You are on page 1of 2

ENGKU AHMAD SHAHRIL BIN CHE KU ALI

SMA Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan,


No.2, Jalan Sri Permaisuri,
56000 Cheras, Kuala Lumpur
______________________________________________________________________
Pengarah,
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya 25 JUN 2018

Melalui,
Pengetua SEKOLAH MENENGAH AGAMA MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH
PERSEKUTUAN

Tuan,

RAYUAN PERTUKARAN GURU DARIPADA SEKOLAH BAHAGIAN PENDIDIKAN


ISLAM (BPI) KE SEKOLAH BAHAGIAN PENDIDIKAN SEKOLAH HARIAN (BPSH)

NAMA : ENGKU AHMAD SHAHRIL BIN CHE KU ALI


NO.KP : 830126145743
JAWATAN : PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (DG41)
NO.PERMOHONAN : W20183178
OPSYEN MAJOR : PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

2. Merujuk perkara diatas, saya telah berjaya ditempatkan di SMA Arabiah Kluang
Johor KM 1 Jln Mersing, 86000 Kluang, Johor. Alasan pertukaran ialah mengikut
pasangan yang telah mengajar di Sekolah kebangsaan Taman Cahaya Masai, Pasir
Gudang dalam opsyen Bahasa Inggeris. Manakala rumah sewa isteri saya berada di
Taman Mawar, Pasir Gudang. Jumlah jarak dari tempat rumah sewa isteri ke sekolah
baharu saya ialah sejauh 125 km dan perjalanan mengambil masa hampir 2 jam.

3. Untuk pengetahuan tuan, saya sudah selesa menetap di Kuala Lumpur kerana
sudah mempunyai rumah dan keluarga terdekat disana. Sebelum ini saya ditempatkan
di SMA MAIWP di kuala lumpur dan perjalanan pergi hanya 20 km dari tempat
kediaman rumah. Saya sanggup berpindah ke Johor kerana mahu tinggal bersama
dengan isteri dan anak-anak. Namun objektif perpindahan tidak tercapai selepas
keputusan EGTUKAR mengecewakan kami sekeluarga. Berikut beberapa faktor yang
memerlukan saya merujuk seperti perkara diatas:

a) Faktor keselamatan menjadi aspek penting kerana perjalanan pergi dan balik
dari Pasir Gudang ke Kluang mengambil masa hampir 4 jam setiap hari.

b) Kualiti kerja akan menurun atas faktor keletihan berulang alik sejauh 250 km
setiap hari ditambah pula jika ada program pada hari Sabtu.

c) Pengurusan keluarga terabai kerana anak-anak mula memasuki alam


persekolahan. Untuk pengetahuan tuan, anak pertama saya akan memasuki
prasekolah manakala anak kedua akan memasuki tadika.

d) Bebanan isteri bekerja sebagai seorang guru sekolah rendah bertambah


kerana terpaksa menguruskan anak-anak yang masih kecil dan ibu yang sudah
uzur berumur 83 tahun.

e) Kos perbelanjaan semakin bertambah.

4. Sepanjang saya berkhidmat di SMA MAIWP selama 4 tahun, saya mempunyai


pengalaman mengajar dalam subjek Matematik selama 3 tahun dan pernah mengajar
subjek Sains selama 1 tahun.

5. Oleh itu, saya memohon jasa baik pihak Tuan untuk menukarkan saya
daripada sekolah Bahagian Pendidikan Islam (BPI) ke sekolah di bawah Bahagian
Pendidikan Sekolah Harian (BPSH) supaya saya dapat ditempatkan di sekolah sekitar
kawasan Pasir Gudang. Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan amat
saya hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Yang benar,

….....................……………….
(ENGKU AHMAD SHAHRIL BIN CHE KU ALI)
NO.TEL : 016-6002783

You might also like