You are on page 1of 13

PEMBELAJARAN MASTERI

Pentingnya Pembelajaran Masteri

Merupakan salah satu daripada strategi yang boleh guru gunakan untuk
mengatasi masalah pencapaian pelajar dalam akademik, khasnya pencapaian
minimum dalam peperiksaan awam.
Perlu dilaksanakan kerana:
o Untuk meningkatkan prestasi pelajar khasnya pelajar yang pencapaiannya
rendah.
o Sekolah-sekolah di negara maju yang melaksanakan pembelajaran masteri
telah mendapati bahawa pencapaian pelajar telah banyak meningkat.
Pencapaian yang tinggi itu telah berkekalan kerana pelajar itu sudah tahu
bagaimana untuk menguasai sesuatu perkara yang diajar.

Konsep Pembelajaran Masteri

Merupakan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar dapat


menguasai apa yang diajar.
Konsep ini diperkenalkan oleh B.S. Bloom pada tahun 60-an berasaskan kepada
satu prinsip atau falsafah iaitu semua pelajar boleh menguasai sesuatu perkara
yang diajar sekiranya:
o ada masa yang cukup untuk pelajar menguasainya; dan
o pengajaran dan pembelajaran adalah berkualiti.
Dalam proses pembelajaran masteri, guru harus memastikan semua pelajar
dapat menguasai perkara-perkara yang diajar dalam satu unit pembelajaran atau
tajuk sebelum ke unit pembelajaran atau tajuk yang lain.
Masa untuk pelajar menguasai sesuatu perkara boleh dipendekkan jika guru:
o menggunakan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan;
o menggalakkan pelajar belajar dengan tekun dan tabah;
o merangsang dan mendorong mereka untuk belajar, dan
o melatih mereka dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya
mereka menjadi pelajar berdikari.
Kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan
sekiranya guru:
o menggunakan kaedah mengajar yang menarik serta menyeronokkan dan yang
berpusatkan kepada pelajar;
o menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar yang sesuai;
o mengambil kira tahap kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar untuk
memahami dan menghayati sesuatu perkara;
o menjalankan penilaian formatif untuk menentukan sama ada mereka sudah
menguasai perkara yang telah diajar; dan
o menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan.
Cara Melaksanakan Pembelajaran Masteri

Asasnya, guru perlu merancang dan melaksanakan empat langkah berikut:


o menentukan hasil pembelajaran untuk sesuatu unit pembelajaran;
o mengajar dengan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan dan menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai;
o menilai dengan ujian diagnostik, formatif, dan sumatif; dan
o menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan.
Sasaran pencapaian dalam pembelajaran masteri ialah semua pelajar harus
mendapat sekurang-kurangnya markah 80%.
Guru boleh memulakan dengan markah 50% sebagai sasaran pencapaian dan
markah itu harus dinaikkan beransur-ansur kepada 80%.
Langkah kedua dalam pembelajaran masteri ialah guru harus menggunakan
kaedah atau aktiviti p&p yang berkesan dan bahan-bahan p&p yang sesuai untuk
memastikan pelajar dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran dalam masa
yang pendek.
Untuk memastikan kejayaan pembelajaran masteri, guru harus mengambil kira
perkara berikut dalam p&p:
o ciri-ciri guru;
o gaya pembelajaran pelajar;
o kaedah atau aktiviti p&p;
o bahan p&p;
o nilai-nilai murni; dan
o pengurusan bilik darjah dan aktiviti p&p.
Perkara lain yang harus juga diajar atau diserap dalam p&p seperti kemahiran
berfikir, kemahiran belajar, unsur-unsur patriotisme, pendidikan alam sekitar,
pendidikan pencegahan dadah dan penyakit AIDS, kemahiran keibubapaan dalam
kekeluargaan dan pendidikan keselamatan di jalan raya akan dihuraikan dalam
laman lain.

Ciri-ciri Guru Dalam Pembelajaran Masteri

Dalam p&p ke arah pembelajaran masteri, guru harus:


o menyayangi semua pelajar;
o yakin mereka semua boleh belajar dengan berjaya dan menguasai sesuatu
hasil pembelajaran jika diberi masa yang cukup dan p&p adalah berkualiti;
o mencintai mata pelajaran yang diajar;
o merangsang diri untuk merancang dan menggunakan pelbagai cara bagi
memastikan pelajar dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran;
o merangsang dan mendorong pelajar guru untuk belajar sehingga mereka
dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran; dan
o bersikap proaktif dan boleh menyelesaikan masalah.
Guru boleh menambah senarai dengan ciri-ciri yang lain, tetapi yang penting
ialah guru harus mengamalkannya dalam p&p.
Guru berperanan sebagai pemimpin, pengajar dan fasilitator pembelajaran.

Guru tidak perlu membuat perubahan yang besar dalam melaksanakan


pembelajaran masteri kerana langkah-langkah tersebut di atas sudah disarankan
dalam KBSR dan KBSM secara tersirat.

Tugas guru dalam pelaksanaan pembelajaran masteri ialah:


o menentukan hasil pembelajaran untuk dikuasai;
o mengubahsuaikan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk
pembelajaran masteri;
o melatih pelajar dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya
mereka dapat menjadi pelajar berdikari;
o mengenal pasti pelajar yang belum dan sudah menguasai apa yang diajar
melalui ujian diagnostik;
o menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan; dan
o menilai prestasi pelajar melalui ujian sumatif.

Dalam melaksanakan pembelajaran masteri, guru mungkin menghadapi pelbagai


masalah dan tiada penyelesaian yang tepat dapat diberi untuk mengatasi masalah
itu.

Guru digalakkan mengatasi masalah itu melalui pembelajaran koperatif dengan


rakan-rakan sejawat dalam panitia mata pelajaran kerana pelajar akan memperoleh
manfaat secara langsung daripada usaha guru.

Peringkat awal, masa yang panjang mungkin mengambil untuk pelajar menguasai
sesuatu perkara. Akan tetapi, dalam masa jangka panjang dan dengan
bertambahnya pengalaman guru, masa untuk mencapai pembelajaran masteri dapat
dipendekkan.

Gaya Pembelajaran Pelajar

Peranan pelajar ialah sebagai seorang pelajar berdikari yang boleh merangsang diri
untuk belajar dan menguasai apa yang diajar.

Dalam pembelajaran masteri seseorang pelajar harus belajar dan bukan bertanding
di antara satu sama lain dan ini dapat dilakukan melalui pembelajaran koperatif
dengan rakan-rakan sebaya dalam kumpulan.

Tugas pelajar dalam pembelajaran masteri ialah dia harus:


tahu akan hasil pembelajaran untuk dikuasai;
belajar dengan tekun, tabah dan bermotivasi;
betul-betul memahami dan menguasai apa yang diajar;
memberitahu guru tentang perkara yang belum difahami atau dikuasai; dan
membuat kerja pemulihan atau kerja pengayaan yang diberi.
Pelajar harus diberi latihan dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya
mereka dapat menjadi pelajar berdikari.

Guru harus tahu bahawa pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza dan
sebab itulah tiada satu kaedah mengajar yang terbaik untuk semua pelajar.

Jadi, guru harus menggunakan pelbagai kaedah atau aktiviti pengajaran dan
pembelajaran supaya pelajar yang berbeza dalam gaya pembelajaran itu dapat
belajar dengan berkesan dan menguasai hasil pembelajaran.

Pada asasnya, terdapat tiga gaya pembelajaran iaitu:

Pelajar visual:
Pelajar dalam golongan ini suka belajar dengan melihat:
Huruf atau perkataan.
Benda, gambar atau gambar rajah.
Demonstrasi, tindakan atau lakonan.

Pelajar audio:
Pelajar dalam kumpulan ini suka belajar dengan mendengar atau bercakap
seperti
Mendengar cerita, penerangan, syarahan, huraian oleh guru atau pelajar lain.
Menerangkan, berbual, memberi pendapatnya, bercerita atau menghuraikan.

Pelajar kinestetik:
Pelajar dalam kumpulan ini suka belajar dengan membuat atau melakukan
sesuatu seperti:
Menulis atau melukis sesuatu.
Membuat latihan, kerja amali, eksperimen, lakonan, simulasi, atau projek.

Untuk menentukan semua pelajar dapat belajar dengan berkesan, guru harus
menggunakan kaedah-kaedah mengajar yang melibatkan visual, lisan, dan
kinestetik.

Beberapa penyelidik pendidikan telah mencadangkan pelbagai model gaya


pembelajaran dan model itu diringkaskan di bawah.

Model Sistem 4MAT


Dalam model Sistem 4MAT yang dicipta oleh Bernice McCarthy, terdapat empat
jenis pelajar berikut:
o Pelajar Imaginatif
o Pelajar Analitik
o Pelajar Praktik
o Pelajar Dinamik
Ciri-ciri setiap jenis pelajar itu diringkaskan dalam Jadual berikut:

Jenis Pelajar
Ciri
Imaginatif Analitik Praktik Dinamik
Mencari Mencari Mencari Mencari sesuatu
makna dan fakta yang kegunaan yang baru
Matlamat sebab menjelaskan maklumat
mempelajari konsep
maklumat
Menggunakan Berfikir Menguji teori Cuba jaya dan
semua deria tentang idea dan menaakul penemuan
Cara
dan secara sendiri
belajar
berkongsi
idea
Berinteraksi Pendapat Tahu Mencipta atau
dengan orang pakar dan bagaimana mengaplikasikan
lain dan menganalisis sesuatu maklumat itu
Suka
berkongsi sesuatu berfungsi dan berinteraksi
idea maklumat dengan orang
lain
Inovasi dan Membina Mengaplikasikan Tindakan dan
Kekuatan idea konsep idea yang menyudahkan
praktikal sesuatu
Suka Mengapa? Apa dia? Bagaimanakah Apakah boleh
menyoal teori atau dicipta oleh
maklumat itu saya?
dipraktikkan?

Jenis Pelajar
Ciri
Imaginatif Analitik Praktik Dinamik
Gunakan Terangkan Beri Beri
benda atau (guru atau latihan, projek,
pengalaman pelajar) kuiz, kerja tugasan,
Cara maujud. Beri dan amali, atau
mengajar peluang galakkan eksperimen masalah
untuk pelajar untuk dan
perbincangan membuat pelajar galakkan
dan analisis mencuba pelajar
pengeluaran maklumat dengan berkongsi
idea sendiri hasilnya.

Model Dunn dan Dunn

Di dalam model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn yang dicipta oleh Dr. Rita Dunn
dan Dr. Kenneth Dunn, gaya pembelajaran seseorang pelajar bergantung kepada
unsur-unsur yang disukainya di bawah lima stimulus yang ditunjukkan dalam Jadual
1.

Seboleh-bolehnya, guru harus memberi peluang kepada pelajar belajar dengan


unsur-unsur yang disukainya.

Stimulus Unsur Ciri


Suka belajar tanpa bising atau
Bunyi dengan bunyi latar belakang
seperti muzik
Suka belajar di tempat yang
Cahaya cerah atau di tempat yang
Alam kurang cahaya
Sekitar Suka belajar di tempat yang
Suhu
sejuk atau di tempat yang panas
Suka belajar di tempat formal
yang ada kerusi dan meja atau di
Pola
tempat tidak formal seperti
berbaring atau duduk di lantai
Boleh merangsang diri untuk
Motivasi belajar atau perlu dirangsang
oleh guru
Boleh belajar dalam masa yang
Ketabahan panjang atau boleh belajar dalam
masa yang pendek
Emosi Tanggung- Bertanggungjawab untuk belajar
jawab atau perlu bimbingan oleh guru
Suka belajar mengikut jadual
waktu atau suka belajar
Struktur sekiranya lebih masa diberi untuk
sesuatu mata pelajaran atau
perkara
Sendiri Suka belajar dengan sendiri
Pasangan Suka belajar secara pasangan
Sosiologi
Rakan Suka belajar dengan rakan
sebaya sebaya
Pasukan Suka belajar dalam pasukan
Suka belajar dengan guru di
Guru
sebelahnya
Pelbagai Boleh belajar dengan mana cara
cara tersebut di atas

Stimulus Unsur Ciri


Suka belajar dengan benda atau
Persepsi pengalaman maujud atau dengan
perkara abstrak
Suka atau tidak suka makan dan
Makan
minum semasa belajar
Fizikal
Suka belajar sesuatu mata
Waktu pelajaran pada waktu yang sesuai
atau pada bila-bila masa
Suka atau tidak suka bergerak
Gerakan
semasa belajar
Global Pelajar global suka belajar secara
atau menyeluruh; pelajar analitik suka
Analitik belajar mengikut urutan dan
membuat analisis
Otak Kiri Pelajar yang lebih memproses
atau maklumat di otak kiri suka belajar
Otak bahagian-bahagian, bahasa, dan
Kanan membuat pengiraan dan analisis;
pelajar yang lebih memproses
Psikologi
maklumat di otak kanan suka
belajar secara keseluruhan,
membuat sintesis, melukis,
membuat gerakan dan mencipta
sesuatu
Impulsif Pelajar yang impulsif bertindak
atau secara spontan manakala pelajar
Reflektif yang reflektif berfikir sebelum
bertindak
Kaedah P&P Untuk Pembelajaran Masteri

Tiada satu kaedah atau aktiviti p&p yang terbaik untuk pembelajaran masteri
kerana pelajar berbeza dalam kebolehannya dan mereka juga mempunyai gaya
pembelajaran yang berlainan.

Kaedah atau aktiviti p&p yang dicadangkan untuk pembelajaran masteri ialah
kaedah atau aktiviti yang berpusatkan kepada pelajar, menarik dan menyeronokkan.

Jadi guru harus merancang dan menggunakan pelbagai kaedah atau aktiviti p&p
yang berkesan dengan mengambil kira kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar
guru.

Berikut ialah kaedah atau aktiviti p&p yang berpusatkan kepada guru iaitu guru
yang melalukannya:

Syarahan Huraian Pembacaan


Penerangan Demonstrasi Memberi nota

Kaedah atau aktiviti p&p yang berpusatkan kepada pelajar di mana pelajar yang
melakukannya ialah:

Soal jawab Membuat latihan Kerja amali


Inkuiri Bacaan Eksperimen
Penemuan Sumbangsaran Projek
Kuiz Penyelesaian Reka cipta
Latih tubi masalah Demonstrasi oleh
Bercerita Penerangan, pelajar
penjelasan,
huraian

Guru harus ingat bahawa setiap kaedah atau aktiviti itu mempunyai kelebihan dan
kekurangan.

Pembelajaran Koperatif

Kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik pendidikan telah menunjukkan bahawa
pembelajaran koperatif adalah berkesan untuk pembelajaran masteri.

Dalam pembelajaran koperatif satu tugasan, projek atau masalah diberi dan pelajar
belajar di antara satu sama lain secara pasangan, kumpulan atau kelas.
Beberapa teknik yang boleh digunakan dalam pembelajaran koperatif termasuk
(Spencer Kagan, 1990):

Giliran Ahli Kumpulan


Setiap pelajar dalam sesuatu kumpulan memberi idea atau pendapatnya
secara giliran

Pameran Kumpulan:
Setiap kumpulan mempamerkan hasilnya
Setiap pelajar melihat setiap kumpulan dan berbincang dengan ahli-ahli
kumpulan itu.

Memadan Benda
Pelajar-pelajar dalam satu kumpulan memadankan susunan benda

Kuiz:
Guru memberi soalan kepada satu atau semua kumpulan
Pelajar-pelajar dalam sesuatu kumpulan berbincang untuk mendapatkan
jawapan
Seorang pelajar dalam kumpulan itu memberi jawapan kepada soalan guru

Kad Hafalan
Pelajar dalam semua kumpulan diberi kad yang mengandungi fakta atau
maklumat penting untuk dihafal
Guru menyoal
Pelajar yang sudah menghafal fakta atau maklumat itu menjawab dan markah
akan diberi
Semakan Pasangan:
Dua pasangan diberi masalah yang sama untuk diselesaikan
Dalam stu pasangan, seorang pelajar menyelesaikan masalah itu dengan
bantuan pelajar yang lain.
Pemikiran Berpasangan dan Berkongsi Pendapat
Pelajar dalam satu pasangan berfikir tentang sesuatu topik yang diberi oleh
guru.
Pendapat pasangan itu kemudiannya dikongsi dalam kelas.
Peta Konsep Berpasukan
Pelajar dalam satu kumpulan membuat peta konsep bersama-sama di atas
kertas yang besar.
Jawapan Giliran:
Satu kumpulan diberi sebilangan soalan
Setiap pelajar dalam kumpulan itu menjawab satu soalan

Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran Untuk Pembelajaran Masteri


Bahan pengajaran dan pembelajaran adalah penting untuk pembelajaran masteri
kerana:
Pelajaran akan lebih menarik dan menyeronokkan.
Pelajar dapat memahami dan mengingat apa yang diajar.
Beberapa contoh bahan pengajaran dan pembelajaran diberi dalam Jadual berikut:

Hasil Pembelajaran Cadangan Bahan


Pengajaran dan
Pembelajaran
Mengenal pasti "huruf". Kad imbasan huruf, carta
huruf, bongkah huruf.
Menambah sebarang dua Biji, batu atau abakus.
nombor 1-10.
Memukul bola hoki Kayu hoki, bola hoki.
dengan cara betul.
Menerangkan proses Carta organ penghadaman
penghadaman. atau video penghadaman.
Menguji kehadiran kanji Daun hijau, radas (bikar,
dalam daun. penunu Bunsen, tripod),
bahan kimia (iodin).

Bahan pengajaran dan pembelajaran terdiri daripada:


Bahan bercetak
Alat pandang dengar
Bahan bercetak meliputi:
o Buku teks dan buku rujukan
o Dokumen kurikulum
o Majalah
o Risalah
o Akhbar
Alat pandang dengar terdiri daripada:
"Hardware": seperti TV, radio kaset, perakam video, projektor, komputer,
pencetak.
"Software": adalah bahan yang digunakan dengan "hardware" seperti pita video,
pita kaset, filem slaid, transparensi, disket. Ia juga termasuk bahan visual
seperti carta, gambar, pita dan kad imbasan.
Bahan 3-Dimensi: seperti glob, model, bongkah, spesimen dan bahan permainan.
Sesetengah bahan pengajaran dan pembelajaran itu:
o Dibekalkan oleh Kementerian pendidikan.
o Boleh dibeli dalam pasaran.
o Boleh dibuat oleh guru dan pelajar.
o Bolah didapati dengan percuma.
Bahan pengajaran dan pembelajaran itu perlu diurus dengan baik dengan:
Menggredkan bahan itu mengikut tahun dan kebolehan pelajar.
Menyusun dan menyimpan bahan itu di tempat yang sesuai.
Mengadakan sistem klasifikasi, sistem katalog, sistem pinjaman dan sistem
merekod yang baik.

Nilai-Nilai Murni Yang Perlu Diserap


Nilai-nilai murni sarwajagat berikut harus diserap merentasi kurikulum:
Baik hati Berdikari Hemah tinggi
Hormat Kasih sayang Keadilan
Kebebasan Keberanian Kebersihan fizikal
Kejujuran Kerajinan dan mental

Untuk menyerapkan nilai kebersihan fizikal dan mental sebagai contoh, guru
harus memastikan pelajar guru dapat tunjuk atau mengamalkan hasil
pembelajaran khusus berikut:
o Berpakaian kemas dan bersih
o Berambut kemas dan bersih
o Menjaga kebersihan badan
o Bercakap dengan sopan santun
o Tidak bercakap tentang perkara yang jahat

Pengurusan Bilik darjah Dan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran


Kejayaan pembelajaran masteri juga bergantung kepada kebolehan dan kemahiran
guru untuk menguruskan kelas dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan
bijak.
Dalam hal ini, guru harus berkebolehan dan mahir dalam perkara berikut:
Tahu nama, sifat peribadi, minat, gaya pembelajaran dan kebolehan setiap
pelajar.
Menjadikan bilik darjah menarik dan kondusif untuk pembelajaran masteri.
Menyedia, mengguna dan menyimpan pelbagai bahan pengajaran dan
pembelajaran.
Menyusun dan menggunakan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang sesuai untuk sesuatu pelajaran supaya ada hubung kait dengan isi
kandungan dan pelajar dapat dirangsang sepanjang waktu pelajaran.
Menggunakan aktiviti secara kelas, kumpulan, pasangan dan perseorangan
dengan bijak dalam sesuatu pelajaran.
Mengumpul pelajar yang sesuai dalam kumpulan dan pasangan yang
dikehendaki.
Menggunakan kadar mengajar (pacing) yang sesuai mengikut kebolehan pelajar
dalam kelas itu.
Membina, menyimpan dan membuat analisis ujian formatif atau diagnostik dan
ujian sumatif.
Menjalankan ujian formatif atau diagnostik dan ujian sumatif pada masa yang
sesuai.
Membina dan menyimpan aktiviti pemulihan dan aktiviti pengayaan.
Menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan pada masa yang sesuai dan
menggunakan kaedah yang berkesan.
Menggunakan masa dengan bijak untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dalam sesuatu pelajaran.
Menyimpan rekod secara sistematik tentang sifat peribadi dan pencapaian
pelajar.

Contoh Langkah Pengajaran Untuk Menguasai Sesuatu Hasil


Pembelajaran
Beberapa contoh langkah pengajaran untuk menguasai sesuatu hasil pembelajaran
dalam beberapa mata pelajaran diberi di bawah.
Guru digalakkan mengubahsuaikan cadangan langkah pengajaran mengikut
keadaan sebenar di sekolah.

Rumusan
Pembelajaran masteri adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk
memastikan pelajar dapat menguasai apa yang diajar.
Pembelajaran masteri bukanlah perkara yang baru dan konsepnya berasaskan
kepada satu prinsip iaitu semua pelajar boleh menguasai apa yang diajar jika
diberi masa yang cukup dan pengajaran dan pembelajaran adalah berkualiti.
Kejayaan pembelajaran masteri bergantung kepada kebolehan dan kemahiran guru
untuk:
menentukan hasil pembelajaran yang perlu dikuasai;
mengajar dengan kaedah atau aktiviti yang berkesan dan bahan yang sesuai;
mengembangkan kemahiran belajar dan kemahiran berfikir di kalangan pelajar;
merangsang dan mendorong mereka untuk belajar;
menilai secara formatif dan sumatif; dan
menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan.
Pembelajaran masteri menggalakkan guru menyelesaikan masalah yang dihadapi
dan juga menggalakkan guru mengubahsuai kaedah atau aktiviti pengajaran dan
pembelajaran untuk memastikan pelajar guru dapat menguasai apa yang diajar.
Walaupun ada beberapa kekangan dalam pelaksanaan pembelajaran masteri, guru
akan dapati bahawa bilangan pelajar yang dapat menguasai apa yang diajar
akan bertambah dan ini akan memberi kepuasan kepada guru, pelajar dan pihak
lain.
Pencapaian pelajar yang telah meningkat, walaupun sedikit, akan merangsang guru
dan pelajar untuk mencapai tahap yang lebih tinggi.
Untuk menjayakan pembelajaran masteri, guru harus menyayangi pelajar,
mencintai mata pelajaran yang guru mengajar, merasa yakin tentang kebolehan
pelajar, selalu merangsang mereka, mempunyai sikap proaktif dan
menyelesaikan masalah.
Pelajar berbeza dalam gaya pembelajaran seperti pelajar visual, lisan atau
kinestetik dan guru harus menggunakan kaedah yang melibatkan visual, lisan
dan kinestetik.
Guru harus mengambil kira unsur-unsur gaya pembelajaran yang terdapat dalam
pelbagai model gaya pembelajaran seperti Sistem 4MAT dan Model Dunn dan
Dunn.
Terdapat banyak kaedah atau aktiviti p&p yang berpusatkan kepada guru dan
berpusatkan kepada pelajar dan setiap kaedah atau aktiviti itu mempunyai
kelebihan dan kekurangan.
Tiada satu kaedah atau aktiviti p&p yang berbaik tetapi yang dicadangkan untuk
pembelajaran masteri ialah yang menarik serta menyeronokkan dan yang
berpusatkan kepada pelajar.
Guru harus juga menggunakan kaedah pembelajaran koperatif dengan memberi
tugasan, projek atau masalah untuk pelajar belajar secara pasangan, kumpulan
atau kelas.
Guru harus menggunakan bahan p&p yang sesuai supaya pembelajaran lebih
berkesan.

You might also like