You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR PUTIH


PETI SURAT 1116, 91036 TAWAU,
SABAH, MALAYSIA Tel : 089-769715 Fax: 089 – 766715
Emel : xba3066@moe.edu.my

Ruj. Tuan :
Ruj.Kami : SKPP 600-3/1/16 (1)
Tarikh : 17 Januari 2022

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Pasir Putih,
Peti Surat 1116,
91036 Tawau,
Sabah.

Puan,
MOHON PEMBUBARAN KELAB /PERSATUAN

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan, berdasarkan mesyuarat Pengurusan Kokum Bil 4/2021, ahli


mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk membubarkan Kelab Kebudayaan atas dasar kelab
ini tidak lagi bersesuaian dengan hala tuju pembangunan pendidikan kokurikulum sekolah
ini.

3. Sehubungan dengan ini Unit Kokurikulum mohon untuk membubarkan Kelab


Kebudayaan berdasarkan Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 hb. Mei 1998
P.U.(A) 196 , yang berkait dengan Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996.

4. Kerjasama daripada pihak tuan meluluskan permohonan ini amat dihargai demi
kelancaran pengurusan kokurikulum sekolah ini.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

…………………………......
( WARNIDAH JEFREY )
Penolong Kanan Ko-kurikulum,
Sekolah Kebangsaan Pasir Putih Tawau.

s.k. 1. Fail Kokurikulum Induk


2. Fail Kelab/Persatuan

You might also like