You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT GURU DAN AKP BIL 1 SESI 2022/2023

SMK GERIK, 33300 GERIK, PERAK DARUL RIDZUAN

Tarikh : 18/03/2022
Hari : JUMAAT
Masa : 3.30 PETANG
Tempat : GoogleMeet
Kehadiran : 88/91 (Senarai kehadiran rujuk lampiran)

Agenda:

1. Kata Aluan Pengerusi


a) Bacaan surah al-Fatihah.
b) Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli mesyuarat.
c) Pengerusi mengucapkan tahniah kepada Pn.Nik Norashrah binti Che Mat di atas
pelantikan sebagai Guru Kanan Sains dan Matematik Baharu.
d) Makluman 3 sesi persekolahan 2022/2023 yang akan bermula pada 21 Mac
2022.
e) Makluman Jumlah guru dan AKP adalah seramai 87 orang iaitu 74 orang guru
dan 13 orang AKP. Waran penjawatan sebenar adalah seramai 72 orang guru
sahaja kerana bilangan kelas hanya 33 sahaja.
Tindakan: Makluman

2. Pembentangan Kenyataan Media KPM


a) Murid SMK menjalani PdPR bermula 21 Mac 2022(2 minggu
sahaja).Pembelajaran bersemuka bermula 4 April 2022 tanpa penggiliran. Guru
perlu hadir ke sekolah sepanjang PdPR.

b) Murid digalakkan memakai pakaian seragam tetapi boleh memakai pakaian lain
sekiranya mempunyai masalah uniform sekolah. Ibu bapa berhak untuk tidak
menghantar anak ke sekolah tetapi perlu menulis surat makluman.

Tindakan: Makluman

3. Perutusan Pengetua
a) Merujuk kepada buku pengurusan SMK Gerik sesi 2022/2023.
Tindakan : Makluman
4. Hala tuju sekolah
a) Terdapat 5 kluster:
i. Profesionalisme guru dan kepimpinan sekolah (Contohnya pelaksanaan
LADAP)
ii. Kualiti bakat dan kemenjadian murid (Boleh menjemput individu yang
pakar)
iii. Jaringan dan jalinan (Contohnya SMKG telah ada jalinan dengan PDRM
sejak 2021)
iv. Penyelidikan dan inovasi (Setiap tahun lakukan kajian tindakan bagi
setiap panitia/kurikulum/HEM/KO/P.Khas untuk membudayakan
penyelidikan dan inovasi). Cari isu dan fikirkan Tindakan.
v. Tadbir urus dan sokongan professional (semua warga sekolah terlibat.
Contoh LADAP guru dan AKP)
b) Visi dan misi sekolah, JPN dan KPM juga perlu diberi perhatian. Visi dan Misi
perlu seiring dengan 5 kluster yang diwujudkan.
c) Membaiki prasarana sekolah. Sebarang pembinaan bangunan baharu tidak
boleh dilakukan kerana proses permohonan pemutihan masih lagi belum selesai.
Tindakan: Makluman

5. Taklimat Pengoperasian Sekolah


a) Rujuk Garis panduan pengurusan dan pengoperasian sekolah 3.0 dan kenyataan
media yang boleh diperoleh di laman web KPM.
b) CUP3 (PdPR /PdPC)- 4 subjek teras sahaja. Murid TP1 ,TP2, TP3 dan murid
yang tidak ditaksir.Pastikan RPT siap sebagai rujukan pelaksanaan. Guna DSKP
tahun semasa.Hanya melibatkan menengah rendah sahaja.
c) Urusan rasmi SMKG menggunakan email mygovuc.
d) PdPR selama 2 minggu, hanya guru yang hadir ke sekolah.
e) PdPC secara bersemuka 4/4/2022.Kehadiran murid diwajibkan. Guru kelas kenal
pasti murid yang tidak hadir dan sebab murid tidak ke sekolah.Fikirkan alternatif
untuk menggalakkan murid hadir ke sekolah. Keutamaan diberikan kepada murid
tingkatan 5.
f) Guru diingatkan untuk amalkan PAK 21. Senaraikan dan sertakan bukti terutama
di dalam CIDS.
g) Mesyuarat PIBG akan bermesyuarat dalam tempoh bulan Mac hingga Jun.
h) Pelaksanaan PBD perlu dimantapkan. Pengurusan PBD Menengah rendah Puan
Saidatul dan menengah atas Puan Nurul Abidah.
i) Pengurusan data eoperasi hanya Pengetua dan PK1 sahaja.
j) 2022/2023 ada 43 minggu akademik. Tolak cuti hanya 39 minggu shj. Menengah
atas (5 minggu utk peperiksaan- 34 minggu akademik) manakala menengah
rendah (3 minggu peperiksaan- 36 minggu akademik)- 199 hari persekolahan.
Tindakan: Makluman

6. Buku Pengurusan Sekolah


a) 25/2/2022 -pelantikan jawatankuasa sesi persekolahan 2022/2023
b) Berkuatkuasa mulai 21/3/2022- jika terdapat perubahan tugas,akan berkuatkuasa
setelah menerima arahan secara bertulis.
Tindakan: Makluman
7. Peraturan Am dan Pekeliling
a) Kehadiran guru: perlu imbas suhu di pintu masuk, thumb print dan imbas
Mysejahtera,
b) Jika tidak hadir, maklum lebih awal. Guru perlu tulis nama dalam buku kehadiran
dan catat suhu. Guru baharu dapatkan id daripada En. Mohd Fakarulrazi Bin
Shaari
c) Cuti mc/crk: jika ada temujanji maklum lebih awal. Mohon kebenaran dahulu dari
pengetua dan terus isi dalam hrmis jika mendapat kelulusan. Mc perlu dimuat
naik dalam hrmis
d) Semua maklumat perlu tepat dalam data eoperasi, ini penting untuk pencen dan
kenaikan pangkat.
e) Pakaian rasmi adalah mengikut etika berpakaian penjawat awam.
f) Pinjaman kewangan guru atau staf tidak melebihi 60%.
Tindakan: semua guru dan akp

8. Program TS25
a) SMKG merupakan sekolah TS25 Kohort 6 (lantikan 2021) dan telah sampai
modul 4.
b) TS25 mensasarkan kemenjadian murid dan sekolah yang berkualiti.
c) Menggunakan pedagogi yang terkini.
d) Pentaksiran PBD.
e) Kaedah PBL yang menarik- tahniah pada ketua pemandu, guru-guru dan murid-
murid yang telah berjaya melaksankan PBL.
Tindakan: Makluman

9. Program PISA 2022


a) PISA: fokus kepada pembangunan ekonomi dunia dimana untuk kenalpasti
pencapaian murid. Seluruh institusi terlibat. Murid yang lahir pada 2006 (umur 16
tahun).
b) Dilaksanakan bermula 19 April 2022 hingga 31 Mei 2022.
c) Sampel diambil secara rawak seramai 53 orang.
Tindakan: Makluman

10. Pembangunan Profesional Guru


a) Tingkatkan PLC untuk pastikan kompentensi guru dari tahun ke tahun, paling
kurang sebulan sekali.
b) Peringkat pengurusan, setiap bulan ada 1 CPD (CPD secara umum) untuk
libatkan AKP.
c) Panitia perbanyakkan PLC.
d) Guru yang membuat perkongsian ilmu akan diberikan sijil.
Tindakan: ketua panitia
11. Pengurusan Kewangan Dan Aset (Puan Suzana Binti Shariman)
a) Mulai 2022 sekolah bebas nak tentukan peratus bagi setiap matapelajaran.
b) Perubahan nama-nama peruntukan. terdapat ralat terhadap mata pelajaran
Rekacipta dan PSV.
c) Peruntukan PCG 2022
1. Sains – RM 1878.55
2. Matematik – RM 1878.55
3. Bahasa Inggeris – RM 1878.55
4. Bahasa Melayu - RM 1878.55
5. ASK – RM 1801.60
6. Pendidikan Islam – RM1878.50
7. Pendidikan Moral – RM 1252.40
8. Sejarah – RM 1878.50
9. RBT – RM901.60
10. Pendidikan Jasmani – RM 3986.45
11. Pendidikan kesihatan – RM 3322.00
12. PSV – RM 3322.05
13. Geografi – RM2657.60
14. Bahasa Arab – RM 210.00
15. Kertas ujian dalaman – RM 44.87.00
16. Kegiatan Pendidikan Islam – RM 2692.20
17. Tasawwur – RM 82.60
18. Matematik Tambahan – RM 285.60
19. Rekacipta – RM 1148.00 (sepatutnya RM 728.00 - lebihkan akan
dipulangkan balik bulan 7)
20. Sains Komputer - RM1501.50
21. Fizik - RM 1774.50
22. Biologi - RM 1365.00
23. Kimia - RM1774.50
24. Prinsip Akaun – RM73.50
25. Sains PPKI – RM236.60
26. Matematik PPKI – RM236.60
27. Bahasa Inggeris – RM236.60
28. Lain-lain Mata Pelajaran PPKI – RM473.50
29. Pembuatan roti – RM 4460.00
30. Cuci kereta - belum dapat duit.
31. PSS – RM 6034.70
32. Bimbingan dan Kaunseling – RM 2369.50
33. YKS – RM 4050.90
34. LPBT – RM 21151.20
35. Pusat Sumber PPPKI - RM 1092.00
36. LPBT PPKI – RM 5096.00
37. Bimbingan dan Kaunseling PPKI – RM 273.00
d) Untuk perbelanjaan, boleh rujuk buku pekeliling kewangan SPK1/2021
 Mata Pelajaran – m/s 8 dan 9
 PSS & Bimbingan dan Kaunseling – m/s 28,29,30
 Yuran khas – m/s 32
 Asrama – m/s 32 dan 33
 Bantuan sukan sekolah - m/s 43
 Sukan tahunan - m/s 44
 Bantuan kokurikulum- m/s 46
 Kokurikulum tambahan – m/s 47
 Kokurikulum asrama – m/s 48
e) Prosedur Kewangan
 Mohon nota minta
 Isi borang pesanan kerajaan
 Buat pembelian.
 Isi kad stok- kad stok 2021 hendaklah ditutup pada 31 Disember 2021.
f) Puan Nik Nor Ashrah memaklumkan peruntukan tidak cukup untuk buat
pembelian radas. Puan Suzana menyatakan bahawa peruntukan yang diterima
baru 70%. Sekirannya peruntukan diperlukan segera, boleh mohon dalam
mesyuarat dan boleh minta dengan panitia yang kurang menggunakan dana atas
persetujuan bersama dan mendapat kelulusan pengetua.
Tindakan: Makluman

12. Hal-Hal Lain


a. Pengetua
i. Covid -19 - Sekiranya tidak sihat, buat RTK dan ambil cuti sakit.
Sekiranya nak kecil positif, ibu dapat cuti kuarantin sama macam
penyakit berjangkit yang lain.
ii. Urusan luar tugas rasmi – untuk keselamatan, hantar surat makluman
untuk ambil anak sekolah.
iii. Projek koperasi -Infak Ramadhan (agihan bubur lambuk).Bulan 4
bermula semula pembelian barang runcit di koperasi.
iv. Kontrak kebersihan akan tamat bulan 3.
Tindakan: Makluman

b. Penolong Kanan Pentadbiran


i. Mohon semua guru dan akp semak isytihar harta di dalam e-operasi.
Sekiranya lebih 5 tahun, perlu buat pengisytiharan yang baru.
ii. Kehadiran guru sebelum 7.30 pagi. Sekiranya ada kelas petang, boleh
balik pukul 2.10 ptg.
iii. Masalah jadual waktu boleh rujuk PK1.
Tindakan: semua guru dan akp

c. Puan Nozurifarikah Binti Aziz


i. Yuran kelab guru dan staf
 Guru - RM150
 AKP – RM100
ii. Bayaran boleh dibuat secara penuh atau secara ansuran.
iii. Bayaran boleh dibayar secara tunai dan online.
iv. Bayaran diari sebanyak RM 25.00
Tindakan: semua guru dan akp

d. En. Mohd Fadhil Bin Ibrahim


i. memaklumkan pada 25 Mac 2021 akan diadakan Majlis Persaraan
Puan Wan Rabitah dan Majlis Perpisahan bagi guru-guru yang
berpindah.
ii. Berharap agar guru dan akp dapat membayar yuran kelab dengan
segera.

iii. Berharap AJK yang dilantik untuk majlis persaraan dan perpisahan
dapat menjalankan tugas dengan baik.

Tindakan: Makluman

e. En. Mohammad Firdaus Bin Hamat bertanya tentang bayaran parking. Puan
Zunaidah Binti Zahari memaklumkan bahawa untuk parking koperasi akan
buat undian. Parking kelab guru dan staf juga diuruskan oleh koperasi tetapi
duit bayaran parking akan diserahkan kepada kelab guru dan staf.
Tindakan: Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.10 petang.

Yang menjalankan amanah, Disahkan oleh

………………………………….. ………………………………..
(RAMZAN KHAIRUNNISAA BINTI ALI) (NOR FAIZAH BINTI MAT NOOR)
Pencatat Minit Pengetua Cemerlang
SMK.Gerik

You might also like