon 3
5. JADUAL SIDANG DAN PENGAGIHAN CALON

5.1 Jadual Sidang

SIDANG SIDANG 1 REHAT SIDANG 2


MASA 8.00 -10.00 pagi 10.00 – 10.30 pagi 10.30 pagi – 12.30 tgh. hari

SIDANG MASA AKTIVITI BILANGAN CALON

Persiapan Kumpulan 1
8.00 – 8.10 pagi
(4-5 calon dalam Bilik Persediaan)

Kumpulan 1 (4-5 calon) ditaksir


8.20 – 8.35 pagi
Persiapan Kumpulan 2
(4-5 calon dalam Bilik Persediaan)
Kumpulan 2 (4-5 calon) ditaksir
4-5 calon dalam satu
1 8.45 – 9.00 pagi
Persiapan Kumpulan 3 Bilik Persediaan
(4-5 calon dalam Bilik Persediaan)
Kumpulan 3 (4-5 calon) ditaksir
9.10 – 9.25 pagi
Persiapan Kumpulan 4
(4-5 calon dalam Bilik Persediaan)

9.35 – 9.50 pagi Kumpulan 4 (4-5 calon) ditaksir


SIDANG MASA AKTIVITI BILANGAN CALON

Persiapan Kumpulan 1
10.30 – 10.45 pagi
(4-5 calon dalam Bilik Persediaan)

Kumpulan 1 (4-5 calon) ditaksir


10.55 – 11.10 pagi
Persiapan Kumpulan 2
(4-5 calon dalam Bilik Persediaan)
Kumpulan 2 (4-5 calon) ditaksir
4-5 calon dalam satu Bilik
2 11.20 – 11.35 pagi Ujian
Persiapan Kumpulan 3
(4-5 calon dalam Bilik Persediaan)
Kumpulan 3 (4-5 calon) ditaksir
11.45 pagi – 12.00
tgh. Hari Persiapan Kumpulan 4
(4-5 calon dalam Bilik Persediaan)

12.10 – 12.25 tgh.


Kumpulan 4 (4-5 calon) ditaksir
hari
5.2 Contoh Pengagihan Calon

BILIK PERSEDIAAN A BILIK LAPOR DIRI BILIK PERSEDIAAN B

PENGAWAS CALON PENGAWAS CALON PENGAWAS CALON

TAKLIMAT RINGKAS

PERSIAPAN A1 A2 A3 A4 A5 PERSIAPAN
(10 minit) (10 minit)
B1 B2 B3 B4 B5
A1 A2 A3 A4 A5 C1 C2 C3 C4 C5

B1 B2 B3 B4 B5 C1 C2 C3 C4 C5 D1 D2 D3 D4 D5

D1 D2 D3 D4 D5

BILIK UJIAN A BILIK PERSEDIAAN BILIK UJIAN B

KUMPULAN A KUMPULAN B
PENGAWAS CALON
(12-15 minit setiap kumpulan) (12-15 minit setiap kumpulan)

PERSIAPAN
(10 minit)

PMP PMP
A1 A2 A3 A4 A5

A1 A2 A3 A4 A5 B1 B2 B3 B4 B5 B1 B2 B3 B4 B5

Nota:

 A1-A5 merujuk kepada calon-calon bagi Kumpulan A dan seterusnya.


6. KRITERIA PENSKORAN

6.1 Penskoran diberikan berdasarkan empat kriteria iaitu:


 Tatabahasa dan kosa kata 语法词汇
 Sebutan, intonasi dan nada 语音语调
 Kefasihan 流畅度
 Bermakna 内容

6.2 Peringkat Pencapaian

Peringkat 等级 Markah 分数

Cemerlang
25 – 30
特优

Baik
19 – 24
优等

Memuaskan
12 – 18

Pencapaian Tahap Minimum


6 – 11
尚可

Tidak Mencapai Tahap Minimum


1–5

6.3 Kriteria Penskoran

马来西亚教育文凭华文口语考试的评分准则

等级 分数 标准 说明
1. 语法词汇  语法规范,用词极精确。
 语音极准确清晰。
2. 语音语调
 语调极自然。
特优 25 – 30
3. 流畅度  说话极自然流利。
 内容极为充实。
4. 内容
 思想极正确成熟。
1. 语法词汇  语法符合规范,用词恰当。
 语音正确清楚。
2. 语音语调
 语调自然。
优等 19 – 24
3. 流畅度  说话自然流利。
 内容充实。
4. 内容
 思想正确成熟。
1. 语法词汇  语法尚符合规范,用词尚准确。
 语音尚准确。
2. 语音语调
 语调大致上尚自然。
可 12 – 18
3. 流畅度  说话尚自然流利。
 内容尚充实。
4. 内容
 思想尚正确成熟。
1. 语法词汇  语法欠规范,用词欠当。
 语音偶有犯错,说话不够准确、
2. 语音语调 清晰。
尚可 6 – 11
 语调欠自然。
3. 流畅度  说话不够自然流利。
4. 内容  内容欠充实。
1. 语法词汇
2. 语音语调
弱 1–5  整体表现弱。
3. 流畅度
4. 内容
7. CARTA ALIR PELAKSANAAN UJIAN LISAN

7.1 Ujian Lisan Bagi Calon Sekolah

MULA

KPK, KPN, KPKw/PKw menghadiri Mesyuarat


1
Penyelarasan Tugasan peringkat kebangsaan
dan negeri

2 Pelantikan KPMP/PMP Sekolah

3 KPMP/PMP memberi skor calon

4 SuP memasukkan dan menghantar markah ke


SPPAT

TAMAT
7.2 Ujian Lisan Khusus Calon Persendirian (ULKCP)

MULA

KPK, KPN, KPKw/PKw menghadiri Mesyuarat


1
Penyelarasan Tugasan peringkat kebangsaan
dan negeri

2 Pelantikan Pentaksir Luar

3 Pentaksir Luar memberi skor calon

4 SPP JPN memasukkan dan menghantar


markah ke SPPAT

TAMAT
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BORANG MARKAH INDUK UJIAN LISAN BAHASA CINA


SIJIL PELAJARAN MALAYSIA TAHUN ________

KOD PUSAT PEPERIKSAN : AA001

NAMA SEKOLAH : SMK ABCD

NO. KAD
BIL. NAMA CALON (HURUF BESAR) JANTINA ANGKA GILIRAN SKOR CATATAN
PENGENALAN

1. CALON 1 L AA001 AXXX 01012108XXXX

2. CALON 2 P

3. CALON 3 L

4. CALON 4 P

5. CALON 5 L

Ditaksir oleh, Disahkan oleh, Cap Rasmi


Sekolah
______________________ ______________________
Nama Pentaksir: ( ) Nama Pengetua: ( )

Tarikh: Tarikh:
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BORANG MARKAH INDUK UJIAN LISAN BAHASA CINA


SIJIL PELAJARAN MALAYSIA TAHUN ________

KOD PUSAT PEPERIKSAN :

NAMA SEKOLAH :

NO. KAD
BIL. NAMA CALON (HURUF BESAR) JANTINA ANGKA GILIRAN SKOR CATATAN
PENGENALAN

1.

2.

3.

4.

5.

Ditaksir oleh, Disahkan oleh, Cap Rasmi


Sekolah
______________________ ______________________
Nama Pentaksir: ( ) Nama Pengetua: ( )

Tarikh: Tarikh:

You might also like