You are on page 1of 3

Wan Athirah bt Wan Sulong

Sekolah Kebangsaan Tasek Permai


68000, Ampang,
Selangor Darul Ehsan.

Tuan Haji Mohd Salleh Bin Mohd Kassim,


Pengarah,
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor,
Jalan Jambu Bol, 4/3E, Seksyen 4,
40604, Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. 31 MEI
2017

Tuan,

RAYUAN PERMOHONAN PERTUKARAN ANTARA NEGERI BAGI SEKOLAH RENDAH


SESI JUN 2017

Merujuk kepada perkara di atas, saya, Wan Athirah Binti Wan Sulong, 921218025048, ingin
membuat rayuan agar permohonan pertukaran saya ke PPD Pasir Gudang bagi sekolah
rendah sesi Jun 2017 dipertimbangkan semula.

2. Untuk makluman pihak tuan, butiran peribadi saya adalah seperti berikut:

Nama : Wan Athirah bt Wan Sulong


No. Kad Pengenalan : 921218-02-5048
No. Fail Peribadi : A86177
Jawatan dan Gred : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG 41
Tarikh Lantikan : 16 Ogos 2016
Opsyen : Bahasa Inggeris
Matapelajaran Diajar : Bahasa Inggeris dan Matematik
PPD semasa : Hulu Langat, Selangor
PPD yang dipohon : Pasir Gudang, Johor
No. telefon : 019-4626383
Emel : wanathirah.18@gmail.com

3. Saya amat merayu kepada pihak tuan agar menerima permohonan ini agar saya
dapat ditempatkan di mana-mana sekolah di daerah Pasir Gudang, Johor. Tujuan rayuan
ini dibuat ialah supaya saya dapat tinggal bersama suami saya yang merupakan seorang
guru di Sekolah Kebangsaan Taman Scientex, Pasir Gudang. Untuk makluman pihak
tuan juga, saya sedang sarat mengandung tujuh bulan dan tinggal berseorangan di rumah
sewa. Bersama-sama dengan surat ini, saya lampirkan muka depan buku rekod
kandungan saya.

4. Tambahan pula, apabila saya sudah melahirkan anak nanti saya amat memerlukan
sokongan daripada suami untuk melakukan kerja seharian. Jika sebarang kecemasan
berlaku, susah untuk suami membantu saya kerana jarak yang jauh. Tambahan pula,
seperti mana yang Y.B Dato’ ketahui, seorang ibu yang baru melahirkan anak sangat lemah
dan mudah terpengaruh emosinya. Saya bimbang dan risau jika ketiadaan suami disisi
semasa berpantang akan mempengaruhi saya sehingga menyebabkan tekanan perasaan.
Hal ini boleh membahayakan diri saya sendiri dan anak saya.

5. Selain itu, permohonan pertukaran ini disebabkan oleh keadaan kawasan ke


sekolah saya dimana saya perlu menempuhi kesesakan lalu lintas yang sangat teruk. Hal
ini mengganggu emosi saya dan saya risau ia akan mendatangkan kesan buruk pada
prestasi kerja serta pada kesihatan dan kandungan saya.

6. Saya amat berharap agar rayuan permohonan pertukaran saya ini mendapat
pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan. Tiada apa yang lebih membimbangkan
saya melainkan keadaan kesihatan dan keselamatan diri dan kandungan saya. Selain itu,
saya amat merayu agar pihak tuan dapat memberi sedikit belas dan ihsan memandangkan
saya dan suami terpaksa berulang-alik setiap minggu dari Pasir Gudang ke Ampang sejak
bulan September 2016 dan hal ini melibatkan kos perbelanjaan yang agak tinggi.
Segala jasa baik, perhatian dan pertimbangan dari pihak tuan saya dahului dengan ucapan
ribuan terima kasih.

Yang Benar,

...............................................................
(WAN ATHIRAH BINTI WAN SULONG)
Sekolah Kebangsaan Tasek Permai,
68000, Ampang,
Selangor.
(u.p. Unit Pengurusan Sekolah)

You might also like