You are on page 1of 3

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 2017 UJIAN PELBAGAI INSTRUMEN

TUGAS KETUA PENTAKSIR MATA PELAJARAN (KPMP)

PENTADBIRAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN


1. Menyediakan Jadual Kerja Tugasan Pelbagai Instrumen peringkat sekolah
bagi calon biasa dan Calon Berkeperluan Khas (CBK) berpandukan Jadual
Kerja Pelbagai Instrumen yang disediakan oleh LP.
Catatan:
CBK diberikan tambahan masa 30% (dua waktu PdP) dari waktu yang
diperuntukkan bagi calon biasa.
2. Menerima Tugasan Pelbagai Instrumen dan rubrik penskoran daripada PKP
dan menyerahkan kepada semua GMP.
3. Memberi taklimat kepada calon berkaitan pelaksanaan tugasan.
4. Proses memberi taklimat dan pengumpulan bahan sumber oleh calon tidak
diambil kira dalam tempoh lapan waktu PdP.
5. Memastikan semua GMP mematuhi Jadual Kerja Tugasan Pelbagai Instrumen
peringkat sekolah dan LP.

PENSKORAN SKRIP JAWAPAN CALON


1. Menerima panduan penskoran / rubrik penskoran daripada PKP.
2. Menyerahkan panduan penskoran / rubrik penskoran kepada GMP yang akan
menjalankan penskoran.
3. Menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Penskoran peringkat daerah bersama
GMP.
4. Melaksanakan Mesyuarat Penyelarasan Penskoran peringkat sekolah.
5. Melaksanakan moderasi penskoran skrip jawapan calon bagi memastikan
GMP menskor skrip jawapan berpandukan panduan penskoran / rubrik
penskoran dan bagi memastikan ketepatan dan ketekalan penskoran.
6. Menganggotai dan menghadiri mesyuarat JVS calon bagi memastikan skor
yang diberikan kepada calon adalah berdasarkan skrip jawapan calon dan
menepati keupayaan sebenar calon

PENGHANTARAN SKOR
1. Menerima dan menyemak balas skor calon dalam Borang Skor Kelompok
dengan skrip jawapan calon.

SuPT32017
2. Mengesahkan Borang Skor Kelompok.
3. Menyerahkan Borang Skor Kelompok kepada SuP.

TUGAS GURU MATA PELAJARAN (GMP)


PENTADBIRAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN
1. Memaklum dan mengedar Jadual Waktu dan Jadual Kerja Pelbagai
Instrumen peringkat sekolah kepada calon PT3.
2. Menerima Tugasan Pelbagai Instrumen dan rubrik penskoran daripada KPMP.
3. Mengedarkan Tugasan Pelbagai Instrumen kepada calon.
4. Memastikan calon melaksanakan penulisan tugasan pentaksiran dalam
tempoh lapan waktu semasa PdP.
5. Pentaksiran dilaksanakan sekali sahaja untuk setiap calon mengikut Jadual
Tugasan Pelbagai Instrumen.
6. Mengumpul semula hasil tugasan setiap kali tamat waktu PdP dan menyimpan
ditempat yang selamat.
7. Mengumpul hasil akhir tugasan calon dan menyerahkan kepada PKP untuk
disimpan mengikut prosedur keselamatan
8. Mentadbir Tugasan Pelbagai Instrumen berdasarkan Panduan Pentadbiran
Pelbagai Instrumen mengikut Jadual Kerja Tugasan Pelbagai Instrumen yang
disediakan oleh sekolah dalam tempoh yang ditetapkan LP.
9. Mentadbir Tugasan Pelbagai Instrumen bagi kes-kes khas:
Calon mewakili negara / calon yang berada di hospital semasa pelaksanaan
Tugasan Pelbagai Instrumen.
Sekolah mentadbir Tugasan Pelbagai Instrumen selepas calon hadir semula
ke sekolah.
Pentadbiran Tugasan Pelbagai Instrumen dilaksanakan sebelum atau pada
31 Oktober.

PENSKORAN SKRIP JAWAPAN CALON


1. Menerima panduan penskoran / rubrik penskoran daripada KPMP.
2. Menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Penskoran peringkat daerah /sekolah.
3. Melaksanakan penskoran berpandukan panduan penskoran / rubrik
penskoran di tempat yang tertutup dan selamat.
4. Melaksanakan moderasi penskoran skrip jawapan calon bagi memastikan
KPMP menskor skrip jawapan berpandukan panduan penskoran / rubrik
penskoran untuk memastikan ketepatan dan ketekalan penskoran.

SuPT32017
5. Menghadiri mesyuarat JVS calon bagi memastikan skor yang diberikan
kepada calon adalah berdasarkan skrip jawapan calon dan menepati
keupayaan sebenar calon

PENGHANTARAN SKOR
1. Merekodkan skor calon berdasarkan skrip jawapan calon secara dalam talian
mengikut Jadual Kerja PT3 berpandukan arahan pada paparan Aplikasi PT3

SuPT32017

You might also like