You are on page 1of 37

TUGASAN

SEMESTER JANUARI 2016

KOD KURSUS EPM 414

NAMA KURSUS PENILAIAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR MANSOR BIN EMBONG

NO. MATRIK E30209130076

NAMA FASILITATOR
AKADEMIK EN. MOHD ASRI BIN HARUN

PUSAT PEMBELAJARAN KUALA TERENGGANU


Isi kandungan

Perkara Halaman
Bahagian A 1-6
1.0 Rasioanal dan Tujuan Kajian
2.0 Instrumen Kajian
3.0 Dapatan Kajian
Bahagian B 7-13
“ Menjalankan kajian tentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
dalam bahasa Melayu di sekolah saya”
A. Pengenalan
B. Cabaran Dalam Melaksanakan PBS Di Sekolah
C. Kesimpulan

Bahagian C 14-26
1.Penggubalan Instrumen Pentaksiran untuk Salah Satu Kemahiran
Bahasa Melayu
- Rasional Pemilihan Kemahiran Bahasa ,Penyataan Standard,
Deskriptor dan evidens
2.Penyataan dan Pelaksanaan Dokumen Standard Prestasi
3. Penggubalan Instrumen
4. Penggunaan Item

Instrumens 1
- Aktiviti 1
- Aktiviti 2
-Aktiviti 3
Instrumens 2
-

Rujukan 27
Lampiran 28-40
BAHAGIAN A

1.0 Rasional dan Tujuan Kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan mengenal pasti amalan guru Bahasa Melayu di sekolah rendah
dalam mengaplikasikan teknik pentaksiran formatif yang digunakan semasa proses P&P. Kajian
ini dijalankan ke atas guru subjek Bahasa Melayu darjah satu. Pengkaji telah
menggunakan kajian kualitatif berbentuk kajian kes yang dilaksanakan untuk mengenal pasti
teknik pentaksiran formatif yang digunakan oleh guru semasa proses P&P Bahasa Melayu.
Peserta dipilih berdasarkan purposive sampling. Pengkaji memperolehi data kajian melalui
dua kaedah iaitu melalui kaedah temu bual dan juga kaedah pemerhatian yang berbentuk
non-participant . Bagi mengukuhkan dapatan dari data yang diperolehi pengkaji juga telah
menjalankan temu bual untuk dengan mengemukakan soalan susulan untuk mencungkil
bagi mendapat penjelasan lanjut tentang perlakuan yang ditunjukkan . Pengkaji juga telah
menganalisis data yang diperolehi daripada sampel secara manual melalui dua peringkat, iaitu
semasa kajian lapangan dan analisis kandungan selepas selesai kajian lapangan. Pengkaji
turut menggunakan teknik gundalan untuk menyiasat pola teknik pentaksiran formatif.
Pengkaji telah menggunakan pendekatan kualitatif. Pengkaji menjalankan kajian dengan
menggunakan kaedah kajian kes .

Penggunaan borang matrik digunakan sebagai medium untuk penyimpulan analisis.


Pengkaji memilih mengkaji sejauh manakah keberkesanan penggunaan pentaksiran formatif
kerana ia berbentuk penilaian secara berterusan serta diserap bersama dengan proses P&P
murid. Pentaksiran formatif dapat mengukur pencapaian murid secara menyeluruh. Jika
seseorang guru berjaya mengaplikasikan teknik pentaksiran formatif dengan tepat ia akan
dapat membantu murid menguasai apa yang diajar, memberi peluang mereka berkomunikasi,
mempamerkan kefahaman serta memenuhi keperluan murid untuk meningkatkan pembelajaran
mereka. Selain itu, kualiti pengajaran guru juga dapat diukur melalui pentafsiran formatif
ini. Antara teknik pentaksiran formatif adalah seperti perbincangan, pemerhatian, soal jawab
lisan, seatwork, latihan bertulis, kerja rumah, projek, portfolio, kerja kumpulan, kuiz, tugasan,
pentaksiran kendiri, pentaksiran perkembangan dan dialog.

2.0 Instrumen Kajian

Pengkaji telah menggunakan lima jenis teknik pentaksiran formatif dalam kajian yang
dijalankannya. Penggunaan teknik-teknik yang berbeza ini dijalankan bagi setiap langkah –
langkah yang telah dirancang beliau dalam aktiviti P&P . Bermula daripada set induksi
sehinggalah ke penutup. Pengkaji turut merancang aktiviti bermula dari aras rendah
sehinggalah ke aras tinggi bagi menguji tahap kebolehan murid-murid. Pengkaji mendapati
penggabungjalinan pelbagai teknik yang dijalankan oleh guru bertujuan untuk memastikan
perhatian atau fokus murid terhadap P&P dapat dikekalkan. Berikut adalah rangka kerja
yang telah dijalankan oleh pengkaji dalam melaksanakan proses kajian beliau terhadap
murid-murid:

a) Pada peringkat permulaan P&P atau juga lebih dikenali sebagai set induksi iaitu
peringkat untuk memperkenalkan isi pengajaran pada hari tersebut pengkaji
menggunakan teknik berbentuk soalan tertutup . Murid-murid hanya perlu
memberikan respon ‘ya’ atau ‘tidak’ sahaja terhadap soalan yang dikemukan oleh
guru. Pengkaji turut menggunakan soalan-soalan terbuka jawapan pendek. Kesemua
soalan ini adalah soalan aras rendah. Namun begitu ia tetap memerlukan perhatian
dan kepekaan daripada murid untuk menjawab soalan . Guru telah menggunakan
teknik kad gores untuk mendapatkan respon daripada murid-murid. Di sini murid –
murid akan menjawab soalan yang telah dikemukan oleh guru. Seterusnya proses
pengenalan kepada tajuk dapat dijalankan dengan lebih mudah. Teknik soal jawab
lisan ini didapati telah mencapai objektif pengajarannya kerana murid dapat
menjawab soalan yang dikemukan oleh guru secara lisan. Bukan sahaja murid
yang dipanggil sahaja berjaya menyebut nama buah –buahan tersebut malahan
murid –murid lain juga turut menyebut nama buah yang ditunjukkan oleh guru.
b) Penggunaan teknik pentaksiran kedua yang digunakan terhadap murid-murid
dalam kajian ini adalah teknik sebutan nyaring. Teknik sebutan nyaring merupakan
satu teknik pentaksiran formatif yang sering digunakan oleh guru. Murid-murid
diminta untuk menyebut perkataan-perkataan utama dalam pembelajaran secara kuat
bagi memenuhi standard pembelajaran, iaitu standard kandungan mendengar dan
bertutur. Murid telah diperkenalkan dengan suku kata terbuka dan juga suku kata
tertutup. Murid diminta untuk menyebut suku kata terbuka dan suku kata tertutup
berdasarkan gambar buah yang telah ditunjukkan oleh guru. Pada proses ini juga
guru telah berjaya untuk membimbing murid-murid menyebut secara bersama-
sama nama buah-buahan berdasarkan suku kata secara nyaring. Rasional guru
menjalankan langkah ini adalah supaya murid dapat mengkelaskan sendiri jenis-
jenis buah-buahan mengikut suku kata terbuka atau tertutup.

c) Teknik pentaksiran formatif yang ketiga yang telah digunakan adalah teknik
padanan . Murid-murid diberikan latihan memadankan gambar buah dengan kad
perkataan yang mengandungi ejaan nama buah-buahan. Setelah menyebut nama
buah-buahan yang dilihat murid-murid dikehendaki memadankan dengan kad
perkataan yang bertulis nama buah-buahan tersebut. Penggabung jalinan kemahiran
telah berlaku di sini iaitu menguasai kemahiran mengeja dan menulis perkataan buah-
buahan, iaitu bagi memenuhi objektif pembelajaran iaitu standard kandungan menulis.
Guru telah berjaya mencapai matlamat dalam aktiviti ini kerana murid-murid dapat
memadankan ejaan nama buah dengan gambar buah.

d) Aktiviti teknik tugasan dan perbincangan merupakan aktiviti yang keempat


dijalankan dalam proses pentaksiran di dalam P&P ini. Aktiviti bertujuan untuk
memastikan murid-murid benar-benar memahami konsep suku kata terbuka dan
tertutup. Berdasarkan kumpulan masing-masing murid dikehendaki berbincang dan
menyenaraikan suku kata terbuka dan suku kata tertutup dalam senarai nama buah-
buahan yang diberi oleh guru. Mereka juga dikehendaki membentangkan hasil
perbincangan masing-masing kepada rakan-rakan lain di hadapan kelas. Aktiviti ini
akan menggalakkan nilai tolong - menolong antara murid. Murid-murid juga akan
membuat pembetulan kepada rakan-rakan mereka yang melakukan kesalahan.

e) Teknik pentaksiran formatif yang kelima digunakan adalah teknik nyanyian.


Penggabungjalinan unsur didik hibur telah diterapkan di dalam aktiviti ini. Teknik
ini akan dapat mewujudkan suasana yang menyeronokkan selain dapat
meningkatkan kemahiran lisan, bacaan , mendengar murid dengan lebih baik.

3.0 Dapatan Kajian

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan di dapati Guru J (sampel kajian) masih perlu
banyak melakukan penambahbaikan dalam mempelbagaikan penggunaan teknik
pentaksiran formatif dalam proses P&P bahasa Melayu . Setiap proses pentaksiran yang
ingin dijalankan mestilah merangkumi pelbagai aspek seperti jasmani, emosi, kognitif,
afektif, dan sosial. Guru-guru juga haruslah bijak merangka serta kreatif dalam
pembinaan item –item penilaian supaya dapat menilai dengan tepat pencapaian serta
kebolehan murid-murid bertepatan dengan kehendak dan usaha murni bidang pendidikan untuk
melahirkan insan yang seimbang jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial . Kesedaran juga
perlu wujud di kalangan guru terhadap kepentingan penggunaan pelbagai teknik mentafsir
dalam meningkatkan kesahan konstruk yang diukur dan seterusnya meningkatkan kesahan
maklumat pentaksiran yang digunakan guru untuk membuat keputusan berkaitan pembelajaran
murid.

Jika guru-guru dapat menghasilkan teknik pentaksiran yang baik, tepat dan sesuai dengan
tahap murid-murid maka pencapaian sebenar murid-murid akan dapat diukur. Ini akan
membolehkan guru membuat keputusan yang lebih tepat dan berkualiti berkaitan pembelajaran
serta dan merancang pembelajaran yang lebih berkesan untuk digunakan kepada murid-
muridnya.

Guru juga mestilah tahu membezakan fungsi pemerhatian dengan fungsi pentaksiran
kerana kedua-dua ini adalah berbeza . Guru mestilah faham bahawa pemerhatian bukanlah
merupakan proses pentaksiran .Ia hanyalah merupakan proses pengumpulan data sahaja.
Guru juga mestilah pandai untuk menggubal teknik soal jawab yang berbentuk lisan
supaya setiap soalan yang dikemukakan dapat menguji kebolehan dan kemahiran kognitif
murid. Soalan yang dikemukakan juga mestilah berupaya untuk menggalakkan murid
supaya terus berfikir . Pemikiran murid-murid dapat dikembangkan melalui teknik ansur
maju bermula dengan soalan aras rendah dan seterusnya soalan yang lebih mencabar.
Soalan-soalan yang dikemukakan mestilah berupaya mengetahui tahap kefahaman semasa,
menarik penyertaan murid dalam aktiviti pembelajaran, mengekalkan perhatian murid kepada
pembelajaran, menggalakkan murid berfikir, serta meningkatkan pembelajaran murid . Soalan
yang mengkehendaki murid-murid membuat rumusan juga akan berupaya untuk menilai
secara keseluruhan pemahaman mereka terhadap tajuk yang telah diajar.

Sebelum memulakan pentaksiran perlu juga dijalankan pra pentaksiran. Ini bertujuan untuk
menguji sejauh mana pengetahuan sedia ada murid-murid terhadap tajuk yang akan
diperkenalkan. Gambaran awal ini akan digunakan oleh guru dalam penyampaian P&P nya.
Guru boleh memantapkan lagi konsep terhadap pemahaman murid ini berkaitan tajuk
yang diajar. Penggabungjalinan aktiviti didik hibur didapati mampu meningkatkan emosi
gembira murid –murid terhadap P&P yang dijalankan. Ia juga mampu meningkatkan daya
pemikiran murid-murid ke tahap yang lebih tinggi.

Teknik menyebut perkataan secara kuat telah berjaya menarik minat semua murid di
dalam kelas tersebut. Pembelajaran menjadi sangat menarik kerana semua murid
melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Mereka dapat merasa sendiri pengalaman
pembelajaran yang dijalankan. Ini menjadikan pembelajaran itu lebih bermakna dan
menyeronokkan.
Penggunaan teknik tugasan dan perbincangan pula didapati mampu mempamerkan
kefahaman murid terhadap pembelajaran. Mereka boleh melontarkan idea serta kefahaman
mereka melalui teknik perbincangan.

Kepelbagaian teknik pentaksiran mampu mengukur tahap kebolehan murid-murid .Ini


penting kerana melalui data-data inilah maka guru-guru dapat merangka satu bentuk P&P
yang lebih berkesan. Dicadangkan pihak Kementerian Pendidikan sentiasa menganjurkan
kursus –kursus serta bengkel bagi mendedahkan teknik-teknik pentaksiran formatif kepada
guru –guru . Pelaksanaan pentaksiran secara berterusan akan memahirkan lagi kemahiran
guru serta lebih berkeyakin untuk melaksanakannya. .
Bahagian B

A. Pengenalan

Apabila di sebut sahaja Penilaian Berasaskan Sekolah ( PBS) ada berbagai persepsi
yang akan kita perolehi daripada guru-guru di sekolah. PBS adalah merupakan satu bentuk
pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai dari aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan
rohani) dan psikomotor (jasmani) . Pelaksanaannya adalah selaras dengan kehendak Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS telah
dilaksanakan di sekolah rendah bermula dengan kelas Tahun 1 pada tahun 2011 dan melalui
proses penambahbaikan UPSR pada 2016 iaitu tahun ini. Untuk sekolah menengah pula ia
telah dilaksanakan kepada murid Tingkatan 1 pada 2012 dan melakukan penambahbaikan
dalam peperiksaan PT3 pada 2014.

Pelaksanaan PBS di sekolah adalah berpandukan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan
Peraturan Pendidikan 1997 adalah penting untuk menentukan keberkesanan guru dan pihak
sekolah dalam usaha untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmoni. PBS adalah
merupakan suatu penilaian yang bersifat holistik yang menilai aspek kognitif (intelek), afektif
(emosi dan rohani) dan aspek-aspek psikomotor (fizikal) selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) atau Kurikulum Standard
Sekolah Menengah (KSSM). Pelaksanaan PBS menurut Lembaga Peperiksaaan Malaysia
(2012) adalah untuk:

a) mendapatkan gambaran keseluruhan potensi individu

b) memantau pembangunan individu dan membantu untuk meningkatkan


potensi individu

c) membuat laporan yang bermakna kepada pembelajaran individu .

PBS adalah lebih holistik dan memberi penekanan kepada kesemua aspek JERI iaitu
jasmani, emosi, rohani dan intelek berbanding kepada pentaksiran sedia ada yang lebih memberi
penumpuan kepada pencapaian akademik melalui peperiksaan. PBS akan mentaksir proses dan
produk secara formatif dan sumatif iaitu mengamalkan konsep assessment for learning dan
assessment of learning manakala fokus utama pentaksiran sedia ada lebih kepada pencapaian
akademik murid di akhir pembelajaran yang merupakan assessment of learning.

B. Cabaran Dalam Melaksanakan PBS Di Sekolah

Oleh kerana konsep pelaksanaan PBS adalah pentaksiran secara berterusan maka ia
perlulah dirancang, ditadbir, diskor, direkod dan dilaporkan secara terancang mengikut set
prosedur yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Keadaan ini
memerlukan pengorbanan dan kesediaan guru untuk bergerak dan berubah seiring dengan
perubahan keperluan pendidikan. Perubahan memerlukan guru sentiasa peka, rajin
dan bersemangat untuk melaksanakan tugas guru di sekolah. Pelaksanaan PBS telah
memberi tekanan terhadap kerja seseorang guru atas sebab perubahan silibus, konsep
pengajaran, jenis pentaksiran dan bahan-bahan yang terlibat dalam tugas pengajaran dan
pembelajaran. Ini kerana guru merupakan agen perubahan dalam sistem pendidikan negara.
Seorang agen perubahan merupakan individu yang akan mempengaruhi keputusan orang lain
(murid dan rakan sekerja) untuk beranjak ke arah yang dikehendaki oleh agensi perubahan
(Akhiar, Shamsina dan Muhamad, 2012).

PBS menyebabkan seseorang guru itu perlu memantau perkembangan murid secara
berterusan . Mereka juga mestilah peka serta boleh memberi maklum balas yang membina untuk
penambahbaikan pembelajaran murid. Selain itu, guru juga mestilah lebih memahami konteks
yang sesuai dengan persekitaran dan perkembangan murid . Guru juga mesti mampu untuk
mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan standard prestasi. Tujuan utama
pentaksiran dalam bilik darjah adalah untuk mendapat maklumat tentang kemajuan dan
pencapaian seseorang pelajar (McMillan, 2008).

Maka di sinilah akan timbulnya pro dan kontra pelaksanaan PBS di kalangan guru.
Saya telah menjalankan temu bual dengan tiga orang guru di sekolah saya bagi
mengetahui pendapat mereka berkaitan dengan pelaksanaan PBS.

Apabila di soal tentang sokongan mereka terhadap perlaksanaan PBS , ketiga-tiga


guru ini menyokong pelaksanaan PBS di sekolah kerana mereka berpendapat bahawa ini
adalah dasar kerajaan dan juga kementerian . Sebagai seorang kakitangan Kementerian
Pelajaran maka sebarang perubahan terhadap dasar yang digubal wajiblah dipatuhi. Ini
kerana dasar-dasar ini telah dipersetujui serta telah dibentangkan di Parlimen. Pelaksanaan
PBS yang berpandukan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan Peraturan Pendidikan 1997
wajiblah dipatuhi oleh semua guru walaupun pada awalnya mereka tidak dapat menerima
segala perubahan ini. Mereka mengakui bahawa pada awalnya terdetik juga rasa gusar
serta penolakkan terhadap PBS , namun selepas diberikan kursus-kursus serta penerangan
oleh PPD dan JPN maka mereka dapat menerima perubahan ini. Mereka bertiga
bersependapat bahawa memang agak sukar untuk melaksanakan PBS kerana ia
melibatkan satu proses yang memerlukan guru-guru berkorban dari segi masa dan
tenaga.

Apabila ditanya tentang tempoh masa serta latihan yang telah diperuntukan kepada
guru untuk melaksanakan PBS di sekolah di dapati ketiga-tiga mereka berpendapat
bahawa masa untuk latihan adalah tidak mencukupi . Jurulatih utama (JU) berkursus selama
seminggu, tetapi apabila sampai kepada panitia, taklimat hanya mengambil masa dua jam.
Banyak komponen yang terkandung dalam PBS masih belum dikuasai oleh guru-guru .
Ketiga-tiga guru ini berpendapat mereka juga masih keliru dengan istilah-istilah seperti
standard kandungan, standard pembelajaran, avident,descriptor , instrument dan sebagainya.
Ketiga-tiga guru ini bersetuju bahawa persiapan untuk mengajar lebih mencabar apabila
PBS dilaksanakan . Mereka perlu menyediakan avident yang merangkumi aktiviti-aktiviti
seperti pembentukan bahan ujian bertulis dan pentaksiran prestasi (performance assessment),
penggredan, mentafsir skor peperiksaan, memberi maklum balas tentang hasil pentaksiran dan
penggunaan hasil pentaksiran dalam membuat keputusan. Mereka berpendapat mereka
haruslah bijak merancang sebelum pentaksiran dilakukan supaya pentaksiran yang dilakukan
lebih terancang dan telus. Kesilapan dalam merancang akan menyebabkan objektif
perlaksanaan PBS tidak akan tercapai. Sebelum memulakan aktiviti P&P ketiga-tiga orang
guru ini perlu melalui proses berikut:

a. Memilih tajuk dan merancang perkara yang akan diajar dengan memilih kandungan mata
pelajaran yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum (DSK).

b. Tentukan kaedah pengajaran serta mengenal pasti kaedah pentaksiran seterusnya


menyediakan bahan-bahan pengajaran
c. Menyampaikan kandungan mata pelajaran kepada murid dengan menggunakan pelbagai
strategi mengikut kreativiti guru

d. Menaksir pemahaman murid tentang perkara yang diajar dan melaporkan tahap prestasi
murid berdasarkan evidens yang dikemukakan oleh murid.

Ketiga-tiga guru ini bersetuju bahawa proses di peringkat C dan D inilah yang
rumit kerana di dalam sesebuah bilik darjah terdapat kepelbagaian aras kebolehan murid-
murid. Mereka harus merangka setiap aktiviti dan avidens yang bersesuaian bagi menguji
kebolehan murid-murid. Menurut Akhiar et al (2012), guru-guru abad ke-21 perlu terus
mempelajari teknologi terkini yang dapat menggalakkan pembelajaran murid serta memenuhi
tujuan peningkatan profesional guru sendiri. Ketiga-tiga orang guru ini juga bersependapat
bahawa mereka terpaksa mengambil masa yang lama serta memerlukan kemahiran
penggunaan peralatan ICT seperti komputer, alat cetak, mesin imbas dan pelbagai perisian
seperti microsoft word, powerpoint, excel, paint dan internet untuk membina instrumen
yang akan mereka gunakan di dalam sesebuah kelas. Itu untuk sebuah kelas . Jika mereka
mengajar di beberapa buah kelas yang berbeza dari segi tahap dan tahun serta pencapaian
bayangkan lah berapa banyak masa yang diperlukan untuk menghasilkan instrument.
Mereka berpendapat bahawa tidak sesuai jika digunakan buku-buku latihan yang dijual di
kedai-kedai kerana avidens tersebut mungkin tidak sama dengan tahap pencapaian murid
mereka. Namun begitu ada juga guru yang ditemu bual mengakui dia terpaksa
menggunakan avidens yang dibeli akibat kekangan waktu kerana selain mengajar beliau
juga merupakan setiausaha sukan yang sibuk menguruskan aktiviti kokurikulum.

Di bawah ini adalah contoh kerangka standard prestasi

Band 1 Tahu
Band 2 Tahu dan Faham
Band 3 Tahu, Faham dan Boleh Buat
Band 4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
Band 5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
Band 6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
Ketiga-tiga guru bersetuju bahawa penilaian peringkat sekolah yang dilaksanakan
Kementerian Pelajaran Malaysia menggantikan kaedah peperiksaan yang dilaksanakan untuk
murid sebelum ini amat menguji kredibiliti seseorang guru. Setiap guru mempunyai perasaan
yang berbeza terhadap murid dan juga justifikasi yang berbeza terhadap sesuatu yang
ingin dinilai. Perkara ini boleh memberikan impak terhadap hasil yang dinilai. PBS
memberi hak 100% kepada guru untuk menilai murid-murid semasa di dalam bilik darjah.
Penilaian sebanyak 60% oleh guru dan 40% markah peperiksaan peringkat pusat akan di ambil
kira dalam memberikan murid gred sebagai keputusan yang menentukan hala tuju murid
tersebut. Penilaian peringkat sekolah memerlukan guru menilai prestasi serta membimbing
murid tersebut untuk memberikan yang terbaik sepanjang proses pembelajaran di dalam
bilik darjah.

Ketiga-tiga orang guru ini bersetuju bahawa komitmen yang tinggi ini sedikit sebanyak
mewujudkan beban tugas guru di sekolah. Guru perlu memberikan sepenuh komitmen
dalam membuat eviden, memeriksa eviden, merekod dan menyimpan keputusan dalam sistem
online setiap minggu. Guru perlu memberi ruang masa menanda eviden hampir setiap hari dan
memasukkan eviden ke dalam fail murid yang mencecah ratusan fail setiap minggu. Ini
mengambil purata guru mengajar empat kelas berlainan dalam seminggu dan setiap kelas
mempunyai 35 orang murid. Maka guru perlu menyenggara eviden dan fail berjumlah 120
selepas setiap kali pentaksiran dijalankan. Ini kerana prosedur PBS perlu dilaksanakan hampir
setiap hari semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas. Rutin tugas
yang pelbagai memerlukan guru memberikan sepenuh perhatian dari segi masa, tenaga dan
kemampuan setiap hari. Komitmen guru di sekolah akan menentukan keberkesanan
pembelajaran, kemajuan pelajar dan pencapaian matlamat sekolah. Ini selaras dengan
kenyataan Robiah (1998) iaitu pengajaran yang berkesan oleh seseorang guru itu adalah
penggerak utama kepada segala pembaharuan dalam kurikulum.

Ketiga-tiga guru ini juga bersetuju Pelaksanaan sistem PBS atas talian iaitu Sistem
Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) menambah lagi bebanan tugas guru di
sekolah. Mereka dikehendaki merekod setiap instrumen yang dijalankan di sekolah. Minimum
satu ujian dijalankan bagi setiap mata pelajaran untuk seminggu. Maka guru perlu memasukkan
rekod pentaksiran secara rutin setiap minggu. Bertepatan dengan pendapat Akhiar et al. (2012)
menyatakan selain mengajar, guru juga perlu melakukan tugas-tugas perkeranian seperti
menyemak buku latihan murid, menyemak kertas ujian, merekodkan kemajuan murid, menanda
kedatangan, menyimpan fail, membuat nota pelajaran dan menulis surat kepada ibu bapa serta
penjaga berkenaan hal ehwal murid.

Apabila saya menanyakan soalan apakah PBS dapat membantu serta menunjukkan
kemahiran sebenar dalam penguasaan bahasa Melayu seseorang murid, ketiga-tiga guru ini
bersetuju bahawa dengan menggunakan instrument dan avidens mereka dapat menilai
pencapainya murid mereka. Perancangan yang mereka gubal sebelum proses P&P adalah
berpandukan Standard Prestasi yang merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentang
pencapaian atau penguasaan seseorang individu dalam sesuatu bidang yang telah dilalui dalam
satu tempoh pembelajaran berdasarkan satu penanda aras (benchmark) yang telah dikenal pasti.
Standard Prestasi memandu pentaksir bagaimana aktiviti pentaksiran boleh dan dapat
dilaksanakan secara adil dan berfokus merujuk kepada standard yang ditetapkan. Dapatan
daripada penilaian ini dapat menggambarkan pencapaian dan penguasaan sebenar murid di
dalam subjek bahasa Melayu. Penilaian tidak hanya bertumpu kepada penulisan semata-
mata, ia merangkumi pemerhatian serta aktiviti yang dijalankan oleh guru. Seseorang
murid itu mungkin kurang mahir dalam kemahiran menulis tetapi dia mungkin petah
bercakap. Dengan pelaksanaan PBS maka guru dapat menilai murid ini dari segi
kemahiran lisannya. Guru boleh merancang aktiviti bagi meningkatkan lagi kemahiran
menulis seseorang murid itu.

Ketiga-tiga orang guru ini juga bersetuju bahawa hasil pentaksiran yang dijalankan amat
berguna kepada seseorang murid . Murid-murid serta ibu bapa dapat meneliti maklum balas
yang diberi berdasarkan standard prestasi untuk mengenalpasti kekuatan, kelemahan, dan
kesilapan seseorang murid. Mereka dapat mengetahui apa yang perlu diperbaiki, bagaimana
perlu diperbaiki untuk memberi hasil yang lebih baik terhadap pencapaian akademik mereka.
Maklum balas yang bermakna ini boleh membantu murid tentang tujuan dan perkembangan
pembelajaran mereka. Keadaan inilah yang memberi motivasi untuk mencuba lagi bagi
meningkatkan prestasi mereka di masa hadapan.
c. Kesimpulan

PBS adalah merupakan satu program yang cukup baik untuk dilaksanakan . Cuma ia
memerlukan masa untuk betul –betul berjaya dipraktiskan di Malaysia. Buktinya di New
Zealand , Australia dan Hong Kong program ini telah dijalankan dengan jayanya. Penambah
baikkan perlu dijalankan jika kerajaan benar-benar serius dengan sistem pembelajaran ini.
Guru yang melaksanakan PBS seharusnya diberi pengetahuan dalam pentaksiran supaya
keseragaman dan kejituan dalam memberi skor. Pihak sekolah perlu mengurangkan aktiviti-
aktiviti yang mengganggu guru dalam P&P. Pihak atasan juga perlu memantau dan sentiasa
memberi penekanan dalam aktiviti pentaksiran. Pelajar dan ibu bapa juga perlu diberi
pendedahan tentang kepentingan PBS supaya memudahkan guru bekerjasama dengan mereka.
Bahagian C :

Penggubalan Instrumen Pentaksiran untuk salah satu kemahiran Bahasa Melayu

Rasional Pemilihan kemahiran bahasa, penyataan standard, deskriptor dan evidens

Saya memilih kemahiran mendengar dan bertutur bagi murid tahun 1. Kemahiran mendengar
dan bertutur merupakan kemahiran asas bahasa yang penting bagi murid tahun 1 menguasai
kemahiran lisan. Sama ada dalam kelas atau di luar kelas, kemahiran mendengar amat penting
bagi seorang murid. Kemahiran mendengar penting kerana seseorang murid perlu mendapatkan
maklumat dengan mendengar pengajaran guru, taklimat guru besar, arahan guru sukan, cadangan
murid lain dan sebagainya.

Sungguhpun sekolah merupakan institusi yang mengajar kemahiran tersebut, latihan dan
ujian bagi menilai keberkesanan kemahiran mendengar kurang diberi perhatian kerana guru
memberi perhatian lebih kepada kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Tidak dinafikan
bahawa kemahiran mendengar yang berkesan sangat penting bagi semua murid dalam sesebuah
kelas. Menurut Abdullah Ngah (2001), kemahiran mendengar yang berkesan diperlukan di
bangku sekolah kerana:

i. Bagi memahami memahami konsep, prinsip, idea dan fakta yang berkaitan dengan
setiap mata pelajaran yang disampaikan oleh guru. Penjelasan dan penerangan
tentang sesuatu topik biasanya dilakukan oleh guru secara lisan dan memerlukan
murid mendengar dan memahami dengan baik.

ii. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru seharusnya mendidik (mengajar dan
melatih) murid supaya boleh berfikir dan memberi idea atau pendapat sendiritentang
sesuatu. Seseorang murid itu tidak akan dapat berbuat demikian atau memberi tindak
balas yang sewajarnya sekiranya ia tidak faham apa yang didengarnya.

iii. Selain itu, sebahagian besar pengetahuan yang murid peroleh datangnya daripada
sumber pendengaran yang lain seperti daripada radio, televisyen, perbualan, \cermah,
forum, dialog dan seumpamanya . Ini merupakan sumber tambahan bagi murid untuk
mendapatkan maklumat dan sumber pengajaran serta meningkatkan kemahiran
berfikir mentafsir dan menilai tentang apa yang didengarnya, dan menajamkan
pemikirannya

1.1 Penyataan dan pelaksanaan dokumen standard prestasi

Standard Kandungan ialah pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan
boleh dilakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran
dan nilai. Manakala Standard Pembelajaran ialah satu penetapan kriteria atau indikator
kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap Standard Kandungan.Sistem
penilaian peringkat sekolah yang dilaksanakan Kementerian Pelajaran Malaysia menggantikan
kaedah peperiksaan yang dilaksanakan untuk murid sebelum ini amat menguji kredibiliti
seseorang guru. Ini kerana pentaksiran berasaskan sekolah memberi hak 100%kepada guru untuk
menilai murid-murid semasa di dalam bilik darjah. Penilaian sebanyak 60% oleh guru dan 40%
markah peperiksaan peringkat pusat akan diambil kira dalam memberikan murid gred sebagai
keputusan yang menentukan hala tuju murid tersebut.Penilaian peringkat sekolah memerlukan
guru menilai prestasi serta membimbing murid tersebut untuk memberikan yang terbaik
sepanjang proses pembelajaran di dalam bilik darjah.

Pelaksanaan Evidens

Evidens atau bukti penguasaan murid boleh diperolehi melalui pemerhatian, jawapan
lisan,latihan dalam buku latihan atau buku kerja dan juga kerja rumah. PBS tidak membataskan
kreativiti guru yang sudah tentunya lebih mengenali murid mereka. Kebolehpercayaan kepada
pentaksiran yang dijalankan oleh guru ditingkatkan melalui penjaminan kualiti.Semua hasil kerja
murid dijadikan evidens yang perlu difailkan sebagai bukti yang menunjukkan murid telah
menguasai kemahiran yang diajar.
Band adalah tahap penguasaan
murid. Band 6 adalah band tertinggi
manakala Band 1 adalah band
terendah.

Pernyataan Standard adalah prestasi


atau tahap penguasaan murid secara
umum dalam pembelajaran.

Deskriptor adalah pernyataan tentang


tingkah laku terperinci yang boleh
diperhati dan diukur dalam
menentukan prestasi atau tahap
penguasaan murid dalam
pembelajaran.

Aplikasi komponen-komponen PBS dalam menghasilkan instrumen

Band Standard Deskriptor Eviden Instrumen


1 Pernyataan bersifat generik Pernyataan Pernyataan tentang bagaimana Alat untuk
2 tentang aras perkembangan tentang apa yang murid menunjuk digunakan
3 dalam pembelajaran murid tahu dan kan “tahu” dan “boleh buat” untuk
4 (OM & OP) boleh buat mentaksir
5
6
Penggubalan Instrumen
Menetapkan objektif
Objektif bagi standard kemahiran bertutur ialah murid patut mengetahui dan boleh
melakukan:
1.1 Asas mendengar dan memberi respons dengan tepat pelbagai bunyi dalam persekitaran
dengan betul.
1.2 Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasa
serta ayat yang dengan betul.
1.3 Mendengar, memahami dan memberi respons terhadap sesuatu arahan soalan dan pesanan
yang didengar dengan betul.
1.4 Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai
sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.
Dalam penilaian untuk meningkatkan kemahiran mendengar dan bertutur saya
menggunakan ujian kefasihan ini bagi mengukur tahap kebolehan murid untuk berbahasa.
Penggunaan ujian kefasihan ini di sekolah adalah bertujuan untuk :

a. Menilai kebolehan umum murid untuk berbahasa.


b. Menentukan sejauh mana murid menguasai kemahiran dan isi pelajaran yang
telah dipelajari.

Sehubungan itu, ujian kefasihan ini sering digunakan dalam penilaian bahasa kerana ciri-
cirinya yang berfungsi dalam mengenalpasti tahap kebolehan murid terhadap kemahiran bahasa.
Antara ciri-ciri ujian kefasihan ini ialah:

a. Membantu guru menempatkan murid mengikut kumpulan pembelajaran yang


bersesuaian.
b. Mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran bahasa murid secara menyeluruh.
c. Dinilai berdasarkan sebutan yang betul, kadar kelajuan bacaan dengan bahan yang
dibaca, intonasi dan nada yang betul, pemilihan ungkapan yang betul, mimik
muka yang jelas, pergerakan mata, posisi tubuh, kedudukan buku yang betul dan
lain-lain lagi.
d. Meningkatkan kemahiran komunikasi murid di depan khalayak.

Berdasarkan ciri-ciri yang telah dinyatakan di atas, dapat dirumuskan bahawa ujian
kefasihan merupakan ujian berbentuk lisan. Apabila ujian ini dijalankan ke atas murid, guru
dapat mengenalpasti secara keseluruhan sama ada murid dapat menguasai apa yang telah diajar
oleh guru.

Proses Penggubalan Item

Guru Guru pilih standard kurikulum y


ranca diajar
ng
penga
jaran,
pemb
elajar
Pilih standard an
kurikulum yang dan
Telah mencapai
baru dan meny
Tahap penguasaan
laksanakan ediaka
Belum mencapain
pengajaran,
tahap penguasaan
kaeda
pembelajaran dan
pentaksiran h
seterusnya penta
ksiran

Dalam menggubal instrumens, beberapa elemen diambil kira iaitu;


Instrumen ini dibina berasaskan objektif pengajaran dan pembelajaran serta
pengetahuan yang telah diuji.

Berdasarkan instrumen yang telah dijalankan, guru akan mengetahui tentang


kemajuan seorang murid serta keseluruhan kelas dengan lebih jelas.

Instrumen yang digunapakai dapat membantu guru mengenalpasti kemajuan


setiap murid dengan lebih jelas.

Dengan adanya kemajuan ini, motivasi intrinsik murid juga dapat ditingkatkan di
mana murid dapat meningkatkan lagi pencapaian mereka dalam pelajaran. Dari
erti kata lain, instrumen ini berfungsi memperkukuhkan pembelajaran murid
kerana dapat mendorong murid untuk lebih berusaha.

Teknik ini biasanya digunakan bagi menguji kemahiran mendengar pada peringkat
persekolahan rendah khususnya bagi peringkat Tahap 1. Penilaian formatif dilaksanakan selepas
sesuatu topik. Guru akan mengukur tahap penilaian murid. Murid dikehendaki menyebut
bahagian-bahagian sesuatu benda dan kosa kata dengan betul mengikut kehendak soalan.
Instrumen terbahagi kepada dua iaitu instrumen:

Penggubalan item instrumens 1

Aktiviti 1:

i. Guru menamakan anggota badannya kepada murid dan murid mendengar dengan
teliti. Contoh : tangan, hidung, leher, kaki, perut, mata dan jari.

ii. Murid diminta menyebut semula anggota badan yang disebutkan oleh guru.
Aktiviti 2 dan aktiviti 3

i. Murid menyebut bahagian badan berdasarkan gambar yang diberi.

Item dibina dalam aktiviti 2 untuk mengukur tahap murid memahami tentang bahagian badan
dan bukan bahagian badan.

Instrumen 2

i. Petikan teks tentang menjaga kesihatan diri. Item digubal untuk mengenal pasti tahap
murid menyatakan isi-isi penting yang terdapat dalam petikan teks secara lisan.
Penilaian murid bagi tahap ini ialah band 5 dalam konteks murid dapat bercerita
kembali secara beradab apa yang difahami tentang petikan teks.

Beberapa soalan dikemukakan oleh guru menjadi panduan kepada murid untuk
menyampaikan di hadapan kelas dengan menggunakan teknik penyoalan

i. Apakah yang dilakukan oleh Razak?

ii. Bagaimanakah Razak menjaga kesihatan dirinya?

iii. Mengapa kita perlu menjaga kebersihan diri?

iv. Apakah yang digunakan oleh Razak untuk menghilangkan daki?

Deskriptor dalam ujian ini ialah murid dapat berbincang dan dapat mengemukakan pendapat
yang mempengaruhi khalayak secara bertatasusila.

Sumber-sumber yang digunakan adalah buku teks dan DSKP Bahasa Melayu Tahun 1.
Instrumen 1

INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI


BAHASA MALAYSIA TAHUN 1

KEMAHIRAN Mendengar dan Bertutur

BAND 3

PERNYATAAN Mengetahui, memahami dan memberikan respons terhadap


STANDARD perkara yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis.

DESKRIPTOR
Mendengar dan memberikan respons terhadap sesuatu arahan,
soalan dan pesanan.

EVIDENS
Memberikan respons secara lisan dan/atau geraklaku terhadap
arahan, soalan dan pesanan.

AKTIVITI PENTAKSIRAN Bahan:


 Bahan Rangsangan

Langkah Pentaksiran:
1. Berbincang berdasarkan gambar.
Nama :…………………………………….. Kelas:
…………………………….

Gur
Aktiviti 2
Aktiviti 3
Instrumen 2

KEMAHIRAN Mendengar dan Bertutur

BAND 4

PERNYATAAN Bertutur tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber


STANDARD dengan menggunakan ayat yang gramatis dalam situasi formal
dan tidak formal,

Bertutur untuk menyampaikan maklumat dengan menggunakan


DESKRIPTOR ayat sendiri

EVIDENS
Memberikan respons secara linsan dan/atau geraklaku dengan
menggunakan ayat yang gramatis.

AKTIVITI PENTAKSIRAN Bahan:


 Bahan Rangsangan

Langkah Pentaksiran:
2. Berbincang berdasarkan gambar dan petikan.

Menyenaraikan Isi –isi penting yang terdapat dalam petikan gambar


Apakah yang digunakan oleh Razak untuk
Apakah yang dilakukan oleh Razak?
menghilangkan
Bagaimanakah
Mengapa kita perlu
Razakmenjagadaki?
menjagakebersihan
kesihatan diri?
dirinya?
Rujukan

Abdullah Ngah. (2001). Kebolehpercayaan sebagai ketekalan. Serdang: Penerbitan Fakulti


Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.

Azizi Ahmad. (2006). Pengukuran dan penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa & Pustaka.

Mok Soon Sang (2003) Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Komponen 1 & 2) Sekolah Rendah,
Psikologi Pendidikan & Pedagogi), Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Subang Jaya

Sulaiman Masri. (2003). Kaedah penyelidikan dan panduan penulisan. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Format Pentaksiran Bahasa Melayu UPSR SK mulai 2005, MALINDO

Rujukan Laman Web

http://www.amaljaya.com/guru/PengukuranPengujian/SKIMA%20PERMARKAHAN.pdf

http://www.ukm.my/jpbm/pdf/43-64%20Noor%20Izam%20et%20al.pdf

http://www.geocities.ws/kheru2006/viii.htm

sppbs.moe.gov.my/sppbs/
Lampiran
1. Transkripsi Temu bual Guru bahasa Melayu berkaitan PBS
Temu bual bersama Cikgu A

Saya Assalamualaikum cikgu, terima kasih kerana cikgu sudi meluangkan masa untuk
ditemubual oleh saya.
Cikgu A Waalaikumusalam dan terima kasih juga kerana memberi peluang kepada saya
untuk berkongsi ilmu dengan cikgu Mansor. Saya juga berasa sangat berbesar
hati kerana dalam ramai-ramai guru di sekolah ini cikgu Mansor memilih
saya sebagai salah seorang responden temu bual cikgu.

Saya
Cikgu , topik kita hari ini memang menarik iaitu untuk meninjau tentang
perlaksanaan konsep PBS di sekolah. Di sini saya ingin mendapatkan respon
cikgu berkaitan perlaksanaan PBS di sekolah oleh Kementerian Pendidikan
mulai tahun 2012 dahulu. Adakah cikgu menyokong perlaksanaan PBS ini?

Cikgu A
Tentulah saya sebagai warga pendidik bersetuju kerana ia adalah dasar yang
diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran. Suka tak suka ia merupakan dasar
yang telah diwajibkan untuk dilaksanakan di seluruh Malaysia. Kita guru-guru
ni makan gaji saja. Apa kata “big bos” kita kena patuh la. Lagi pun tentulah
perubahan ini ada kebaikannya kepada sistem pendidikan di Malaysia.

Saya
Ha,ha,ha... kena akur lah ya apa bos kata. Pada pendapat cikgu lah, adakah
latihan yang telah diberikan kepada cikgu berkaitan perlaksanaan PBS ini
mencukupi ?
Cikgu A

Untuk pengetahuan Cikgu Mansor, saya rasakan bahawa tempoh masa latihan
untuk perlaksanaan PBS tidak mencukupi . Ini kerana perkara yang perlu
dilaksanakan tetapi disentuh hanya secara ringkas sahaja semasa latihan
yang diberi. Sepatutnya segala elimen dalam PBS mestilah diterangkan
Saya
secara terperinci dan mendalam.

Cikgu A
Oooo ya ka . Soalan saya seterusnya Adakah cikgu memahami dengan
mendalam berkaitan konsep-konsep PBS seperti standard, evidens, descriptor
dan instumen?

Sebenarnya cikgu Mansor, memang pada peringkat awal perlaksanaan PBS ini
Saya saya menghadapi masalah dalam memahami maksud setiap elimen yang
terkandung di dalam PBS tersebut. Saya keliru pada peringkat awalnya
kerana ia merupakan satu benda yang baharu yang perlu saya adaptasikan
dalam P&P saya. Namun lama kelamaan saya dapat menguasai kesemua
konsep-konsep tersebut. Seperti kata pepatah “alah bisa tegal biasa”
Cikgu A

Setelah lima tahun PBS dilaksanakan iaitu bermula pada tahun 2012 adakah
cikgu merasakan bahawa cikgu masih memerlukan latihan yang berkaitan
dengan PBS secara lebih mendalam?

Berkaitan dengan latihan ni, pada pendapat sayalah tidak salah sekiranya
Saya guru-guru diberikan latihan dan pendedahan dengan lebih mendalam secara
berterusan .Ini secara langsung akan dapat memantapkan lagi kemahiran
guru dalam melaksanakan PBS . Semakin mahir seseorang guru maka
makin mudah untuk melaksanakan PBS.
Cikgu A
Adakah semasa melaksanakan PBS ini cikgu menghadapi masalah dalam
proses untuk menggubal instumen yang digunakan semasa proses P&P ?

Apa –apa pun benda yang baharu tentu akan menyebabkan kita terpaksa
mengharungi masalah , namun lama kelamaan kesukaran itu akan
Saya
berkurangan sedikit demi sedikit. Saya berasa amat terbeban dengan
perlasanaan PBS ini pada peringkat awal. Sebagai guru saya perlu bijak
merancang bahan bahan pengujian dan pentaksiran .Ini kerana jika saya
tersilap memilih bahan untuk menggubal instumen maka hasil yang
diperolehi tidak akan mencerminkan tahap penguasaan murid yang
Cikgu A sebenar. Adakah cikgu menghadapi masalah semasa menjalankan proses
untuk menetapkan band kepada setiap murid?

Ohhhh, memang itulah antara perkara yang sangat sukar untuk


dilaksanakan bagi saya! Ini kerana sebagai seorang manusia normal
tentulah saya mempunyai perasaaan dan naluri. Saya tidak dapat nafikan
bahawa kadang-kadang memang terdapat sedikit sifat pilih kasih. Murid
yang kita tidak senangi dengan tingkah lakunya pasti akan mengganggu
dalam pemberian band berbanding murid yang bersikap baik terhadap kita.
Saya
Namun begitu saya haruslah bersikap profesional dengan mengenepikan
semua faktor-faktor yang mengganggu proses penilaian ini.

Cikgu A
Baiklah cikgu, soalan saya yang terakhir, pada pendapat cikgulah adakah
PBS ini akan membantu murid dalam penguasaan bahasa Melayu?

Pada pendapat sayalah PBS memang membantu murid dalam penguasaan


bahasa Melayu kerana melalui dapatan dari pengujian yang dijalankan
kepada murid-murid guru-guru dapat menggubal proses P&P mengikut tahap
Saya pencapaian murid. PBS dapat menggambarkan pencapaian sebenar murid
kerana ia dilakukan secara berterusan serta dalam pelbagai aspek yang
dinilai.
Cikgu A

Terima kasih cikgu kerana sudi meluangkan masa bersama saya.

Sama-sama

2. Transkripsi temu bual Guru B

Saya Assalamualaikum.Sebelum kita meneruskan sesi temubual kita, saya hendak


mengucapkan terima kasih kepada Cikgu yang sudi meluangkan masa untuk
berkongsi maklumat serta pandang berkaitan isu pelaksanaan PBS di
sekolah.

Cikgu B Waalaikumsalam. Apa yang boleh saja jawab , saya jawab la cikgu Mansor.
Saya jawab sekadar termampu saja. Lagipun tajuk ni saya rasa berkait
rapat dengan karier saya sebagai guru.

Saya
Berkaitan dengan pelaksanaan PBS yang telah dimulakan pada tahun
2012 yang lalu, apakah reaksi cikgu, adakah cikgu menerima atau
menentang PBS ini?

Cikgu B
Ohhh. Sebagai guru tentulah saya bersetuju dengan pelaksanaan PBS
ini kerana pada pandangan saya bagi mencapai hasrat untuk menjadi
sebuah negara maju kita perlulah melakukan perubahan dalam sektor
pendidikan. Pendidikan merupakan tunjang dalam perubahan sesebuah
Negara. Jepun dan Korea bangkit semula selepas peperangan adalah
melalui pendidikan. Walaupun pada awalnya PBS ini agak memberikan
tekanan kepada saya. Tidak dapat dinafikan sesuatu benda yang baharu
tentulah ada pro dan kontranya.
Saya

Sebelum cikgu melaksanakan PBS tentu cikgu telah diberikan kursus.


Pada pandangan cikgu adakah latihan dan kursus yang diberikan ini
mencukupi untuk mempersiapkan diri cikgu menjalankan PBS di
Cikgu B
sekolah?
Bagi saya lah, tempoh latihan untuk melaksanakan PBS ini sepatutnya
diadakan dalam tempoh yang lebih lama kerana saya perlu memahami
dengan lebih mendalam isi kandungan yang terdapat di dalam PBS. Saya
terpaksa mengambil masa yang agak lama di sekolah untuk memahami
dengan secara mendalam istilah-istilah standard kandunga, standard
pembelajaran, evidens, deskriptor dan lain-lain. Maklumlah semua ini
benda baharu. Walau bagaimanapun sekarang ini semua kekeliruan itu
Saya telah berjaya saya fahami.

Sehingga sekarang , adakah cikgu telah memahami konsep -konsep PBS


Cikgu B sepenuhnya seperti standard, evidens, deskriptor, instumen dan lain-lain?

Tak dapat nak dinafikan pada peringkat awal pelaksanaan PBS memang
saya menghadapi masalah untuk memahami konsep –konsep yang
terkandung di dalam PBS. Tapi sekarang ni Alhamdulillah dengan bantuan
serta tunjuk ajar daripada rakan-rakan guru yang lebih arif maka tahap
pemahaman saya semakin kukuh . Saya sudah dapat memahami dengan
lebih mendalam berkaitan konsep-konsep ini. Rakan-rakan telah
Saya
membantu saya dengan memberikan penerangan serta tunjuk ajar.

Cikgu B Adakah cikgu merasakan yang cikgu masih memerlukan latihan yang
lebih mendalam berkaitan PBS?

Terus terang saya menyatakan bahawa saya memang memerlukan latihan


yang berterusan dalam melaksanakan PBS. Latihan yang diberikan dari
semasa ke semasa akan dapat memantapkan lagi kemahiran serta
Cikgu Siti Rohaiza pengetahuan saya tentang PBS dan seterusnya ia akan dapat
melancarkan lagi proses P&P saya dengan lebih berkesan.

Cikgu B Adakah cikgu merasakan pelaksanaan PBS ini menambahkan beban


kepada cikgu?

Saya merasakan proses untuk menghasilkan instrument merupakan satu


proses yang agak sukar dan mencabar. Ini kerana saya perlu
mempelbagaikan strategi supaya objektif P&P dapat dicapai seperti apa
yang telah dirancang. Saya perlu mengenal pasti kaedah pentaksiran dan
Saya
menyediakan bahan mengikut tahap kebolehan murid saya yang terdiri
daripada pelbagai aras.

Cikgu B Proses penetapan band kepada murid adalah merupakan antara salah satu
cabaran kepada guru. Bagi diri cikgu sendiri adakah cikgu menghadapi
masalah dalam proses menetapkan band kepada murid-murid cikgu?

Itu memang antara cabaran dan perkara yang sukar untuk dilaksanakan.
Ia sangat-sangat menguji kredibiliti saya sebagai seorang guru. Ia amat
memerlukan sifat profesional yang tinggi. Apa-apa pun saya cuba untuk
Saya
bersikap seadil-adilnya terhadap murid semasa melakukan proses
member band ini. Jika tersilap member band akan mempengruhi tahap
pencapaian murid tersebut sepatutnya dia berhak dan layak dapat.

Cikgu B Soalan saya yang terakhir, adakah cikgu melasakan bahawa PBS ini
dapat membantu murid dalam pengusaaan bahasa melayu dan adakah
PBS ini dapat menggambarkan penguasaan kemahiran sebenar murid
tersebut?

Saya sangat bersetuju bahawa PBS sebenarnya dapat membantu murid-


murid dalam penguasaan bahasa Melayu kerana guru-guru dapat
mengetahui pencapaian murid-murid melalui keputusan daripada
pengujian-pengujian yang dijalankan . Guru- guru akan tahu serta dapat
mengenal pasti kekuatan dan kelemahan serta kesilapan yang dilakukan
Saya
oleh seseorang murid.

Cikgu B

Terima kasih cikgu atas segala maklumat yang dikongsikan .

Sama-sama Cikgu Mansor.

You might also like