You are on page 1of 4

ROZITA MAT DANI

760111-08-6268
REFLEKSI PENGAJARAN

4.0 Refleksi
4.1 Pendahuluan.
Saya melaksanakan pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 3 Gemilang bagi
menjayakan tugasan

refleksi

yang merupakan suatu aktiviti mengkaji semula proses

keberkesanan pengajaran yang telah dilaksanakan dengan pendekatan 4P. Refleksi yang telah
dilaksanakan bertujuan untuk mempertingkatkan kemahiran saya dalam elemen mendidik. Masa
yang diperuntukkan adalah selama 60 minit.
Bagi tugasan ini tajuk yang saya pilih ialah 'Saiful Budak Yang Baik.' Bagi melancarkan pdp
saya menggunakan gambar-gambar berwarna yang di ambil daripada internet, kad imbasan,
gambar tunggal dan lembaran kerja sebagai bahan bantu mengajar. Secara peribadi saya berharap
refleksi akan membina suatu anjakan paradigma dalam diri saya dalam elemen berikut:
:i. Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam pengajaran pembelajaran setiap sesi.
ii. Mengambil tindakan susulan untuk mempertingkatkan mutu pengajaran pembelajaran.
iii. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran saya dalam dunia pendidikan.
iv. Menjadi refleksi sebagai budaya kerja profesional keguruan.
Terdapat faktor-faktor yang menghalang pencapaian objektif pdp. Antaranya adalah faktor
kesediaan murid untuk belajar.Terdapat tiga orang pelajar yang belum lancar menguasai
pembacaan (murid pemulihan).Saya dapati objektif pengajaran saya sesuai dengan minat dan
tahap perkembangan murid kerana tidak berlakunya miskonsepsi. Rancanagan pengajaran harian
yang telah diwujudkan telah mengambil kira pengetahuan sedia ada dan tahap kemahiran bahasa
murid.

4.2 Kekuatan:
Guru berjaya mewujudkan kesediaan belajar murid dengan merancang dan melaksanakan
set induksi dengan aktiiviti permainan bahasa.Sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran
dijalankan, terdapat kekuatan yang telah dikesan. Antara kelebihan tersebut ialah suara guru yang
kuat dapat didengari dengan jelas oleh semua murid. Selain daripada itu, guru peka dengan
murid yang tidak mengambil perhatian iaitu dengan meminta murid tersebut untuk membuat
rumusan.
Dalam pada itu, guru juga peka dengan kesilapan murid iaitu terus menegur dan
membetulkan murid yang telah menggunakan bahasa Inggeris ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran dijalankan.
Selain itu, guru juga dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dengan
murid dapat belajar secara bersahaja tetapi masih lagi disipin murid terkawal serta murid dapat
belajar dengan tenang. Murid juga dapat memberi respon ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung.
4.3 Kelemahan
Kelemahan pertama yang telah dikesan ialah pada peringkat perancangan iaitu sepatutnya
guru jika objektif guru adalah membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi dan gaya
pembacaan yang sesuai, guru hendaklah membanyakkan masa pada langkah ini. Begitu juga
dengan objektif murid dapat menjawab soalan pemahaman secara lisan dan memahaminya. Ini
bermakna, hasil pembelajaran kurang eksplisit, atau lebih tepat kurang sesuai dengan tahap
kebolehan murid.
Setelah selesai sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, terdapat banyak
kelemahan yang telah dikesan. Antaranya ialah guru sepatutnya menerangkan dengan lebih lanjut
tajuk pelajaran atau makna disebalik tajuk tersebut agar murid dapat memahami dengan lebih
jelas.Ketika murid menulis, sepatutnya guru meminta murid menulis dengan menggunakan tanda
baca yang betul iaitu tidak menggunakan keseluruhan perkataan dengan huruf besar.
Sepatutnya boleh meminta murid menulis ayat dengan menggunakan tempat-tempat yang
ditulis tadi. Guru juga tidak membuat aktiviti menulis jawapan daripada soalan pemahaman. Jika

mengikut perancangan, murid perlu menulis jawapan daripada soalan di papan hitam. Oleh itu,
objektif bagi aktiviti ini tidak tercapai kerana murid hanya menjawab secara lisan bukan dengan
menulis.
Ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan, terdapat seorang murid dari kelas
lain yang datang ke kelas ini kerana mempunyai urusan dengan salah seorang dengan murid di
kelas ini. Namun, sepatutnya guru hendaklah menyelesaikan setiap perkara yang berlaku
disekeliling walaupun ketika sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut sedang rancak
dijalankan.
Guru boleh meminta murid untuk menulis kata abjektif di dalam buku atau di papan
hitam agar murid dapat memahami dengan dengan jelas tatabahasa yang telah diajar.Arahan
daripada guru adalah tempat-tempat yang menarik di Malaysia, namun pada aktiviti tersebut,
terdapat juga murid yang telah menulis luar daripada Malaysia iaitu Singapura. Guru perlu terus
menegur supaya arahan atau kehendak diikuti dan tidak terkeluar daripada tajuk dan arahan
sebenar. Namun begitu, guru tidak menanggalkan hasil murid (kertas manila) menyebabkan guru
tiada ruang untuk menulis di papan hitam.
4.4 Langkah mengatasi
Dalam perancangan lagi, sepatutnya guru lebih menekankan aktiviti yang menguji
kemahiran murid. Seharusnya guru menggunakan lebih banyak BBM dan aktiviti yang
bersesuaian agar tahap murid diuji.
Guru sepatutnya meminta murid untuk membina ayat menggunakan perkataan tempattempat yang menarik dalam kumpulan daripada hanya meminta murid menyenaraikan tempattempat yang menarik kerana aktiviti ini adalah aras rendah tidak sesuai dengan tahap murid
tersebut.Selain daripada itu, guru boleh juga meminta murid untuk menulis di papan hitam ayat
yang mengandungi kata adjektif agar menerangan tentang kata adjeltif tersebut lebih jelas.
Guru juga hendaklah menyediakan plan A dan plan B bagi sesi pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan. Guru hendaklah menggunakan strategi dan aktiviti yang tepat dan
mengambil kira semua aspek pengajaran dan pembelajaran termasuk unsur-unsur ICT dan
KMD.

Pemilihan sumber-sumber yang baik dapat membantu proses pengajaran dan

pembelajaran.

Guru seharusnya sentiasa menggunakan kemahiran berfikir dengan jelas dan tepat. Di
samping merancang dan melaksanakan dengan lebih jelas. Boleh juga, guru menggunakan alat
rangsangan yang dapat mencabar keupayaan minda murid.Guru boleh melakukan aktiviti
menyoal dan menjawab soalan pemahaman secara berpasangan agar semua murid mendapat
kemahiran tersebut.

4.5

Penutup.
Saya amat berharap agar dapat memahami beberapa elemen pembinaan refleksi seperti

objektif pengajaran eksplisit dan spesifik serta implikasi objektif pengajaran. Contoh-contoh dan
gambaran-gambaran alternatif yang mungkin dapat memperjelaskan lagi isi pelajaran dengan
lebih berkesan kepada murid-murid. Strategi pengajaran yang digunakan dapat menghasilkan
pembelajaran yang berkesan dan dapat menilai tahap diri dalam mencapai objektif pengajaran.

You might also like