You are on page 1of 5

1.

0 PENGENALAN

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) merupakan satu tanggungjawab setiap guru di


sekolah. Menurut Akhiar Pardi dan Shamsina Samsuddin (2014), perancangan pengajaran
merupakan suatu penulisan tentang kaedah menyampaikan pengajaran, objektif atau hasil
pembelajaran serta tempoh masa yang diperuntukkan untuk menyampaian isi kandungan
pelajaran. Berdasarkan definisi ini, jelaslah bahawa RPH amat penting untuk membantu
guru menzahirkan perancangan yang dibuat supaya boleh dilihat secara jelas dan diikuti
secara sistematik. Melalui penulisan RPH, guru dapat mengenalpasti kaedah pengajaran,
menetapkan objektif dengan jelas dan mengatur serta menyusun aktiviti mengikut tempoh
masa yang sesuai. Sistem pendidikan di negara ini amat menitikberatkan tugas guru dalam
menulis RPH.

2.0 ANALISIS RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Dalam penulisan ini, saya telah memilih untuk menganalisis satu Rancangan Pengajaran
Harian (RPH) yang telah saya petik daripada laman sesawang . Untuk RPH ini, tajuk yang
telah dipilih oleh oleh penulis ialah daripada sukatan pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4.
Berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum Prestasi (DSKP) Bahasa Melayu Tahun 4, saya
telah memilih sub topik ‘Panduan Keselamatan untuk Murid’ di bawah topik besar iaitu
‘Keselamatan’. Secara spesifiknya, tajuk yang telah dipilih adalah seperti berikut:

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN


2.4 Membaca dan memahami maklumat 2.4.2 Membaca dan memahami maklumat
yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai yang tersurat daripada pelbagai bahan-
bahan untuk memberi respons dengan bahan yang sesuai untuk menjana idea.
betul.
3.4 Menulis imlak dengan tepat 3.4.2 Menulis imlak ayat yang
mengandungi perkataan berimbuhan
dengan ejaan dan tanda baca yang tepat.

Berdasarkan RPH yang saya pilih, guru ini lebih banyak menggunakan Teori
Konstruktivisme dalam proses pengajarannya, iaitu murid yang membina pengetahuan
bukan menerima pengetahuan. Murid mampu mengaitkan pengetahuan sedia adanya di
dalam bilik darjah. Guru ini menggunakan strategi berpusatkan bahan. Semasa proses
pengajaran dan pemudah cara (PdPc) dijalankan, guru menjadikan bahan atau gambar
utama untuk menggalakkan murid-murid melibatkan diri secara aktif dalam sesi pengajaran.
Sebagai contoh, semasa langkah set induksi, guru telah menyampaikan isi pelajaran melalui

1
paparan imej-imej kenderaan kecemasan di jalan raya. Seterusnya, guru yang bertindak
sebagai pemudah cara akan merangsang pemikiran murid dengan soalan-soalan yang
berasaskan pengalaman sedia ada murid dan meminta beberapa orang murid untuk
menamakan setiap kenderaan tersebut. Elemen KBAT ini akan berjaya diaplikasikan
sekiranya murid mampu menghubungkaitkan imej kenderaan dengan nama kenderaan.
Secara tidak langsung, aktiviti ini akan meningkatkan sosio-emosi murid kerana murid berani
untuk menonjolkan diri bagi menjawab persoalan daripada guru.

Selain itu, guru juga merancang proses PdPc dalam bentuk nyanyian berkaitan topik
‘panduan keselamatan’. Guru meminta murid-murid untuk menyanyikan lagu mengikut lirik
yang telah diagihkan dengan iringan muzik. Seterusnya, elemen KBAT telah diserapkan
dalam proses PdPc guru apabila guru meminta murid-murid untuk menganalisis lirik tersebut
untuk mengeluarkan isi penting yang berkaitan topik pembelajaran. Bukan itu sahaja, aktiviti
ini memudahkan guru untuk mengukur kemahiran dan tahap mental murid daripada hasil
kerja yang ditunjukkan. Dalam situasi ini, pembelajaran kolaboratif berlaku dalam dua
keadaan, iaitu guru dengan murid serta murid dengan murid. Kerjasama guru dengan murid
berlaku apabila guru memberi tunjuk ajar kepada murid dengan menyanyikan dahulu lagu
berpandukan lirik sebelum murid disuruh mengikutinya. Manakala, kerjasama antara murid
dengan murid dapat dilihat apabila murid belajar bersama-sama dan saling membantu untuk
mengikut irama lagu supaya perjalanan aktiviti lancar. Kaedah pengajaran yang ditekankan
adalah berunsur muzik dan verbal linguistic.

Seterusnya, guru ini juga menerapkan elemen PAK21 dalam proses PdPc iaitu
menggunakan pendekatan atau strategi berpusatkan murid dan murid belajar melalui proses
membuat (hands-on) atau beraktiviti dalam proses PcPd. Dalam proses ini, murid
dikehendaki menyemak dan membetulkan kesalahan ejaan mahupun tanda baca rakan
sebayanya. Ini membolehkan murid menguasai kemahiran menyelesaikan masalah.
Tambahan pula, berlaku proses komunikasi secara interpersonal dalam diri murid-murid
untuk menyelesaikan masalah atau membuat keputusan. Aktiviti ini dapat dikaitkan dengan
Teori Humanistik yang bertujuan membentuk tingkah laku murid yang berdisiplin terhadap
kerja yang dipertanggungjawabkan. Guru juga merangsang tingkah laku murid untuk
mencuba sehabis baik menjawab semua soalan dengan betul dengan adanya bentuk
penghargaan seperti hadiah yang diberikan kepada murid yang tiada kesalahan ejaan dan
tanda baca.

Guru ini juga mengaplikasikan teori Kognitif dalam proses PdPc di dalam bilik darjah
dengan melihat pembelajaran sebagai perubahan proses mental yang berlaku secara aktif
oleh murid-murid. Misalnya, berdasarkan RPH, guru telah membuat rumusan di akhir

2
pembelajaran dengan aktiviti soal jawab bersama murid-murid. Tambahan pula, guru perlu
menerapkan nilai-nilai murni yang boleh dikaitkan dengan topik pembelajaran supaya murid
dapat menggunakannya dalam kehidupan seharian. Selain itu, guru bukan sahaja dapat
melihat perubahan murid dari aspek pengetahuan, malah dapat melihat perubahan dari
aspek psikologi kognitif murid iaitu perubahan dalam struktur mental yang membolehkan
pelbagai tingkah laku ditunjukkan. Perubahan tingkah laku yang dimaksudkan boleh dilihat
dan dibandingkan sebelum dan selepas input disampaikan kepada murid-murid. Perubahan
struktur mental ini termasuklah kepercayaan, matlamat, jangkaan dan sebagainya.

3.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, penghasilan RPH merupakan satu amalan professional bagi kerjaya guru
di mana melalui RPH boleh menampakkan sikap professional dan kemahiran guru. RPH
juga bertujuan sebagai rekod untuk rujukan guru tersebut atau guru lain di samping
digunakan untuk menambahbaik amalan guru melalui refleksi. Berdasarkan penjelasan di
atas, terbuktilah bahawa pengetahuan tentang Teori Pembelajaran dan elemen PAK21
harus dipraktikkan secara beriringan oleh guru dalam proses PdPc. Ini kerana, strategi
berpusatkan bahan membolehkan pelajar memahami isi pelajaran dengan lebih mudah dan
berkesan. Perkara ini juga dapat memudahkan guru untuk memantau perkembangan murid-
murid dari segi kognitif, sosio-emosi dan lain-lain. Penggunaan alat-alat atau teknologi
seperti media elektronik dalam proses PdPc juga akan membolehkan pembelajaran menjadi
menarik dan sistematik.

3
Rujukan

Abdul Shukor. 2000. Development of a learning and thinking society. Prosiding Persidangan
Pengajaran dan Pembelajaran Kebangsaan 2000, 1-16.

Abdul Rahim Abu & Mohd Sharifudin Yusop. 2014. Sikap kanak-kanak Orang Asli di bandar
raya Kuala Lumpur terhadap penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu, 4(2) Nov.: 57-66

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-


2025. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum

Noraini Idris. 2010. Penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill Education.

Nur Khazinatul Fateha Kamarruddin & Zamri Mahamod. 2016. Sikap, motivasi dan
kemahiran abad ke-21 dalam kalangan pelajar Bahasa Melayu. Prosiding Seminar
Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu & Pendidikan Kesusasteraan Melayu Kali
Kelima, 2016, 373-392.

Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi. 2005. Penggunaan strategi pembelajaran bahasa
untuk menguasai kemahiran membaca. Jurnal Teknologi, 42 (E): 1-18.

4
LAMPIRAN

You might also like