You are on page 1of 3

Isi / Poin Utama dalam Proses Pencerapan Standard 4:

PdPc bagi Aspek 4.1 – 4.6

Nama Guru Dicerap: MOHD HELMI BIN NOORDIN


Mata Pelajaran : BAHASA ARAB Pencerapan kali ke: PERTAMA
Waktu : 9.20 PAGI - 10.20 PAGI Tarikh : 8 FEB 2018

4.1 Guru Sebagai Perancang

4.1.1
I. Menyediakan RPH yang mengandungi objektif yang boleh diukur dan aktiviti pembelajaran yang sesuai.
Objektif pembelajaran dan aktiviti merujuk kepada matlamat dan objektif kurikulum / DSKP untuk memastikan
kesediaan dan persediaan yang rapi dalam melaksanakan Pembelajaran dan Pemudahcaraan.

ii. Menentukan kaedah pentaksiran dalam PdPc.


Guru menyatakan kaedah pentaksiran yang bersesuaian dengan tahap murid dalam tempoh masa PdPc, seperti soal
jawab, tugasan bertulis dan lembaran kerja.

iii. Menyediakan ABM/BBM/BBB/TMK


ABM disediakan untuk murid iaitu seperti kad perkataan dan slide powerpoint menggunakan LCD untuk
menyampaikan maklumat yang bersesuaian dengan tahap murid dalam masa yang diberikan.

4.2 Guru Sebagai Pengawal

4.2.1
i. Mengelola isi pelajaran / skop pembelajaran yang dirancang
- Guru memastikan aktiviti yang dijalankan bersesuaian untuk mencapai objektif pembelajaran dalam
memperlihatkan pemeringkatan, perkembangan dan kekal berada di dalam landasan perancangan yang betul.
- Guru menggunakan pelbagai pendekatan/kaedah yang berpusatkan murid secara berkesan untuk menarik pelbagai
minat, kecerdasan dan gaya pembelajaran murid.
- guru memastikan kelancaran proses PdPc bersama murid supaya keadaan terkawal dan memberi peluang murid
melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran yang menjurus ke arah pencapaian objektif seperti
perbincangan, sesi soal jawab dll.
- Guru mengawal komunikasi, kebisingan serta keadaan di dalam bilik darjah dengan memastikan setiap murid dalam
kelas bercakap dengan sopan. Guru juga perlu menegur salah laku murid dengan serta merta tanpa menjejaskan
maruah mereka.

ii. Mengawasi perlakuan murid semasa PdPc


- Guru berjaya mengawal tingkah laku murid dengan menegaskan pematuhan pada peraturan kelas serta memastikan
mereka memberi tumpuan terhadap pelajaran.

Iii. Menyusun atur kedudukan murid


- Guru menyusun atur bilik darjah dan menggunakan ruang secara optimum bagi murid melakukan aktiviti
pembelajaran koperatif yang memerlukan banyak pergerakan/ruang di dalam kelas.

iv. Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan


- guru berjaya mewujudkan suasana pembelajaran yang santai, menghiburkan serta dipenuhi pelbagai aktiviti yang
menyeronokkan,, yang meyeronokan murid. Guru perlu mengurangkan perbatasan perhubungan yang terlalu formal
dengan murid supaya mereka berasa lebih selesa, yakin diri untuk berinteraksi semasa PdPc.
4.3 Guru Sebagai Pembimbing

4.3.1
i.Memberi tunjuk ajar/panduan untuk menguasai isi pelajaran yang berkaitan subjek pelajaran
- guru menunjuk ajar murid tentang langkah/prosedur yang perlu diikuti semasa membuat aktiviti yang memerlukan
penggunaan ABM bersama murid samada secara individu/berpasangan/berkumpulan

ii. Menggalakkan murid membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam aktiviti pembelajaran
- Guru menunjuk ajar muridd tentang kemahiran untuk memperoleh maklumat dengan prinsip 6M : mendengar,
menyentuh, menyebut, menulis, membaca, melihat. Guru juga perlu memandu murid sehingga mereka berupaya
menentukan strategi yang sesuai untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan.

4.4 Guru Sebagai Pendorong

I . Merangsang murid berkomunikasi


- guru mencetus permasalahan supaya murid dapat berinteraksi secara intelektual dalam perbincangan kumpulan

Ii. Merangsang murid berkolaboratif dalam aktiivti pembelajaran


- guru mengemukakan soalan kepada murid tentang aktiviti di dalam kelas.

Iii. Mewujudkan peluang untukk murid memimpin


- Guru menggunakan sistem ganjaran bagi menggalakkan setiap murid dalam kumpulan kelas sentiasa menitik
beratkan pencapaian

Iv. Menggalakkan murid mengemukakan soalan berkaitan isi pelajaran


- Guru mencipta soalan terbuka kepada murid bagi mencetuskan minat murid untuk bertanyakan soalan secara
proaktif bagi mendapatkan penjelasan tentang maksud sesuatu masalah.

v. Memberi pujian/ galakan


- guru memberi pujian dan token kepada murid atas perlakuan positif mereka. Dengan ini dapat meningkatkan
keyakinan dalam diri murid untuk memberi respon. Guru juga perlu prihatin terhadap murid.
I4.5 Guru Sebagai
. Merangsang murid Penilai
berkomunikasi

I. Menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran dalam PdPc


- guru menggunakan alat pentaksiran bersesuaian mengkiut tahap murid

Ii. Menjalankan aktiviti pemulihan/pengayaan dalam PdPc


- guru telah melaksanakan aktiviti pemulihan atau pengayaan mengikut tahap kemajuan murid

Iii. Memberi latihan/tugasan berkaitan pelajaran


- hasil kerja murid disemak secara konstrukstif dan konsisten

Iv. Membuat refleksi PdPc


- Guru berupaya menghubung kait sebab dan akibat berlakunya masalah pembelajaran murid serta mencadangkan
langkah-langkah yang difikirkan boeh menambahbaik amalan PdPc.

v. Menyemak/menilai hasil kerja/gerak kerja/latihan/tugasan


- guru sentiasa menggunakan penyoalan lisan untuk mengenal pasti setakat mana murid berjaya menyempurnakan
tugasan/latihan yang diberikan
- guru sentiasa membuat pemerhatian terhadap perubahan tingkah laku murid dan penglibatan mereka dalam aktiviti
pembelajaran untuk menilai prestasi mereka secara berterusan.

4.6 Murid Sebagai Pembelajar Aktif

I . Memberi respons berkaitan isi pelajaran


- murid sentiasa teruja untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran

Ii. Berkomunikasi dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran


- murid proaktif bertanya soalan sama ada kepada guru atau rakan untuk mendapatkan penjelasan

Iii. Melaksanakan aktiviti pembelajaran secara kolaboratif


- semua murid melakukan kerja secara bersama sama melalui perkongsian bahan, saling menolong dan memberi
galakan antara satu sama lain

Iv. Memberi respons yang mejurus ke arah pemikiran kritis dan kreatif berkaitan isi pelajaran
- murid berupaya mempersoalkan suatu pendapat dan implikasinya

v. Mengemukakan soalan berkaitan isi pelajaran


- murid sentiasa proaktif bertanyakan soalan kepada guru/murid lain

Vi. Mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan murid.isu lokal/global


- murid dapat mengaitkan isi pelajaran dengan situasi semasa dan pengalaman hidup mereka.

Vii. Membuat keputusan/menyelesaikan masalah berkaitan aktiviti pembelajaran


- murid berupaya memilih strategi yang sesuai untuk menyelesaikan suatu permasalahan

Nama Pencerap:Tuan Haji AB Rahim Bin Majid A.M.N A.M.W

You might also like