You are on page 1of 57

Kesimpulan.

Setelah membincangkan mengenai pendekatan, teori, kaedah, model dan teknik, dapatlah
dirumuskan bahawa pengetahuan secara holistik merupakan satu keperluan yang mendesak di
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran penulisan. Sememangnya, tiada pendekatan, kaedah
atau teknik khusus di dalam menghasilkan kualiti dan kuantiti cemerlang di dalam pengajaran
penulisan tetapi guru-guru mempunyai seleksi yang luas dengan kepelbagaian pendekatan
dan konsep yang telah dibincangkan di atas.

Keutamaan adalah memastikan objektif

pengajaran berkesan mencapai matlamatnya.


Di antara ciri pengajaran berkesan ialah kepelbagaian penyampaian dan kejelasan
penyampaian oleh guru.

Di antara objektif penulisan ialah memperkembangkan imaginasi

dan pemikiran kritis murid-murid

di samping menyediakan murid-murid yang

berpengetahuan menyampaikan maksud melalui penulisan yang betul.

Di samping

menitikberatkan proses penulisan yang sesuai, tidak ketinggalan juga ialah pemuliharaan
hukum bahasa baku yang melibatkan tatabahasa, ejaan, kosa kata serta sebutan yang betul di
dalam aktiviti menulis dan membaca.
Teori Mental
Ahli pemikir kognitif juga terlibat melahirkan teori mentalis yang juga dikenali sebagai Koda
Kognitif atau Innatis ini. Teori ini menegaskan bahawa bahasa adalah aktiviti mental, milik
istimewa manusia yang dikurnia bersama-sama kelahirannya. Teori ini menekankan bahawa
pengetahuan bahasa, tafsiran makna seseorang dilahirkan oleh proses di dalam otak dan saraf.
Oleh itu, George A. Miller direkodkan sebagai mencatatkan bahawa proses mental dilakukan
oleh seorang pendengar apabila menghadapi pertuturan yang meliputi proses memadan,
menerima, mentafsir, memahami dan mempercayai.
Di antara ciri-ciri teori mentalis yang berkait rapat dengan pengajaran penulisan ialah
2.3.1.Semenjak dilahirkan, manusia sudah dibekalkan dengna jentera penguasaan bahasa.
Manusia mempunyai kebolehan semula jadi untuk merumus dan membentuk ayat-ayat
mengikut sistem bahasa yang mereka ada.

2.3.2. Kecekapan yang merupakan formula-formula atau tatacara bahasa sudah berada di
dalam mental manusia. Manakala prestasi yang merupakan penggunaan atau pendapatan
daripada apa yang berada di dalam stor mental manusia. Kedua-dua elemen ini saling kait
mengait mengikut teori mentalis.
2.3.3.Murid-murid mesti diajar dengan ayat yang gramatis, iaitu yang sempurna menurut
hukum hakam tatabahasa kerana ia memainkan peranan penting dalam proses pembentukan
ayat.
2.3.4.Kemahiran membaca dan menulis adalah keutamaan dan kemahiran tatabahasa pula
hendaknya diajar secara formal.
Rohayati Mohd Sidek. (2012). http://rohayatisidek.blogspot.com/p/pengenalan.html

KAEDAH PENGAJARAN PENULISAN

Penulisan yang baik adalah penulisan yang berdasarkan beberapa perkara dan perancangan
yang jitu. Seseorang pelajar boleh memperoleh markah penuh jika penulisan mempunyai
perkara yang ditetapkan iaitu pengenalan, isi-isi dan juga penutup. Sekiranya penulisan yang
dihasilkan tidak mencakupi perkara-perkara tadi, markah pelajar tersebut tidak akan
mencapai tahap baik atau cemerlang.

2.1.1 Pengenalan Dalam Penulisan

Setiap penulisan atau karangan mesti dimulakan dengan pendahuluan atau pengenalan.
Pendahuluan mestilah diolah dengan baik untuk menggambarkan keseluruhan idea yang ingin
disampaikan kepada pembaca. Melalui perenggan ini, pembaca boleh membuat tanggapan
awal terhadap kualiti sesebuah karangan. Tanggapan yang baik akan menarik minat atau
meransang pembaca untuk membaca hasil penulisan dari awal hingga ke akhir karangan.
Pengenalan dibuat dalam satu perenggan sahaja, memadai tiga atau empat ayat. Pendahuluan

yang menarik sewajarnya mengandungi satu perenggan sahaja, definisi frasa-frasa penting
dan ungkapan yang bersesuaian dengan tajuk soalan.

2.1.2 Isi-isi

Isi-isi hendaklah mengikut kehendak sesuatu tajuk penulisan itu. Pelajar perlu merangka atau
menulis sekurang-kurangnya empat isi. Isi yang kurang boleh menjejaskan markah penulisan
seseorang pelajar.Isi-isi hendaklah disusun dengan teratur dan berkait antara satu sama lain.
Isi utama mestilah didahulukan. Setiap isi perlulah ditulis dalam perenggan yang berasingan.
Pelajar-pelajar tidak digalakkan untuk menulis dua atau lebih isi dalam satu
perenggan.Biasanya dalam satu perenggan terdapat isi utama dan isi sampingan. Isi utama
menerangkan persoalan pokok atau isi penting berkaitan tajuk manakala isi sampingan lebih
kepada huraian tentang isi utama dan disertakan contoh-contoh. Dalam mendapatkan isi yang
tepat dan berkualiti, pelajar hendaklah banyak membaca yang dapat memberi ilmu
pengetahuan dan juga maklumat-maklumat terkini. Selain membaca, pengalaman sedia ada
juga membantu pelajar-pelajar menghasilkan penulisan yang mantap.

2.1.3 Penutup

Penutup adalah rumusan atau kesimpulan bagi sesuatu penulisan. Seperti pengenalan yang
boleh memberi kesan kepada pembaca, penutup juga hendaklah memberikan sesuatu
kepuasan kepada pembaca. Rumusan atau kesimpulan seharusnya berkisar pada isu yang
dibincangkan dalam perenggan isi dan perkembangan isi Kesimpulan yang dibuat heruslah
jelas dan tepat dengan isu yang telah ditulis. Kesimpulan yang baik adalah kesimpulan yang
boleh dilahirkan sendiri oleh pelajar. Elakkan penulisan ditamatkan dengan persoalan yang
tiada jawapan atau penulisan ditamatkan secara mengejut atau tergantung.

2.2 Kaedah Pengajaran Guru

Tidak ada satu pendekatan, kaedah dan teknik yang paling sesuai digunakan di dalam bilik
darjah, melainkan masing-masing perlu disesuaikan dengan topik penulisan yang hendak
diajar. Ini bergantung kepada kebijaksanaan guru kerana yang penting ialah pelajar boleh
turut serta dan aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di dalam bilik darjah.
Pengajaran dan pembelajaran mestilah berpusatkan pelajar. Guru hendaklah bertindak sebagai
pemudah cara.

Raimes mengemukakan empat pendekatan pengajaran penulisan wacana iaitu Pendekatan


Terkawal, Pendekatan Bebas, Pendekatan Pola-Perenggan, dan Pendekatan Komunikatif
( Juriah Long dan rakan-rakan, 1990:214)

2.2.1 Pendekatan Terkawal

Melalui pendekatan ini, guru dapat memandu dan mengawal pelajar daripada melakukan
kesalahan. Pada peringkat awal, guru mengawal secara menyeluruh. Namun begitu, pelajar
masih diberikan kebebasan untuk memilih perbendaharaan kata atau struktur ayat mereka
sendiri.

Sebagai contoh, bentuk-bentuk kawalan yang diberikan oleh guru adalah dengan
menyediakan sebuah penulisan yang menghendaki pelajar mengisi tempat-tempat kosong
dengan perkataan yang sesuai; guru memberikan senarai frasa yang berkaitan dengan sesuatu
topik dan pelajar perlu membina ayat untuk melengkapkan frasa; guru mengambil satu
petikan yang menggambarkan sesuatu kejadian atau peristiwa kemudian pelajar disuruh
menggambarkan semula keseluruhan pengalaman berdasarkan kejadian itu.

2.2.2 Pendekatan Bebas

Pendekatan ini memberi kebebasan kepada pelajar untuk menyuarakan pendapat mereka
tentang sesuatu topik penulisan. Walau bagaimanapun, pendekatan ini hanya sesuai
digunakan bagi pelajar yang sudah dapat menguasai bahasa dengan baik. Misalnya dalam
pengajaran penulisan wacana yang ada hubung kait dengan masalah gejala sosial dalam
kalangan remaja, guru boleh keratan-keratan akhbar untuk ditunjukkan kepada pelajar dan
menyuruh mereka memberikan pendapat melalui aktiviti sumbang saran. Melalui cara ini
pelajar akan lebih berminat, aktif dan dapat meningkatkan motivasi dan keyakinan.

Zamzuru Mohamad.(April 2010). http://retibasa.blogspot.com/2010/04/pengajaranpembelajaran-penulisan.html

1. Pengenalan
Tugasan ini memberi tumpuan kepada pendekatan, kaedah dan teknik yang perlu
dilaksanakan oleh guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Untuk menjawab tugasan
ini, para pelajar diminta memberi pandangan berdasarkan pendapat yang mengatakan bahawa
tidak ada satu pun pendekatan, kaedah dan teknik yang paling sesuai digunakan dalam bilik
darjah, kecuali setiap pendekatan, kaedah dan teknik tersebut disesuaikan dengan tajuk
penulisan yang hendak diajar. Para pelajar juga dikehendaki mengaitkan pandangan mereka
dengan dua pendekatan pengajaran penulisan yang dikemukakan oleh Raimes. Selain itu,
para pelajar juga dikehendaki merangka satu model pengajaran berdasarkan kaedah
bergambar dan carta.

Dalam tugasan ini, saya akan membincangkan perkara-perkara yang dikehendaki berdasarkan
soalan yang dikemukakan dengan mengikut panduan yang telah diberikan oleh tutor. Perkara

yang akan saya bincangkan dalam tugasan ini ialah tentang definisi pendekatan, kaedah dan
teknik pengajaran secara umum. Kemudian, saya akan menjelaskan tentang pendekatan
pengajaran penulisan yang dikemukakan oleh Raimes. Seterusnya, saya akan mengemukakan
pendapat dan pandangan saya tentang kesesuaian pendekatan pengajaran penulisan yang
dikemukakan oleh Raimes dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Untuk menjawab soalan kedua dalam tugasan ini, saya akan memilih gambar dan carta yang
sesuai untuk membina model pengajaran sebagaimana kehendak soalan. Saya juga akan
membuat rujukan untuk mendapatkan bahan-bahan yang berkaitan dan berbincang dengan
rakan-rakan serta tutor untuk menghasilkan tugasan yang baik. Saya berharap agar tugasan
yang akan saya jalankan akan menepati kehendak soalan.

2. Definisi Pendekatan, Kaedah dan Teknik


Kebanyakan orang sukar untuk membezakan antara konsep pendekatan, kaedah serta teknik
pengajaran. Apa lagi terdapat orang yang menganggap bahawa semua istilah tersebut adalah
sama dengan cara pengajaran sahaja. Ini adalah suatu perkara yang harus diberi perhatian
yang serius kerana konsep-konsep tersebut adalah merupakan asas untuk membentuk sesuatu
rancangan pelajaran harian yang sempurna oleh seseorang guru. Penjelasan tentang
perhubungan di antara keempat-empat konsep adalah amat berguna bagi guru-guru supaya
ilmu pedagogi yang dipelajari itu dapat diamalkan di dalam bilik darjah.

Berdasarkan beberapa sumber rujukan, saya akan memberi sedikit sebanyak penjelasan
tentang pendekatan, kaedah serta teknik pengajaran serta hubungan antara satu sama lain.
Walau pun difikirkan bahawa konsep-konsep itu merupakan asas dalam perbincangan
pedagogi tetapi kebanyakan pengarang buku pedagogi masih samar-samar tentang konsepkonsep tersebut.

Untuk menjelaskan konsep-konsep tersebut, perbincangan akan bermula dengan kaedah


pengajaran dan diikuti oleh teknik pengajaran. Selepas kita telah jelas mengenai kedua-kedua
konsep tersebut maka kita akan meneliti konsep pendekatan pengajaran. Akhir sekali kita
akan mengulas perhubungan kesemua konsep tersebut dalam situasi pengajaran.

Sebelum kita membincangkan konsep kaedah pengajaran adalah eloknya kita memikirkan
secara umum pengertian kaedah. Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau
aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada
sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat.

Lantaran itu, jika kita ingin memasak ikan maka kita perlu fikirkan apakah kaedah-kaedah
memasak yang kita boleh gunakan. Sudah tentunya, kaedah-kaedah yang biasa kita gunakan
ialah seperti menggoreng, merebus, memanggang atau mengukus. Begitu juga kalau kita
diminta memberi kaedah-kaedah menyepak bola kita akan menyatakan kaedah-kaedahnya
adalah seperti sepakan sering, sepakan tinggi, sepakan grounder, sepakan banana serta
bermacam-macam lagi. Satu lagi contoh ialah jika kita ingin peri memburu harimau di dalam
hutan, kaedah-kaedah yang kita boleh gunakan adalah seperti menembak dengan senapang,
memanah, menjerat, menikam atau menombak.

Andaikan kita ingin memasak ikan dengan kaedah menggoreng. Maka sudah tentu kita perlu
memiliki kemahiran-kemahiran yang khusus dalam menjayakan kaedah tersebut. Kemahiran
khusus tersebut adalah dimaksudkan sebagai teknik. Sebab itu, bolehlah kita menyatakan
bahawa semua kaedah mempunyai teknik-teknik tertentu yang disusun dengan sistematik.
Umpamanya untuk menggoreng ikan, kita mesti memanaskan kuali terlebih dahulu sebelum
mencurahkan minyak ke dalamnya. Untuk mengelakkan ikan melekat pada kuali, suatu lagi
teknik ialah memasukkan sedikit garam ke dalam minyak yang telah panas di kuali. Api juga
perlu dikawal supaya tidak terlalu panas. Kesemua tindakan yang khusus ini adalah disebut
sebagai teknik menggoreng. Teknik-teknik untuk kaedah memasak ikan secara memanggang
pula adalah amat berbeza.

Untuk menjelaskan lagi hubungan kaedah dengan teknik, kita boleh ambil contoh memburu
harimau. Kalau kita hendak memburu harimau dengan kaedah memanah maka tekniktekniknya adalah seperti meneliti arah angin, kemahiran memegang ibu panah, gerakan
tangan untuk membuat sasaran, kedudukan kaki serta tindakan menarik nafas.

Dalam zaman atom ini, sudah tentu kaedah memburu harimau dengan kaedah memanah tidak
begitu berkesan. Jadi, walaupun seorang pemanah itu betul-betul mahir dan telah menguasai
segala teknik memanah dengan seratus peratus, maka kemungkinan besar ia dimakan oleh
harimau. Itu sebabnya kaedah memburu yang dipilih adalah kurang sesuai walaupun teknikteknik kaedah itu adalah baik.

Oleh itu, untuk menjayakan sesuatu yang kita ingini kaedah yang dipilih mestilah disertai
dengan teknik-teknik yang betul. Memilih kaedah yang tepat tanpa menguasai teknik-teknik
yang baik menurut kaedah tersebut tidak akan menjaminkan tercapainya matlamat kaedah
yang diingini.

Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai
urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk
menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain.
Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti cercerita, perbincangan, bermain, latih
tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan,
projek, soalan atau Socratik dan lain-lain lagi.

Menurut Mangantar Simanjuntak (1982), kaedah ialah satu rencana (prosedur) yang
menyeluruh untuk mengajar sesuatu bahan bahasa, yang secara keseluruhannya mestilah
didasarkan kepada pendekatan yang digunakan.

Parera (1986), mendefinisikan kaedah sebagai satu rancangan menyeluruh untuk


menyampaikan secara teratur bahan-bahan bahasa, tidak ada bahagian-bahagiannya yang
saling bertentangan dan semuanya berdasarkan pendekatan.

Selain itu, kaedah juga boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan tentang apa yang akan
dilaksanakan sesuai dengan situasi bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran (Ishak Ramly,
2006).

Edward M. Anthony (1963), mengatakan bahawa kaedah ialah cara atau peraturan membuat
sesuatu. Beliau juga mendefinisikan kaedah sebagai satu siri tindakan guru yang sistematik
dengan tujuan mencapai objektif pengajaran spesifik dalam jangka masa pendek. Selain itu,
beliau berpendapat bahawa kaedah ialah satu ikhtiar keseluruhan dikehendaki dalam satu
prosedur yang tersusun berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih.

Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam
sesuatu kaedah. Teknik ialah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karangmengarang dan sebagainya (Kamus Dewan Edisi ketiga). Edward M. Anthony (1963),
mendefinisikan teknik sebagai satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh
guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian
bahasa tertentu. Beliau juga mengatakan bahawa teknik ialah kemahiran guru yang digunakan
untuk pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktivitipengajaran dan
pembelajaran.

Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1988), berpendapat bahawa teknik
pengajaran ialah pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik
darjah dimana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Jika seseorang guru itu tidak
dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah maka kemungkinan besar
matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.

Misalnya katakanlah seorang ingin menggunakan kaedah bercerita untuk mengajar sesuatu
tajuk pelajaran. Teknik-teknik bercerita yang dimaksudkan ialah kawalan nada suara,
penggunaan alatan yang berkenaan, kemahiran mengekalkan minat murid, gerakan tangan
"facial expression", serta kedudukan murid-murid semasa aktiviti bercerita itu berlangsung.

Kaedah mengajar seperti syarahan juga mempunyai teknik-teknik yang tersendiri. Teknikteknik syarahan adalah seperti mempelbagaikan nada sera kadar percakapan, bahasa yang
sesuai, penggunaan OHP, garis kasar kuliah yang disampaikan, menyoal soalan-soalan yang
mencabar pemikiran pelajra dan lain-lain lagi.

Satu lagi contoh kaedah mengajar ialah kaedah soalan. Jika kita ingin mengajar dengan
kaedah soalanmaka kita pelu menggunakan teknik-teknik menyoal yang baik seperti soalansoalan yang ditanya haruslah jelas dan tepat, pelajar-pelajar diberi masa untuk memikirkan
jawapan soalan sebelum sesiapa dipanggil untuk menjawab, layanan yang munasabah bagi
semua tindak balas daripada murid, suara haruslah jelas, mempelbagaikan soalan-soalan yang
ditanya dan sebagainya.

Jadi jika kita hendak mengajar seseorang berenang kita haruslah memilih kaedah-kaedah
yang sesuai. Kaedah seperti perbincangan serta syarahan sudah tertentu tidak berkesan.
Kaedah pengajaran seperti demostrasi adalah lebih sesuai. Meskipun demikian, untuk
memastikan bahawa demostrasi itu berjaya kita mesti menguasai teknik-teknik demostrasi.

Sebagai kesimpulan, apabila kita menyebut teknik pengajaran, kita mesti bertanya teknik
pengajaran untuk kaedah apa. Setiap kaedah pengajaran mesti mempunyai teknik-teknik yang
tertentu.

Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju
sesuatu sasaran. Dalam pengertian yang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come

near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatanpendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu.

Sebagai contoh, pendekatan-pendekatan memasak ikan yang kita boleh gunakan ialah seperti
pendekatan Timur atau pendekatan Barat. Bagi pendekatan Barat, kita dapati keutamaan
ditegaskan pada nilai kalori, nilai makanan dari segi zat makanan dan ciri-ciri makanan
seimbang. Bagi pendekatan Timur pula, keutamaan adalah diberi kepada rasa seperti rupa
makanan tetapi tidak begitu mementingkan nilai kalori atau ciri-ciri makanan seimbangan.
Pendekatan Barat ini adalah amat berkaitan dengan perkembangan sains dan teknologi
pemakanan yang mempunyai prinsip-prinsip makanan serta hubungannya dengan kesihatan.

Suatu lagi contoh tentang pendekatan melakukan sesuatu ialah pendekatan seseorang dalam
belajar bermain tenis. Dia boleh menggunakan pendekatan profesional atau pendekatan
konvensional (tradisional atau acquired) atau biasa. Bagi pendekatan profesional, semua
kaedah bermain dipelajari berdasarkan prinsip-prinsip sains yang sangat bersistematik.
Manakala bagi pendekatan konvensional, kaedah-kaedah bermain dipelajari berdasarkan
pengalaman, perbincangan informal serta dengan pemerhatian.

Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau
memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa
mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Parera (1986), mengatakan bahawa pendekatan
merupakan satu latar belakang falsafah atau pandangan mengenai idea utama yang hendak
dibahaskan dan merupakan satu aksioma (pernyataan yang diterima umum dan menjadi asas
kepada sesuatu huraian).

Kamarudin Hj. Husin (1988), mendefinisikan pendekatan sebagai satu kumpulan andaian
yang saling berkait tentang hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa dan hakikat
pembelajaran bahasa. Selain itu, pendekatan juga dikatakan sebagai cara atau langkahlangkah bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas seperti menyelesaikan masalah,
Kamus Dewan (1988). Edward M. Anthony (1963), berpendapat bahawa pendekatan ialah

satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta
mempunyai unsur aksiomatik.

Pendekatan-pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan


atau memberi perhatian yang lebih utama. Sebab itu, ada kalanya pendekatan menyerupai
klasifikasi pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria-kriteria
yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran. Pendekatan-pendekatan pengajaran
boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara-cara fakta disampaikan, keaktifan
pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain.

Pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti pendekatan


individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas
bercantum dan sebagainya. Pendekatan yang dimaksudkan di sini tidak menyentuh tentang
kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran. Guru adalah bebas memilih kaedah yang
difikirkan wajar bagi setiap pendekatan tersebut.

Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah pendekatan


induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan dari segi isi mudah ke isi
susah dan pendekatan dari isi maujud ke isi abstrak.

Pendekatan yang memberi tumpuan kepada pengajar disebut sebagai pendekatan


memusatkan guru manakala pengajaran yang mementingkan murid disebut sebagai
pendekatan memusatkan murid. Kaedah-kaedah yang seiring dengan pendekatan yang
memusatkan guru adalah seperti kaedah syarahan dan kaedah demonstrasi manakala kaedahkaedah pengajaran yang selari dengan pendekatan pengajaran yang memusatkan murid
adalah seperti kaedah menyelesaikan masalah, kaedah bermain dan kaedah perbincangan
kumpulan.

Terdapat juga pendekatan-pendekatan yang digunakan untuk mengajar beberapa mata


pelajaran mengikut tema-tema pelajaran. Contohnya pengajaran dalam Alam dan Manusia
menggunakan pendekatan interdisiplin atau pendekatan bersepadu. Ini adalah kerana
beberapa mata pelajaran seperti Sejarah, Geografi dan Kesihatan digabungkan menjadi suatu
mata pelajaran yang baru. Pendekatan ini adalah sama dengan pengajaran Sains Panduan di
mana Biologi, Fizik serta Kimia digabungkan dan diajar mengikut tema-tema tertentu.

Akhirnya, dalam pengajaran bahasa terdapat pendekatan-pendekatan seperti pendekatan


komunikasi, pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan terjemahan dan
pendekatan nahu. Pendekatan-pendekatan ini timbul berasaskan teori-teori pembelajaran
yang berbentuk mentalis atau behavioris. Contohnya jika kita mengikut teori mentalis atau
kognitif maka pendekatan yang digunakan adalah seperti pendekatan terjemahan dan
pendekatan nahu. Bagi teori behavioris atau SR maka pendekatan pengajaran yang digunakan
adalah pendekatan komunikasi dan situasi.

Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak umum dan ia
seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan bagaimana caranya
untuk menuju haluan itu. Cara-cara yang digunakan untuk menuju arah yang ditetapkan oleh
sesuatu pendekatan pengajaran adalah kaedah-kaedah pengajaran.

Secara keseluruhannya, pendekatan adalah bersifat aksiomatik dan menggambarkan hakikat


bahasa dan proses belajar bahasa yang dijadikan landasan untuk menyusun kaedah mengajar.
Kaedah pula adalah bersifat prosedur dan teknik merupakan perlaksanaan kaedah dalam
kelas. 3. Pendekatan Pengajaran Penulisan

3.1 Pendekatan pengajaran Penulisan Raimes


Terdapat pelbagai pendekatan, kaedah, danteknik yang dapat diaplikasikan dalam pengajaran
aspek-aspek bahasa termasuk pengajaran penulisan wacana. Tidak ada satu pendekatan,
kaedah dan teknik yang paling sesuai digunakan di dalam bilik darjah, melainkan masing-

masing perlu disesuaikan dengan topik penulisan yang hendak diajar. Ini bergantung kepada
kebijaksanaan guru kerana yang penting ialah pelajar dapat turut serta dan aktif dalam
aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di dalam bilik darjah. Pengajaran dan pembelajaran
mestilah berpusatkan pelajar. Guru hendaklah bertindak sebagai pemudah cara.

Raimes mengemukakan empat pendekatan pengajaran penulisan wacana iaitu Pendekatan


Terkawal, Pendekatan Bebas, Pendekatan Pola-Perenggan, dan Pendekatan Komunikatif
( dalam Juriah Long dan rakan-rakan, 1990:214)

i.

Pendekatan Terkawal

Melalui pendekatan ini, guru dapat memandu danmengawal pelajar daripada melakukan
kesalahan. Pada peringkat awal, guru mengawal secara menyeluruh. Namun begitu, pelajar
masih diberikan kebebasan untuk memilih perbendaharaan kata atau struktur ayat mereka
sendiri.

Sebagai contoh, bentuk-bentuk kawalan yang diberikan oleh guru adalah dengan
menyediakan sebuah penulisan yang menghendaki pelajar mengisi tempat-tempat kosong
dengan perkataan yang sesuai; guru memberikan senarai frasa yang berkaitan dengan sesuatu
topik dan pelajar perlu membina ayat untuk melengkapkan frasa; guru mengambil satu
petikan yang menggambarkan sesuatu kejadian atau peristiwa kemudian pelajar disuruh
menggambarkan semula keseluruhan pengalaman berdasarkan kejadian itu.

ii.

Pendekatan Bebas

Pendekatan ini memberikebebasan kepada pelajar untuk menyuarakan pendapat mereka


tentang sesuatu topik penulisan. Walau bagaimanapun, pendekatan ini hanya sesuai
digunakan bagi pelajar yang sudah dapat menguasai bahasa dengan baik. Misalnya dalam
pengajaran penulisan wacana yang ada hubung kait dengan masalah penggunaan dadah
dalam kalangan remaja, guru boleh keratan-keratan akhbar untuk ditunjukkan kepada pelajar

dan menyuruh mereka memberikan pendapat melalui aktiviti sumbang saran. Melalui cara ini
pelajar akan lebih berminat, aktif dan dapat meningkatkan motivasi dan keyakinan.

iii.

Pendekatan Komunikatif

Dell Hymes yang merupakan pengasas pendekatan ini antara lain menyatakan bahawa
kecekapan komunikatif merupakan penguasaan bahasa secara naluri yang dimiliki oleh
seseorang pelajar, iaitu keupayaan pelajar mengguna dan memahami bahasa secara wajar
dalam proses berkomunikasi dan berinteraksi dengan individu lain dan jalinannya dengan
konteks sosial.

Pendekatan ini menegaskan tentang seseorang yang sudah mempunyai pengetahuan tentang
struktur bahasa dan kebolehan membina ayat-ayat yang gramatis. Ini tidak bermakna dia
sudah dapat berkomunikasi dengan baik dan berkesan memandangkan kecekapan berbahasa
dan berkomunikasi itu juga menitikberatkan unsur-unsur lain yang boleh mempengaruhi
mereka, seperti aspek-aspek sosiolinguistik dan psikolinguistik.

Sebagai contoh, penulisan tentang kemajuan teknologi perubatan mestilah memasukkan kata
atau frasa yang ada hubung kait dengan teknologi tersebut, iaitu laras bahasa perubatan. Oleh
itu, pendekatan ini membolehkan pelajar menggunakan bahasa yang sesuai untuk tujuan
berkomunikasi termasuk dalam penulisan.

Dengan menggunakan pendekatan ini, dapat dikatakan bahawa pelajar menulis adalah untuk
dibaca oleh orang lain atau masyarakat. Justeru, guru perlu memastikan dan menggalakkan
pelajar menulis sama seperti dalam situasi kehidupan seharian mereka. Dalam hal ini, guru
harus menyatakan kepada pelajar bahawa penulisan yang dihasilkan adalah untuk dinikmati
oleh pembaca termasuk penulisan pelajar lain di dalam bilik darjah.

iv.

Pendekatan Pola-Perenggan

Pendekatan ini mengutamakan ciri-ciri pembentukan perenggan yang baik. Ini dapat melatih
pelajar supaya berkeupayaan untuk memberikan pendapat dalam perenggan dengan kemas
dan teratur. Selain itu,pendekatan ini juga dapat membantu pelajar mengetahui cara-cara
meringkaskan penulisan dengan baik.

Antara latihan yang boleh diaplikasikan seperti latihan mengkaji contoh-contoh perenggan
yang baik, menyusun ayat-ayat yang disediakan guru dalam satu perenggan yang kemas,
pelajar mengenal pasti, memilih dan meninggalkan isi-isi untuk dimasukkan dalam satu
perenggan dan pelajar mencari isi penting dan isi bantu dalam sesuatu perenggan.

3.2 Kesesuaian Pendekatan Pengajaran Penulisan Raimes


Kaedah dan teknik pengajaran dalam bilik darjah amat penting untuk memastikan pelajar
dapat memahami dan mengaplikasi hasil daripada pengajaran yang dilaksanakan. Penulisan
wacana sekolah menengah juga mempunyai banyak kaedah pengajaran yang boleh digunakan
bagi memastikan pelajar dapat menulis dengan baik. Namun, pendapat mengatakan bahawa
tidak ada satu pun pendekatan, kaedah, atau teknik yang paling sesuai digunakan dalam bilik
darjah kecuali setiap pendekatan, kaedah dan teknik tersebut disesuaikan dengan tajuk
penulisan yang hendak diajar.

Raimes telah mengemukakan empat pendekatan pengajaran penulisan wacana iaitu


Pendekatan Terkawal, Pendekatan Bebas, Pendekatan Komunikatif dan Pendekatan PolaPerenggan. Terdapat dua pendekatan yang menarik perhatian saya iaitu Pendekatan Terkawal
dan Pendekatan Bebas. Saya juga bersetuju dengan pendapat di atas yang mengatakan
bahawa tidak ada satu pun pendekatan, kaedah dan teknik yang paling sesuai digunakan
dalam bilik darjah kerana setiap guru mempunyai pendekatan yang berbeza untuk
menyampaikan sesuatu pelajaran. Selain itu, faktor pelajar juga mendorong guru untuk
menggunakan pendekatan yang berlainan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Dengan kata lain, murid yang berbeza memerlukan pendekatan yang berbeza.

Berdasarkan Pendekatan Terkawal yang diperkenalkan oleh Raimes, para pelajar melakukan
aktiviti mengikut panduan yang diberikan oleh guru. Pada pendapat saya, pendekatan ini
sesuai untuk diaplikasikan kepada pelajar-pelajar yang lemah atau masih belum menguasai
sesuatu kemahiran dengan baik. Ini kerana aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan
pendekatan ini adalah lebih mudah dan akan dapat dilakukan oleh murid-murid yang lemah.
Sebagai contoh, murid-murid hanya perlu mengisi tempat kosong dengan perkataan yang
diberi untuk melengkapkan sebuah karangan.

Sekiranya murid-murid telah menguasai sesuatu kemahiran dengan lebih baik, kelonggaran
akan diberikan kepada murid-murid tersebut untuk melakukan aktiviti yang lebih mencabar.
Ini bermakna murid-murid tersebut mempunyai sedikit kebebasan untuk menjalankan aktiviti
mengikut daya pemikiran atau kemampuan mereka tetapi masih dikawal oleh guru. Sebagai
contoh, jika pada peringkat awal murid-murid hanya mengisi tempat kosong dengan
perkataan yang sesuai untuk melengkapkan karangan, pada peringkat ini murid-murid akan
melengkapkan ayat dengan menggunakan frasa yang diberi. Ini menunjukkan bahawa pada
peringkat ini latihan yang diberi adalah lebih mencabar berbanding dengan peringkat awal.

Jelas kepada kita bahawa Pendekatan Terkawal memulakan proses pengajaran daripada
mudah kepada perkara yang lebih susah atau daripada konkrit kepada abstrak. Pendekatan ini
memang sesuai untuk murid-murid yang lemah seterusnya dapat memberi motivasi kepada
mereka untuk terus belajar kerana aktiviti yang dijalankan adalah bersesuaian dengan
kebolehan mereka. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang agak sukar dan tidak sesuai
dengan kebolehan murid-murid akan mematahkan semangat mereka untuk terus belajar. Oleh
itu, guru perlu memainkan peranan untuk memberi bimbingan kepada para pelajar sama ada
secara kelas, kumpulan atau individu agar mereka tidak mudah berasa jemu atau
memudahkan mereka untuk menyiapkan sesuatu tugasan.

Dengan menggunakan Pendekatan Terkawal, para pelajar akan diberi panduan dan bimbingan
sepenuhnya. Jadi, mereka akan dapat belajar tentang sesuatu perkara dengan menggunakan
bahan-bahan yang diberi oleh guru sebagai contoh untuk melaksanakan tugasan yang baru.
Misalnya, jika guru memberi lembaran kerja yang mengandungi format surat rasmi untuk

dilengkapkan oleh murid-murid, mereka akan dapat menjadikan format surat rasmi tersebut
sebagai contoh untuk menulis surat rasmi yang lain dengan tajuk yang berbeza. Jadi, mereka
akan dapat mempelajari sesuatu perkara berdasarkan contoh yang diberi tanpa melakukan
banyak kesalahan.

Berdasarkan pengalaman, para pelajar yang lemah biasanya tidak mampu untuk berfikir
secara mendalam tentang sesuatu perkara dan tidak dapat mengemukakan pendapat atau idea
yang berkaitan dengan sesuatu tajuk tanpa bantuan atau bimbingan daripada guru. Mereka
juga agak malas untuk berfikir. Kadangkala mereka akan mengemukakan pendapat atau
pandangan yang tidak logik atau tidak berkaitan dengan topik yang dibincangkan. Oleh itu,
guru perlu memainkan peranan untuk menggalakkan para pelajar mengemukakan pendapat
dengan memberi gambaran tentang sesuatu perkara atau tajuk yang dibincangkan. Dengan
ini, mereka akan berasa lebih yakin untuk memberikan pendapat dan sudah pasti pendapat
atau idea yang dikemukakan tidak akan terpesong.

Berdasarkan keterangan di atas, jelaslah kepada kita bahawa Pendekatan Terkawal yang
diperkenalkan oleh Raimes ini sesuai diaplikasikan kepada pelajar-pelajar yang lemah. Ini
kerana mereka agak pasif dan masih belum menguasai sesuatu kemahiran dengan baik.
Dengan adanya bimbingan dan latihan yang berterusan, murid-murid pasti akan dapat
menguasai sesuatu kemahiran itu sedikit demi sedikit. Pendekatan ini tentu sekali tidak sesuai
untuk diaplikasikan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang kerana mereka lebih aktif,
berfikiran terbuka dan mampu mengemukakan pendapat mereka berdasarkan sesuatu tajuk
yang dibincangkan. Jadi, pendekatan ini tidak sesuai untuk mereka kerana akan membataskan
pemikiran mereka dan membuatkan mereka berasa terkongkong. Pendekatan yang lebih
sesuai perlu digunakan untuk murid-murid yang aktif.

Satu lagi pendekatan pengajaran penulisan Raimes yang saya pilih ialah Pendekatan Bebas.
Pendekatan Bebas sesuai digunakan untuk mengajar murid-murid yang aktif dan telah
menguasai kemahiran bahasa dengan baik. Melalui pendekatan ini, murid-murid diberi
kebebasan untuk mengemukakan idea atau pendapat tentang isu-isu atau tajuk yang
dibincangkan. Pendekatan ini dapat meningkatkan daya imaginasi dan pemikiran pelajar agar

mereka berfikir dengan lebih kreatif dan kritis. Pelajar juga akan dapat menggunakan
pengetahuan sedia ada mereka untuk mengemukakan pendapat yang bernas atau
menyelesaikan masalah yang dikemukakan. Ini akan menggalakkan murid-murid supaya rajin
membaca dan mencari maklumat untuk menambah pengetahuan mereka.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk Pendekatan Terkawal dan Pendekatan Bebas
adalah berbeza. Antara aktiviti yang sesuai untuk Pendekatan Bebas ialah perbincangan dan
sumbang saran. Melalui aktiviti tersebut murid-murid bebas memberi pendapat dan
pandangan mereka berdasarkan pengetahuan sedia ada. Mereka juga dapat bergerak aktif
semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Sebagai contoh, guru
mengemukakan soalan atau isu yang perlu dibincangkan. Kemudian, murid-murid
membentuk kumpulan dan berbincang tentang perkara tersebut. Selepas itu, wakil kumpulan
akan membentangkan hasil perbincangan mereka. Aktiviti sebegini akan memberi peluang
kepada murid-murid untuk bergerak aktif dan menghilangkan rasa bosan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.

Kesimpulannya, tidak ada pendekatan, kaedah atau teknik yang terbaik untuk diaplikasikan di
dalam bilik darjah. Ini kerana setiap pelajar adalah berbeza. Jadi, guru perlu lebih kreatif
untuk menyampaikan ilmu kepada para pelajar dengan menggunakan pendekatan, kaedah dan
teknik yang difikirkan sesuai berdasarkan ilmu yang hendak disampaikan agar murid-murid
dapat menerima ilmu tersebut dengan baik. Sebagai contoh, guru perlu menggunakan
pendekatan, kaedah dan teknik yang berbeza untuk mengajar murid-murid yang pandai dan
murid-murid yang lemah. Sekiranya guru menggunakan kaedah perbincangan atau sumbang
saran untuk mengajar murid-murid yang lemah, sudah pasti aktiviti pengajaran dan
pembelajaran tersebut tidak berkesan. Begitu juga jika guru menggunakan Pendekatan
Terkawal untuk mengajar murid-murid yang pandai, sudah pasti murid-murid akan berasa
bosan dan mengongkong kemahiran berfikir murid-murid. Oleh itu, guru perlu bijak memilih
dan menentukan pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai untuk mengajar murid-murid
agar pengajarannya menarik dan berkesan.

4. Model Pengajaran Penulisan

4.1 Model Pengajaran Penulisan Kaedah Bergambar dan Carta


Penggunaan kaedah ini bermaksud penulisan yang dihasilkan adalah dengan berasaskan
gambar yang dilihat dan ditunjukkan. Kebiasaannya, gambar bersiri akan digunakan sebagai
bahan bantu mengajar dan peristiwa yang terdapat dalam gambar-gambar itu akan dijadikan
bahan penulisan. Namun begitu, kaedah ini juga dapat dilaksanakan menerusi teknik
penyampaian dengan menggunakan slaid.

Teknik slaid lebih menarik dan dapat menimbulkan minat pelajar kerana menyeronokkan,
ditambah lagi dengan iringan irama muzik yang bersesuaian, umpamanya pertunjukan slaid
tentang kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan. Namun, teknik slaid memerlukan peralatan
yang tertentu. Jika menggunakan teknik ini, pelajar mesti mempunyai daya ingatan yang kuat
untuk mengingati gambar-gambarslaid yang telah ditonton.

Dalam menggunakan kaedah bergambar, terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti dalam
menyampaikan pengajaran, iaitu:
Gambar yang digunakan mestilah sesuai sebagai bahan bantu mengajar dan tahap peringkat
pelajar, disamping tidak mengenepikan aspek kualiti gambar;
Guru mengarahkan pelajar meneliti gambar yang disediakan dan memikirkan perkara-perkara
yang dapat diperkatakan mengenainya;

Pelajar disuruh mencatat idea atau isi penting yang hendak diperkatakan berdasarkan

gambar yang dilihat;

Aktiviti sumbang saran dapat dijalankan, iaitu pelajar diberikan peluang menyuarakan

pendapat dan idea mereka secara lisan dan kemudian guru menulisnya pada papan tulis,
sambil menyemak kegramatisan ayat-ayat yang diutarakan.

Guru mengadakan sesi perbincangan dengan pelajar tentang isi-isi yang diberikan dan

membuat rumusan tentang penyusunan isi-isi penting; dan

Pelajar menulis dengan berlandaskan perbincangan yang telah dilakukan.

Sementara itu, teknik carta aliran bermaksud guru mengedarkan atau

menunjukkan sebuah carta aliran berdasarkan proses-proses penghasilan sesuatu bahan atau
produk. Teknik carta aliran agak bersistematik mengikut kronologi peristiwa. Teknik ini ada
persamaan dengan teknik gambar bersiri, bahawasanya setiap proses itu digantikan dengan
frasa-frasa yang menceritakan secara ringkas apa-apa yang berlaku pada setiap peringkat
yang dipaparkan dalam carta.

Prosedur-prosedur atau peringkat-peringkat itu boleh ditunjukkan dengan menggunakan


penanda 'anak panah' atau berbentuk paparan carta. Contohnya, carta aliran yang
memperlihatkan proses membuat produk makanan. 4.2 Cara Melaksanakan Model
Pengajaran Penulisan Kaedah Bergambar Dan Carta

Pengajaran penulisan kaedah bergambar dan carta hampir sama. Oleh itu, saya menggunakan
satu model pengajaran sahaja untuk pengajaran penulisan kaedah bergambar dan carta.
Berikut ialah model pengajaran penulisan kaedah bergambar dan carta yang saya cadangkan.

Tajuk: Penternak Ayam


Bahan Bantu Mengajar : Gambar Bersiri (Lampiran)

Langkah-langkah Pengajaran

Langkah 1
Guru mengedarkan gambar kepada murid-murid. Guru meminta murid-murid supaya meneliti
aktiviti, peristiwa atau perkara-perkara penting yang dapat diperkatakan atau diceritakan
berdasarkan gambar yang diberi. Guru boleh menetapkan jumlah aktiviti atau peristiwa yang
dikehendaki bagi setiap gambar. Contohnya, guru ingin murid murid menyenaraikan dua
aktiviti atau peristiwa penting bagi setiap gambar. Selain itu, guru juga boleh memberi
kebebasan kepada murid-murid untuk mencari sebanyak mungkin aktiviti atau peristiwa
daripada setiap gambar tersebut.

Langkah 2
Murid-murid diminta mencatat perkara-perkara penting, aktiviti atau peristiwa berdasarkan
gambar yang diberi. Aktiviti ini boleh dilakukan secara individu atau kumpulan. Jika aktiviti
ini dijalankan secara individu, guru hendaklah memainkan peranan supaya aktiviti pengajaran
dan pembelajaran menjadi aktif. Sebagai contoh, guru perlu bersoal jawab dengan murid jika
tidak ada pelajar yang ingin memberi pendapat secara suka rela. Bagi pelajar-pelajar yang
lemah, guru hendaklah membimbing mereka agar mereka dapat menyatakan idea dengan
lebih yakin.

Sekiranya guru ingin menjalankan aktiviti ini secara kumpulan, guru hendaklah mengarahkan
para pelajar supaya berada dalam kumpulan masing-masing sebelum aktiviti ini dajalankan.
Setiap kumpulan perlu melantik seorang ketua dan seorang pencatat. Guru hendaklah
mengarahkan murid-murid supaya berbincang dalam keadaan yang terkawal. Murid-murid
perlu diingatkan supaya mengambil bahagian dalam sesi perbincangan. Setiap pelajar
diwajibkan mengemukakan pendapat berdasarkan perkara yang dibincangkan. Guru juga
boleh menerapkan nilai murni kepada murid-murid semasa aktiviti kumpulan dijalankan.
Contohnya, nilai bekerjasama dan bertolak ansur.

Semasa aktiviti kumpulan dijalankan, guru perlu memainkan peranan sebagai fasilitator
dengan memantau setiap kumpulan dan memberi bimbingan kepada kumpulan yang
menghadapi masalah. Seelok-eloknya, setiap kumpulan dibekalkan dengan peralatan yang

diperlukan untuk sesi pembentangan hasil kerja. Untuk peringatan, guru juga perlu
menyatakan masa yang diperuntukkan untuk sesi perbincangan supaya murid-murid tidak
terleka.

Langkah 3
Setelah selesai sesi perbincangan, setiap kumpulan dikehendaki menghantar wakil kumpulan
untuk membentangkan hasil perbincangan kumpulan masing-masing. Semasa sesi
pembentangan, seorang lagi ahli kumpulan dikehendaki mencatat idea atau isi penting yang
dibentangkan oleh pembentang kumpulannya pada papan tulis. Murid-murid atau
ahlikumpulan yang lain diminta mendengar pembentangan itu dengan teliti dan mencatat idea
atau isi penting yang dibentangkan oleh kumpulan lain.

Apabila setiap kumpulan selesai membentangkan hasil perbincangan mereka, kumpulan lain
diberi peluang untuk memberi komen tentang idea atau isi penting yang dikemukakan oleh
kumpulan tersebut. Kumpulan lain juga perlu peka terhadap idea atau isi penting yang yang
telah dikemukakan oleh kumpulan terdahulu agar tidak berlaku pertindihan idea. Idea atau isi
penting yang sama tidak perlu dibentangkan oleh kumpulan berikutnya. Selepas itu, muridmurid diminta membaca idea-idea yang tercatat pada papan tulis hasil perbincangan semua
kumpulan. Guru juga boleh memilih murid-murid secara rawak untuk membina ayat secara
lisan dengan menggunakan idea yang telah diperoleh. Kemudian, guru mengadakan
perbincangan dengan para pelajar tentang isi-isi yang diberikan dan membuat rumusan
tentang penyusunan isi-isi penting semasa menulis karangan. Di samping itu, guru juga boleh
berbincang tentang sistem bahasa yang dirasakan perlu ada dalam karangan tersebut.
Contohnya, penggunaan penanda wacana, penggunaan imbuhan, kata tugas dan lain-lain.

Langkah 4
Selepas itu, murid-murid diminta menulis karangan dengan menggunakan idea atau isi-isi
penting yang telah dibincangkan atau dibentangkan oleh setiap kumpulan. Aktiviti ini boleh
dilakukan secara individu atau kumpulan. Jika aktiviti ini dilakukan secara kumpulan,
seorang ahli kumpulan perlu menulis karangan manakala ahli yang lain membantu membina

ayat-ayat yang gramatis. Guru pula memainkan peranan sebagai fasilitator. Semasa aktiviti
ini dijalankan, guru perlu sentiasa mengingatkan para pelajar tentang kesalahan umum yang
sering dilakukan oleh kebanyakan pelajar semasa menulis.

Setelah selesai menulis, murid perlu menyemak untuk memastikan sama ada terdapat tulisan
yang kurang jelas, kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, struktur ayat yang
salah dan aspek tatabahasa yang lain.

Langkah 5
Seterusnya, beberapa kumpulan akan dipilih untuk membacakan karangan masing-masing.
Semasa wakil kumpulan membaca karangan, murid-murid lain diminta mendengar dengan
teliti dan memberi komen terhadap kesalahan yang terdapat dalam karangan tersebut,
contohnya kesalahan dari segi struktur ayat, penggunaan imbuhan dan sebagainya. Guru juga
hendaklah membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh setiap kumpulan pada masa itu juga.
Setiap kumpulan diminta membuat pembetulan terhadap kesalahan yang telah dilakukan
sebelum menghantar karangan mereka kepada guru.

Langkah 6
Guru menyemak karangan tersebut dengan teliti dan membetulkan setiap kesalahan yang
dilakukan oleh murid-murid. Selepas itu, karangan tersebut akan dipulangkan kepada muridmurid dan setiap ahli kumpulan dikehendaki menulis semula karangan tersebut dalam buku
masing-masing. Setiap kumpulan juga diminta menyediakan satu salinan karangan yang telah
dibaiki untuk ditampal di dalam kelas atau dijilid untuk dijadikan sebuah buku sebagai
rujukan murid-murid.

5. Penutup
Tugasan ini memberi penekanan kepada pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran
khususnya dalam aspek pengajaran penulisan. Setelah melaksanakan tugasan ini, saya lebih

memahami tentang pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang sepatutnya diaplikasikan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pengetahuan guru-guru
tentang pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran sangat penting untuk membolehkannya
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dengan lebih
menarik dan berkesan.

Semua guru sepatutnya mengenal pasti tahap pencapaian pelajar mereka untuk memudahkan
mereka merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta pendekatan, kaedah dan teknik
yang sesuai untuk digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah. Sesungguhnya, pengetahuan tentang pendekatan, kaedah dan teknik serta
pengaplikasiannya oleh guru-guru di dalam bilik darjah akan memberikan kesan yang positif
kepada para pelajar seterusnya akan dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam bidang
akademik. Kesimpulannya, guru-guru perlu menggunakan pendekatan, kaedah dan teknik
yang sesuai untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran demi kebaikan dan
kejayaan para pelajar.

Rujukan
Juriah Long, Raminah Hj. Sabran & Sofiah Hamid. (1990). Pendekatan mengajar bahasa
Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Kamarudin Hj. Husin. (1988). Pedagogi Bahasa. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Raminah Hj. Sabran. (1993). Kecekapan berkomunikasi dalam bahasa Malaysia. Kuala
Lumpur: Fajar Bakti.

Raminah Sabran & Rahim Syam. (1985). Kaedah pengajaran bahasa Malaysia. Petaling Jaya:
Fajar Bakti.

Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM]. (2001). Sukatan pelajaran kurikulum bersepadu


sekolah menengah bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zainol Ismail. (2003). Fokus Unggul/ UPSR Penulisan. Johor Bahru: Penerbitan Pelangi Sdn.
Bhd.

Terdapat beberapa teori pembelajaran yang dikaitkan secara langsung dengan pengajaran
penulisan tetapi tiada satupun yang disepakati secara tuntas. Ia bersangkutan dengan teori
pemerolehan bahasa iaitu rentetan peringkat perkembangan manusia daripada lahir sehingga
ia membesar. Antara teori yang dikemukakan ialah Teori behaviorisme, kognitif, mentalis dan
interaksionalis. Kesemua teori ini dikaji sehingga melahirkan teori pembelajaran bahasa yang
dipraktiskan oleh guru-guru semasa proses pembelajaran bahasa di dalam bilik darjah
berlangsung.
Monalita Mansor.(2014). http://monazman.blogspot.com/2014/01/pengajaran-penulisanefektif-di-sekolah.html

Kaedah-Kaedah Yang Digunakan dalam Pengajaran Penulisan.


Kamus Dewan mentakrifkan kaedah sebagai cara atau aturan dalam melakukan sesuatu.
Dapatlah dikatakan bahawa kaedah adalah seperangkat tindakan sistematik yang menepati
prinsip dan tatacara yang telah dipersetujui untuk dilaksanakan demi mencapai sesuatu visi.
Sharifah Alwiah Alsagof (1986) memperincikan kaedah mengajar sebagai peredaran ke arah
satu tujuan pengajaran yang telah dirancang dengan teratur. Secara amnya, segala apa
tindakan yang dilakukan guru, bahan-bahan yang digunakan untuk memberi kefahaman
kepada murid-murid untuk mencapai objektif pengajaran dikatakan kaedah seperti pendapat
Hassan Langgulung (1981), kaedah ialah jalan mencapai tujuan.
Seperti yang dinyatakan di atas, sehingga kini tiada kaedah standard atau rigid terhadap
proses pengajaran penulisan atau bahasa di sekolah.

Ia menjadi fleksibel mengikut

keupayaan murid-murid, situasi dan latar belakang mereka. Justeru, guru-guru mempunyai

peluang untuk menggunakan mana-mana kaedah yang dirasakan sesuai asal sahaja tidak
melanggar kriteria-kriteria di bawah;
3.1.1Menepati visi dan misi sukatan pelajaran Bahasa Melayu KBSR dan KSSR
3.1.2.Seiring dengan objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah digariskan
3.1.3.Berpadanan dengan keupayaan murid-murid berlandaskan pemerhatian terhadap tabiat
dan latar belakang,dan umur.
3.1.4.Kaedah juga harus berpadanan dengan keupayaan, pengalaman dan kepakaran guru itu
sendiri.
3.1.5.Pengaplikasian kaedah tersebut dapat dilaksanakan di dalam rancangan masa yang
ditetapkan.
3.1.6. Harus bersesuaian dengan kemudahan yang ada seperti prasarana dan peralatan
Teknologi Maklumat dan Komputer.
Kaedah-kaedah pembelajaran yang akan dibincangkan adalah praktis yang dilaksanakan
mengikut kesesuaian elemen-elemen yang telah digariskan di atas. Kesemuanya memerlukan
kebijaksanaan guru untuk menganalisis dan mengenalpasti kaedah terbaik yang harus
diaplikasikan sebagai sarana pengajaran untuk mencapai objektif yang telah digariskan. Di
antara kaedah-kaedah yang sedia ada

ialah kaedah natural, kaedah terus, kaedah nahu

terjemahan, kaedah oral-aural, kaedah kod-kognitif dan kaedah bahasa komuniti. Untuk
kaedah pengajaran penulisan, hanya beberapa kaedah sahaja yang relevan dibincangkan
kerana kaedah lain lebih menjuruskan kepada kemahiran membaca dan berinteraksi.
Untuk pengajaran penulisan kaedah-kaedah yang dikenalpasti ialah kaedah pengucapan
terkawal, kaedah pengucapan bebas dan kaedah retorika. Pengajaran penulisan berkait rapat
dengan kebolehan murid-murid mengumpul dan menganalisis dapatan, mencernanya dan
seterusnya mengolah idea tersebut sehingga menjadi seperangkat kata-kata yang mempunyai
makna.

Ia dikatakan aktiviti yang agak kompleks kerana memerlukan kemahiran yang

rencam.

Di dalam pengajaran penulisan karangan terdapat beberapa kaedah yang popular

yang telah diguna pakai di sekolah dan ada juga beberapa cadangan tentang kaedah yang
boleh diterapkan untuk menghasilkan penulisan yang cemerlang.

Penulisan telah dibahagikan kepada dua oleh Zainol Ismail (2003:7)

iaitu penulisan

berformat seperti surat kiriman, syarahan, ceramah, ucapan, rencana dan berita. Manakala
penulisan tidak berformat atau bebas pula adalah termasuk rangsangan bergambar,
pengalaman/cerita, melengkapkan cerita, autobiografi dan peribahasa.

Salleh Mohd Akib di

dalam Kamaruddin Hj Hussien (1988: 198) pula membahagikan penulisan kepada 3 jenis
iaitu penulisan lisan, penulisan biasa dan penulisan terkawal.
Karangan ditafsirkan sebagai proses menghasil dan menyusun ayat dengan cara yang sesuai
mengikut kehendak penulisnya atau soalan ataupun orang-orang yang berkaitan dengan apa
yang ditulis. Gao Hui-Yang menegaskan bahawa;
Komposisi harus berkompromi dan kedua-dua latihan bertulis lisan dalam erti kata lain,
kanak-kanak perlu diajar untuk menyatakan idea dalam bentuk lisan dan bertulis.

3.2.Kaedah Pengucapan Terkawal


Pincas berpendapat bahawa penulisan karangan bebas adalah proses penciptaan dan
kreativiti. Maka seharusnya ia berbeza dengan mana-mana kaedah pengajaran saintifik yang
rigid dan skema, malahan tertakluk kepada pilihan jawapan.

Jika jawapan diberikan

bersalahan dengan senarai jawapan, maka ia dianggap salah dan tidak diberi markah. Beliau
berpendapat bahawa penekanan harus diberikan secara berperingkat-peringkat bermula
daripada penggantian perkataan di dalam ayat yang berbeza bentuk kepada penggantian ayat
ayat di dalam perenggan.

Kaedah ini boleh juga dianggap kaedah terus di dalam

pembelajaran bahasa di mana guru akan memberitahu apa yang perlu dilakukan sebelum
murid dibebaskan untuk memperkembangkan istilah penggantian mereka sendiri secara
bebas.
Beliau menggariskan ciri-ciri berikut sebagai peringkat-peringkat latihan di dalam pengajaran
penulisan iaitu penggunaan pelbagai leksikon dan pembentukan ayat di dalam latihan
penulisan dan lisan. Pelajar yang dibenarkan menghasilkan tulisan hanya apabila dipastikan
bahawa mereka menghargai dan memahami pelbagai tahap ciri penulisan. Program penulisan
karangan yang melibatkan penggantian pelbagai.

Pincas juga mengandaikan bahawa

penggunaan bahasa adalah manipulasi daripada corak tetap yang dipelajari daripada prosses
imitasi. Apabila ia telah difahami dan dipelajari secara konsisten, barulah terhasil keaslian
dalam variasi.

3.3. Kaedah Pengucapan Bebas


Eramus (1960) menggariskan beberapa ciri kaedah pengucapan bebas seperti murid-murid
digalakkan menulis secara cepat dengan sedikit ulangkaji. Kaedah ini menekankan latihan
yang banyak sepanjang penulisan pelajar dan keutamaan terhadap kuantiti ini menjadikan
hasil penulisan pelajar lebih sempurna kerana murid-murid sentiasa membuat latihan.
Beliau lebih menitikberatkan aspek kuantiti dengan hujah bahawa kuantiti adalah proses
penambahbaikan dari masa ke semasa untuk mendapatkan hasil tulisan yang cemerlang.
Beliau menghujahkan lagi bahawa metod ini akan menguatkan pemahaman bahasa pelajar
dengan pengalaman membetulkan kesilapan dan penemuan perkataan-perkataan baru yang
akan menambah kepelbagaian kosa kata mereka di dalam jajaran sintaksis. Menurutnya ini
hanya boleh dilakukan apabila murid-murid melalui melahirkan hasil penulisan melalui
kuantiti dan kualiti akan datang kemudian.
Penghujahan beliau disokong oleh Chastain (1976) berasaskan pemerhatian dan kajian yang
dibuat oleh Brieve di UCCA. Melalui program tersebut, semakin banyak bahan dihasilkan,
semakin berkurangan kesilapan bahasa dilakukan di dalam tulisan mereka. Brieve mengulas
bahawa sepanjang program tersebut, karangan mingguan di antara 300 hingga 500 patah
perkataan dan penulisan ilmiah sepanjang 1000 patah perkataan telah diberikan kepada
pelajar. Karangan diperiksa dengan teliti dan pelajar yang menerima gred A diminta menulis
semula karangan mereka.
Brieve menguatkan hujahnya dengan mengatakan bahawa terdapat pengurangan kadar
kesalahan di dalam karangan tatkala kuantiti karangan yang dihasilkan meningkat. Beliau
menekankan bahawa, penekanan terhadap kuantiti akan menghasilkan kefasihan dan
kejelasan terhadap kesalahan yang lepas sama seperti yang berlaku di dalam latihan
matematik.
Begitupun khilaf terus berlaku kerana dikatakan tiada bukti jelas yang benar-benar
menyokong hujah-hujah di atas.

Malahan, terdapat pula bukti bertentangan yang

menegaskan bahasa latihan penulisan pantas untuk sesuatu topic dan ditulis sebanyak
mungkin dalam satu kerangka masa yang ditetapkan dapt meningkatkan kemampuan muridmurid menyusun isi-isi dalam karangan mereka dengan lebih mudah, khususnya ketika
mendepani peperiksaan.

3.4.Kaedah Retorika
Retorika adalah merujuk kepada seni penggunaan bahasa yang menarik dan berkesan dalam
melahirkan gagasan untuk memujuk

atau mempengaruhi khalayak mengenai sesuatu

perkara. Deskripsi ini dinyatakan oleh Nik Safiah dan Wan Malini. Ia melibatkan perkaraperkara seperti penciptaan, susunan dan stail dalam penulisan.

Di antara elemen retorika

yang terkenal ialah keberkesanan bentuk-bentuk prosa deskriptif, naratif, ekspositori dan
argumentatif. Kehadiran asas retorika di dalam teks boleh dirasai apabila kedapatan elemenelemen skema berdasarkan maklumat atau isi yang boleh disusun.

Teks akan menekankan

penyusunan isi yang berbeza berdasarkan perenggan-perenggan yang telah mungkin diproses
melalui gaya analisis, analogi, kontras masa, falsafah dan sebagainya. Oleh kerana ikatan
tersebut, murid-murid akan terhalang daripada untuk menulis secara spontan dan
memendekkan kejelasan pemikiran mereka.
Kaplan mencadangkan pembaca menjadi sebahagian daripada komunikasi formal yang
membolehkan pengembangan perenggan dibentuk melalui proses induktif dan deduktif.
Tambahan pula, kaedah ini menitikberatkan bentuk-bentuk pengembangan perenggan yang
berlainan seperti yang ditegaskan Kaplan (1966) melalui Bander yang menegaskan bahawa
setiap satu perenggan yang terdapat di dalam sesebuah penulisan berkecenderungan
mempunyai jalinan pengembangan yang berbeza-beza seperti pengembangan selari atau
pengembangan terus.

Sebagai kesimpulannya, terhadap pelbagai kaedah yang perlu disesuaikan oleh guru-guru di
dalam proses pengjaran dan pembelajaran menulis karangan dan usaha mendapatkan
karangan yang cemerlang. Guru-guru harus jelas dengan objektif dan keupayaan muridmuridnya ketika merangka sesuatu sekuen latihan yang hendak digunakan. Terdapat kaedah
yang mungkin sesuai untuk sesebuah sekolah berdasarkan latar belakang dan lokasi muridmurid serta beberapa aspek lain yang perlu diambil kira.

4. Teknik Pengajaran Penulisan

Teknik adalah satu set pengetahuan atau himpunan kelakuan atau cara di dalam kaedah. Tidak
terkecuali, teknik dikatakan sebagai perlaksanaan kaedah atau taktik yang digunakan oleh
para guru untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Daripada Kamarudin Hj Husin & Siti Hajar Hj Abdul Aziz (1988) menegaskan teknik
pengajaran ialah perlaksanaan dan perjalanan suatu organisasi yang berlaku secara nyata dan
melibatkan murid-murid dan alatan pengajaran sebagai wahana di dalam bilik darjah yang
dipastikan boleh mencapai sesuatu objektif.
Sebagai contoh, sekiranya guru-guru menggunakan kaedah pengucapan bebas di dalam
pengajaran dan pembelajaran penulisan maka, teknik yang boleh digunakan oleh para guru
adalah teknik pengajaran berpandu, teknik pendekatan bebas, dan teknik pendekatan
proses.atau teknik-teknik yang bersesuaian bergantung keapda pengalaman, ketokohan dan
kewibawaan guru sendiri.
4.1. Teknik Pengajaran Berpandu
Teknik pengajaran berpandu merupakan teknik yang paling popular dan digunakan dengan
pengawasan guru sepenuhnya. Boleh dikatakan teknik merangkumi latih tubi dan soal jawab
ini adalah gabungan kaedah pengucapan terkawal, yang memerlukan murid-murid
menghasilkan kuantiti karangan yang banyak di samping mengenalpasti kesalahan yang
dilakukan semasa proses menulis itu berlangsung. Guru akan memberikan tajuk dan dan
kemahiran terpenting di dalam mengarang iaitu mengenalpasti bidang isi, organisasi dan
ekspresi.
Ketiga-tiga elemen ini boleh digunakan ketika proses menilai sesuatu penulisan. Penting
sekali, murid-murid didedahkan dengan prinsip utama bidang kepengarangan iaitu apa yang
hendak dikata (isi), bagaimana menyusun apa yang dikatakan (organisasi) dan bagaimana
hendak mengatakan apa yang hendak dikatakan. (Ekspresi). Teknik ini adalah berasaskan
pendekatan deduktif iaitu di mana guru-guru akan memperkenalkan, menerangkan peraturan
dan seterusnya memberikan langkah-langkah untuk menghasilkan bentuk penulisan tersebut.
Marohaini dan Zulkifli (1997) juga telah mencadangkan agar guru memberikan penumpuan
terhadap aspek penghasilan idea atau isi yang baik berbanding proses mengarang itu sendiri.
Tugas murid ialah menyiapkan latihan tersebut dan sebaik-baiknya dilakukan berulang-ulang
untuk mendapatkan hasil tulisan yang baik dan cemerlang. Teknik ini dinamakan teknik
pengajaran berpandu di mana murid-murid akan dipandu oleh guru dan dikawal daripada

melakukan kesalahan. Pada peringkat awal, isi dan bahasa akan disediakan oleh guru dan
murid-murid akan diarahkan mengisi tempat kosong atau membina ayat berdasarkan petikan
gambar.
4.2 Teknik Sumbangsaran
Selain daripada itu, bagi karangan yang berasaskan fakta atau gambar, guru-guru boleh juga
mempraktiskan teknik sumbangsaran atau perbincangan yang melibatkan murid-murid
sepenuhnya. Mereka boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan membenarkan
murid-murid mengembangkan idea secara kolaboratif dengan pantauan guru. Teknik yang
berasaskan pendekatan bebas ini membolehkan murid-murid bebas melahirkan pendapat
masing-masing secara kritis dan analitikal berdasarkan maklumat yang dibekalkan oleh guru.
Teknik ini lebih sesuai digunakan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran untuk tahap dua.
Pada peringkat ini murid-murid diberikan kebebasan untuk menentukan hala tuju idea mereka
selagi masih berpegang kepada tiga prinsip mengarang yang disebutkan di atas. Murid-murid
juga boleh memanipulasi apa sahaja bahan sama ada di luar atau di dalam bilik darjah selagi
ia tidak terkeluar daripada skop pendapatan penulisan mereka. Penulisan bentuk ini boleh
dibahagikan kepada bentuk ilmiah seperti bentuk laporan, pidato, syarahan, debat yang
memerlukan bantuan fakta atau penulisan kreatif dalam bentuk penceritaan.

Teknik seterusnya yang boleh dicerap masuk di dalam pengajaran dan penulisan di sekolah
ialah teknik berasaskan pendekatan proses yang menitikberatkan proses penghasilan
karangan berbanding hasil. Murid-murid akan dipantau sepenuhnya dan dibimbing secara
berperingkat bermula daripada peringkat pra-penghasilan seperti membuat draf sehinggalah
kepada menyusun isi, menyunting dan mengedit, membetulkan kesalahan bahasa, kosa kata,
aspek gramatikal, olahan, hujah dan pelbagai lagi. Teknik ini mungkin lebih sesuai
digunakan untuk proses penulisan yang berakhir sehingga ke peringkat penerbitan.

Sebagai itlakannya, ada pelbagai teknik yang boleh digunakan di dalam pengajaran penulisan
selain daripada yang disebut di atas. Dewasa ini, dengan kecanggihan teknologi maya, guruguru mungkin boleh memaksimumkan penggunaan gajet-gajet dengan menyelitkan teknikteknik seperti, simulasi, permainan bahasa, soal jawab untuk variasi pengajaran penulisan

yang menarik dan penting sekali menyediakan pelajar mendepani peperiksaan. Di dalam
sebuah kajian terhadap penulisan murid sekolah menengah, Faridah, Norreiny dan Raja
Mohd Fauzi (2001) mendapati guru yang menggunakan pendekatan konstruktivisme yang
melibatkan proses kognitif seperti perbincangan ataupun sumbangsaran boleh menambah
minat murid-murid dan memberi rangsangan kepada mereka untuk menulis dengan lebih
baik.

5.Model Pengajaran Penulisan


Model Pengajaran Penulisan Berdasarkan youtube Cakapan Berirama Maahad Tahfiz Sains
bertajuk Budi Bahasa Budaya Kita.
Pengajaran dan Pembelajaran : Menulis karangan berpandukan rakaman video tidak kurang
daripada 80 patah perkataan.
Tajuk : Budi Bahasa Budaya Kita
Bahan : rakaman youtube Cakapan Berirama Maahad Tahfiz Sains.

Hasil daripada model pengajaran ini ialah sebuah karangan berdasarkan isi-isi yang
dipersembahkan oleh para pelajar tersebut yang berdurasi selama lapan minit yang boleh
ditonton oleh murid-murid sama ada di dalam makmal komputer ataupun melalui tayangan
projektor di dalam kelas atau dewan. Selain daripada menarik minat murid-murid untuk
menikmati suasana pengajaran dan pembelajaran lain daripada yang lain, ia juga
meningkatkan kemahiran menaakul murid-murid secara tidak langsung.
Bagaimanapun, selain daripada menggunakan peralatan tertentu, murid-murid harus
diingatkan supaya memberi tumpuan kepada bahan tersebut kerana mereka harus mencatat
isi-isi penting berdasarkan apa yang mereka tonton dan dengar.
Langkah 1
Ketika menggunakan kaedah ini, guru-guru harus memastikan beberapa perkara seperti

5.1.Gambar dan sistem audio berada di dalam keadaan sempurna. Ini adalah kerana,
keberkesanan model ini bergantung sepenuhnya kepada bantuan audio kerana murid-murid
harus mendengar dan memberi tumpuan dengan teliti.
5.2.Guru akan mengarahkan murid-murid mendengar dan memikirkan isi-isi penting serta
fakta yang boleh dicerna daripada tayangan video tersebut.
5.3.Murid-murid mesti mencatat setiap isi dan fakta mahupun hujah yang difikirkan boleh
menjadi isi-isi pokok di dalam pembinaan karangan mereka.
Langkah 2
Guru-guru boleh meneruskan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan teknik
sumbangsaran atau perbincangan. Murid-murid akan dibahagi-bahagikan kepada beberapa
kumpulan. Berikan had masa untuk perbincangan secara lisan dan akhir sekali, isi-isi penting
yang diperolehi dicatat dan dibentangkan oleh setiap kumpulan.
Idea-idea yang dibentangkan oleh setiap kumpulan akan dicatatkan dan hendaklah dipastikan
juga ahli kumpulan lain memberi perhatian agar tidak berlaku pertindihan idea. Murid-murid
boleh juga dipilih secara rawak untuk membuat ayat secara lisan berdasarkan idea tersebut
dan guru bertindak membetulkan sebarang kesalahan tatabahasa dan aspek-aspek lain.

Langkah 3
Selepas pembentangan selesai, setiap kumpulan dikehendaki menyiapkan sebuah karangan
berdasarkan idea-idea yang telah dikumpulkan oleh setia kumpulan. Guru akan bertindak
sebagai fasilitator bagi memastikan penggunaan tatabahasa, gramatikal dan ejaan tidak
diabaikan oleh murid-murid ketika mereka menyiapkan karangan.

Karangan tersebut akan disemak oleh guru selepas dibentangkan sekali lagi oleh ahli
kumpulan dengan melantik seorang ketua untuk membacakannya di hadapan kelas. Tugas
terakhir murid-murid dikehendaki menyiapkan sebuah karangan berdasarkan tajuk dan
kefahaman mereka semasa sesi pembincangan. Selepas karangan dihantar, guru-guru
hendaklah menyemak dengan teliti dan memastikan murid-murid membetulkan kesilapan,
jika ada di dalam karangan mereka.

Dapatan Analisis
Kajian telah dibuat berdasarkan 5 sampel karangan murid-murid tahun lima di sebuah
sekolah di Selangor. Mereka telah memilih soalan 1 daripada 3 soalan. Soalan tersebut ialah:
Setiap murid mempunyai sahabat baik. Tulis karangan yang bertajuk "Sahabat Baik Saya".
Murid-murid tersebut telah diajar menggunakan kaedah yang paling popular iaitu kaedah
latih tubi. Melalui kaedah ini, guru membincang dan menyenaraikan isi-isi penting di papan
hitam. Murid-murid akan diberikan mencantikkan isi-isi tersebut di dalam sesi sumbangsaran
dan seterusnya menyiapkan latihan yang diberikan.

Isi
Daripada kelima-lima contoh tersebut, didapati kefahaman murid mengenai isi adalah 100
peratus. Kesemua mereka dapat menguasai bidang isi iaitu apa yang hendak dikata.
Kesemua mereka dapat menulis dengan jelas mengenai subjek yang hendak diceritakan iaitu
sahabat baik.

Organisasi
Dari segi kebolehan bidang organisasi ataupun kebolehan menyusun apa yang hendak
dikatakan, didapati 100 peratus murid-murid dapat menguasainya dengan cemerlang. Malah
ada yang dapat melakukannya dengan baik tanpa mengenepikan aspek pengenalan,
pertengahan isi dan penutup karangan.

Ekspresi
60 peratus iaitu 3 daripada 5 karangan tersebut mempunyai permulaan ayat yang sama iaitu
Saya Mempunyai Sahabat Baik. Secara umum meskipun kurang tepat, boleh dikatakan

murid-murid ini tidak dapat mengembangkan ayat menggunakan idea sendiri untuk
permulaan ayat dan menggunakan ayat yang sama yang telah diberikan oleh guru di papan
hitam. Kemungkinan mereka menghadapi masalah untuk mengatakan apa yang dikatakan
ataupun dikenali kebolehan mengeksploitasi bidang ekspresi. Begitu juga dengan aspek
tatabahasa daripada segi penggunaan huruf besar, kesalahan ejaan dan isi yang terkeluar
daripada tajuk yang menyebabkan mereka kehilangan markah. dikembangkan dengan baik
lagi.

Ilham Fauzi. (2013). http://weloveblitar.blogspot.com/2013/02/karangan-deskripsi-dannarasi.html

Karangan deskripsi secara definisi adalah sebuah bentuk tulisan atau karangan yang
mampu menggambarkan atau memaparkan suatu objek, lokasi, keadaan atau benda
dengan menggunakan kata-kata. Secara logika, biasanya apa yang dapat kita gambarkan
dalam sebuah karangan tidak lain adalah hasil pengamatan panca indra kita.
Read more: http://www.exnim.com/2013/06/contoh-karangandeskripsi.html#ixzz3Kmtlnf2n

PENGERTIAN DESKRIPSI
Kata deskripsi berasal dari kata Latin decribere yang bererti menggambarkan atau
memberikan suatu hal. Dari segi istilah, deskripsi adalah suatu bentuk karangan yang
melukiskan dan menggambarkan sesuatu sesuai dengan keadaan sebenarnya, sehingga
pembaca dapat membayangkan atau merasakan apa yang disampikan oleh penulis.
Karangan deskripsi merupakan karangan yang disusun untuk melukiskan sesuatu dengan
tujuan untuk menghidupkan kesan dan daya khayal mendalam pada si pembaca. Untuk
mencapai tujuan di atas, kita diminta untuk memilih perkataan yang sesuai dan tepat bagi
menggambarkan situasi sebenar.

dan mendayagunakan kata-kata yang dapat mengekpresikan kesan serta citra indrawi dan
suasana batiniah pembaca. Sesuatu yang kita deskripsikan harus disajikan secara hidup,
gamblang, dan tepat.
atau merasakan apa yang dilukiskan itu sesuai dengan citra penulisnya. Maksudnya, penulis
ingin menyampaikan kesan-kesan tentang sesuatu, dengan sifat dan gerak-geriknya
(Soeparno, 2004: 4.5).

Karangan Jenis Cereka / Pengalaman / Keperihalan / Gambaran / Situasi

memerlukan kekuatan imaginasi dan daya kreatif yang tinggi.

Sesuatu yang ditulis itu mungkin berdasarkan pengalaman , pembacaan, atau perbualan.

cereka

Suatu hari ketika kamu tinggal sendirian di rumah, kamu telah dikejutkan oleh suara riuhrendah. Apabila kamu menjenguk ke luar, kamu dapati asap berkepul-kepul naik ke angkasa
dari rumah jiran kamu. Ceritakan peristiwa yang kamu saksikan itu.

1.

cerita yang hendak ditulis hendaklah berdasarkan tajuknya.

2.

cuba menulis cerita yang dapat menarik minat pembaca.

3.

jangan terlalu ghairah mereka-reka cerita yang terlalu banyak khayalan kerana ini akan

menyebabkan kamu tidak dapat menyampaikan maksud dengan jelas.

4.

jangan menulis sampai meleret-leret, berhati-hatilah dengan peruntukan masa yang

diberikan

Pengenalan

tinggal sendirian

baca buku cerita

Perenggan ke-2

mendengar suara riuh-rendah

menjenguk ke luar

suatu kebakaran berlaku

Perenggan ke-3

ramai orang mula berkumpul

cuba membantu memadamkan kebakaran

membantu memunggahkan barang

Perenggan ke-4

aku terus menelefon pihak bomba

ahli-ahli bomba tiba

Penutup

kebakaran dapat dikawal

berasa sungguh gembira

Pada hujung minggu yang lepas, saya terpaksa tinggal sendirian di rumah kerana ibu
bapa saya pergi ke tempat kenduri kahwin. Untuk menghilangkan rasa jemu, saya membaca
sebuah buku cerita.

Ketika saya leka membaca , tiba-tiba saya terdengar suara riuh-rendah meminta tolong.
Saya segera menjenguk ke luar. Alangkah terkejutnya saya apabila saya dapati asap berkepulkepul keluar dari rumah jiran saya. Suatu kebakaran telah berlaku.

Orang ramai mula berkumpul di situ. Ada yang cuba memadamkan kebakaran dan ada
yang menolong memunggahkan barang-barang. Saya mulai berasa bimbang kalau-kalau api
itu merebak ke rumah saya.

Tanpa berlengah-lengah lagi , saya terus menelefon pihak bomba. Sepuluh minit
kemudian, anggota bomba pun tiba di situ.

Ahli-ahli bomba telah bertungkus-lumus memadamkan api tersebut. Akhirnya


kebakaran itu dapat dikawal daripada merebak. Saya berasa gembira kerana rumah saya
terselamat daripada kebakaran tersebut.

Pengalaman
Tajuk : Tulis satu karangan yang bertajuk Pengalaman yang Tidak Dapat Dilupakan
Pada tahun lalu, aku menghabiskan cuti persekolahan di kampung bersama datuk
dan nenek.
Pada suatu malam , aku pergi ke rumah Ludin, teman lamaku. Oleh kerana sudah
lama tidak berjumpa, kami seronok bercerita. Bila aku sedar malam sudah larut, aku
bergegas pulang.
Dalam perjalanan pulang, hatiku tiba-tiba berasa cemas. Walaupun telah lama
berjalan, rumah nenek masih juga tidak kelihatan. Aku memandang ke kiri dan ke
kanan. Tidak ada sebuah rumah pun di situ. Bulu romaku berdiri tegak. Barulah aku
sedar, rupanya aku tersesat jalan.
Tiba-tiba di satu selekoh, aku terpandang satu lembaga menuju ke arahku. Aku
berasa amat takut sekali. Aku cuba membuka langkah. Tetapi belum sempat aku
melangkah, kakiku terpijak benda tajam, lalu terjatuh. Kemudian, aku tidak sedarkan
diri.
Bilaku membuka mata, kulihat aku sudah berada di rumah datuk. Menurut nenek,
datuk menemuiku terbaring di tengah jalan ketika keluar mencariku. Aku menceritakan
kepada mereka apa yang terjadi. Datuk dan nenek tersenyum sesama sendiri. Ruparupanya lembaga yang aku takutkan itu adalah datukku sendiri.

IMAGINATIF / CEREKA

i. Karangan jenis ini merupakan karangan yang berbentuk cerita.

ii. Karangan anda mestilah mempunyai perkembangan isi atau susunan peristiwa iaitu
permulaan, puncak, dan penutup cerita.

iii. Bahasa yang digunakan hendaklah menarik dan mempunyai unsur - unsur kreatif. Anda
boleh menggunakan pelbagai jenis ayat dan ungkapan atau kiasan yang sesuai dengan cerita.

iv. Karangan anda seharusnya menonjolkan cerita yang menarik, mencabar, dan yang dapat
memaparkan idea yang kreatif.

v. Karangan jenis ini tidak mempunyai format yang khusus.

CONTOH : KALAU SAYA MENJADI DOKTOR

Sebagai seorang pelajar saya juga mempunyai impian dan cita - cita. Cita - cita saya ialah
menjadi seorang doktor.

Untuk menjadi seorang doktor, saya perlu belajar bersungguh - sungguh. Tanpa kejayaan
dalam pelajaran pasti saya tidak akan mencapai cita - cita saya. Oleh itu, saya akan berusaha
bersungguh - sungguh agar berjaya ke menara gading. Sekiranya cita - cita saya menjadi
seorang doktor tercapai, saya akan merawat ahli keluarga saya. Ayah saya sehingga sekarang
masih terlantar sakit akibat kencing manis yang dihidapinya. Saya akan merawat ayah saya
hingga sihat.

Satu perkara lagi, ramai orang miskin yang tidak mampu untuk membayar kos perubatan.
Sekiranya saya menjadi doktor, saya tidak akan mengenakan bayaran bagi mereka yang tidak
mampu.

Kini ramai mangsa peperangan menemui kematian. Saya akan berkhidmat secara sukarela di
Iraq dan Palestin. Mereka ialah mangsa yang terkorban akibat kekejaman peperangan.

Itulah azam dan tekad saya sekiranya menjadi seorang doktor. Saya akan berusaha
bersungguh - sungguh demi kesihatan rakyat Malaysia.

CONTOH : MIMPI YANG MENAKUTKAN

Hari semakin gelap. Aku berjalan - jalan untuk mencari tempat perlindungan. Aku ternampak
seperti ada api di hujung perjalananku. Aku mempercepatkan langkah agar segera sampai ke
sana. Semakin dekat, semakin jelas sebuah pondok usang di kawasan hutan itu.

Aku memberanikan diri menghampiri pondok itu. Setelah puas mengetuk dan memberi
salam masih tiada orang yang menyahut. Aku pun menolak daun pintu pondok itu.

Alangkah terkejutnya aku, apabila melihat satu lembaga yang begitu besar dan hodoh sedang
menunggu di dalam pondok itu. Matanya merah menyala, rambutnya panjang dan giginya
bertaring. Lembaga itu menyeringaikan giginya ke arah aku. Suaranya menakutkan.

Aku tidak menunggu lama. Tanpa menghiraukan lembaga itu aku terus cabut lari. Lembaga
itu semacam mengejar aku dari arah belakang. Larianku makin laju dan pantas. Aku tidak
sedar ada lubang di hadapanku. Aku terjatuh ke dalam lubang itu. Aku menjerit meminta
pertolongan.

Ibu menggerak - gerakkan badanku menyuruh aku bangun. Sebaik sahaja tersedar, aku
berada di bawah katil. Rupa - rupanya aku bermimpi. Malam itu, ibu menemani aku tidur
kerana aku masih dalam ketakutan.

CONTOH : SUKAN YANG PALING SAYA MINATI

Bersukan merupakan amalan yang dapat menjaga kesihatan tubuh kita. Sukan yang paling
saya minati ialah sukan bola sepak.

Saya meminati permainan bola sepak kerana sukan ini begitu popular di negara kita. Sejak
kecil lagi, saya telah terlibat dengan sukan bola sepak ini.

Setiap petang saya akan bermain bola sepak dengan rakan - rakan saya di padang sekolah.
Melalui permainan ini, saya mendapat ramai kenalan. Bahkan semasa berehat, kami dapat
berbincang mengenai pelajaran.

Kebolehan saya yang istimewa dalam bola sepak telah menyebabkan saya terpilih untuk
mewakili sekolah. Melalui permainan bola sepak, saya dapat mengharumkan nama sekolah.

Sebagai sukan popular, bola sepak boleh dijadikan sumber rezeki yang lumayan dalam hidup
kita. Apabila dewasa nanti, saya berazam untuk menyarung jersi pasukan kebangsaan.

Oleh itu, setiap petang saya akan bermain bola sepak. Permainan ini merupakan sukan yang
paling saya minati.

CONTOH : BERJUMPA MAKHLUK ASING

Pada suatu petang, Firdaus mengambil angin di belakang rumahnya. Dia berehat di bawah
sebatang pokok yang rendang. Tiba - tiba, di sebalik hutan kecil yang terdapat di hujung
padang, kelihatan satu lembaga makhluk aneh.

Firdaus bangun menghampiri makhluk tersebut. Makhluk itu mengenalkan namanya sebagai
Kito. Makhluk itu datang dari planet Musytari. Firdaus gembira dapat berkenalan dengan
Kito.

Sejurus kemudian, Kito mengajak Firdaus melihat kapal angkasanya. Kito memberitahu
Firdaus bahawa kapal angkasanya mengalami kerosakan. Firdaus kagum melihat kapal
angkasanya yang berbentuk bulat seperti piring terbang itu.

Kito mengajak Firdaus masuk ke dalam kapal angkasa. Firdaus cuba membantu Kito untuk
membaiki kapal angkasa tersebut. Tidak lama kemudian, kapal angkasa itu dapat diperbaiki.

Apabila kapal angkasa itu siap dibaiki, Kito meminta diri untuk kembali ke tempatnya di
planet Mustari. Kapal angkasa itu memecut naik ke atas dan hilang dari pandangan Firdaus
yang sedang melambai - lambaikan tangannya.

Hingga ke hari ini, Firdaus tidak dapat melupakan temannya Kito yang datang dari angkasa
lepas itu. Firdaus berharap pada suatu hari nanti dia dapat bertemu kembali dengan Kito.

Nor Raudah bt Hj Siren.(2009). Penulis Daie.


http://penulisdaie.blogspot.com/2009/03/kuliah-3-bentuk-bentuk-penulisan.html

KULIAH 3: BENTUK-BENTUK PENULISAN

Secara umumnya, penulisan terbahagi kepada dua bentuk iaitu penulisan kreatif dan
penulisan deskriptif.
Kedua-duanya menyampaikan maklumat dan mengalami proses penulisan yang sama.
PENULISAN KREATIF / FIKSYEN Penulisan yang mengalami proses membuat,
membentuk dan merekacipta segala idea berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan ditokok
tambah dari hasil imaginasi dan kreativiti pengarangnya. Penulis bebas melakukan apa
sahaja mengikut bayangan, fikiran dan perasaannya. Segala idea disusun dengan bahasa
yang indah, berkesan dan terpilih sesuai dengan genre yang dipilih. A. PENULISAN
KREATIF / FIKSYEN (CEREKA) Tiga kategori: cereka, puitika dan gambar (motion).
Cereka: Gabungan 2 perkataan 'cerita' dan 'reka' - cerita yang dikarang atau direka bukan
berasaskan kejadian / peristiwa sebenar. Cereka boleh ditulis panjang atau pendek.
Mempunyai ciri-ciri naratif, berbentuk prosa atau puisi dan bersumberkan imaginasi.

CEREKA
Melalui imaginasi akan lahir emosi, fikiran dan firasat kaitan dengan manusia:
pengalaman, harapan, impian, cita-cita, fikiran dan emosi manusia.
Perhubungan manusia dengan alam, dengan masyarakat dan dengan Tuhan.
Dibina dengan plot atau jalan cerita dan disulami dengan unsur-unsur tertentu agar lebih
mendebarkan, menghiburkan dan menyenangkan.
1. Cerpen
Cerita rekaan yang pendek yang lazimnya dikaitkan dengan pembacaan yang singkat atau
sekali duduk sahaja.
Ciri-ciri: 5 10 halaman;
1.Satu tema yang menjadi tumpuan sejak permulaan cerita sehingga penyelesaian.
2.Ketunggalan plot dan hal-hal sampingan tidak diperlukan.
3.Jumlah watak yang sedikit dan terhad kepada watak penting sahaja
4. Setting atau latar yang singkat dan terhad.
5. Klimaks untuk menarik emosi ke arah peleraian. Segala masalah dan persoalan terjawab
Cerpen dibina dengan penuh hemat dan ekonomis. Dibina atas satu kesatuan bentuk yang
benar2 utuh dan lengkap.

2. Novel
Cereka yang panjang dan mempunyai ciri-ciri yang sama dengan cerpen tetapi lebih panjang
dengan pelbagai bentuk plot, latar dan persoalan. Watak2 lebih ramai dan dibuat mengikut
pembahagian bab.

3. Drama
Berasal dari perkataan Yunani yang bermaksud gerak atau action dlm b. Inggeris.
Cereka yang ditulis untuk dipentaskan atau dilakonkan.
Ciri utama drama ialah unsur konflik dibina melalui dialog2 watak.

PUITIKA
Karangan berangkap, susunan kata-kata mengikut irama, bunyi dan kiasan.
Keindahan melodramatikal adalah inti penulisan puitika.
Ciri utamanya ialah tema, perasaan, nada dan tujuannya dicipta.
Dua genre: Puisi lama dan puisi moden
Puisi Lama: syair, seloka, pantun, peribahasa, gurindam
Puisi moden: Sajak

GAMBAR (MOTION)
Karangan humor atau sejarah. Gambar memainkan peranan dalam menyampaikan maksud di
samping memberi gambaran kepada subjek atau cerita.
Cerita dibina dari gambar yang menarik dan lucu.
Komik, kartun, Cerita kanak-kanak

STRUKTUR PENULISAN KREATIF


B. PENULISAN DESKRIPTIF/ ILMIAH
Bersifat ilmiah, akademik dan mempunyai kaitan dengan bidang epistemologi

4 bentuk penjelasan (exposition), penghujahan (argumentation), penceritaan (narration)


dan penghuraian (description)
Jenis esei akademik, rencana, berita, laporan, buku dan autobiografi
a. Penjelasan
Tujuan: memberi pemahaman kepada pembaca tentang teks atau perkara.
Dikenali dalam kewartawanan
Menjawab soalan 5W1H
6 metod perlu dilaksanakan dalam menjawab 6 soalan tersebut;
1.Identifikasi tentukan subjek
2. Perbandingan dan perbezaan Menerangkan subjek dengan memberi imej persamaan dan
pertentangan dengan subjek lain.
3. Ilustrasi kegunaan contoh dan gambaran untuk menjelaskan idea yang umum dan ideaidea fokus
4. Klasifikasi penjelasan tentang sesuatu proses, perkara atau cara melakukan.
5. Definisi memberi pengertian tertentu, makna dan takrifan subjek.
6. Analisis pembahagian komponen dan menerangkan satu-persatu.

b. Penghujahan
Mengandungi pendapat dan penilaian penulis tentang sesuatu perkara atau subjek.
3 kaedah rayuan logik, rayuan emosi dan rayuan etika
1.Rayuan logik hujahan berlandaskan alasan dan kesimpulan dengan pembuktian secara
induktif dan deduktif
2. Rayuan emosi (pathos) menguasai pemikiran pembaca melalui elemen perasaan,
pengaruh, peribadi dan gaya kepengarangan.

3. Rayuan Etika (Ethos) hujahan dari kombinasi bahasa, suasana atau bunyi dan mesej.
Wacana bermoral, berbudi dan waras.

c. Penceritaan
Pemberitahuan tentang sesuatu cerita.
Boleh ditulis dlm bentuk naratif, esei atau rencana.
Berdasarkan manusia dan peristiwa realiti.
Untuk penekanan terhadap subjek, peristiwa yang berlaku, tema atau tentang tokoh.

d. Penghuraian
Menterjemah sesuatu tanggapan, subjek, objek, atau manusia.
1.Huraian Objektif menerangkan dengan tepat bentuk luaran sesuatu subjek dan bebas
mengikut tanggapan penulis kamera terhadap situasi sebenar.
2.Impresionis sebagai pemberitahu dan memanipulasi emosi pembaca sehingga ditafsir
secara berbeza.

STRUKTUR PENULISAN DESKRIPTIF


Pendahuluan kemuka definisi, sejarah atau pernyataan tesis
Isi mengandungi idea topik yang mengembangkan idea utama (tesis) dan dibina dalam
perenggan.
Kesimpulan penutup yang berupa penemuan, cadangan, ringkasan dan rumusan.

BENTUK STRUKTUR PENULISAN DESKRIPTIF


Fungsi Bentuk Piramid

Pembaca boleh berhenti bila-bila masa


Pembaca puas hati dengan maklumat yang diperolehi
Penyediaan ruang atau kolum dan editor boleh potong jika tidak muat
Mudah susun tajuk

JENIS-JENIS PENULISAN DESKRIPTIF: RENCANA


Menghibur dan memberi maklumat tentang kejadian, keadaan atau aspek kehidupan.
Merupakan kejadian sebenar
Mengandungi fikiran, ulasan, huraian atau penceritaan sebenar

JENIS-JENIS PENULISAN DESKRIPTIF: ESEI


Penulisan ilmiah dan formal dari segi bentuk dan gaya bahasa.
Untuk tujuan akademik yang memerlukan sokongan, penerangan, hujahan dan pembuktian.

JENIS-JENIS PENULISAN DESKRIPTIF: LAPORAN PENYELIDIKAN


Bentuk hasil penyelidikan yang mempunyai format tertentu.
Mengandungi latar belakang masalah, literature review, hipotesis kajian, metodologi kajian,
analisis kajian/ penemuan dan kesimpulan.

JENIS-JENIS PENULISAN DESKRIPTIF: KHUTBAH


Mempunyai format tertentu dan disampaikan dalam bentuk pengucapan.
Bersifat separa ilmiah dan tujuan berdakwah

JENIS-JENIS PENULISAN DESKRIPTIF: CERAMAH


Ditulis sebagai persiapan penceramah untuk meningkatkan keyakinan dan persediaan kepada
penceramah.
Bahan-bahan Penulisan Kreatif
Deskripsi berasal dari bahasa latin describere yang berarti menggambarkan atau memeriksa
suatu hal. Dari segi istilah tulisan deskripsi adalah gambaran atau paparan suatu keadaan
sebenarnya menggunakan kata-kata yang jelas dan terperinci. Penulis deskripsi menulis
berdasarkan indera/citra (melihat, mendengar, mencium dan merasakan) untuk membuat
pembaca seakan-akan merasa berada di tempat kejadian, ikut merasakan, melihat atau
mendengar tentang suatu peristiwa, seperti yang ditulis.

Tulisan berbentuk deskriptif memberi gambaran terhadap obyek, peristiwa, suasana dan latar
belakang secara detil dan faktual. Tulisan deskriptif memerlukan pengamatan yang sangat
cermat dengan mencatat secara detil. Tujuan penulisan deskriptif adalah, agar pembaca bisa
benar-benar berimajinasi tentang keseluruhan materi yang ditulis.

Macam-macam Pendekatan Deskripsi :

Deskripsi ekspositoris

Deskripsi ekspositoris memberi keterangan sesuai dengan keadaan yang sebenarnya sehngga
pembaca dapat seolah-olah ikut melihat atau merasakan obyek yang dideskripsikan. Pembaca
dengan penalarannya dapat memperoleh kesan keseluruhan tentang sesuatu.

Deskripsi impresionistis

Tujuan deskripsi impresionistis untuk mendapatkan tanggapan emosional atau kesan


pembaca. Corak deskripsi ini di antaranya ditentukan oleh macam kesan apa yang diinginkan
penulisnya. Misalkan mendiskripsikan sebuah restoran, kesan apa yang diperoleh? Bila kesan
baik, maka penulisan timbul akibat kesan tersebut, misalkan, masakannya yang enak, bersih,
murah, dsb.

Deskripsi menurut Sikap Pengarang

Dalam menguraikan sebuah gagasan, penulis mungkin mengharapkan agar pembaca merasa
tidak puas terhadap suatu keadaan yang ditulisnya. Dapat juga penulis menginginkan agar
pembaca juga merasakan bahwa persoalan yang tengah dihadapi merupakan masalah yang
gawat.

Tulisan deskripsi tidak boleh berdasarkan khayalan (imajinatif) yang tidak sesuai dengan
kondisi nyatal di lapangan. Terutama dalam tulisan jurnalistik seperti feature, reportase atau
news, gambaran deskriptif latar, suasana tokoh, dan peristiwanya, mutlak harus sesuai dengan
kondisi faktual di lapangan. Namun tulisan deskriptif hasil imajinasi, hanya dapat digunakan
dalam tulisan fiksi (puisi, cerpen, novel, naskah drama, dll).
1. DESKRIPSI

Karangan ini berisi gambaran mengenai suatu hal/ keadaan sehingga pembaca seolah-olah
melihat, mendengar, atau merasakan hal tersebut. tulisan yang tujuannya memberikan
perincian atau detail tentang objek sehingga dapat memberi pengaruh pada sentivitas dan
imajinasi pembaca atau pendengar bagaikan mereka ikut melihat, mendengar, merasakan,
atau mengalami langsung objek tersebut (Semi, 2003:41)

Deskripsi bertujuan menyampaikan sesuatu hal dalam urutan atau rangka ruang dengan
maksud untuk menghadirkan di depan mata angan-angan pembaca segala sesuatu yang
dilihat, didengar, dicecap, diraba, atau dicium oleh pengarang. (Widyamartaya, 1992:9-10)

Menurut Semi (2003:41), deskripsi ini merupakan ekposisis juga, sehingga ciri umum yang
dimiliki oleh ekposisi pada dasarnya dimiliki pula oleh deskripsi. Lebih lanjut, Semi
(2003:41) mengatakan bahwa ciri-ciri deskripsi yang sekaligus sebagai pembeda dengan
ekposisi adalah sebagai berikut.

Deskripsi lebih berupaya memperlihatkan detail atau perincian tentang objek.


Deskripsi lebih bersifat memberi pengaruh sensitivitas dan membentuk imajinasi pembaca.
Deskripsi disampaikan dengan gaya yang nikmat dengan pilihan kata yang menggugah;
sedangkan ekposisi gayanya lebih lugas.
Deskripsi lebih banyak memaparkan tentang sesuatu yang dapat didengar dilihat, dan
dirasakan sehingga objeknya pada umumnya berupa benda, alam, warna, dan manusia.
Organisasi penyampaiannya lebih banyak menggunakan susunan ruang (spartial order)
Jenis Karangan Deskripsi

Secara garis besar ada 2 macam bentuk karangan deskripsi:

Deskripsi Ekspositori
Merupakan karangan yang sangat logis, biasanya merupakan daftar rincian atau halyang
penting-penting saja yang disusun menurut sistem dan urutan-urutan logis obJek yang
diamati.

2. Deskripsi Impresionatis

Merupakan karangan yang menggambarkan impresi penulisnya, atau untuk menetralisir


pembacanya. Deskripsi impresionistis ini lebih menekankan impresi atau kesan penulisnya
ketika melakukan observasi atau ketika melakukan impresi tersebut.

KULIAH 4 PROSES PENULISAN

PENGENALAN
Proses menulis umpama kerja menjahit pakaian yang memerlukan kemahiran dan kecekapan
penulisnya.
Penulis yang mampu menguasai teknik dan kaedah kepengarangan akan mampu
menghasilkan penulisan yang baik dan bermutu.

PROSES DALAMAN
Peringkat persediaan
Mengumpul maklumat/ data/ bahan melalui pembacaan, pengamatan dan pengalaman.
Pemikiran kreatif diperlukan untuk memilih maklumat dan memikirkan maklumat yang ada
dalam mindanya.
Peringkat pengeraman
Tahap menyimpan bahan dalam alam pra-sedar.
Menimbulkan inspirasi atau persoalan yang pelbagai dari pelbagai sudut pandangan.
Brainstorming dan perbincangan diperlukan untuk membentuk gagasan yang relevan.
Peringkat Iluminasi
Tahap timbul idea pertama terhadap inspirasi atau gagasan baru.
Penulis menemui idea pertama atau persoalan yang boleh dikembangkan dalam penulisan.

Penulis mampu membentangkan dan menjelkaskan persoalan yang hendak dikemukakan.


Peringkat Varifikasi
Tahap evaluasi terhadap idea atau peringkat pengujian terhadap idea utama dengan realiti
yang berlaku.
Memelukan pemikiran kritis untuk menilai idea dengan realiti.
Penulis akan menerima kritikan.
Pemisahan, perbincangan dan penyaringan idea akan berlaku.

PROSES LUARAN
Proses persediaan material
Persediaan material diperlukan agar proses kreativiti tidak terganggu.
Kelengkapan menulis pen, kertas, mesin taip, komputer, printer, pemadam, buku-buku
rujukan dll.
Sebarang kekurangan akan menyekat prioses kreativiti.
Kesihatan juga diperlukan untuk kesediaan otak di samping peralatan sampingan seperti kopi
dll.
Pemilihan bahan
Penulis memilih bahan untuk menentukan genre penulisan.
Pemilihan mencakupi tema dan unsur-unsur dalam penulisan.
Teknik penyampaian, nada dan bahasa diperlukan untuk menyampaikan idea.
Proses merangka
Selepas memilih genre yang sesuai, idea disusun dengan kerangka yang sesuai mengikut
genrenya.
Idea disusun dengan sub-sub idea dengan baik dan teratur.

Ia menghalang penulis dari terkeluar dari kerangka idea utamanya.


Proses Menulis
Idea yang telah disusun dalam kerangka, dibentuk dalam ayat-ayat dan pemilihan kata yang
tepat dan harmonis.
Idea dikembangkan melalui penghuraian, penghujahan, penjelasan atau pendalilan yang
lengkap.
Pelbagai unsur yang digemari dipilih untuk menyempurnakan penulisan.
Proses Penyemakan
Selepas menulis idea, penyemakan perlu dilakukan bagi mengesan kesalahan teknikal yang
mengganggu pembacaan atau melengkapkan idea dengan lebih baik.

PERSIAPAN PENULIS
Persiapan keilmuan
Persiapan gaya penulisan tersendiri
Persiapan kemahiran komputer dan teknologi maklumat
Persiapan disiplin diri
Persiapan etika diri Penulisan Dakwah Pengenalan Penulisan bukan sahaja memberi
maklumat tetapi bersifat mentarbiah dan mencetuskan rasa kehambaan terhadap kebesaran
Allah SWT.

Kesan penyampaian mempengaruhi pembaca dan membawa kebaikan kepada masyarakat

Memperjuangkan kebenaran dan menentang kebatilan.


MODEL PENULISAN DAKWAH
-sila minta kepada ketua kelas andaDASAR PENULISAN DAKWAH
Bersumberkan al-Quran dan al-Hadith
Memperjuangkan keadilan dan kebenaran bukan fitnah dan gosip
Amar makruf Nahi mungkar
Membina kehalusan budi/ akhlak
Menjana fikiran/ minda

You might also like