You are on page 1of 39

KOMPONEN

DALAM RPH
DEFINISI
Hasil pembelajaran ialah apa yang boleh
ditunjukkan oleh pelajar tentang
pengetahuan dan kebolehan membuat
sesuatu selepas sesuatu perkara diajar.
Contoh hasil pembelajaran ialah:
Membanding dan membezakan haiwan
dan tumbuhan
• Isi kandungan, kaedah mengajar dan bahan
pengajaran dalam proses pengajaran
merupakan alat atau cara untuk mencapai
hasil pembelajaran.
• Pernyataan objektif pengajaran hendaklah
ditulis berasaskan 3 kriteria:-

a)Tingkah laku murid yang boleh dilihat
• atau diukur.
b)Keadaan atau syarat yang diperlukan bagi
sesuatu tingkah laku.
c)Hasil yang akan murid perolehi.
• Objektif pembelajaran perlulah realistik dan sejajar
dengan aras kebolehan serta minat murid-murid.

Jenis-jenis objektif;-

a)Objektif implisit : melibatkan perubahan tingkah laku


yang TIDAK boleh dilihat seperti memahami,
mengetahui atau menghargai sesuatu yang telah diajar.

b)Objektif eksplisit : melibatkan perubahan tingkah laku


yang boleh dilihat seperti menulis, membaca yang betul
terhadap apa yang telah diajarkan.
Rumusan
• Hasil pembelajaran ialah apa yang boleh
ditunjukkan oleh pelajar tentang pengetahuan
dan kebolehan membuat sesuatu selepas
sesuatu perkara diajar.
• Penentuan hasil pembelajaran penting untuk:
1. Mengetahui apa yang perlu dikuasai oleh pelajar;
2. Merancang kaedah-kaedah mengajar; dan
3. Membina ujian formatif dan sumatif
• Hasil pembelajaran dalam bidang kognitif
menegaskan hasil intelek dan boleh dikategorikan
mengikut Taksonomi Bloom seperti pengetahuan,
kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

• Hasil pembelajaran dalam bidang afektif menegaskan


hasil rohani dan emosi termasuk sikap dan nilai dan
perlu diserapkan walaupun susah untuk dinilai dalam
jangkamasa yang pendek.

• Hasil pembelajaran dalam bidang psikomotor


menegaskan kemahiran gerakan
MENGANDUNGI:
1. PENGETAHUAN
Kandungan maklumat yang perlu diperolehi dan difahami
oleh pelajar
2. KEMAHIRAN
Perlakuan yang perlu dikuasai oleh pelajar berkenaan
kandungan pengetahuan yang dipelajari.

• CONTOH
TAJUK: RESPIRASI
PENGETAHUAN
Organ-organ dalam sistem respirasi.
Mekanisme respirasi.
Peranan darah dalam respirasi.
Proses respirasi sel.
Kesan merokok ke atas sistem respirasi.
• Isi pelajaran hendaklah merangkumi segala
konsep, prinsip, fakta atau maklumat yang
disampaikan dalam sesuatu pengajaran.
• Guru seharusnya mempertimbangkan
perkara-perkara berikut :

1. Penyusunan isi adalah relevan dengan


objektif-objektif pelajaran.
2. Penyusunan isi pelajaran hendaklah
mengikut urutan yang teratur, mudah
difahami serta membantu ingatan yang lebih
kekal.
3. Isi pelajaran hendaklah bermula dengan
pengalaman sedia ada murid kepada
pengalaman baru murid.
4. Bahasa yang sesuai serta istilah yang tepat
digunakan.
5. Isi pelajaran yang dirancang hendaklah
mencakupi masa yang diperuntukkan.
6. Isinya perlu dikemaskini mengikut
perkembangan semasa.
KONSEP STRATEGI

Merujuk kepada pemilihan pendekatan serta


kecekapan merancang kaedah dan teknik-teknik
untuk mencapai objektif pembelajaran yang
telah ditetapkan
• Kaedah ialah suatu tindakan yang bersistematik dan
berurutan serta bertujuan mencapai objektif spesifik,
iaitu jangka pendek sesuatu pelajaran. Kaedah
mengajar juga bererti cara mendekati sessuatu
objektif dengan langkah-langkah yang tersusun.

• Contoh-contoh kaedah ialah simulasi, tunjuk cara,


kuiz dan sebagainya.

• Manakala teknik pula merujuk kepada unit-unit kecil


yang terkandung di dalam sesuatu kaedah. Teknik
merangkumi aktiviti perlakuan dan kemahiran guru
yang digunakan dalam pengajaran.
Aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk
menyampaikan pelajaran dan aktiviti /
pengalaman pembelajaran yang disediakan
untuk membolehkan pelajar menguasai apa
yang diajar.
• Berikut adalah garis panduan yang boleh digunakan ketika
memilih strategi pengajaran :-

1. Berupaya untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan


pembelajaran.
2. Perlu dipelbagaikan agar dapat mengekal minat murid-murid
3. Haruslah berpusat kepada murid-murid dari segi minat,
keperluan dan aktiviti.
4. Boleh menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran
yang bermakna, mendorong dan menyeronokkan.
5. Turut perlu mengambil kira penggabungjalinan kemahiran-
kemahiran seperti membaca, mengira, menulis dan melukis.
6. Berupaya mencakupi unsur penyerapan isi daripada
beberapa bidang pelajaran dan penerapan nialai-nilai murni.
DEFINISI
• Alat bantu mengajar (ABM) adalah alat yang
dapat membantu seseorang guru dalam
proses pengajaran.
• Alatan mengajar ini tidak terhad kepada buku
teks, papan tulis dan gambar-gambar sahaja
tetapi juga merangkumi segala benda yang
digunakan dalam pelajaran yang dapat dilihat,
didengar, dipegang, dibaca, dirasai, dihidu,
digunakan dan sebagainya.
KEPENTINGAN ALAT BANTU
MENGAJAR (ABM).
• Dapat mempertingkatkan minat murid dalam
proses pengajaran dan pembelajaran
• Dapat memahami secara lebih mendalam dan
realistik tentang tajuk yang diajar.
• Dapat mengekalkan ingatan yang lebih lama
terhadap isi-isi pengajaran.
• Alat bantu mengajar (ABM) bukanlah sesuatu
yang tersisih sifatnya daripada proses
pengajaran dan pembelajaran, ia merupakan
alat yang sangat berguna kepada guru semasa
mengajar.
• Pembelajaran dengan menggunakan alat
bantu mengajar (ABM) dapat memastikan
pelajar mengikuti serta dapat memberikan
pelajar kefahaman yang berkesan dan juga
dapat menarik minat mereka terhadap mata
pelajaran yang diajarkan.
PENGENALAN
• Menurut Philips (1997) – cara guru bertindak
mempengaruhi pencapaian akademik dan
tahap berfikir murid.
• Kemahiran berfikir adalah asas kepada proses
pendidikan.
• Keupayaan seseorang berfikir boleh
mempengaruhi cara pembelajaran,
kepantasan serta keberkesanan
pembelajarannya
Definisi Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi

• Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ialah


keupayaan untuk mengaplikasikan
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam
membuat penaakulan dan refleksi bagi
menyelesaikan masalah, membuat keputusan,
berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.
Tahap
Pemikiran

Mengingat Mengingat kembali atau mengenalpasti maklumat yang spesifik

Memahami Menterjemahkan bahan atau idea daripada satu bentuk ke bentuk


lain; mentafsir bahan atau idea,
Mengaplikasi Menggunakan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam situasi
berlainan untuk melaksanakan
sesuatu perkara
Menganalisis Mencerakinkan maklumat kepada bahagian kecil untuk
memahami dengan lebih mendalam serta hubung kait antara
bahagian berkenaan
Menilai Membuat pertimbangan dan keputusan menggunakan
pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan nilai serta memberi
justifikas

Mencipta Menghasilkan idea atau produk atau kaedah yang kreatif dan
inovatif
Standard BM 3.8
Kandungan Membaca ayat dalam konteks.
BM 3.9
Memahami isi bacaan yang dibaca.
Contoh Soalan Apakah nama tanda bacaan dalam ayat di bawah ini?
Mengingat
Contoh Soalan Apakah fungsi tanda noktah?
Memahami
Contoh Soalan Bagaimanakah anda membaca ayat ini
Mengaplikasi menggunakan intonasi yang betul?
“Saya suka makan nasi,
ikan dan sayur

Contoh Soalan Adakah cara


Menganalisis bacaan ini mengikut intonasi yang betul?

Contoh Soalan Menilai Adakah cerita yang


disampaikan oleh rakan anda sama dengan cerita yang telah
anda baca?
Contoh Soalan Lakonkan semula berdasarkan bahan yang dibaca.
Mencipta
f.Elemen Merentas Kurikulum
• EMK ialah unsur nilai tambah yang diterapkan
dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan
(PdPc) selain yang ditetapkan dalam standard
kandungan
• Elemen ini diterapkan bertujuan
mengukuhkan kemahiran dan keterampilan
modal insan yang dihasratkan serta dapat
menangani cabaran semasa dan masa
hadapan.
Pendidikan Alam
Bahasa Nilai Murni Sains dan Teknologi
Sekitar

Kemahiran Belajar
Patriotisme Kemahiran Berfikir Kepimpinan
cara belajar

Pendidikan
Kesihatan Pendidikan
Pencegahan Rasuah Kajian Masa Depan
Reproduktif dan Pengguna
Sosial

Teknologi
Keselamatan Jalan
Kreativiti Keusahawanan Maklumat dan
Raya
Komunikasi.
g. Permulaan
• Set induksi / permulaan pengajaran
yang menarik.

• Kemahiran menerang sesuatu tajuk


yang ingin diajar
Prinsip.
a) Perancangan untuk penerangan yang sesuai.
b) Penyediaan contoh, ilustrasi dan bahan bantu.
c) Jangka masa menerang yang sesuai.
d) Pemeringkatan atau penyusunan idea.
e) Penggunaan bahasa (istilah, perkataan dan
ayat) yang sesuai.
f) Daripada senang kepada mudah, daripada
yang diketahui kepada yang belum diketahui.
g) Berkait rapat dengan objektif.
h) Respons para pelajar
h. Perkembangan Pengajaran
isi pelajaran
kemahiran
strategi pengajaran
pembelajaran
penerapan nilai
penggunaan sumber
• Guru hendaklah memberi penerangan
terhadap tajuk yang ingin diajar.

• Menggunakan pelbagai pendekatan,


teknik dan strategi.
i. Komunikasi & Pengurusan bilik
darjah
• Cara guru berkomunikasi (proses
penyampaian mesej)
-jelas
-pelbagai nada
• Keadaan kelas/ pengurusan fizikal
kelas.
Ciri komunikasi yang baik di bilik
darjah.
1. Mengamalkan demokrasi dalam
komunikasi
2. Menggunakan bahasa yang berkesan
3. Kesediaan untuk mendengar
4. Menghormati perasaan orang lain
5. Menyesuaikan diri dengan situasi
Prinsip-prinsip pengajaran yang baik.
1. Murid- murid hendaklah dilibatkan dengan
aktif di dalam proses pengajaran.
2. Penggunaan pelbagai kaedah didalam proses
pengajaran
3. si pelajaran hendaklah dikaitkan dengan
pengetahuan dan pengalaman murid-murid
4. Pengajaran hendaklah mengambil berat
tentang perbezaan individu.
5. Melakukan perancangan dalam pengajaran.
j. Kualiti Peribadi.
• Sifat penyayang
• Tidak pilih kasih
• Mempunyai kerohanian yang kukuh
• Kendiri yang positif
• Berpegang teguh kepada etika perguruan
• Kualiti pribadi yang positif
• Berhemah tinggi
• Kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran
PENUTUP
• Penutup boleh dibahagikan kepada dua kategori
iaitu penutup kognitif dan penutup sosial.
• Contoh penutup kognitif adalah merumus isi
pelajaran, memberi tugasan dan menyatakan
perkaitan antara pengajaran semasa dan akan
datang.
• Contoh penutup sosial pula adalah seperti
memberi kata kata hikmat, memberi pujian dan
motivasi.
• Penutup tidak boleh melebihi 5 minit. Nyatakan
penutup yang bakal digunakan dalam ruang
berkenaan.
Pencapaian hasil pembelajaran
• Hasil pembelajaran menerangkan tentang tahap
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
diharapkan dapat dikuasai seseorang.
• Sebagai contoh, murid dapat menjalankan aktiviti
dengan melakukan tunjuk cara atau demonstrasi
sesuatu kemahiran, menghasilkan produk atau
membuat projek, menerangkan perlakuan atau
tunjuk cara atau sebagainya.
• Kriteria-kriteria tahap penguasaan murid dikenal
pasti.
APLIKASI NILAI
• Nilai murni hendaklah diterapkan dalam pengajaran dan
pembelajaran sama ada secara langsung ataupun tidak
langsung.
• Terdapat 16 nilai murni yang boleh diterapkan dalam
pengajaran guru. Nilai-nilai tersebut adalah baik hati,
hormat-menghormati, kasih sayang, berdikari, keadilan,
berhemah tinggi, kebebasan, kejujuran, keberanian,
kebersihan, kerajinan, rasional, kerjasama, kesyukuran,
kesederhanaan, dan semangat bermasyarakat.
• Guru boleh memilih mana-mana nilai murni yang hendak
diterapkan sesuai dengan aktiviti pengajaran dan
pembelajarannya.
• Sebagai contoh, apabila guru mengadakan aktiviti
berkumpulan dan selepas itu meminta pelajar ke depan
membentangkan hasil kerja mereka, maka guru telah
menerapkan nilai kerjasama dan juga nilai keberanian
(apabila pelajar ke depan kelas untuk bercakap).
AMALAN REFLEKSI
• Refleksi perlu ditulis setelah pengajaran.
• Refleksi secara amnya bermaksud satu renungan semula
atau mengingat dan semula pengalaman dan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan di
dalam kelas
• Refleksi perlu mengandungi lima ciri iaitu peka terhadap
pencapaian diri, menghargai kekuatan diri, mengenalpasti
apa yang sepatutnya dilakukan dalam pengajaran lalu dan
akan datang, mengenalpasti apa yang perlu dibuat bagi
mencapai sasaran, menilai kualiti pengajaran bukan menilai
pencapaian pelajar.
• Refleksi juga perlu mengandungi cadangan
penambahbaikan untuk pengajaran akan datang.

You might also like