You are on page 1of 10

PENGENALAN KEPADA PERKEMBANGAN

Tajuk 1
KREATIVITI

1.1 Sipnosis

Unit ini merupakan pengenalan kepada pengenalan kepada perkembangan kreativti


yang akan membincangkan tentang perkembagan kreativiti yang melibatkan tentang
bahagian-bahagian otak serta fungsinya dan teori pelbagai kecergasan. Di samping
itu modul ini juga akan menerangkan kaitan dengan proses kreativiti dengan teori-
teori yang berkaitan dengan perkembangan kreativiti.

1.2 Hasil Pembelajaran

1. Mengetahui asas perkembangan kreativiti kanak-kanak yang melibatkan


bahagian-bahagian otak.

2. Mengenalpasti fungsi bahagian-bahagian otak dan kaitannya dengan teori


pelbagai kecergasan.

1.3 Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul ini

1. Pengenalan Kepada Perkembangan Kreativiti

1.1 Definisi Kreativiti


1.2 Ciri Kreativiti

1.3 Bahagian Hemisfera Otak

1.4 Fungsi Otak kanan dan Otak Kiri

1.1 Definisi Kreativiti

Kreativiti merupakan proses yang berterusan dan biasanya merujuk kepada


keupayaan seseorang untuk memproses maklumat yang menghasilkan sesuatu
yang baru dan asli. Kreativiti lazimnya berkait rapat dengan penghasilan sesuatu
yang asli. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai pendapat mengenai proses yang
terlibat dalam aktiviti kreatif dan kemudahan mengembangkannya dalam diri
manusia.

Pfeiffer (dalam Goetz, 19981:297) mendefinisikan kreativiti sebagai kebolehan


mencipta produk kreatif yang baru, asli dan unik yang menunjukkan tahap kejayaan
yang tinggi dalam bidang yang berkaitan. Ahli psikologi yang paling banyak memberi
sumbangan terhadap bidang kreativiti ialah Ellis Paul Torrance.

Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu creare yang membawa maksud
membuat Manakala daripada perkataan Greek pula creare bermaksud
memenuhi. Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan
dan kebolehan mencipta daya kreatif. Manakala kreatif pula sebagai mempunyai
kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan
asli. Ringkasnya, kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang
menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang
mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada
sebelumnya.

Kreativiti ialah semangat yang tidak boleh diajar tetapi boleh disemai dan dipupuk di
kelas anda. Kreativiti adalah terbuka, segar, baru, original, tersendiri, unik dan
merupakan naluri semulajadi kanak-kanak. Kreativiti adalah kuasa yang dapat
membantu kanak-kanak mengembangkan potensi sepenuhnya. Setiap kanak-kanak
menunjukkan kreativiti mereka dalam bentuk dan tahap berbeza seperti lukisan dan
kraf, muzik, drama dan lakonan.
Anda adalah pemangkin kepada kelas yang kreatif. Anda tetapkan tahap atau fasa
dan sediakan sesuatu yang menarik akan berlaku.tempat di mana kanak-kanak
bebas untuk melahirkan sesuatu yang menarik, melahirkan kebolehan kendiri dan
merasa selesa untuk membuat atau merekacipta sesuatu setiap hari.

Menurut Gardner (1999), kreativiti kanak-kanak boleh ditingkatkan melalui cara-cara

berikut:

(a) Pendedahan awal kepada individu lain yang selesa mengambil risiko dan

yang tidak mudah mengalah.

(b) Memberi peluang untuk cemerlang dalam sekurang-kurangnya satu aktiviti

atau bidang yang diceburi.

(c) Menyediakan persekitaran yang sentiasa mencabar supaya murid sentiasa

berada pada tahap kecemerlangan.

(d) Membentuk hubungan dengan rakan sebaya yang rela diuji dan tidak takut

gagal.

(e) Menyediakan persekitaran keluarga yang menggalakkan atau mewujudkan

hubungan toleransi terhadap sifat kanak-kanak yang gemar mencabar


autoriti.

1.2 Ciri-ciri kreativiti

Dalam penghasilan kreativiti, terdapat empat ciri kreativiti..

Pengurusan Imaginasi

Aktiviti yang bersifat imaginatif adalah proses atau menjanakan sesuatu yang asli. Ia
juga memberi alternatif kepada sesuatu yang biasa dijangka. Aktiviti ini melibatkan
proses perbuatan dan berfikir. Aktiviti ini boleh dikatakan sebagai permainan mental
yang diarahkan terhadap sesuatu objektif yang kreatif di mana ia memfokuskan
terhadap memperbaiki sesuatu situasi menggunakan pelbagai perspektif. Hasil
kreatif biasanya berlaku apabila idea yang sedia ada digabungkan dan
diinterpretasikan semula dengan cara yang baru atau diaplikasikan ke dalam bidang
yang baru atau yang sebelum ini dirasakan tiada kaitan. Aspek penting pemikiran
kreatif adalah kebolehan membuat hubungan yang pelik, melihat analogi dan kaitan
antara idea dan objek yang sebelum ini belum pernah dilihat.

Mempunyai Tujuan

Imaginasi dan pemikiran wujud dengan tujuan tertentu. Imaginasi biasanya berlaku
secara kebetulan. Kebiasaannya ia berlaku apabila seseorang sedang dalam proses
cuba mencapai sesuatu objektif yang lain. Objektif ini pada awalnya tidak berkaitan
dengan kandungan imaginasi kreatif yang dihasilkan. Walau bagaimanapun,
disebabkan pemikiran kreatif berpotensi membawa idea baru, objektif awal mungkin
mengalami perubahan atau diganti sama sekali. Ini menunjukkan bahawa kreativiti
adalah gabungan dua elemen iaitu aksi dan tujuan. Contohnya, bot yang dinaiki oleh
Samad tenggelam dan Samad cuba sedaya upaya memikirkan kaedah lain untuk
menyelamatkan diri.

Bersifat Asli

Sesuatu pemikiran atau perlakuan yang dianggap kreatif haruslah asli. Ini
bermaksud ia merupakan suatu idea baru yang dihasilkan secara unik oleh individu
atau pun berkumpulan.

Keaslian boleh dikategorikan kepada tiga iaitu:

Hasil kerja seorang individu mungkin asli apabila dibandingkan dengan hasil
kerjanya sendiri yang terdahulu.

Ianya boleh dikatakan asli apabila dibandingkan dengan hasil-hasil kerja


rakan-rakannya.

Paling asli adalah hasil kerja yang belum pernah dihasilkan sebelum ini oleh
mana-mana pihak dalam mana-mana bidang.
Kategori keaslian pertama dan kedua lebih memfokuskan kepada perkembangan
individu manakala kategori ketiga penting untuk perkembangan masyarakat secara
global.

Bernilai

Hasil pemikiran atau perlakuan kreatif pada dasarnya patut menyumbang kepada
tujuan atau objektif asal. Kemudian, terpulanglah kepada individu yang terlibat untuk
menilai secara kritikal idea-idea mana yang berguna atau setakat mana sesuatu idea
menyumbang kepada pencapaian objektif tersebut. Idea yang dinilai sebagai
berguna dikekalkan dan idea yang kurang berguna digugurkan. Kriteria penilaian
sesuatu idea yang kreatif bergantung kepada tujuan dan bidang aktiviti berkenaan.
Contohnya, penilaian boleh dibuat berdasarkan aspek keberkesanan, kegunaan
praktikal, kesahihan, kepuasan atau elemen seronok.

1.2 Bahagian Hemisfera Otak

Otak manusia adalah bahagian anggota yang paling kompleks yang pernah dikenal
di alam semesta. Otak adalah satu-satunya organ yang sangat berkembang
sehingga dapat mempelajari dirinya sendiri. Saintis berpendapat bahawa jika dirawat
oleh tubuh yang sihat dan lingkungan yang menimbulkan rangsangan, otak yang
berfungsi dapat tetap aktif dan reaktif selama lebih dari seratus tahun.

Fungsi Otak kiri dan otak kanan

Otak terbahagi kepada dua hemisfera iaitu kanan dan kiri. Hemisfera kiri mengawal
bahagian kanan anggota badan, manakala hemisfera kanan mengawal bahagian kiri
anggota badan. Kedua-duanya mempunyai fungsi yang berbeza

(lihat rajah 1.2).


Rajah 1.2: Fungsi otak kiri dan kanan

Bahagian otak kiri memproses maklumat secara rasional dan logikal serta
bertanggungjawab terhadap penggunaan bahasa, penyelesaian masalah dan
memproses maklumat dengan lebih spontan dan kreatif, terutamanya dalam bidang
seni dan muzik. Contohnya, seorang penulis menggunakan otak kanan untuk
mencipta dan otak kiri untuk mengurus dan menyusun apa yang dicipta dalam
bentuk logikal.

Bahagian otak kanan pula berfungsi dalam hal persamaan, khayalan, kreativiti,
bentuk atau ruang, emosi, muzik dan warna. Daya ingat otak kanan bersifat lama
(long term memory). Sekiranya terdapat kerosakan pada bahagian otak kanan,
misalnya penyakit strok atau tumor otak, maka fungsi kemampuan visual dan emosi
akan terganggu .

Walaupun keduanya mempunyai fungsi yang berbeza, namun setiap kanak-kanak


mempunyai kecenderungan untuk menggunakan salah satu bahagian otak yang
dominan dalam kehidupan sehariannya. Setiap belahan otak saling mendominasi
dalam aktiviti namun keduanya terlibat dalam hampir semua proses pemikiran.
Kebanyakan kanak-kanak lahir dengan kecenderungan dominan pada otak kanan.
Kanak-kanak pada tahun-tahun awal memberikan tindak balas kepada bentuk, bau,
dan suara yang sudah dikenali. Dalam proses membesar, hubungan antara dua
belahan otak mula terbentuk dan mereka mula memperlihatkan kemampuan kognitif
yang lebih baik pada belahan otak kanan, kemudian diikuti fungsi belahan otak kiri.
Belahan otak kanan adalah sumber intuisi, kiasan, dan daya imaginasi.
Pada umumnya, semua orang mempunyai potensi menjadi kreatif. Namun,
disebabkan nilai-nilai kehidupan moden lebih menggalakkan penggunaan fungsi
otak kiri, manusia jarang mempunyai masa melibatkan diri dalam aktiviti otak kanan
yang lebih kreatif seperti menulis novel atau melukis. Oleh sebab itu, daya kreativiti
menjadi kurang aktif disebabkan kurang penggunaannya (Edward de Bon, 1994).
Sehubungan itu, dalam mana-mana aktiviti yang berbentuk kreatif kita perlulah
merangsang otak sebelah kanan supaya lebih aktif. Ini boleh dilakukan dalam
pelbagai aktiviti masa lapang termasuk aktiviti yang berbentuk kesenian.

EMAK KENDIRI 1.1

2. Teori Pelbagai Kecerdasan

Teori Kecerdasan Pelbagai Dan Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak. Gardner


(1993) menganggap semua kanak-kanak berpotensi berfikir secarakreatif. Pada
peringkat awal, kanak-kanak sentiasa melintasi sempadansempadan norma ketika
asyik bermain atau apabila tekun melakukan sesuatu aktiviti. Menurut Gardner
(1999), kreativiti kanak-kanak boleh ditingkatkan melalui caracara berikut:

(a) Pendedahan awal kepada individu lain yang selesa mengambil risiko dan

yang tidak mudah mengalah.

(b) Memberi peluang untuk cemerlang dalam sekurang-kurangnya satu aktiviti

atau bidang yang diceburi.

(c) Menyediakan persekitaran yang sentiasa mencabar supaya murid sentiasa

berada pada tahap kecemerlangan.

(d) Membentuk hubungan dengan rakan sebaya yang rela diuji dan tidak takut

gagal.

(e) Menyediakan persekitaran keluarga yang menggalakkan atau mewujudkan

hubungan toleransi terhadap sifat kanak-kanak yang gemar mencabar


autoriti.

Proses kreativiti

Proses kreatif ialah proses mencipta sesuatu dan dalam konteks kreativiti ini, proses
kreatif adalah mencipta hasil kreativiti yang mungkin berupa lukisan, catan, kolaj,
mural, anyaman, arca, lakaran atau binaan. Kreativiti memerlukan proses, iaitu
proses kreatif.

Proses dan penghasilan

Kreativiti adalah satu proses dan bukannya produk atau peristiwa. Kreativiti kanak-
kanak boleh dikembangkan dengan menggalakkan mereka menulis cerita, bermain
muzik, menjalankan uji kaji dan sebagainya. Di sini, kreativitidikembangkan melalui
aplikasi secara praktikal di mana kanak-kanak terlibat dalam satu proses aktiviti
untuk melahirkan pemikiran secara kreatif. Walaupun terdapat kemahiran dan teknik
yang khusus dalam bidang-bidang tertentu, kanak-kanak harus digalakkan
mengalami dan mengenali secara umum beberapa ciri proses kreativiti.

Pengalaman dan pengujian

Teresa M. McDevitt (2004), menyatakan bahawa sejak kanak-kanak berada di


prasekolah, mereka telah mengembangkan daya fantasi dan berinteraksi secara
kreatif. Mereka banyak belajar melalui pengalaman dan meneroka. Mereka
menunjukkan pencapaian kreatif dan berusaha meluahkan perasaan melalui hasil
aktiviti seni. Adalah menjadi tugas orang dewasa di sekelilingnya untuk memberi
peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka dan bereksperimen. Bagaimanakah
menguji kreativiti? Pengujian kreativiti dilakukan erdasarkan beberapa sebab dalam
pelbagai konteks termasuk industri, sekolah kerajaan dan organisasi penyelidikan.
Pengujian kreativiti boleh dilaksanakan untuk menapis calon-calon untuk pekerjaan,
promosi atau tugasan tertentu. Organisasi boleh menggunakannya untuk mengenal
pasti kebolehan individu yang berpotensi tinggi. Di sekolah, ia digunakan untuk
mengenali murid yang berbakat atau berkebolehan untuk dilibatkan dalam program-
program khas. Mengenali tahapkreativiti murid juga boleh membantu guru supaya
lebih memahami kebolehan muridnya. Dengan ini guru berpeluang merancang
pengajaran supaya memaksimumkan kebolehan-kebolehan ini.
Tiga kaedah utama untuk menguji kreativiti :

. Kaedah Psikometrik

Kaedah pengujian ini dijalankan menggunakan instrumen pengukuran seperti


banci, borang soal selidik dan statik untuk mengukur kreativiti secara saintifik.
Kaedah ini biasanya dilakukan dengan mengaitkan tiga aspek kreativiti
manusia iaitu perlakuan, personaliti dan kognitif.

Kaedah Historiometrik

Kaedah ini menggunakan maklumat dari dokumen-dokumen lama yang


mengandungi ciri-ciri yang dimiliki oleh individu tokoh sejarah yang memiliki
daya kreativiti yang tinggi dalam pelbagai bidang seperti Mozart, Newton,
Monet dan sebagainya. Maklumat ini digunakan sebagai criteria pengukuran
kreativiti.

Kaedah Biografi

Kaedah biografi lebih kurang sama dengan kaedah historiometrik di


manakajian dijalankan terhadap ciri-ciri kreativiti yang dimiliki oleh pencipta
terkenal. Perbezaan adalah dari segi kaedah pengukuran di mana
historiometrik menggunakan kaedah saintifik dan secara empirikal. Manakala
kaedah biografi menggunakan kajian kes yang lebih berbentuk naratif.

Model Wallas

Model proses kreativiti oleh Graham Wallas merupakan salah satu yang paling awal
diperkenalkan pada tahun 1926. Mengikut Wallas, proses kreativiti boleh
dibahagikan kepada lima peringkat iaitu:

Penyediaan

Pada peringkat ini, minda difokuskan kepada isu atau masalah dan dianalisis atau
diteroka. Peringkat ini biasanya melibatkan langkah-langkah seperti membina
rangka kasar, mendrafkan soalan dan idea-idea awal.
Pengeraman

Pada peringkat ini individu menangguhkan proses kreatif buat seketika dan
melakukan perkara-perkara lain terlebih dahulu. Mereka membiarkan idea tersebut
mengeram dalam mindanya. Apabila kembali semula kepada idea tersebut
kemungkinan besar terwujud secara tidak langsung, tanpa disedari, perspektif-
perspektif baru terhadap idea awal tadi.

Intimasi

Individu yang kreatif merasakan suatu pengalaman baru di mana dia merasakan
sedang dalam perjalanan menyelesaikan masalah tersebut. Peringkat ini masih
berada pada tahap tidak sedar.

Iluminasi

Pada peringkat ini idea-idea yang kreatif tercetus secara tiba-tiba dalam keadaan
sedar. Mereka tiba-tiba mendapat idea bagaimana menyelesaikan sesuatu masalah.
Pada peringkat ini individu melalui proses mengenalpasti karakter.

Verifikasi

Pada peringkat ini idea tersebut telah disahkan, dihurai dan diaplikasikan

You might also like