You are on page 1of 1

Lampiran C

BORANG ULASAN
WEBINAR

Nama Sekolah: SMK TUNKU PUTRA. Kod Sekolah: JEE0041

1. Nama Guru / AKP JAMIAH BINTI ABDULLAH

2. Tajuk Webinar BICARA PROFESIONAL KPM : 3. Anjuran : Bahagian Pembangunan


Panduan Pelaksanaan Jadual Waktu Kurikulum, KPM.
PdPR

4. Tarikh Siaran 08 FEBRUARI 2021 5. Masa Siaran: 03:00 petang

6. Ulasan

1. KPM mengeluarkan panduan untuk menyelesaikan 3 isu berkenaan dengan PdPR iaitu penetapan jadual
waktu PdPR yang tidak seragam, lambakan kerja rumah dan pemilihan pendekatan yang pelbagai.

2. Objektif panduan diperkenalkan :-


(a) mencadangkan peruntukan masa PdPR yang terancang, sistematik, berstruktur dan seimbang agar
tidak berlaku lambakan kerja rumah.
(b) rujukan semua pihak yang berkepentingan dalam melaksanakan jadual waktu PdPR bagi
memastikan kelangsungan pembelajaran murid.
(c) membina suasana PdPR yang “mesra ibu bapa” agar mereka dapat memberi sokongan berterusan
terhadap pembelajaran di rumah.

3. Tiada format jadual yang baharu yang disarankan oleh KPM.

4. Tiga perkara yang perlu difahami oleh semua pihak sebelum jadual waktu PdPR dilaksanakan di sekolah
iaitu :-
(a) Peruntukan Masa Seminggu (minit)
- Peruntukan masa seminggu berdasarkan surat pekeliling ikhtisas yang sedang berkuatkuasa.
(b) Peruntukan Masa PdP (minit)
- Tempoh masa yang diperuntukkan bagi menyampaikan kandungan mata pelajaran.
(c) Peruntukan Tutorial (minit)
- Tempoh masa yang diperuntukkan untuk melaksanakan latihan / tugasan PdP yang lalu bagi tujuan
pengukuhan dan pengayaan.

5. Jadual waktu PDPR sekolah perlu disesuaikan dengan peruntukan waktu yang digariskan dalam KSPK
(Semakan 2017). Aktiviti pembelajaran murid prasekolah perlu dibimbing sepenuhnya oleh guru.
Pembelajaran kendiri berstruktur perlu disokong oleh ibu bapa atau penjaga di rumah.

6. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) perlu dilaksanakan secara berterusan sepanjang tempoh PdP. Sepanjang
tempoh PdPR, PBD perlu dilaksanakan oleh guru bagi mengesan dan memantau tahap penguasaan
murid secara berterusan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( JAMIAH BINTI ABDULLAH ) ( )

You might also like