You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak


Jalan Diplomatik, Off Jalan Bako Tel : 082-473 445
93050 Petra Jaya Faks : 082-473 428
\’ Kuching, Sarawak Emel : ulat.jpnsarawak@moe.gov.my

Ruj. Kami: JPNSW.SKPP.LAT.500-6/1/1 Jld.5 (19)


Tarikh: 22 September 2021

Semua Pegawai Pendidikan Daerah


Pejabat Pendidikan Daerah, Sarawak

Tuan,

TAWARAN BAGI MENGIKUTI KURSUS AMALI SAINS BAGI PEMBANTU MAKMAL TAHUN 2021
ANJURAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak akan mengadakan Kursus Amali
Sains bagi Pembantu Makmal secara dalam talian seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 29 September 2021 (Rabu)


Masa : 8.30 pagi – 4.30 petang
Tempat : Stesen bertugas masing-masing
Pendaftaran : Log masuk mulai jam 8.00 pagi
Platform : Aplikasi Webex
(pautan kursus akan dimaklumkan kemudian)

3. Sehubungan dengan itu, sukacita tuan dimohon untuk mencalonkan semua Pembantu Makmal
di daerah masing-masing untuk menghadiri kursus ini. Kehadiran adalah wajib dan tuan dikehendaki
mengemukakan surat penjelasan sekiranya tidak dapat menghadiri kursus ini.

4. Tuan dimohon untuk melengkapkan Pengesahan Kehadiran menerusi QR Code yang


dilampirkan (Lampiran A) sebelum atau pada 27 September 2021 (Isnin). Sebarang pertanyaan dalam
perkara ini boleh menghubungi Encik Mohammad Azree bin Kamri di talian 082-473425/013-
8869597/m.azree@moe.gov.my atau Puan Leha binti Hj Ulis di talian 082-473423/017-
8234372/leha.ulis@moe.gov.my atau Puan Mazlinawati binti Ismail di talian 082-473424/019-
4684848/mazlinawati@moe.gov.my

5. Kerjasama pihak tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima
kasih.

Sekian.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(CHANG SZE PING)


Sektor Sumber Manusia
b.p. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

MAK/lu/suratjemputanpeserta

‟MENJULANG PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK”


‟FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH”
Lampiran A

PENDAFTARAN KURSUS AMALI SAINS


BAGI PEMBANTU MAKMAL TAHUN 2021
ANJURAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK

Sila klik pautan https://forms.gle/bQbYGh2KZBuDX55w6 atau mengimbas QR CODE


berkenaan untuk Pendaftaran

You might also like