You are on page 1of 7

Ulangkaji Peperiksaan Akhir Set 1

Soalan 1

Sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengurangkan tabiat merokok, sebuah pertubuhan kebangsaan
telah mengiklankan kempen untuk meyakinkan orang ramai agar berhenti atau sekurang-kurangnya
mengurangkan tabiat merokok. Di dalam usaha untuk menilai keberkesanan kempen yang telah
dijalankan, mereka telah memilih 15 responden untuk merekodkan bilangan rokok yang telah dihisap
setiap hari dalam tempoh seminggu sebelum dan selepas pendedahan melalui iklan tersebut.

Paired Samples Statistics

Mean N Std. Std. Error


Deviation Mean

sebelum 28.27 15 8.623 2.226


Pair 1
selepas 27.27 15 8.697 2.246

Paired Samples Correlations

N Correlation Sig.

Pair 1 sebelum & selepas 15 .923 .000

Paired Samples Test

Paired Differences t df Sig. (2-


tailed)
Mean Std. Std. Error 95% Confidence
Deviation Mean Interval of the
Difference

Lower Upper

Pair 1.000 3.402 .878 -.884 2.884 1.139 14 .274


sebelum - selepas
1

a) Nyatakan 95% selang keyakinan bagi perbezaan min.


b) Nyatakan hipotesis nol dan hipotesis altenatif bagi kajian ini.
c) Pada aras 5%, adakah terdapat terdapat cukup bukti untuk mendakwa bahawa kempen yang
dijalankan adalan berkesan? Huraikan.
d) Berdasarkan output tersebut, tulis pelaporan kajian yang telah dijalankan mengikut gaya APA.

Soalan 2

Pelajar diberikan rawatan vitamin berbeza sebelum mengulangkaji untuk peperiksaan akhir Kursus
Penyelidikan II (GB6023). Bebeberapa orang diberi vitamin A, sebahagian diberi vitamin B dan selebihnya
tidak diberi vitamin. Skor peperiksaan telah dianalisis dan output SPSS diberikan seperti dalam jadual
berikut.

ANOVA
markah
Sum of
Squares df Mean Square F Sig.
Between Groups .000
Within Groups 1334.4 12
Total 12490.000 14

Multiple Comparisons
Dependent Variable: markah
LSD
Mean 95% Confidence Interval
(I) kumpulan (J) kumpulan Difference (I-J) Std. Error Sig. Lower Bound Upper Bound
vitamin A vitamin B 33.40000* 6.66933 .000 18.8688 47.9312
*
no vitamin 66.80000 6.66933 .000 52.2688 81.3312
vitamin B vitamin A -33.40000* 6.66933 .000 -47.9312 -18.8688
*
no vitamin 33.40000 6.66933 .000 18.8688 47.9312
*
no vitamin vitamin A -66.80000 6.66933 .000 -81.3312 -52.2688
vitamin B -33.40000* 6.66933 .000 -47.9312 -18.8688
*. The mean difference is significant at the 0.05 level.

a) Apakah ujian statistik yang dijalankan?


b) Apakah andaian bagi ujian statistik ini?
c) Berapakah bilangan responden dalam kajian ini?
d) Lengkapkan jadual.
e) Tuliskan laporan dapatan kajian.

Soalan 3
Satu kajian telah dijalankan untuk mengukur hubungan antara markah ujian Sejarah dan Statistik bagi 10
orang pelajar tingkatan 4 di sebuah sekolah di daerah Hulu Langat. Data telah dianalisis dan output SPSS
telah diperolehi. Laporkan dapatan kajian dengan analisis yang bersesuaian.

Tests of Normality
Kolmogorov-Smirnova Shapiro-Wilk
Statistic df Sig. Statistic df Sig.
history .285 10 .021 .821 10 .026
statistics .169 10 .200* .923 10 .034
*. This is a lower bound of the true significance.
Correlations
history statistics
history Pearson Correlation 1 .693*
Sig. (2-tailed) .026
N 10 10
*
statistics Pearson Correlation .693 1
Sig. (2-tailed) .026
N 10 10
*. Correlation is significant at the 0.05 level (2-tailed).
Correlations
history statistics
Spearman's rho history Correlation Coefficient 1.000 .673*
Sig. (2-tailed) . .033
N 10 10
statistics Correlation Coefficient .673* 1.000
Sig. (2-tailed) .033 .
N 10 10
*. Correlation is significant at the 0.05 level (2-tailed).
Soalan 4

Satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji hubungan antara gaji seseorang dengan umur dan
pendidikan mereka. Pendidikan diukur dalam bilangan tahun mereka belajar, dan gaji diukur dalam
Ringgit Malaysia (RM). Beriku merupakan hasil analisis data dengan menggunakan SPSS.

Berdasarkan maklumat yang diberikan, sila jawab soalan-soalan berikut:

a. Nyatakan ujian statistik yang telah dilakukan oleh penyelidik ini.


b. Merujuk jadual Model Summary, jelaskan fungsi nilai r Square dalam kajian ini.
c. Nyatakan kepentingan maklumat ujian ANOVA yang boleh diperolehi berdasarkan lampiran
SPSS.
d. Tentukan faktor yang mempunyai pengaruh yang lebih besar terhadap gaji.
e. Tuliskan laporan dan interpretasi dapatan kajian.

Soalan 5

Satu kajian telah dijalankan untuk melihat pengaruh masa ulangkaji dan masa menonton televisyen
terhadap pencapaian akademik pelajar pra-siswazah di sebuah universiti tempatan. Analisis regresi
berganda telah dilakukan (dengan menggunakan SPSS) dan keputusan regresi tersebut adalah seperti di
bawah. Jawab soalan berikut berdasarkan keputusan output SPSS berikut.

Descriptive Statistics
Mean Std. Deviation N
PNGK 3.0450 .50910 20
Masa_TV_SeMinggu 8.75 4.351 20
Masa_Ulangkaji 9.00 4.713 20

Model Summary
Model R R Square Adjusted R Std. Error of the
Square Estimate
a
1 .883 .779 .753 .25302
a. Predictors: (Constant), Masa_Ulangkaji, Masa_TV_SeMinggu

ANOVAa
Model Sum of Squares df Mean Square F Sig.
Regression 3.836 2 1.918 29.962 .000b
1 Residual 1.088 17 .064
Total 4.925 19
a. Dependent Variable: PNGK
b. Predictors: (Constant), Masa_Ulangkaji, Masa_TV_SeMinggu

Coefficientsa
Model Unstandardized Coefficients Standardized t Sig.
Coefficients
B Std. Error Beta
(Constant) 3.289 .322 10.225 .000
1 Masa_TV_SeMinggu -.068 .020 -.581 -3.418 .003
Masa_Ulangkaji .039 .018 .361 2.123 .049
Dependent Variable: PNGK

a. Berapa peratuskah perubahan (variasi) PNGK pelajar boleh dijelaskan oleh masa ulangkaji dan masa
menonton tv?
b. Tuliskan rumus untuk model regresi ini.
c. Berdasarkan output SPSS yang diberikan, tuliskan laporan kajian secara terperinci (rujuk pada nota
kuliah).

Soalan 6

Dr Abushah ingin menguji jika kanak-kanak yang pernah menghadiri pra sekolah mempunyai
kemahiran membaca yang berbeza dengan kanak-kanak yang tidak menghadiri pra sekolah semasa
bermula tahun 1 di sekolah rendah. Berikut merupakan data yang beliau dapat.

a. Nyatakan hipotesis nul yang sesuai untuk kajian ini.


b. Cadangkan satu ujian inferensi yang sesuai untuk menjawab persoalan kajian pensyarah ini.
c. Jalankan pengujian hipotesis dengan menggunakan ujian inferensi yang dinyatakan di (b).
d. Laporkan dapatan kajian.

Soalan 7

Lengkapkan jadual di bawah dengan maklumat yang betul mengenai kesetaraan analisis statistik
di antara kaedah parametrik dengan kaedah bukan parametrik.

Statistik parametrik Statistik bukan parametrik


i. Korelasi Pearson
ii. Ujian Mann-Whitney
iii. Ujian t bersandar
iv. Ujian Kruskal Wallis
Soalan 8

Pelajar perlu menyatakan ujian statistik yang bersesuaian berdasarkan senario yang diberikan. Andaikan
data kajian memenuhi syarat penggunaan statistik parametrik melainkan dinyatakan sebaliknya pada
senario tertentu.

Senario 1
Kajian lepas menunjukkan trend bahawa antioksidan dalam makanan boleh melambatkan dan mungkin
juga membalikkan, penurunan fungsi kognitif yang berpunca daripada proses penuaan. Untuk menguji
trend ini, seorang penyelidik telah mendapatkan seramai 25 orang responden, berumur 70 – 75 tahun.
Penyelidik mengukur tahap fungsi kognitif mereka sebelum diberi minuman yang mempunyai kandungan
antioksidan yang tinggi. Responden perlu minum kandungan tersebut setiap hari selama enam bulan.
Pada akhir tempoh enam bulan, penyelidik telah mengukur sekali lagi tahap fungsi kognitif mereka bagi
membuat perbandingan.

Senario 2
Seorang guru telah menjalankan ujian pertengahan tahun bagi pelajar tingkatan empat di sebuah
sekolah menengah. Sampel merangkumi 40 orang pelajar lelaki dan 60 pelajar perempuan. Guru ingin
mengetahui hubungan pencapaian subjek Matematik dan Bahasa Inggeris. Data didapati tidak bertabur
secara normal.

Senario 3
Kajian lepas menunjukkan bahawa penggunaan ICT dan motivasi dapat meningkatkan sikap
pembelajaran Sains dalam kalangan pelajar tingkatan 5. Seorang penyelidik telah melaksanakan
pensampelan rawak mudah terhadap 250 orang pelajar sekolah menengah bagi menentukan sumbangan
faktor-faktor tersebut terhadap pencapaian mereka.

Senario 4
Pada sesi awal semester di Fakulti X, sekumpulan 100 orang pelajar diminta untuk menjawab satu
instrumen soal selidik tentang sikap terhadap statistik. Selepas sesi kuliah stasitik berlangsung selama 14
minggu, kumpulan pelajar ini diminta sekali lagi untuk mengisi soal selidik yang sama. Pensyarah kursus
ingin mengetahui perbezaan sikap sebelum dan selepas mengikuti kursus tersebut.

Senario 5
Satu kajian menggunakan pensampelan rawak berstrata dijalankan terhadap penduduk di Kuala Lumpur,
Johor Baharu, dan Ipoh. Pengkaji telah merekodkan data demografik dan berat (kg) sekumpulan
penduduk di setiap lokasi berikut. Analisis dijalankan bagi membandingkan berat responden berdasarkan
lokasi dan jantina.

You might also like