You are on page 1of 2

Kamarul Aifin bin Kamarudzzaman,

No. 2, Jalan Alam Suria 16/54,


Seksyen 16, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Jabatan Pendidikan Negeri Selangor,


Jalan Jambu Bol 4/3E, Seksyen 4,
40604 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. 07 JANUARI 2019

Tuan,

PERMOHONAN RAYUAN PERTUKARAN GURU KE SK PUNCAK ALAM 2, SESI JANUARI 2019

Merujuk perkara di atas, saya Nurul Baiti bt Yusof, Nombor Kad Pengenalan 790402-08-5836, ingin
memohon pertukaran antara daerah iaitu dari Daerah Klang ke Daerah Kuala Selangor bagi sesi Januari
2019. Untuk makluman tuan, sekarang saya sedang berkhidmat di SK Rantau Panjang Klang dalam
Daerah Klang dan memohon untuk ke SK Puncak Alam 2 dalam Daerah Kuala Selangor.

2. Sehubungan dengan itu, saya memohon pertukaran saya dipertimbangkan dengan sewajarnya
atas sebab-sebab berikut :

i. Inginkan cabaran dan suasana baharu dalam meningkatkan kebolehan diri dalam bidang
pendidikan.

ii. Telah mengajar di SK Rantau Panjang sejak dari posting yang pertama (2004) lagi, iaitu
selama 15 tahun.

iii. Terdapat kekosongan opsyen sains (opsyen saya) di SK Puncak Alam 2, mendapat
maklumat melalui Guru Besar SK Puncak Alam 2 iaitu Encik Jumat bin Haron.

iv. Telah berpindah rumah dari Klang ke Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor.

v. Ingin tumpukan perhatian yang lebih kepada anak saya (Tahun 6 di SK Puncak Alam 2)
yang akan menduduki Peperiksaan UPSR pada tahun ini.

3. Bersama-sama dengan ini saya lampirkan dokumen……………untuk rujukan pihak tuan.

4. Saya amat berharap permohonan saya ini dapat dipertimbangkan oleh pihak tuan. Segala
kerjasama daripada pihak tuan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(Nurul Baiti bt Yusof)

You might also like