You are on page 1of 4

Tarikh: 10 Jun 2019

MAKTAB RENDAH SAINS MARA


JOHOR BAHRU

KERTAS KERJA CADANGAN


SLOT KEM ‘OUTSTANDING ACHIEVEMENT PHYSICS’

MRSM JOHOR BAHRU 2019

29 JUN 2019

1. TUJUAN
i. Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon kelulusan pengetua bagi
mengadakan slot kem ‘Outstanding Achievement Physics’ anjuran
Jawatankuasa unit Fizik MRSM Johor Bahru.
ii. Memohon peruntukan sebanyak RM 500.00 (Ringgit Malaysia: Lima
ratus sahaja) menggunakan peruntukan wang dana prestasi.

2. LATAR BELAKANG
Program ini diadakan adalah untuk membimbing pelajar supaya menjawab
soalan dengan format Fizik SPM menggunakan teknik yang betul. Pelajar juga
akan didedahkan dengan kaedah penandaan sebenar SPM oleh penceramah
jemputan yang merupakan penanda kertas Fizik SPM. Program ini merupakan
satu pendekatan untuk meningkatkan lagi keyakinan dan motivasi pelajar untuk
cemerlang dalam subjek Fizik SPM. Pelajar akan didedahkan dengan Teknik
menjawab soalan kertas 2 dan kertas 3 Fizik SPM.

3. OBJEKTIF
Objektif permohonan mengadakan program adalah seperti yang berikut :
i. Melahirkan pelajar yang seimbang selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan

1
ii. Memberi perkongsian dan penerangan yang lebih jelas berkenaan
format soalan fizik SPM kepada pelajar.

iii. Membentuk keyakinan yang lebih tinggi dalam menjawab soalan fizik
SPM.

iv. Dapat memberikan kesedaran kepada pelajar untuk mengatasi


kelemahan menjawab soalan fizik SPM.

4. ANGGARAN PERBELANJAAN
Anggaran kos perbelanjaan dinyatakan dalam Lampiran A.

5. TENTATIF PROGRAM
Tentatif program dinyatakan dalam Lampiran A.

6. KUMPULAN SASAR
Seluruh pelajar tingkatan 5

7. LOKASI
Dewan Serbaguna MRSM Johor Bahru

8. PENGENDALI PROGRAM
Jawatankuasa unit fizik MRSM Johor Bahru

9. PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI


Aimie Shazliza binti Ishak (019-6336740)
Masni Binti Manap (013-2465836)

10. JUSTIFIKASI PERMOHONAN


Memastikan pelajar di MRSM Johor Bahru bersungguh-sungguh untuk belajar
dan berkeyakinan bagi mendapatkan keputusan fizik SPM yang cemerlang.

2
11. PENUTUP
Pihak kami mengharapkan sokongan dan bantuan peruntukan sebanyak
RM 500.00 (Ringgit Malaysia: Lima ratus lima puluh sahaja) menggunakan
peruntukan wang dana prestasi supaya majlis ini dapat dijalankan dengan
sempurna dan mencapai objektif yang disasarkan.

12. DISEDIAKAN OLEH:

AIMIE SHAZLIZA BINTI ISHAK


Penyelaras
Fizik Tingkatan 5

Tarikh :

13. DISEMAK OLEH: 14. DISOKONG OLEH:

NORHASIDAH BINTI HAMZAH SALLEH BIN MURIDON


Ketua Jabatan Sains Timb. Pengetua
MRSM Johor Bahru Kecemerlangan Akademik
MRSM Johor Bahru
Tarikh: Tarikh:

15. DISOKONG OLEH:

JASMIN BIN ABD SHUKOR


Pengetua
MRSM Johor Bahru

Tarikh :
3
LAMPIRAN A
ANGGARAN PERBELANJAAN
KEM ‘OUTSTANDING ACHIEVEMENT PHYSICS’

NO PERKARA PENGIRAAN JUMLAH SUMBER

1 Bayaran Penceramah 4 Jam RM480.00 Dana Prestasi

2 Makan Tengahari - RM20.00 Dana Prestasi


Penceramah

JUMLAH KESELURUHAN RM 500.00

TENTATIF KEM ‘OUTSTANDING ACHIEVEMENT PHYSICS’

MRSM JOHOR BAHRU 2019

TARIKH : 29 Jun 2019

TEMPAT : DEWAN SERBAGUNA MRSM JOHOR BAHRU

MASA AKTIVITI

8.00 pg – 8.30 pg Briefing oleh Penyelaras Tingkatan 5 MRSM Johor Bahru

8.30 pg – 10.30 pg Sesi I bersama penceramah jemputan Cikgu Rohaida

(Teknik Menjawab Kertas 2 Fizik SPM)

10.30 pg – 11.00 pg Rehat

11.00 pg – 1.00 tghari Sesi II Bersama penceramah jemputan Cikgu Rohaida

(Teknik Menjawab Kertas 3 Fizik SPM)

1.00 tghari Bersurai

You might also like