You are on page 1of 2

Soalan : Bagaimanakah Rancangan Pegajaran Harian boleh di nilai dan apakah keperluan

penilaian tersebut.

Jawapan :

RPH biasanya mengandungi tiga peringkat iaitu peringkat perancangan sebelum


pengajaran, peringkat perlaksanaan pengajaran serta peringkat penilaian.

Pada peringkat perancangan sebelum mengajar, dua perkara penting yang perlu
dikenalpasti adalah isi kandungan yang bersesuaian dengan tahap keupayaan murid serta
penetapan objektif pembelajaran. Dalam merancang isi kandungan, guru perlu memahami
terlebih dahulu konsep-konsep asas yang seharusnya dikuasai untuk membolehkan
seseorang dapat mempelajari sesuatu topik tersebut.

Seterusnya, cara mengajar dirancang berpandukan kepada objektif pembelajaran.


Kita perlu memikirkan aktiviti atau langkah pengajaran yang sesuai untuk mencapai objektif
yang ditetapkan dan murid dinilai secara berterusan.

Rancangan pengajaran harian merupakan satu rekod khas yang disediakan oleh
guru sebelum menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Selain itu,
rancangan pengajaran harian ini merupakan satu garis panduan kepada guru dalam
menjamin pencapaian objektif bagi sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan.

Rancagan pengajaran harian ini penting bagi guru sebagai persediaan mengajar
supaya dapat melaksanakan semua yang dirancang secara sistematik dan teratur.
Rancangan pengajaran ini juga penting sebagai bahan bukti bahawa guru telah bersedia
sebelum mengajar. Tambahan pula, melalui rancangan pengajaran harian ini guru dapat
meningkatkan keyakinan diri dalam mengajar mengikut seperti yang telah dirancangkan. Ini
dapat membantu dalam kelancaran penyampaian input sesuatu sesi pengajaran dan
pembelajaran. Antara perkara yang penting dalam penulisan rancangan pengajaran dan
pembelajaran ialah :

• Hari
• Tarikh
• Matapelajaran
• Kelas
• Masa
• Tajuk
• Objektif
• Kemahiran yang ingin dicapai
• Aktiviti
• Refleksi

Manakala Rancangan Pengajaran Harian (RPH) merupakan rangka kerja aktiviti


pengajaranpembelajaran yang disediakan oleh guru yang mengajar untuk beberapa waktu
pelajaran. Sebelum merancang dan melaksanakan PdP seseorang guru perlulah:

• Mengkaji dan mentafsir sukatan pelajaran secara mendalam


• Memilih kemahiran-kemahiran dan isi pelajaran yang sesuai
• Merancang pengajarannya
• Menentukan strategi PdP
• Menyediakan bahan bantu pengajaran
• Menyediakan penilaian

Antara kepentingan-kepentingan RPH ialah:

• Menentukan objektif pengajaran tercapai.


• Menyakinkan guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
• Mengelakkan sebarang penyelewengan daripada aspek yang perlu diajar.
• Menentukan isi yang cukup untuk disampaikan dalam masa-masa yang diperuntukkan.
• Menentukan strategi pengajaran yang sesuai dengan kebolehan murid.
• Merancang penggunaan alat bantu mengajar yang yang sesuai.
• Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran, penutup dan penilaian.
• Menggunakan masa pengajaran secara optimum melalui strategi yang lebih tersususn
dan bersistem
• Rancangan Pelajaran Harian, Rancangan berdasarkan rancangan Tahunan, Hari dan
tarikh
Mata pelajaran dan tingkatan, Masa, Tajuk dan Objektif/kemahiran yang ingin dicapai,
Aktiviti yang dijalankan dan Impak/Refleksi.

Persediaan Mengajar yang juga dikenali sebagai Rancangan Pengajaran Harian


yang lengkap perlu dirancang dan disediakan. Persediaan mengajar yang disediakan
dengan jelas, teliti dan lengkap adalah kunci kejayaan kepada guru. Melalui Persediaan
mengajar yang lengkap dan sistematiK membolehkan guru :

a. Menentukan objektif pelajaran supaya guru tidak terkeluar dari apa yang
dirancang
b. Memahami dan menentukan isi pelajaran yang cukup disampaikan dalam masa
yang diperuntukkan
c. Menentukan strategi pengajaran yang sesuai dengan peringkat, kebolehan dan minat
pelajar
d. Menentukan dan menyediakan BBM yang perlu
e. Merancang aktiviti murid-murid
f. Mengawal bilik darjah dengan baik
g. Menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran murid
h. Guru lebih berkeyakinan semasa menghadapi murid
i. Mengingati bahan pengajaran yang akan disampaikan
j. Menjimatkan masa kerana segala pengajaran dan aktiviti dapat dijalankan
dengan teratur
k. Memilih jenis soalan yang sesuai serta mencabar untuk dikemukakan semasa
pengajaran
l. Memikirkan cara untuk memotivasikan murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran
m. Merancang bagaimana nilai murni dapat diterapkan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.

You might also like